PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA STRUKTUR DAN FUNGSI
PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA STRUKTUR DAN FUNGSI PERTUBUHANAN 1
PENGENALAN FASAL 1 NAMA (1) Pertubuhan ini dikenali dengan nama l PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA Selepas ini disebut "Pertubuhan". l (2) Takrif Nama : l (3) Taraf Pertubuhan : Kebangsaan 2
TEMPAT URUSAN FASAL 2 TEMPAT URUSAN 1. Alamat berdaftar dan tempat urusan pertubuhan ialah NO 2338 , LOT 114 , KUARTAS PERHUTANAN , PEKAN MASJID TANAH , 78300 MASJID TANAH MELAKA dan alamat untuk surat-menyurat adalah NO 2338 , LOT 114 , KUARTAS PERHUTANAN , PEKAN MASJID TANAH , 78300 MASJID TANAH MELAKA atau di tempat lain atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Jawatankuasa; 2. Tempat urusan berdaftar dan alamat surat menyurat Pertubuhan tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu. 3
STRUKTUR PERTUBUHAN n KEBANGSAAN n NEGERI n CAWANGAN n GELANGGANG n AHLI 4
STATUS DAN HAK AHLI. Dasar gabungan diantara Gelanggang , Cawangan , Bahagian Negeri dan seterusnya Kebangsaan adalah melalui pendaftaran keahlian. Ahli Biasa -Ahli yang berumur 18 tahun dan ke atas. Ahli ini boleh mengundi dan memegang jawatan didalam pertubuhan jika dilantik. Ahli Bersekutu- Ahli yang berumur kurang dari 18 tahun. Ahli ini tidak boleh mengundi dan memegang jawatan dalam pertubuhan. Ahli Terus - Ahli yang diterima terus di perengkat Kebangsaan. Ahli ini tidak boleh menyertai kegiatan atau memegang jawatan atas nama cawangan atau Bahagian Negeri serta Kebangsaan. Ahli Gabungan- Ahli ahli dari pusat latihan PSSGM luar negara. Mereka tidak boleh mengundi dan memegang jawatan dalam pertubuhan tetapi boleh menyertai aktiviti kegurulatihan atau adat istiadat. Ahli Seumur Hidup - Ahli ini adalah dikalangan ahli dari mana kategori a, c atau d yang membayar dan diterima kadar yuran yang telah ditetapkan. 5
GELANGGANG n Tempat ahli berlatih , mencari ilmu pengetahuan dan menjalankan aktiviti persilatan dengan secara terkawal n Sekiranya melebihi dari 5 orang ahli yang menyertai latihan , ianya mesti mendapatkan Sijil Gelanggang yang akan dikeluarkan oleh perengkat Kebangsaan @ Induk yang sah mengikut tahun kelender yang ditetapkan. ( atas akta Polis @ Keselamaatan dalam Negeri ) n Boleh membentuk Jawatankuasa Gelanggang yang merupakan ahli pertubuhan yang berdaftar. Gurulatih yang bertanggungjawab mengajar haruslah seorang ahli PSSGM dan mempunyai Sijil Gurulatih yang disahkan di perengkat Pertubuhan. n 6
CAWANGAN n Jawatankuasa Pusat boleh membenarkan penubuhan cawangan di kawasan yang mempunyai sekurang-kurangnya 30 ahli Pertubuhan. Penubuhan cawangan hendaklah dibenarkan secara bertulis oleh Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu. (1) Tiap-tiap pengurusan Pertubuhan Cawangan akan ditadbirkan oleh satu jawatankuasa yang mengandungi: a) Seorang Pengerusi. (dilantik oleh Mesyuarat Agong) b) Seorang Timbalan Pengerusi(dilantik oleh Mesyuarat Agong) c) Seorang Setiausaha (dilantik oleh Pengerusi) d) Seorang Penolong Setiausaha (dilantik oleh Setiausaha) e) Seorang Bendahari f) Tidak lebih dari 10 atau tidak kurang daripada 5 orang Ahli Jawatankuasa. 7
FUNGSI CAWANGAN n Kewajipan Jawatankuasa Cawangan ialah menguruskan hal ehwal Cawangan menurut peraturan-peraturan Pertubuhan dan perintah-perintah oleh Jawatankuasa Kebangsaan. Jawatankuasa Cawangan akan bermesyuarat sekurang-kurangnya tiga(3) bulan sekali atau sebarang masa lain yang dikehendaki oleh Pengerusi atau dengan kehendak setengah dari bilangan ahli-ahli Jawatankuasa Cawangan dan cukup korum mesyuarat apabila hadir setengah dari jumlah bilangannya n Tugas Pentadbir Cawangan Menerima borang permohonan keahlian. Menerima dan meluluskan status kewangan dalam mesyuarat. Merancang dan mengelola aktiviti perengkat cawangan Menghadiri mesyuarat di perengkat agensi daerah Menyelaras penyertaan dan pengurusan dalam aktiviti di perengkat agensi yang berkaitan Mengelola mesyuarat persidangan tahunan. Menyediakan Penyata Tahunan untuk sistem erosess - 8
BAHAGIAN NEGERI n Manakala satu Pertubuhan Cawangan ditubuhkan dalam sesebuah negeri di Malaysia maka Pertubuhan Cawangan yang pertama akan sendirinya mewakili Pertubuhan Negeri berkenaan dan ahli-ahli jawatankuasa Cawangan itu akan sendirinya menjadi ahli-ahli Jawatankuasa Negeri. Ahli Jawatankuasa ini bagaimanapun adalah bersifat sementara sahaja. n Majlis Jawatankuasa Pertubuhan Negeri adalah sebagai badan perhubungan antara cawangan dengan Kebangsaan. Tugas Pentadbir Bahagian Negeri Menimbang dan menyokong permohonan keahlian. Menerima dan meluluskan status kewangan dalam mesyuarat. Merancang dan mengelola aktiviti perengkat negeri Menghadiri mesyuarat di perengkat agensi negeri. Menyelaras penyertaan dan pengurusan dalam aktiviti di perengkat agensi yang berkaitan. Mengelola mesyuarat persidangan tahunan. Menyediakan Penyata Tahunan untuk sistem erosess n - 9
MAJLIS JAWATANKUASA PERTUBUHAN NEGERI n Sekiranya lebih daripada satu Pertubuhan Cawangan yang didaftarkan dalam sebuah negeri di Malaysia, maka satu Jawatankuasa Pertubuhan Negeri hendaklah ditubuh yang mengandungi: a) Seorang Yang Di Pertua (dilantik dalam Mesyuarat Agong) b) Seorang Timbalan Yang Di Pertua (dilantik dalam Mesyuarat Agong) c) Dua orang Naib Yang Di Pertua I & II (dilantik dalam Mesyuarat Agong) d) Seorang Setiausaha Pertubuhan Negeri (Dilantik oleh Yang Di Pertua Pertubuhan Negeri) e) Seorang Penolong Setiausaha Pertubuhan Negeri (Dilantik oleh Setiausaha dengan dipersetujui oleh Yang Di. Pertua) f) Seorang Bendahari (Ditunjuk oleh Yang Di Pertua dengan persetujuan Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Negeri) g) Enam atau tidak lebih dari 10 orang ahli Jawatankuasa. h) Yang Di Pertua berhak melantik dengan persetujuan Ahli Jawatankuasa, lima(5) orang lagi untuk menjadi Ahli Jawatankuasa Tambahan. 10
KEBANGSAAN @ INDUK § Pentadbiran Kebangsaan adalah penentu dan pengawal dasar § Mengelolakan kerja-kerja Pertubuhan mengikut peraturan dan perlembagaan yang telah ditetapkan. § Tugas pentadbiran Kebangsaan antara lain adalah - Meluluskan permohonan keahlian. - Menerima dan meluluskan status kewangan - Menghadiri mesyuarat yang dianjurkan oleh agensi - Merancang dan mengelola aktiviti perengkat Kebangsaan - Menyelaras penyertaan dan pengurusan dalam pelbagia aktiviti perengkat agensi. - Mengelola persidangan tahunan dan penyediaan penyata tahunan. 11
WANG KEPUNYAAN PERTUBUHAN (1) Apabila permintaan seseorang untuk menjadi ahli telah diluluskan maka yuran tersebut akan dibahagikan seperti berikut : (a) Ahli Baru sebanyak RM 20. 00 * 50% untuk simpanan Pertubuhan Kebangsaan. * 25% untuk simpanan Bahagian Negeri * 25% untuk sismpanan Cawangan Daerah (b) Ahli Lama sebanyak RM 10. 00 * 50% untuk simpanan Pertubuhan Kebangsaan. * 25% untuk simpanan Bahagian Negeri * 25% untuk sismpanan Cawangan Daerah (c) Ahli Seumur Hidup sebanyak RM 200. 00 * 50% untuk simpanan Pertubuhan Kebangsaan. * 25% untuk simpanan Bahagian Negeri * 25% untuk sismpanan Cawangan Daerah 12
WANG KEPUNYAAN PERTUBUHAN (d) Ahli Terus sebanyak RM 20. 00 ( tanpa cawangan ) (e) Ahli Terus sebanyak RM 20. 00 ( Cawangan Terus ) * 75% untuk simpanan Kebangsaan * 25% untuk simpanan Cawangan Terus. (2) Yuran Ahli Terus adalah sebanyak RM 20. 00 pada setiap tahun. (3) Bahagian Negeri atau Cawangan tidak ada hak pembahagian jika pendaftaran itu terus ke ibupejabat. Manakala Ahli tersebut pula hilang kelayakan sebagai ahli Cawangan atau Bahagian negeri. ( Mereka menjadi ahli Terus ) (4) Ahli tersebut boleh memohon untuk terlibat didalam Cawangan seterusnya Bahagian negeri , tetapi tidak layak untuk memegang sebarang jawatan. . 13
TUJUAN / MATLAMAT @ FUNGSI PERTUBUHAN (1) Menghidup dan mengembangkan ilmu Silat Seni Gayong Malaysia (2) Menggalakkan permainan sukan dan kebudayaan (3) Mengembangkan perasaan persaudaraan dan muhibah diantara ahlinya (4) Pertubuhan ini bukan parti SIASAH , tidak akan bergabung dengan mana parti siasah atau badan yang ada hubung kait dengan parti siasah. 14
TUJUAN / MATLAMAT @ FUNGSI PERTUBUHAN (5) Sebagai pusat pengembangan dan rujukkan Silat Seni Gayong seluruh Dunia. (6) Kesinambungan Silat yang dicipta oleh Allahyarham Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman Bin Daing Uda mohd Hashim , yang akan terus diwarisi oleh ahli Pertubuhan. (7) Masyarakat umumnya menyedari dan memahami kepentingan kegiatan silat dalam menangani masalah sosial masyarakat muda. (8) Masyarakat umumnya menyedari dan memahami warisan budaya ini mempunyai pelbagai keunikan dari segi warisan Panglima panglima di zaman dahulu kala. 15
MAKLUMAT TAMBAHAN n Pentadbiran pertubuhan di perengkat cawangan , negeri dan kebangsaan harus memahami dan menghormati rangkaian outoriti di antara satu dengan lain n . Amalan pentadbiran sebegini akan mengujudkan suasana harmoni dan perhubungan yang baik diantara pelbagai perengkat pengurusan. Campur tangan dalam hal pengurusan oleh pihak luar dalam mana pengurusan hendaklah terbatas kepada peruntukan yang dibenarkan oleh perlembagaan. Walau pun begitu , perlibatan hendaklah hanya dilakukan pada tahap minimal dan atas persetujuan pihak yang terlibat. 16
AUTORITI PENGURUSAN n Pengurusan Gayong Malaysia melibatkan 3 badan pengurusan iaitu pentadbiran pertubuhan , Lembaga Adat Istiadat dan Majlis Gurulatih. n Namun begitu badan pentadbiran pertubuhan lebih diutamakan dan merupakan peneraju yang mengendalikan hal pengembangan dan pembangunan silat ini terutama jika melibatkan urusan dengan agensi luar. n Pentadbiran Pertubuhan merupakan badan yang berdaftar dan bertanggungjawab atas segala kegiatan yang dijalankan. 17
SUMBAR MAKLUMAT n Pentadbiran Pertubuhan adalah sumber rasmi segala maklumat yand dikeluarkan dan juga sumber pertama yang sepatutunya menerima maklumat untuk sebaran dalaman. n Dengan status ini , maka badan lain Lembaga Adat Istidat dan Majlis Gurualtih tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan atau menghubungi pihak luar atas nama pertubuhan. n Sebarang perhubungan hanyalah bertujuan untuk sebaran maklumat dalaman sahaja. 18
SURAT RASMI n n n Penggunaan kepala surat – letter head untuk hubungan luar hanyalah terhad kepada pemegang jawatan utama dalam Pertubuhan Cawangan atau Bahagian Negeri atau Kebangsaan sahaja. . Kepala surat ini perlu menyatakan perengkat pentadbiran masing sama ada Pertubuhan Cawangan , Bahagian Negeri ataupun Kebangsaan. Hanya badan yang berdaftar sahaja dibenarkan mengeluarkan surat rasmi kepada pihak luar. Lembaga Adat Istiadat dan Majlis Gurulatih adalah badan yang ditubuhkan secara dalaman dan badan ini adalah badan yang tidak berdaftar. Surat atas nama Lembaga Adat Istiadat atau Majlis Gurulatih tidak boleh dikeluarkan untuk maksud hubungan luar. Walaubagaimana pun surat oleh badan ini hanya untuk edaran dalaman seperti kepada gurulatih atau makluman kepada pentadbir PSSGM sendiri. 19
- Slides: 19