PERTANDINGAN ANUGERAH INOVASI JABATAN PENJARA MALAYSIA 2010 Selingan
PERTANDINGAN ANUGERAH INOVASI JABATAN PENJARA MALAYSIA 2010
Selingan slide gambar pembaziran air
KUMPULAN TARANTULA Fasilitator – TPP Malek Radzuan bin. Omar Ketua kumpulan –KIP Zaini bin Salim Ajk – IP Mohd Nazri bin Mustafa - IP Ashraff bin Abdullah - IP Raja Mazlan bin Raja Abdullah - Wd 14525 Khairuzamani bin Omar - Wd 19918 Azri Afandy bin Riman
Carta Organisasi Inovasi FASILITATOR TPP MALEK RADZUAN BIN OMAR KETUA PASUKAN KIP ZAINI BIN SALIM SETIAUSAHA IP MOHD NAZRI BIN MUSTAFA AHLI IP ASHRAFF BIN ABDULLAH AHLI IP RAJA MAZLAN BIN RAJA ABDULLAH AHLI WP 14525 KHAIRUZAMANI BIN OMAR AHLI WP 19918 AZRI BIN RIMAN
PENGENALAN PUSAT PEMULIHAN AKHLAK MACHANG Pusat Pemulihan Akhlak Machang telah memulakan operasinya secara rasmi pada 01 Julai 2008 dengan kos pembinaan sebanyak RM 125 juta dan keluasan keseluruhan 63. 49 ekar. Sehingga 10. 10 Pusat Pemulihan Akhlak Machang telah menempatkan seramai 955 orang tahanan POPOC dan LLPK dan kapasitinya dijangka akan terus meningkat berdasarkan keadaan semasa (Kapasiti maksimum 850 orang tahanan). Sepanjang pengoperasian terdapat beberapa perkara perlu diberi perhatian untuk tindakan penambahbaikan bagi meningkatkan dan memastikan jaminan keselamatan ke atas orang tahanan, kakitangan serta orang awam yang berurusan rasmi (penceramah/ guru Agama/ Lembaga Penasihat) dan kawasan penjara keseluruhannya.
DEFINASI INOVASI Menurut David Neeleman (Pendiri dan CEO Jet. Blue); Inovasi merupakan proses berupaya mencari cara untuk melakukan sesuatu dengan lebih baik daripada sebelumnya. Menurut Prof. Azis, Inovasi bererti mengintrodusir suatu gagasan maupun teknologi, inovasi merupakan genus dari change yang bererti perubahan. Inovasi dapat berupa idea, proses dan produk dalam berbagai bidang. Howard Smith, Computer Science Corporation; Inovasi sentiasa dikaitkan dengan kreativiti dan pencernaan idea -idea. Sekarang terma inovasi merangkumi projek-projek yang mengilap idea-idea tersebut dan mengubahnya ke arah pembangunan yang dapat meningkatkan kedudukan kewangan sesebuah entiti.
VISI INOVASI Mewujudkan persekitaran yang selamat. Penjimatan kos(bil air, penyelenggaraan). Keselesaan bekerja. Kepuasan hati pelanggan.
TUJUAN INOVASI Inovasi ini dilaksanakan adalah: i)untuk mencegah orang tahanan menyalahguna kemudahan dengan menjadikannya senjata berbahaya dan memastikan tahap keselamatan penghuni serta kakitangan bertugas adalah selamat. ii)untuk mengatasi pembaziran air dan menjimatkan kos bayaran bil air institusi pada setiap bulan.
TAJUK INOVASI Pengubahsuaian pili air di dalam bilik penghuni daripada butang (push button berbatang tembaga) kepada kepala paip plastik (pvc)
MENGAPA PROJEK INI DIPILIH ? Kerap mendapat aduan dari pegawai bertugas memaklumkan kerosakan pili air Teguran daripada pengarah semasa membuat rondaan dan pemeriksaan mengejut mendapati berlaku pembaziran air Semasa membuat pemeriksaan terdapat batang besi tembaga yang telah ditajamkan dan menggugat keselamatan penjara. Bil air bulanan didapati tinggi.
KEDUDUKAN SEBELUM INOVASI DILAKSANAKAN Jenis paip air yang digunakan di dalam bilik penghuni adalah jenis butang ‘Push botton’ berbatang tembaga. Penggunaan paip air jenis ini telah mengakibatkan kes yang mengancam keselamatan penghuni dan kakitangan dan menggugat ketenteraman di penjara. Sebelum ini telah berlaku kejadian di Blok Penempatan Penghuni, dimana batang tembaga berukuran 8 inci yang digunakan sebagai alat ‘Push button’ yang ditekan bagi mengeluarkan air telah dicabut dan ditajamkan untuk dijadikan senjata bagi tujuan pergaduhan atau menyerang tahanan atau Pegawai Penjara seperti gambar di bawah. Berlaku “vandalism” dikalangan penghuni dimana mereka sengaja merosakkan butang bagi memudahkan air keluar sepanjang masa dan ini akan berlaku pembaziran kerana pengaliran air tidak dapat dihentikan walaupun tidak diperlukan. Kos penyelenggaraan sekiranya berlaku kerosakan adalah tinggi dan memakan masa untuk dibaikpulih semula.
GAMBAR PAIP AIR SEBELUM INOVASI Gambar menunjukkan berlakunya pembaziran air
PUSH BUTTON
Tembaga ‘push button’ yang telah dijadikan senjata:
KOMPONEN DALAM PUSH BUTTON
BIL BAYARAN TINGGI
BIL BAYARAN TINGGI
BIL AIR
INOVASI YANG TELAH DILAKSANAKAN ( DALAM PERCUBAAN)
HASIL PERCUBAAN INOVASI Hasil dari percubaan yang telah dilaksanakan oleh anggota unit pembangunan di Blok cekal mendapati pembaziran air dapat di atasi. Perkara ini telah dipanjangkan kepada Pengarah PPA Machang untuk persetujuan pelaksanaan projek. Membuat permohonan kepada Bahagian Pembangunan dan Perolehan Ibu Pejabat Penjara Malaysia untuk kos pengubahsuaian. Telah membuka sebut harga bagi mempercepatkan kerja dan penyeragaman kepada semua blok.
INOVASI YANG TELAH DILAKSANAKAN Projek Percubaan Inovasi ini telah dilaksanakan pada 25 Januari 2010 dengan membuat pengubahsuaian terhadap pili air dengan menggantikan kepala paip secara butang (push button) kepada kepala paip plastik. Inovasi keseluruhan di Blok Penempatan telah dimulakan dalam bulan Mei 2010 dan berakhir pada bulan Ogos 2010, dengan kos keseluruhan sebanyak RM 39880. 00
Borang sebut harga
Gambar setelah Inovasi Gambar terkini
Kedudukan butang ‘ Push Botton’ berbatang tembaga ( Sebelum Inovasi)
Pili air plastik yang telah digantikan ( Selepas Inovasi)
FAEDAH-FAEDAH DARI INOVASI YANG TELAH DIPERKENALKAN. a) Pengurangan kos operasi Kos operasi institusi telah dapat dijimatkan dapat dilihat melalui perbezaan bil air institusi di antara bulan Mei hingga Ogos 2010 sepertimana berikut: JUMLAH BIL (RM) BULAN TARIKH (BACAAN METER) JUMLAH PENGHUNI (SEMASA) MEI 22, 847. 50 20 April hingga 22 Mei 2010 753 JUN 20, 212. 50 23 Mei hingga 22 Jun 2010 824 JULAI 19, 206. 25 23 Jun hingga 22 Julai 2010 889 OGOS 17, 793. 75 23 Julai hingga 22 Ogos 2010 927 Penjimatan yang dilakukan adalah selaras dengan arahan perbendaharaan supaya semua jabatan melaksanakan langkah-langkah penjimatan.
b) Penjimatan masa Ø kerja penyelenggaraan kepala paip mudah dibaiki dan masa yang singkat. c) Peningkatan hasil kerja Ø aduan berkaitan kerosakan pili air telah dapat diatasi. d) Peningkatan dalam tahap kepuasan hati pelanggan Ø dapat mengurangkan aduan dan ini dapat memberi keselesaan serta meningkatkan tahap keselamatan penghuni dan kakitangan. e) Mengurangkan kadar kekerapan kerosakan dan kos penyelenggaraan Ø Telah mengurangkan kadar kekerapan penyelenggaraan kerosakan pili air dan ia dapat menjimatkan kos penyelenggaraan pili air. f) Penggunaan air secara pratikal Ø Penggunaan air secara berjadual mengikut masa yang ditetapkan iaitu pada watu pagi dari jam 6. 00 pagi hingga 9. 00 pagi, jam 12. 00 tengah hari hingga 14. 30 petang dan jam 5. 00 petang hingga jam 9. 30 malam [. pili air akan dibuka apabila mengunakan air dan ditutup apabila selesai menggunakan air tetapi cara menggunakan butang ( push button ) apabila ditekan untuk mengeluarkan air perlu menunggu dalam masa tertentu untuk air berhenti daripada mengalir. Ini menyebabkan pembaziran air. ]
Carta menunjukkan jumlah penurunan bil air institusi
Peratus Penurunan Penjimatan Bayaran Bil Air Buat /pamer kiraan
KESAN JIKA INOVASI INI TIDAK DILAKSANAKAN Ancaman keselamatan kepada penghuni dan kakitangan akan berterusan. Pembaziran air akan terus berlaku. Bil bulanan air akan terus meningkat. Peningkatan dari segi kos penyelenggaraan. Sekiranya inovasi ini tidak dilaksanakan kos penggunaan air akan terus meningkat sejajar dengan peningkatan penghuni, tetapi hasil inovasi dilaksanakan, jelas menunjukan ianya adalah efisen walaupun berlaku peningkatan penghuni kadar penggunaan air adalah rendah dan tiada berlaku pembaziran.
RUMUSAN Inovasi yang dilaksanakan oleh Pusat Pemulihan Akhlak Machang disyorkan untuk digunapakai bagi pembinaan penjara baru dimana dengan inovasi ini ianya membuktikan: Pengurangan kepada risiko senjata tajam. Penjimatan wang kerajaan dan tiada berlaku pembaziran. Penyelenggaraan adalah mudah dan kos yang minima serta jimat masa.
Sekian terima kasih
Pemilihan bentuk inovasi Inovasi Adukan ( Recombinant Innovation) Mencampurkan komponen-komponen sedia ada dalam satu pakej baru.
GAMBAR BATANG TEMBAGA YANG DIJADIKAN SENJATA
- Slides: 35