PERSEDIAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI DISEDIAKAN OLEH
PERSEDIAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI DISEDIAKAN OLEH: MOHD RIZAL BIN MOHTAR
Pengenalan • Perancangan yang rapi membolehkan guru menggunakan sumber dan kemudahan dengan baik serta memberi hala tuju kepada guru supaya menjalankan tugas dengan baik disamping mempastikan sukatan yang disediakan diberi perhatian yang serius.
Penyediaan Rancangan Kerja • Rancangan kerja merupakan suatu rancangan yang disediakan oleh guru sebagai panduan pelaksanaan P&P dan rancangan kerja untuk setahun perlu disiapkan pada permulaan tahun • Rancangan ini mengandungi topik-topik pelajaran dan aktiviti-aktiviti pelajar yang akan dijalankan
• Ia disediakan berdasarkan sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani yang bertujuan mencapai pembelajaran yang optimum • Berikut adalah kepentingan penyediaan rancangan kerja: 1. Panduan kepada guru tentang topik yang akan disampaikan 2. Pemesongan topik dan objektif pembelajaran akan dapat dielakkan
3. Pengajaran dapat dipermudahkan kerana bahan dan alat bantu mengajar telah pun dirancang 4. Susunan topik-topik pelajaran adalah teratur dan mengikut prinsip pengajaran yang sebenar 5. Membolehkan guru pengganti mengambil alih tugas dengan mudah
6. Penyampaian topik-topik yang telah lepas dan akan datang boleh disemak dengan adanya rancangan kerja 7. Membantu guru-guru yang mengajar mata pelajaran yang sama dalam bilik darjah yang berlainan membuat penyelarasan dengan tujuan mengadakan ujian yang sama
• Selain dari itu, BPG telah menggariskan sebab lain mengapa rancangan kerja diperlukan 1. Membolehkan guru membuat perancangan aktiviti P&P bagi satu tahun mengikut penggal, mingguan dan harian 2. Membantu guru memilih, menyusun dan mempertingkatkan kemahiran dalam sesuatu mata pelajaran bagi penggal, mingguan dan harian
3. Membantu guru menentukan strategi P&P yang mencakupi unsur penggabungjalinan, kesepaduan dan peruntukan masa 4. Membantu guru untuk menentukan strategi pendidikan pemulihan dan pengayaan 5. Membolehkan guru menyediakan bahan-bahan P&P mengikut minat dan kebolehan murid
• Faktor-faktor yang perlu diambilkira dalam menyediakan rancangan kerja 1. Jumlah waktu mata pelajaran itu dalam seminggu 2. Jumlah waktu seminggu kemudian didarab dengan bilangan minggu dalam satu semester 3. Jumlah hari cuti sekolah dan acara sekolah (takwim sekolah perlu diteliti)
4. Kebolehan pelajar yang berbeza di sekolah 5. Minat pelajar yang berbeza 6. Pengetahuan sedia ada yang terdapat pada pelajar 7. Jenis-jenis aktiviti pembelajaran dan latihan yang dijalankan 8. Rujukan kepada sukatan pelajaran secara keseluruhan perlu untuk menentukan kemahiran bagi satu-satu tahun
9. Rujukan kepada buku panduan khas matapelajaran PJ perlu bagi mengetahui skop kemahiran yang dikemukakan 10. Rujukan kepada buku sumber dibuat untuk memperoleh cadangan- cadangan tentang bahan P&P 11. Rujukan kepada pelbagai jenis buku panduan mata pelajaran lain bertujuan melakukan pneggabungjalinan dan kesepaduan
12. Rujukan kepada bahan-bahan penilaian yang berkaitan dengan mata pelajaran PJ hendaklah dibuat 13. Aktiviti-aktivti pemulihan dan pengayaan yang dicadangkan 14. Kit pelajaran dan alat bantu mengajar sedia ada
• Format Rancangan Kerja - Format rancangan kerja yang digunakan oleh guru-guru di sekolah mungkin berbeza sedikit dari satu daerah ke satu daerah - Walau bagaimanapun, ketika guru ditempatkan di mana-mana juga sekolah nanti, guru hendaklah mencontohi format yang digunakan di sekolah berkenaan
Rancangan Kerja Tahunan • Rancangan tahunan perlu disediakan untuk memberi satu gambaran keseluruhan terhadap kurikulum yang telah disediakan • Ia penting sebagai panduan bertugas dan seharusnya digunakan sebagai perancangan penggunaan peralatan dan kemudahan yang wujud disekolah.
• Dengan perancangan rapi masalah kekurangan alatan dan kemudahan boleh diselesaikan dengan mencari jalan alternatif • Ia juga membantu mempastikan pendidikan jasmani di ajar sebagai proses yang berterusan. • Tajuk-tajuk dengan unsur yang sama boleh disusun mengikut prinsip ansur maju
• Rancangan Kerja Tahunan Mencakupi 1. Skop kemahiran bagi setahun yang disenaraikankan dalam Buku Panduan Khas keluaran Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) 2. Senarai kemahiran-kemahiran 3. Skop pelajaran yang perlu untuk menguasai kemahiran-kemahiran tersebut 4. Rujukan sukatan pelajaran
• Contoh Rancangan Kerja Tahunan dan Semester
Rancangan Kerja Semester • Ia merupakan rancangan kerja yang disediakan bagi satu semester • Biasanya ia dikeluarkan sahaja dari rancangan kerja tahunan • Butir-butir seperti objektif pelajaran, kemahiran-kemahiran dan isi pelajaran adalah dinyatakan
Rancangan Kerja Mingguan • Rancangan ini mengandungi butir-butir seperti hari, isi pelajaran, sumber-sumber dan kemahiran-kemahiran • Ia mencakupi semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi satu-satu minggu • Contoh Rancangan Kerja Mingguan
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) • RPH boleh didefinisikan sebagai suatu rancangan pelajaran yang mengandungi unsur-unsur seperti maklumat umum (kelas, tahap dan masa), pengetahuan sedia ada pelajar, objektif pengajaran dan pembelajaran, bahan bantu mengajar, kaedah dan teknik pengajaran, set induksi, perkembangan, penilaian dan penutup yang akan disampaikan oleh guru dalam satu atau dua pelajaran
• Guru yang masuk ke kelas tanpa RPH boleh diibaratkan sebagai sebuah kapal yang belayar di lautan tanpa kemudinya • RPH akan dapat meningkatkan lagi keberkesanan P&P dan mengelakkan berlakunya keadaan yang tidak terkawal di dalam kelas
• Kepentingan RPH 1. Guru tidak akan menyeleweng setelah objektif pengajaran ditentukan 2. Memahami dan menentukan isi yang cukup disampaikan dalam masa yang diperuntukkan 3. Menentukan strategi pengajaran yang sesuai dengan peringkat kebolehan dan minat pelajar
4. Menentukan dan menyediakan bahan bantu mengajar yang diperlukan 5. Merancang gerak kerja bagi pelajar 6. Mengawal kelas dengan baik 7. Menilai keberkesanan P&P iaitu dari aspek pencapaian objektif 8. Memperoleh keyakinan semasa menghadapi pelajar 9. Mengingati bahan-bahan pelajaran yang akan disampaikan
10. Merancang penutup dan aktiviti susulan yang menarik 11. Merancang aktviti pemulihan dan pengayaan 12. Menjimatkan masa kerana aktivti berjalan licin dan teratur 13. Memikirkan jenis-jenis soalan yang sesuai dan mencabar untuk dikemukakan semasa pengajaran berlangsung
14. Merancang bagaimana penggabungjalinan kemahiran dapat dilakukan 15. Merancang bagaimana nilai-nilai murni dapat diterapkan ke dalam satu-satu matapelajaran 16. Memikirkan cara untuk memotivasikan pelajar dalam proses P&P
• Aspek-aspek dalam format RPH 1. Perancangan Pendahuluan i. Maklumat umum ii. Penentuan topik dan aktiviti iii. Penentuan pengetahuan sedia ada iv. Penentuan objektif
2. Perancangan Penyampaian i. Penentuan strategi P&P ii. Penentuan masa iii. Pemeringkatan isi iv. Pemilihan sumber
3. Perancangan Penilaian i. Pencapaian ii. Penganalisisan maklum balas iii. Pengubahsuaian
• Maklumat Umum • Guru perlu mempunyai maklumat umum tentang murid • Maklumat seperti kelas dan tahap murid penting untuk menentukan pengetahuan sedia ada mereka • Ini dapat membantu guru menyediakan isi pelajaran yang sesuai dengan minat, kebolehan dan umur murid
• Masa bagi satu-satu pelajaran juga perlu diambil kira • Jika terdapat 2 waktu pelajaran maka lebih banyak aktiviti dapat diuruskan berbanding hanya satu waktu pelajaran
• Penentuan Topik dan Aktiviti • Guru perlu meneliti sukatan pelajaran disamping rancangan tahunan dan mingguan sebelum menentukan topik pengajaran • Topik hendaklah disusun mengikut satu urutan yang lojik iaitu dari mudah kepada kompleks, konkrit kepada abstrak, dari sudah diketahui kepada belum diketahui, dari dekat kepada jauh dan dari yang dalam pengalaman kepada yang di luar pengalaman
• Setelah topik ditentukan, guru perlu merancang aktivti P&P • Aktiviti hendaklah sesuai dan relevan dengan topik • Guru perlu menekankan juga perancangan aktiviti pembelajaran bukan memberi tumpuan kepada aktiviti pengajaran semata
• Penentuan Pengetahuan Sedia Ada • Pengetahuan sedia ada murid merupakan komponen penting yang perlu dipertimbangkan oleh guru dalam penyediaan RPH • Ia merujuk kepada aras murid sebelum bermulanya pengajaran • Ia merangkumi perkara yang pernah dipelajari, kebolehan inteleknya, aras motivasi penentu sosial dan budaya serta kebolehan pembelajarannya
• Aktiviti seperti ujian, kuiz, latihan atau sesi soal jawab boleh dikendalikan untuk menentukan kebolehan sedia ada murid • Selain itu temu bual dengan ibu bapa serta guru yang pernah mengajarnya juga dapat membantu disamping laporan-laporan seperti rekod prestasi serta rekod profil
• Penentuan Objektif Pengajaran dan Pembelajaran • Objektif pelajaran yang disediakan dengan baik akan membantu guru ke arah pencapaian yang dikehendaki • Ia harus realistik dan sejajar dengan aras kebolehan dan minat murid
• Tiga kriteria yang perlu diikuti semasa menulis objektif eksplisit: 1. Menggunakan kata kerja tindakan yang khusus yang menerangkan niat guru 2. Menggunakan bahasa yang menghuraikan tingkah laku yang dapat dilihat 3. Menggunakan bahasa yang boleh menghuraikan tingkah laku yang boleh dinilai
• Panduan Menulis Objektif Pengajaran dan Pembelajaran 1. Siapa pelanggan kita Individu yang akan mempamerkan tingkahlaku iaitu murid kita 2. Tingkahlaku yang diharapkan Apa murid perlu buat untuk membuktikan pembelajaran telah berlaku Contoh : melakukan, menyatakan menjelaskan dll
3. Keperluan Pembelajaran Apa yang murid perlu tahu, alami dan lakukan setelah aktiviti P&P tamat Contoh : lari pecut, hantaran lob, menyangga dll 4. Situasi yang di cipta khusus dan disesuaikan dengan sesuatu aktiviti yang telah dipilih Contoh : jarak larian atau hantaran dll
5. Prestasi Piawai Pencapaian minimum yang diharapkan dapat dicapai oleh murid sama ada secara kualitatif atau kuantitatif Contoh : 80% betul, betul 3 daripada 5, dalam masa 5 minit, semua betul dll * Contoh Penulisan Objektif
• Bahagian-bahagian dalam pengajaran Pendidikan Jasmani 1. Permulaan 2. Perkembangan - Gerakerja Kelas - Gerakerja Kumpulan 3. Kemuncak (permainan kecil / pertandingan 4. Penutup
• Rangka Pelajaran Pendidikan Jasmani • Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Jasmani
- Slides: 41