PERMOHONAN JPICT JLM KHAS BIL 012020 SEWAAN MESIN
PERMOHONAN JPICT JLM (KHAS) BIL. 01/2020 SEWAAN MESIN PENCETAK DILETTA 800 i UNTUK JABATAN LAUT WILAYAH JABATAN LAUT MALAYSIA JPICT JLM (KHAS) BIL. 01/2020 | 18 DISEMBER 2020 1
RINGKASAN PROJEK Ø Bahagian Kawalan Industri Maritim (BKIM) bercadang untuk membuat perkhidmatan sewaan pencetak Diletta 800 i untuk kegunaan proses cetakan COC di Wilayah Timur, Wilayah Utara, Wilayah Selatan dan Wilayah Persekutuan Labuan. Ø Skop projek ini merangkumi perkhidmatan sewaan dan penyelenggaraan bagi empat (4) unit Mesin Pencetak Diletta 800 i bagi Wilayah Utara, Wilayah Timur, Wilayah Selatan dan Wilayah Persekutuan Labuan. Ø Anggaran kos keseluruhan projek adalah sebanyak RM 280, 000. 00 menggunakan bajet mengurus BKIM. Ø Tempoh projek adalah selama 12 bulan (Februari 2021 hingga Januari 2022). 2
PENGENALAN PROJEK Kementerian/ Agensi Bahagian Kawalan Industri Maritim (BKIM), Jabatan Laut Malaysia Tajuk Projek Sewaan mesin pencetak Diletta 800 i bagi Wilayah Timur, Wilayah Utara, Wilayah Selatan dan Wilayah Labuan Kelulusan JPICT Agensi Menunggu kelulusan Projek terkandung dalam Pelan Strategik ICT Tiada. Tempoh Projek Tempoh sewaan 12 bulan Jangka mula: 02/2021 Jangka akhir: 02/2022 Anggaran Kos Keseluruhan Anggaran kos : RM 280, 000. 00 untuk setahun Kaedah Perolehan Sebutharga Sumber Peruntukan Wang Mengurus BKIM Dokumen yang Menyokong Permohonan Minit Mesyuarat Ahli – ahli Jawatan Kuasa KWPPL Ke 167 - 4/2020 pada 1 Disember 2020 dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Laut, Jabatan Laut Malaysia - Pengerusi menyatakan bajet peruntukan bagi sewaan peralatan cetakan ini hendaklah diuruskan menggunakan peruntukan persekutuan. 3
LATAR BELAKANG PROJEK Ø Bahagian Kawalan Industri Maritim merupakan bahagian di dalam Jabatan kerajaan yang bertanggungjawab menguruskan pengeluaran Sijil Perakuan Kekompetenan (COC). Ø Kesediaan mesin pencetak sedia ada hanya terhad di Wisma Pelaut Pelabuhan Klang sahaja. Ø Projek sewaan pencetak COC ini adalah meliputi perkhidmatan sewaan di 4 Wilayah Jabatan Laut Malaysia iaitu: i. Wilayah Selatan (Pejabat Laut Pasir Gudang) ii. Wilayah Utara (Pejabat Laut Pulau Pinang) iii. Wilayah Timur (Pejabat Laut Kuala Terengganu) iv. Wilayah Persekutuan Labuan (Pejabat Laut Labuan) Ø Perkhidmatan sewaan bagi mesin pencetak ini meliputi penyelenggaraan perkakasan tersebut.
NORMA AGIHAN No. 1. Perkara Mesin Pencetak Diletta 800 i Norma Agihan Keterangan 1 : 1 Wilayah 1. 2. 3. 4. Wilayah Selatan Wilayah Utara Wilayah Timur Wilayah Persekutuan Labuan
PERNYATAAN MASALAH Ø Bebanan kerja bagi tujuan cetakan COC menggunakan pencetak yang sedia ada yang terhad di Wisma Pelaut Pelabuhan Klang sahaja tidak mampu menampung permintaan perkhidmatan yang banyak dalam satu-satu masa bagi keseluruhan permohonan COC daripada seluruh pejabat pelabuhan. Ø Proses penghantaran secara pukal dari Ibu Pejabat Laut ke pejabat-pejabat laut wilayah mengambil masa yang lebih panjang. Proses agihan melalui penghantaran pos ini juga adakala menimbulkan permasalahan di mana terdapat dokumen yang hilang dan rosak. Ø Namun demikian, menerusi peruntukan yang tertakluk di dalam minit Mesyuarat Ahli-ahli Jawatankuasa KWPPL Ke 167 - 4/2020 pada tarikh 1 Disember 2020, telah memutuskan bahawa KWPPL tidak lagi akan menanggung bajet bagi peruntukan sewaan mesin pencetak tersebut. Pengerusi juga turut memutuskan bahawa peruntukan bagi sewaan mesin pencetak tersebut perlu ditanggung oleh JLM. 11
OBJEKTIF DAN FUNGSI Objektif § Menambah bilangan kuantiti pencetak DILETTA 800 i sebanyak 4 unit di wilayah – wilayah yang telah dikenal pasti seperti Wilayah Utara, Wilayah Timur, Wilayah Selatan dan Wilayah Persekutuan Labuan. § Mempertingkatkan kualiti perkhidmatan cetakan COC di Jabatan Laut Wilayah. § Memastikan kelengkapan fasiliti cetakan COC boleh dicetak di Wilayah. § Mengurangkan jumlah proses kerja-kerja mencetak di Wisma Pelaut Pelabuhan Klang dengan membolehkan agihan kerja-kerja cetakan di lakukan di Wilayah. Fungsi Keupayaan projek untuk menyelesaikan masalah sedia ada (system capability) Skop projek ICT meliputi skop utama yang akan dilaksanakan adalah merangkumi Perkhidmatan (Sewaan Peralatan) Perkhidmatan / Aplikasi Gunasama (Shared Services) N/A 7
RASIONAL/JUSTIFIKASI Ø Ahli Jawatankuasa KWPPL melalui Mesyuarat Ahli-ahli Jawatankuasa KWPPL ke 167 – 4/2020 yang telah bersidang pada 1 Disember 2020, telah bersetuju untuk tidak meluluskan bajet bagi peruntukan sewaan mesin pencetak ini. Oleh yang demikian, peranan bagi pengurusan dan sewaan mesin pencetak Diletta 800 i ini adalah menjadi tanggungjawab kepada JLM memandangkan KWPPL tidak lagi mempunyai kapasiti yang baik untuk meneruskan kontrak sewaan mesin pencetak tersebut. Ø Berdasarkan jumlah mesin cetakan sedia ada, yang terhad di Wisma Pelaut Pelabuhan Klang sahaja menyebabkan proses pengeposan dokumen dari tempat cetakan ke tempat kutipan mengambil masa yang agak panjang. Hal ini juga mengambil kira tahap keselamatan dokumen COC tersebut dimana terdapat juga kes-kes kehilangan dokumen COC semasa dalam proses penghantaran ke pejabat -pejabat laut yang lain. Ø Justeru itu, tempoh masa bagi proses kerja cetakan COC dapat dipercepatkan daripada purata 5 hari bagi proses sedia ada kepada sehari. 8
RASIONAL/JUSTIFIKASI Ø Dengan pertambahan bilangan mesin cetakan ke Jabatan Laut Wilayah yang lain, cetakan COC masih boleh dilakukan di mana-mana wilayah yang terdekat sekiranya ada Jabatan Laut Wilayah mengalami masalah kerosakan mesin pencetak. Ø Justeru itu, tempoh masa bagi proses kerja cetakan COC dapat dipercepatkan daripada purata 5 hari bagi proses sedia ada kepada sehari. Ø Sewaan mesin pencetak ini juga dapat menjimatkan dari segi masalah-masalah berkaitan teknikal memandangkan penyelenggaran keatas peralatan dibuat secara berkala. Ø Sewaan mesin pencetak ini juga dapat mengelakkan timbunan peralatan yang rosak dan tamat tempoh penggunaan (End of Life) pada masa akan datang. Hal ini juga akan turut menjimatkan kos bagi proses pelupusan. 9
IMPLIKASI JIKA TIDAK DILAKSANAKAN Ø Bebanan keperluan daripada pengurusan berkaitan hal-hal pelaut merumitkan proses kerja-kerja pejabat memandangkan peralatan ICT KWPPL kerap kali mengalami gangguan kerosakan seperti ‘lagging’, ‘blue screen’ dan sebagainya. Hal ini menyebabkan kerja-kerja pejabat menjadi lambat. Ø Kesediaan sedia ada bagi peralatan ICT untuk kegunaan kerja-kerja pejabat dan pengurusan KWPPL telah mengjangkau tempoh yang terlalu lama tanpa penyelenggaraan berkala dan hal ini mengehadkan proses kerja yang efisien. Hal ini menyebabkan kerosakan berulang masih berlaku sehari-hari. Ø Selain itu juga, kesediaan peralatan ICT untuk kegunaan kursus diluar amat terhad dimana kursus yang diadakan perlu mengambil masa yang panjang dan dalam tempoh yang lama sekiranya ingin meminjam peralatan daripada pihak UTMKE. Hal ini menyebabkan kursus-kursus yang diadakan diluar terhad bergantung kepada keberadaan peralatan ICT. Ø Aturan kursus yang kerap dan lebih daripada satu kursus dalam satu-satu masa turut memberi kesukaran untuk berebut menempah pinjaman peralatan ICT. Hal ini menyebabkan kursus-kursus yang diadakan diluar terhad bergantung kepada keberadaan peralatan ICT. 10
JADUAL PELAKSANAAN No. Aktiviti / Masa 1. Surat setuju terima, projek kickoff dan penyediaan kontrak 2. Pembekalan dan pemasangan 3. Penghantaran 4. Tempoh penyewaan (1 tahun) Feb 2021 Mac 2021 April 2021 Mei 2021 Jun 2021 Julai 2021 Ogos 2021 Sept 2021 Okt 2021 Nov 2021 Dis 2021 Jan 2022 11
MAKLUMAT PERUNTUKAN Ringkasan Peruntukan: BIL 1 2 3 4 ITEM Jabatan Laut Wilayah Timur Diletta 800 i Passport Printer 1 complete set of catridges 1 extra set of catridges for each unit Jabatan Laut Wilayah Selatan Diletta 800 i Passport Printer 1 complete set of catridges 1 extra set of catridges for each unit Jabatan Laut Wilayah Utara Diletta 800 i Passport Printer 1 complete set of catridges 1 extra set of catridges for each unit Jabatan Laut Wilayah Labuan Diletta 800 i Passport Printer 1 complete set of catridges 1 extra set of catridges for each unit UNIT ANGGARAN HARGA SEUNIT SEWAAN BULANAN (RM) JUMLAH SEUNIT / 12 BULAN 1 5, 500. 00 66, 000. 00 JUMLAH BESAR SST 6% 264, 000 279, 840. 00 12
SPESIFIKASI TEKNIKAL Configuration Width x Depth x Height Windows 7 (32 & 64 -Bit Versions) Windows Vista (32 & 64 -Bit Versions) Printer Driver Windows XP Linux Mac OSX PDL / Printer Languages HP PCL 3 Enhanced Hi-Speed USB 2. 0 port Interfaces 10/100 base-TX Ethernet adapter CPU RAM Electronic Flash ROM Machine Readable Passport (MRP) Media Types (ICAO Doc. 9303 Machine Readable Visa (MRV) part 1 -3) Machine Readable ID-Cards (MRID) RFID Feature Integrated RFID Module - ISO/IEC 14443 type A/B Printing time per passport (best print quality) Printing Time (in continuous print mode) 1) Printing time per passport (normal print quality) Monochrome Resolutions Colour Black / Yellow Print Heads Cyan / Magenta Temperature Operating Environment Humidity Dimensions Power Consumption Input Voltage Active Stand-by Switched off DILETTA 800 i Series 500 x 530 x 210 mm³ approx. 16 kg yes yes with generic PCL 3 driver yes yes MIPS 5 KF 64 -bit, 300 MHz 32 MB 16 MB yes, with optional adapter optional 14 - 24 seconds 9 - 20 seconds up to 1200 x 1200 dpi up to 4800 x 1200 dpi 2112 Nozzles 15 to 35ºC (59 to 95ºF) 20 to 80% RH with no cond. 100 to 240 VAC, 50 / 60 Hz 28 W 6 W 0. 4 W (110 V) - 0. 6 W (240 V) 13
TERIMA KASIH 43
- Slides: 14