PERKEMBANGAN SEMANGAT NASIONALISME DI MALAYSIA DUB 1012 PENGAJIAN
PERKEMBANGAN SEMANGAT NASIONALISME DI MALAYSIA DUB 1012 : PENGAJIAN MALAYSIA
PENGENALAN • Tahu ka anda ? nasionalisme atau faham kebangsaan sangat penting dalam usaha pembentukan negara bangsa dalam sesebuah negara. • umumnya hampir semua sejarah pembentukan negara dan bangsa di dunia ini bermula dengan gerakan perjuangan rakyat iaitu nasionalisme. • nasionalisme dan semangat negara bangsa telah bermula di eropah pada abad ke 18. • khususnya selepas berlaku revolusi FRANCE pada tahun 1789
BENTUK DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME • secara umum sarjana yang melihat perkembangan nasionalisme di tanah melayu dari sudut masyarakat peribumi(melayu) dan masyarakat imigran • pengelasan ini hanya untuk memudahkan pengkaji menerokai perkembangan nasionalisme di tanah melayu • perkembangan nasionalisme terbahagi kepada dua iaitu pergerakan bersenjata dan tidak bersenjata
GERAKAN NASIONALISME BERSENJATA • penentangan masyarakat tempatan terhadap pihak inggeris bermula akibat tindakan british sendiri yang disifatkan sebagai cuba campur tangan dalam urusan pentadbiran naning yang ditadbirkan oleh Dol Said • british cuba untuk menghalang penghulu Dol Said yang cuba menyelesaikan kes jenayah di naning serta penguatkuasaan undang yang di laksanakan ke atas melaka. • akibat tindakan british ini , Dol Said telah melancarkan pemberontakan terhadap penjajah british • siri pemberontakan ini berlangsung dalam tempoh 1831 hingga 1833 • gerakan telah gagal di sebabkan tidak wujud jaringan yang kukuh di kalangan pendudk tanah melayu dalam menetang musuh penjajah
SEMANGAT NASIONALISME BUKAN BERSENJATA • • semangat kebangsaan bukan bersenjata lebih berupa semangat kebangsaan yang digerakan oleh tokoh intelektual tempatan yang berusaha membawa perubahan pemikiran dalam masyarakat perkembangan nasionalisme ini juga lebih disebabkan oleh pendedahan dan peluang yang diperoleh masyarakat terhadap ilmu pengetahuan dan pengalaman mereka terhadap perkembangan politik luar negeri Kesedaran nasionalisme Melayu moden di Tanah Melayu mempunyai hubungan yang rapat dengan gerakan pembaharuan ataupun islah Islam yang sedang berkembang di Asia Barat pada masa itu. Gerakan ini dipelopori oleh tokoh-tokoh seperti Syed Jamaluddin Al-Afghani, Syeikh Muhammad Abduh, dan Rashid Ridha. Idea pembaharuan mereka banyak dimuatkan dalam media massa seperti majalah-majalah yang diterbitkan oleh mereka iaitu antara lainnya ialah Al-Manar dan Al-Urwatuk Wuthqa. mempunyai 3 golongan iaitu : (1) : golongan agama (2) : golongan menengah melayu (3) : golongan bangsawan melayu
PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ZAMAN PENDUDUKAN JEPUN • Pendudukan Jepun selama lebih tiga tahun (1942 -1945) telah meninggalkan banyak kesan ke atas kehidupan masyarakat di Tanah Melayu. Layanan berbeza-beza yang diberikan kepada kaum -kaum di negara ini telah melahirkan bentuk semangat nasionalisme yang berbeza di kalangan mereka. • Bagi orang-orang Melayu, era pendudukan Jepun telah memberikan erti yang besar dalam perkembangan semangat kebangsaan. Dalam erti kata lain, pendudukan Jepun telah menyuburkan kesedaran orang Melayu dalam perkara ini. • Faktor utama yang mendorong kepada perkembangan ini ialah langkah Jepun yang telah memberikan peluang kepada anak-anak Melayu menceburi dalam bidang pentadbiran telah memberikan keyakinan kepada mereka mengenai keupayaan untuk mentadbir tanah air sendiri.
PENUBUHAN PARTI PERTUBUHAN MELAYU BERSATU (UMNO) • • • Penyatuan seluruh orang Melayu dalam semangat kebangsaan buat pertama kalinya telah terbentuk berikutan dengan langkah British mengemukakan cadangan Malayan Union pada tahun 1945. pandangan telah dikemukakan dalam akhbar-akhbar supaya masyarakat Melayu bergabung tenaga agar penentangan tersebut lebih berkesan. Pada 1 Mac 1946, satu persidangan bagi pertubuhan Melayu telah diadakan di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru. Wakil-wakil persatuan ke persidangan ini akhirnya bersetuju menggabungkan semua persatuan ke dalam satu badan induk yang dinamakan sebagai Kongres Melayu Se-Malaya yang dipengerusikan oleh Dato’ Onn bin Jaafar. Kongres ini juga telah mengambil kata putus untuk menubuhkan sebuah parti politik Melayu. Pada 11 Mei 1946, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau ringkasnya PEKEMBAR telah ditubuhkan. Ia dikenali sebagai UMNO
KESIMPULAN • Secara keseluruhannya, semangat nasionalisme di Tanah Melayu agak perlahan berbanding dengan negara-negara lain di Asia Tenggara • Ini kerana keadaan penduduk di negara ini yang pelbagai bangsa, agama, dan adat resam. • Faktor tersebut telah menyebabkan proses pembentukan dan penyatuan kesedaran politik lambat berlaku. • UMNO telah berjaya menyatukan orang Melayu dan terus kekal berpanjangan hasil daripada bentuk perjuangan mereka yang lebih sederhana dan sedia bekerjasama dengan Inggeris dan parti-parti bukan Melayu. • Secara umum, dapat disimpulkan bahawa nasionalisme merupakan satu proses yang perlu dilalui oleh setiap bangsa dalam usaha untuk membentuk dan memperkukuhkan identiti mereka sebagai sebuah negara dan bangsa yang bebas merdeka.
- Slides: 8