Perjuangan pemimpin tempatan menentang British v v v
Perjuangan pemimpin tempatan menentang British v v v Gerakan pemimpin tempatan wujud sejak kedatangan British kerana dasar yang telah dilaksanakan oleh pihak British telah menekan penduduk tempatan. Gerakan ini merupakan reaksi spontan masyarakat tempatan untuk menjaga kepentingan mereka daripada dicerobohi dan dikuasai oleh orang luar. Gerakan perjuangan yang dijalankan dipimpin oleh penduduk tempatan seperti Penghulu Dol Said, Dato’ Maharaja Lela, Rentap dan Mat Salleh.
Dato' Maharaja Lela adalah seorang pembesar lapan Perak
Pejuang Tok Janggut di hukum gantung
Mat Kilau pahlawan Pahang
Makam seorang pahlawan Naning
Sebab-sebab penentangan Dasar Penaklukan British Eksploitasi Terhadap Ekonomi Tempatan Pelaksanaan Pentadbiran Barat Terhadap Masyarakat Tempatan Sebab-sebab penentangan Kesulitan Penduduk tempatan Pembesar Tempatan Kehilangan Kuasa dan pengaruh Campurtangan British dalam Adat Resam Tempatan
1) Dasar Penaklukan British v v Penentangan penduduk tempatan terhadap British adalah kerana dasar penaklukan British di daerah mereka seperti di Naning, Pahang, Kelantan, Terengganu, Sarawak dan Sabah. Dasar penaklukan British terhadap NNM bertujuan untuk mengukuhkan kuasa politik. Apabila British menguasai satu wilayah, maka kawasan itu adalah terikat dengan perintah dan peraturannya. Contohnya, selepas menguasai Melaka daripada Belanda, British telah memasukkan Naning ke dalam jajahan takluknya dan memaksa Nanaing menghantar ufti ke Melaka tetapi tidak diterima oleh pemerintah Naning iaitu Penghulu Dol Said yang menyebabkan berlakunya pemberontakan.
2) EKSPLOITASI TERHADAP EKONOMI TEMPATAN v v v British juga berhasrat untuk menguasai ekonomi tempatan bagi kepentingan meeka melalui perjanjian yang dimeterai dengan pemimpin tempatan. Menerusi perjanjian ini, saudagar NNS telah dibenarkan terlibat dalam perlombongan dan perdagangan bijih timah. Penguasaan British dalam ekonomi tempatan menimbulkan kemarahan di kalangan penduduk tempatan.
3) Pelaksanaan Pentadbiran Barat Terhadap Masyarakat Tempatan v v v Penentangan juga berlaku kerana British telah memaksakan sistem pentadbiran Barat kepada penduduk tempatan. British telah memperkenalkan pelbagai peraturan seperti sistem cukai, undang-undang dan peraturan tanah untuk mendapatkan hasil yang maksimum. Contohnya, di Terengganu, British bertindak memperkenalkan peraturan tanah yang mensyaratkan penduduk tempatan mendapatkan kebenaran mereka untuk mengusahakan tanah dan dikenakan cukai tanah.
sambungan v Peraturan ini bertentangan dengan amalan tradisi masyarakat tempatan yang membolehkan mereka membuka tanah mengikut keperluan mereka tanpa membayar cukai.
4) Campur Tangan British Dalam Adat Resam Tempatan v v v British telah memaksa penduduk tempatan menerima nilai Barat yang bertentangan dengan budaya tempatan yang menyebabkan berlakunya penentangan. Misalnya, di Perak, J. W. W Birch telah campur tangan dalam adat resam masyarakat Melayu yang diamalkan selama ini iaitu amalan menggunakan orang suruhan. Tindakan ini ditentang oleh pemimpin dan masyarakat tempatan.
5) Pembesar Tempatan Kehilangan Kuasa Dan Pengaruh Penjajahan British ke atas kawasan milik pembesar menyebabkan pembesar hilang pengaruh ke atas kawasan dan anak buah. v Pembesar dilantik oleh Sultan atau masyarakat untuk mentadbir sebuah kawasan yang memberi mereka kuasa untuk menjaga halehwal daerahnya seperti : - pentadbiran/perundangan/ekonomi/sosial v
sambungan v v Ini menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pemimpin tempatan dan mendorong mereka menentang British. Penentang daripada kalangan pemimpin tempatan ini mendapat sokongan anak buah mereka kerana didorong oleh perasaan taat setia dan kehidupan yang tertekan akibat pelaksanaan pelbagai peraturan oleh British.
6) Kesulitan Penduduk Tempatan v v Peraturan yang diperkenalkan oleh British seperti peraturan tanah dan cukai telah menyulitkan kehidupan penduduk tempatan. Penentangan yang dilakukan oleh pembesar disokong oleh penduduk tempatan.
PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN
Peristiwa Penentangan Pemimpin Tempatan 1) NANING (1831 -1833) – Penghulu Dol Said v Penentangan oleh Penghulu Dol Said di Naning adalah yang paling awal berlaku di Tanah Melayu iaitu antara 1831 -1833. v Beliau menentang British kerana tidak bersetuju dengan tindakan British yang meletakkan Naning di bawah jajahan takluknya. v Penghulu Dol Said mengingkari arahan British supaya Naning menghantar 1/10 hasilnya sebagai ufti kepada negeri Melaka.
sambungan v v Ini menyebabkan British menghantar tenteranya untuk menakluk Naning pada tahun 1831. Pasukan British ini ditentang oleh Penghulu Dol Said dengan bantuan ketenteraan daripada : v. Yam Tuan Ali (Rembau) v- Syed Shaban (Penghulu Remai dan Rechat) v- Dato’ Kelana Sungai Ujong v- Penghulu Gemencheh v Pasukan ini telah berjaya mengalahkan 150 orang tentera British pimpinan Kapten Wyllie yang berusaha untuk menawan Taboh yang terletak di dalam daerah Naning.
sambungan v v v British dengan 1200 orang tentera sekali lagi menyerang Naning pada akhir tahun 1832. Tetapi pada kali ini Penghulu Dol Said dan pengikutnya tidak dibantu oleh sesiapa yang menyebabkan mereka kalah di tangan pasukan British. Akhirnya, Penghulu Dol Said terpaksa menyerah diri dan dia telah dibawa ke Melaka.
2) Sarawak – Linggir, Rentap dan Syarif Masahor v v Penentangan di Sarawak sama dengan penentangan di Naning. Pada tahun 1842, James Brooke yang digelar Raja Putih Sarawak telah berusaha untuk menguasai beberapa buah daerah pedalaman sehingga menimbulkan banyak bantahan daripada pemimpin tempatan. Keengganan mereka menyerahkan daerah mereka kepada James Brooke menyebabkan James Brooke menyerang daerah-daerah tersebut. Penentangan di Sarawak diketuai oleh pemimpin-pemimpin seperti Rentap, Rentap dan Syarif Masahor yang mana corak penentangannya adalah sama.
sambungan A) v v v LINGGIR (1849) Beliau merupakan pemimpin kaum Iban di Saribas yang menentang penaklukan James Brooke pada tahun 1849 dengan menyerang kapal Nemesis dekat Batang Lupar. Serangan ini merupakan tindak balas terhadap langkah James Brooke dan Kapten Farquhar yang menghalang pelayaran mereka di Sungai Saribas. Walau bagaimanapun, Linggir dan pengikutnya tidak berjaya dalam pertempuran tersebut.
B) RENTAP (Nama sebenar Libau dan bergelar Raja Darat dan Raja Ulu) v v v Rentap bermaksud penggoncang dunia merupakan pemimpin Iban yang menentang James Brooke pada tahun 1853 kerana tindakan James Brooke yang menghapuskan orang Iban di Sungai Skrang yang dianggap lanun. Beliau telah membuat serangan ke atas pasukan James Brooke di Kubu Nanga Skrang untuk menghalang kezaliman James Brooke di daerah tersebut. Serangan ini telah berjaya mengusir James Brooke tetapi tentera James Brooke telah bertindak balas dengan membakar kampung mereka.
sambungan v v v Rentap dan pengikutnya berundur ke Bukit Sadok tetapi sekali lagi mereka diserang oleh James Brooke. Tentera James Brooke telah berjaya mengalahkan Rentap dan pengikut-pengikutnya pada tahun 1861. Ini menyebabkan beliau terpaksa berundur ke Ulu Sungai Entabai dan serangannya semakin lemah.
C) SYARIF MASAHOR (1857) v v v Syarif Masahor merupakan Gabenor Sarikei yang dilantik oleh Sultan Brunei dan sangat dihormati oleh orang Iban dan Melanau. Penentangan orang Melayu di bawah pimpinan Syarif Masahor dan Datu Patinggi Abdul Gapur berlaku kerana mereka menolak penguasaan James Brooke di Sungai Rajang iaitu wilayah mereka pada tahun 1857. Ini kerana penguasaan James Brooke ke atas wilayah mereka akan menyebabkan mereka kehilangan kuasa memungut cukai dan pengaruh terhadap penduduk tempatan.
sambungan v v James Brooke telah membina sebuah kubu di Kanowit pada tahun 1858 yang kemudiannya telah diserang oleh Syarif Masahor. Seterusnya, beliau dan Datu Patinggi Abdul Gapor telah menyerang James Brooke di Kuching namun tentangan mereka gagal. Syarif Masahor melarikan diri ke Brunei tetapi kemudian diserahkan kepada British di Singapura oleh Sultan Brunei. Datu Patinggi Abdul Gapur melarikan diri ke Betawi tetapi beliau berjaya ditahan oleh Belanda dan diserahkan kepada James Brooke.
3) Sabah – Mat Salleh (Mohammad Salleh bin Datu Balu, berketurunan Suku Sulu Paitan) v v Beberapa siri penentangan terhadap Syarikat Borneo Utara British (SBUB) di Sabah telah dilakukan oleh pemimpin tempatan. Penentangan yang paling besar telah dilakukan oleh Mat Salleh yang merupakan pemerintah daerah Tambunan dan Sungai Sugut. Penentangan ini disebabkan pihak SBUB tidak menghiraukan kedudukan Mat Salleh. Ini kerana mereka bukan sahaja menduduki kawasan pengaruh Mat Salleh tetapi turut melaksanakan sistem cukai kepala dan surat perahu.
Penentangan Mat Salleh di Sabah 1894 - 1900
sambungan v v Pegawai-pegawai syarikat juga bersikap kasar terhadap penduduk tempatan. Mat Salleh telah ke Sandakan untuk berbincang dengan SBUB tetapi tidak dilayan malah kampungnya telah diserang dan dibakar oleh Gabenor Beaufort yang menyebabkan Mat Salleh terpaksa melarikan diri. Namun, pada tahun 1897, beliau dan pengikutnya telah membuat serangan mengejut terhadap kubu SBUB di Pulau Gaya. Ini membuatkan SBUB menawarkan pelan damai kepada Mat Salleh iaitu menyerahkan Tambunan kepadanya.
KAWASAN MAT SALLEH
sambungan v v v Walau bagaimanapun, SBUB telah mungkir janji dan ini menyebabkan Mat Salleh sekali lagi menyerang kubu SBUB. Serangan ini dibalas oleh SBUB dengan menyerang kubu Mat Salleh. Beliau akhirnya tewas dan meninggal dunia pada 31 Januari 1900.
4) Perak – Dato’ Maharaja Lela v v Penguasaan British di Perak yang didalangi oleh J. W. W Birch telah mendapat tentangan daripada orang tempatan di bawah pimpinan Dato’ Maharaja Lela (Pandak Limo bin Machang Lela Tok Mahmud) yang merupakan pembesar kelapan Perak dengan gelaran Orang Kaya Maharaja Lela Tun Jana Putra. Penentangan di Perak ini dilakukan secara bersatu oleh semua pembesar dan sultan.
sambungan v n n . Sebab penentangan penduduk tempatan Perak terhadap British ialah : Mengambil hak mengutip cukai J. W. W. Birch memaksa Sultan Abdullah menandatangani pengisytiharaan yang membolehkan British mengambil hak mengutip cukai. Memperkenalkan cukai baru British bertindak sesuka hati dengan memperkenalkan beberapa cukai baru seperti cukai padi, cukai perahu, cukai atap, cukai senjata dan bayaran permit untuk membalak.
Mencabar ketuanan Melayu Sultan Abdullah didesak menandatangani perisytiharan penyerahan kuasa kepada British. Pengisytiharran itu menyebabkan kuasa mentadbir negeri diserah kepada Residen. Mencabuli adat resam J. W. W. Birch mencampur tangan dalam adat resam penduduk tempatan dengan mengharamkan amalan perhambaan.
PETA KAWASAN PENENTANGAN DATO’ MAHARAJALELA
Urutan penentangan Dato’ Maharaja Lela dan orang Melayu di Perak Tarikh Peristiwa 20 Jan 1874 Perjanjian Pangkor ditandatangani oleh Sultan Abdullah dan Sir Andrew Clarke. Feb 1875 Bantahan terbuka oleh Sultan Abdullah, Dato’ Maharaja Lela dan pembesar Melayu Perak yang lain terhadap campur tangan British. Dato’ Maharaja Lela membuat kubu di Pasir Salak. 21 Julai 1875 Mesyuarat antara Dato’ Maharaja Lela dengan pembesar-pembesar Melayu di Durian Sebatang menentang undang-undang British.
Dato’ Maharaja Lela bersetuju mengambil tanggungjawab membunuh J. W. W Birch selepas 12 Sept 1875 bermesyuarat dengan Sultan Abdullah dan para pembesar lain di Belanja. Sultan Abdullah memberitahu Sultan Ismail tentang rancangan tersebut. 31 Okt 1875 2 Nov 1875 Walaupun Dato’ Maharaja Lela melakukan penentangan terhadap British, namun Sultan Abdullah terpaksa menyerahkan Perak kepada British. Mat Arshad, orang suruhan British dibunuh oleh penduduk tempatan semasa menampal poster cukai di Pasir Salak. Pembunuhan J. W. W Birch oleh Seputum, Pandak Lam dll atas arahan Dato’ Maharaja Lela di Sungai Perak, Pasir Salak.
13 Nov 1876 20 Nov 1877 Pihak British dengan 500 orang tenteranya melancarkan serangan terhadap Pasir Salak dak kawasan-kawasan yang terlibat. Dato’ Maharaja Lela dan Dato’ Sagor melarikan diri ke Kota Lama. Perbicaraan diadakan di Matang, Perak. Hakimnya ialah Raja Idris. Manakala penasihat perbicaraan ialah Frank Swettenham. Dato’ Maharaja Lela bersama-sama Dato’ Sagor, Pandak Lam, Seputum dan Pandak Indut dijatuhi hukuman gantung. Sultan Ismail dibuang negeri ke Johor. Sultan Abdullah, Menteri Ngah Ibrahim, Syahbandar dan Laksamana pula dibuang negeri ke Pulau Seychelles. Dengan itu, Perak dikuasai sepenuhnya oleh British.
31 Oktober 1875 n Walaupun Dato’ Maharaja Lela melakukan penentangan terhadap British, namun Sultan Abdullah terpaksa menyerahkan Perak kepada British. n Mat Arshad, orang suruhan British, dibunuh oleh penduduk tempatan semasa menampal poster cukai di Pasir Salak. 2 November 1875 n Pembunuhan J. W. W. Birch oleh Seputum, Pandak Lam, dan lain-lain lagi atas arahan Dato’ Maharaja Lela di Sungai Perak, Pasir Salak.
Pengoyakkan Surat Pengisytiharan Perangkap J. W. W. Birch Pembunuhan J. W. W Birch 2 November 1875 di Pasir Salak
n n n 13 November 1876 Pihak British dengan 500 orang tenteranya melancarkan serangan terhadap Pasir Salak dan kawasan yang terlibat. Dato’ Maharaja Lela dan Dato’ Sagor melarikan diri ke Kota Lama.
Sultan Abdullah, Dato' Maharaja Lela, Dato' Sagor dan pahlawan-pahlawan lain
n KESAN-KESAN
n n Kesan-kesan Dato’ Maharaja Lela, Dato’ Sagor, Pandak Indut dan Sepuntum dljatuhi hukuman gantung sampai mati di tebing Sungai Perak n Sultan Abdullah dan Ngah Ibrahim dibuang negeri ke Pulau Seychelles. n Raja Ismail dibuang negeri ke Johor.
Menjalani hukuman gantung di Larut 1877 Sultan Abdullah dibuang ke Pulau Seychelles 1877
5) Negeri Sembilan – Yam Tuan Antah Sri Menanti dan Dato’ Syahbandar Sungai Ujong (Abdullah Tunggal) v v - - Penentangan pembesar tempatan terhadap penguasaan British di Negeri Sembilan telah dilakukan oleh Yam Tuan Antah dan Dato’ Syahbandar. Sebab-sebab penentangan Yam Tuan Antah ialah: British menduduki Sungai Ujong. British menyokong Dato’ Kelana menduduki Terachi dan Paroi. British menawan Bukit Putus, Jempul dan Terachi. Pada tahun 1888, Yam Tuan Antah menandatangani perjanjian damai.
sambungan v v v Dato’ Syahbandar Sungai Ujong enggan menandatangani perjanjian dengan British pada 21 April 1874. Beliau juga menentang tindakan Dato’ Kelana Sungai Ujong iaitu Syed Abdul Rahman yang mempelawa British supaya campur tangan dalam pertikaian mereka iaitu menguasai kawasan sempadan untuk mengenakan cukai kepada pedagang bijih timah dari Negeri-Negeri Selat (NNS). Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman akhirnya berjaya mengalahkan Dato’ Syahbandar Abdullah Tunggal untuk menguasai Sungai Ujong dengan bantuan British.
sambungan v v Dato’ Syahbandar Abdullah Tunggal terpaksa berundur ke Selangor. Walau bagaimanapun, beliau kembali semula ke Sungai Ujong dan menandatangani perjanjian dengan British pada 10 November 1874. Dato’ Syahbandar bersetuju meletakkan jawatan dan berhijrah ke Singapura. Dengan itu, seluruh Sungai Ujong dapat dikuasai sepenuhnya oleh Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman tetapi tertakluk di bawah penguasaan British.
6) Pahang (1888) - Dato’ Bahaman v v Beberapa orang pembesar telah bersatu melawan penguasaan British di Pahang pada tahun 1888. Apabila J. P Rodger dilantik sebagai Residen Pahang yang pertama, pelaksanaan undang-undang British yang bertentangan dengan adat resam dan sistem politik tempatan seperti sistem kehakiman, pemungutan hasil tanah, sistem cukai dan penubuhan pasukan polis luar telah ditolak oleh Dato’ Bahaman. Ini kerana undang-undang tersebut telah menghakis kuasa Dato’ Bahaman sebagai Orang kaya Setia Perkasa Pahlawan Semantan. Dato’ Bahaman dan rakan-rakannya seperti Tok Gajah dan Imam Rasul telah bersatu menentang British selama 5 tahun.
Siri penentangan Dato’ Bahaman Tahun 1890 Peristiwa 1891 Menentang pembinaan Balai Polis Lubuk Terua, kawasan pengaruhnya. Menyerang British kerana menagkap anak buahnya. 1892 Menyerang dan menawan semula Lubuk Terua. 1894 Menyerang dan menguasai Kuala Tembeling dan Jeram Ampai. Akibat tekanan British, Dato’ Bahaman berundur ke Kelantan. 1895
sambungan v v Dato’ Bahaman dan rakan-rakannya diberi perlindungan daripada penduduk dan pembesar Terengganu dan Kelantan. Dato’ Bahaman menetap di Hulu kelantan manakala Tok Gajah dan keluarganya menetap di Hulu Terengganu. Dato’ Bahaman berpindah ke Bangkok dan diberikan perlindungan politik oleh Raja Chulalongkorn pada tahun 1896. Beliau menetap di Chieng Mai dan diberikan wang sara hidup sebanyak 1000 bath dan meninggal di sana.
7) Kelantan (1910) – Tok Janggut (Haji Mat Hassan bin Munas) v v Penentangan terhadap penjajahan British di kelantan berlaku di Pasir Puteh apabila Sistem Penasihat British diperkenalkan pada tahun 1910. British telah memaksa penduduk tempatan menerima pakai sistem cukai yang diperkenalkannya. Tok Janggut membantah pelaksanaan sistem ini dan enggan membayar cukai tetapi tidak dilayan oleh Pegawai Daerah Pasir Puteh. Sebaliknya, arahan menangkap Tok Janggut telah dikeluarkan tetapi gagal.
sambungan v v Pada tahun 1915, Engku Besar Jeram, Tuan Ahmad, Penghulu Adam, Haji Said, Che Ishak serta penduduk tempatan bersetuju menyerang Pasir Puteh dan berjaya mendudukinya. Sebuah kerajaan telah dibentuk dengan Engku Besar dilantik sebagai Raja, Tok Janggut sebagai Perdana Menteri manakala Che Ishak sebagai Pegawai Daerah. British telah menggunakan nama Sultan Kelantan untuk membawa masuk pasukan tentera dari Negeri Selat dengan Kapal Perang H. M. S Cadmus yang mendarat di Tumpat. British memulakan serangan di Saring pada bulan Mei 1915.
sambungan v v v Serangan British yang tersusun dengan penggunaan senjata yang lebih moden telah berjaya melumpuhkan perjuangan Tok Janggut dan pengikutnya. Malah Tok Janggut juga telah terkorban dalam serangan itu. Mayatnya diarak ke seluruh pekan Kota Bharu sebelum digantung di pasar dalam keadaan kepala ke bawah dan kaki ke atas sebagai amaran kepada masyarakat tempatan yang berani menentang British.
v v v 8) Terengganu – Haji Abdul Rahman Limbong atau Haji Abdul Rahman bin Haji Abdul Hamid yang merupakan seorang ulama telah menentang British di Terengganu kerana tidak berpuas hati dengan sistem cukai dan undang-undang tanah British yang diperkenalkan kepada penduduk tempatan. Beliau telah mengetuai penduduk kampung membersihkan tanah di Kuala Telemong pada bulan Julai dan Ogos 1922 tanpa menghiraukan peraturan tanah. Pada bulan Mei 1925 pula, kira-kira 300 orang penduduk kampung telah berkumpul dan membuka tanah milik Tengku Nik Maimunah ibn Sutan Zainal Abidin III yang meliputi kawasan Lubuk Batu hingga Kampung Pelam.
sambungan v v Keadaan ini membimbangkan British tetapi mereka dapat disuraikan dengan jasa baik Tengku Nik Maimunah. Kemarahan penduduk tempatan terhadap dasar British menyebabkan mereka melancarkan penentangan bersenjata pada bulan Mei 1928. Kumpulan yang menyerang bangunan kerajaan di Kuala Berang telah berjaya mendudukinya manakala kumpulan di Kuala Telemong pula telah bersiap sedia menunggu arahan untuk menentang British telah menggunakan kuasa dan nama Sultan Terengganu untuk menghantar 3 orang pembesar bagi membawa perintah sultan untuk menawan semula Kuala Berang dan menangkap serta memburu sesiapa sahaja yang menghalangnya.
sambungan v v Cara ini memudahkan British kerana rakyat Melayu tidak akan menderhaka kepada sultan. Sepasukan polis seramai 25 orang telah menyerang Kuala Telemong dan berjaya menumpaskan kebangkitan penduduk tempatan dengan mengorbankan 11 orang. Haji Abdul Rahman Limbong telah diserang oleh 50 orang polis yang dibawa dari Singapura. Beliau akhirnya berjaya ditahan dibuang negeri ke Makkah.
Kesimpulan v v v Perjuangan tokoh-tokoh lampau menentang British telah menunjukkan semangat taat setia negara yang tinggi kerana sanggup berkorban untuk bangsa. Sifat bekerjasama dan tolong-menolong antara pemimpin dan pengikut dalam menentang British telah menyumbangkan kejayaan. Sikap berdisiplin dan gigih berusaha dapat menghasilkan perjuangan yang berjaya. Kekalahan mereka dalam perjuangan adalah kerana kekurangan ilmu dan senjata moden. Oleh itu, kita patut mengambil iktibar dengan berusaha melengkapkan diri dengan segala ilmu pengetahuan yang baik supaya tidak dijajah lagi.
Faktor-faktor pemangkin nasionalisme ü ü ü ü ü Pengenalan Sistem Politik Barat Perkembangan Sistem Pendidikan Dasar British Pembukaan Bandar Baru Pendudukan Jepun Penguasaan Parti Komunis Malaya(PKM) Mesin Cetak Gerakan Pan-Islamisme Sedunia Kesedaran Politik di Asia Tenggara(serantau)
Pengenalan sistem politik Barat n Ø Ø Memusnahkan sistem politik tempatan Residen mengambil alih pentadbiran negeri daripada pembesar tempatan Pembesar diberi pencen Jawatannya digantikan dengan pegawai British Hal ini mencabar amalan tradisi dan menjatuhkan maruah pembesar tempatan
Perkembangan Sistem Pendidikan n Ø Ø Sistem pendidikan Inggeris dan sekolah vernakular Melayu diperkenalkan Melahirkan intelek Melayu Menggunakan idea baru bagi memajukan bangsa Melayu & menolak sebarang bentuk penjajahan Barat
Dasar British ü ü ü Menggalakkan sesiapa sahaja datang melabur, berniaga, berdagang, bekerja & menetap di Tanah Melayu Kesannya kemasukan beramai-ramai imigran dan menimbulkan persaingan kepada penduduk tempatan Mereka menguasai ekonomi Tanah seperti bijih timah, getah dan perniagaan Orang Melayu kekal dengan pertanian padi yang tidak dimajukan oleh British Mereka terus kekal dalam ekonomi tradisional
Pembukaan bandar baru n n Sebagai pusat pentadbiran tetapi orang Melayu tetap di kampung yang mundur Prasarana seperti elektrik, pos, telefon, sekolah dan hospital telah meningkatkan taraf hidup di bandar Orang Melayu tetap tinggal di kampung dengan segala kekurangan Jurang taraf hidup orang tempatan dengan imigran dan penduduk bandar telah menyedarkan golongan intelek Melayu & mereka menjadikannya sebagai isu gerakan nasionalisme
Pendudukan Jepun n n v v v • • Merupakan pemangkin gerakan nasionalisme Jepun dengan konsep “Kawasan Kesemakmuran Asia” iaitu: Kebebasan negara-negara Asia untuk menentukan kemajuan & meningkatkan persaudaraan di kalangan negara-negara Mengalakkan bekerjasama dengan Jepun berjanji akan memerdekakan mereka Kesengsaraan hidup akibat kekurangan makanan & ubatan serta kekejaman Jepun menimbulkan kebencian penduduk Tanggapan rakyat semua penjajah zalim dan menindas penduduk tempatan
PENINDASAN PENJAJAH
Penguasaan Parti Komunis Malaya (PKM) n n Ø Ø Ø Pada 1945, PKM berkuasa selama 14 hari dan mula menyebarkan ideologi komunis PKM telah menguasai balai-balai polis, memerintah dengan kejam, membunuh & menangkap sesiapa sahaja yang dianggap sebagai penyokong Jepun Ramai orang Melayu terbunuh & rumah mereka dibakar Orang Melayu bertindak balas di Perak, Johor, Negeri Sembilan dan Pahang Mewujudkan perbalahan kaum
Mesin Cetak n n Memberi kesan terhadap penyebaran ilmu pengetahuan dan mendorong kepada penentangan terhadap British Contohnya; buku, akhbar, majalah, kitab agama – idea menentang penjajah dapat disebarkan
Gerakan Pan-Islamisme Sedunia n n n Merupakan gerakan intelektual Islam seluruh dunia untuk membangkitkan kefahaman Islam untuk menentang penjajahan Barat ke atas negara-negara Islam Merangsang kesedaran semangat kebangsaan Bermula di Universiti Al-Azhar, Mesir oleh Syeikh Muhammad Abduh Tulisannya menekankan bahawa Islam adalah cara hidup yang menekankan kepentingan dunia & akhirat serta mendorong ke arah kemajuan dunia(ideanya disebarkan melalui al. Manar Gerakan Wahabi di Arab Saudi juga mendesak perkara yang sama
Kesedaran Politik di Asia Tenggara (serantau) n n Khususnya berlaku di Indonesia telah mendorong kebangkitan semangat nasionalisme di Tanah Melayu Kesedaran politik Indonesia lebih matang dan telah melahirkan ramai intelektual & karya mereka menjadi bahan bacaan penduduk Tanah Melayu Idea politik dan penentangan terhadap penjajahan tersebar luas di sini Kemasukan orang Indonesia ke Tanah Melayu memudahkan lagi penerimaan unsur kegiatan nasionalisme Indonesia di Tanah Melayu
- Slides: 73