PERINTAH AM BAB G III 1974 ELAUN LEBIH
PERINTAH AM BAB G III -1974 ELAUN LEBIH MASA
ELAUN LEBIH MASA Apabila seseorang pegawai dikehendaki bekerja lebih daripada masa bekerja biasa yang disyaratkan baginya atau dipanggil bertugas dalam masa kecemasan maka ia boleh diberi bayaran lebih masa mengikut kadar-kadar yang ditetapkan dan jenis tugas kerja yang dijalankan.
PEKELILING-PEKELILING ELAUN LEBIH MASA (ELM) o Perintah Am Bab G, 1974 – III Lebihmasa (para 11 -16) o Perintah Am Bab C – VI Cuti Tidak Berekod (para 40) o Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bil 17 tahun 2014 o Surat Pekeliling Pejabat Kewangan Negeri Sembilan Bil 1 Tahun 2017 o Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil 21 Tahun 1977 (ELM >1/3) o Pekeliling Perkhidmatan Bil 17 Tahun 2005 (Formula ELM PS) o Pekeliling Perkhidmatan Bil 2 Tahun 2007 (WBB) o Pekeliling Perkhidmatan Bil 3 Tahun 2011 (PSH)
PERINTAH AM BAB G 1974 WAKTU BEKERJA DAN LEBIHMASA I WAKTU BEKERJA PEJABAT III LEBIHMASA 1 Waktu bekerja biasa (1) 11 Bila bayaran boleh dibayar 2 Rehat Makan (1) 12 Jenis kerja bagi lebihmasa 3 Menunaikan sembahyang Jumaat (18) 13 Kadar-kadar bayaran lebihmasa (9 A) 4 Mengadakan waktu bekerja yang berlainan 14 Pegawai yang tiada layak mendapat bayaran lebihmasa (5) 5 Mematuhi waktu bekerja (1) 15 Pengecualian dari P. A. 14 II WAKTU BEKERJA BUKAN PEJABAT 16 Tinggal atas panggilan IV PELBAGAI 6 Kerja sehari biasa (2) 17 Ketua Jabatan boleh menghendaki pegawai berkhidmat di luar masa biasa (1) 7 Kerja seminggu (2 & 10) 8 Hari mingguan mengikut ugama 18 Peraturan tunggu panggilan di rumah (11) 9 Rehat makan (3) 19 Permulaan dan akhir tugas (16)
BILA BAYARAN BOLEH DIBAYAR? Apabila seseorang pegawai yang lain daripada mereka dalam Perintah Am 14 … a) dikehendaki bekerja lebih daripada masa bekerja biasa yang disyaratkan baginya, atau b) dipanggil bertugas dalam masa kecemasan; Maka ia boleh diberi bayaran lebihmasa mengikut kadar yang ditetapkan dan jenis tugas kerja yang dijalankan. Bayaran lebihmasa tidak boleh dibuat dalam keadaan seperti dalam Perintah Am 20. Perintah Am 11 - Bab G III LEBIHMASA (11 -16)
JENIS KERJA YANG MELAYAKAN DIBAYAR ELM? Corak kerja lebih masa juga adalah meliputi semua jenis tugas seperti perkhidmatan kaunter, pemerosesan, penyeliaan dan pengawasan dengan tertakluk kepada syarat-syarat kerja seperti berikut: i) Kerja-kerja kecemasan; ii) Kerja mustahak dan tidak boleh ditangguhkan pada hari berikutnya sebab penangguhan itu boleh memudaratkan perkhidmatan; iii) Kerja-kerja yang dikehendaki dibuat oleh anggota melebihi daripada tugas biasanya; dan iv) Kerja-kerja yang perlu diuruskan dalam jangkamasa yang terhad. Perenggan B 24, Lampiran D 6, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 1991
SIAPAKAH YANG LAYAK DIBAYAR ELM? Semua anggota dalam kumpulan sokongan kecuali anggota-anggota dalam perkhidmatan Polis, Tentera, Bomba dan Tentera Perintah Am 15 - Bab G III LEBIHMASA (11 -16) – Pengecualian dari P. A. 14
SIAPAKAH YANG TIDAK LAYAK MENDAPAT BAYARAN LEBIHMASA? i. Kumpulan Pengurusan Tertinggi; ii. Kumpulan Pengurusan dan Profesional; dan iii. Pekerja Sambilan Harian (PSH) Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2011 – Dasar Prosedur Pengambilan PSH, para 6 (l) Perintah Am 14 - Bab G III LEBIHMASA (11 -16)
SIAPAKAH YANG TIDAK LAYAK MENDAPAT BAYARAN LEBIHMASA? Pekerja Sambilan Harian (PSH) Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2011 – Dasar Prosedur Pengambilan PSH, para 6 (l) MEMBATALKAN Pekeliling Perkhidmatan 3/1994, 2/1997, 7/1999, 4/2000 dan 17/2005. Surat Pekeliling Perkhidmatan 9/1978, 16/1979 dan 6/2005. Perintah Am 14 - Bab G III LEBIHMASA (11 -16)
TEMPOH WAKTU PEJABAT WAKTU BEKERJA BERPERINGKAT (WBB) Jadual 1: Tempoh Waktu Pejabat WBB Negeri Hari Tempoh Waktu Pejabat (Sehari) Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya) Kedah, Kelantan dan Terengganu Isnin - Khamis 9 jam 7 jam 30 minit Jumaat Isnin - khamis Ahad 9 jam 7 jam 30 minit Perintah Am 1 - Bab G I. WAKTU BEKERJA PEJABAT (1 -5) (Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2007 –para 4 - kuatkuasa 1 Jun 2007)
WAKTU BERPERINGKAT Jadual 2: Waktu Bekerja Berperingkat di Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang dan Wilayah Perseketuan (Kuala Lumpur dan Putrajaya) Waktu Peringkat WP WP 1 WP 2 Hari Waktu Rehat Waktu Bekerja Isnin-Khamis 7. 30 pg - 1. 00 ptg - 2. 00 ptg - 4. 30 ptg Jumaat 7. 30 pg – 12. 15 tgh 12. 15 tgh – 2. 45 ptg – 4. 30 ptg Isnin-Khamis 8. 00 pg – 1. 00 ptg – 2. 00 ptg – 5. 00 ptg Jumaat WP 3 Waktu Bekerja Isnin– Khamis Jumaat 2. 45 ptg – 5. 00 ptg 8. 00 pg – 12. 15 tgh 12. 15 tgh – 2. 45 ptg 8. 30 pg – 1. 00 ptg – 2. 00 ptg – 5. 30 ptg 2. 45 ptg – 5. 30 ptg 12. 15 pg – 2. 45 Perintah Am 1 - 8. 30 pg – 12. 15 Bab G I. WAKTU BEKERJA PEJABAT (1 -5) keliling Perkhidmatan Bil. 2 ptg Tahun 2007 - para ptg 5 - kuatkuasa 1 Jun 2007)
MENGADAKAN WAKTU KERJA YANG BERLAINAN Pejabat-pejabat yang memerlukan satu waktu bekerja yang berlainan daripada Perintah Am 1 dan Perintah Am 2 hendaklah terlebih dahulu memohon kebenaran daripada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA). Perintah Am 4 - Bab G I WAKTU BEKERJA PEJABAT (1 -5)
REHAT MAKAN Pada hari-hari bekerja penuh, waktu rehat untuk makan diberi dari : - jam 12. 45 tgh - 2 petang. (1 jam 15 minit) Perintah Am 2 - Bab G I WAKTU BEKERJA PEJABAT (1 -5) Bagi pejabat di negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang dan Wilayah Persekutuan di mana hari Sabtu dan Ahad merupakan Hari Rehat Mingguan, Waktu Pejabat ialah dari : - jam 7. 30 pagi - jam 5. 30 ptg (9 jam) Walaubagaimanapun, pejabat akan ditutup untuk Waktu Rehat ialah dari: - jam 1 ptg - 2 ptg =1 jam (Isnin – Khamis) jam 12. 15 tgh - 2. 45 ptg =2 jam 30 minit (Jumaat) (Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2007 - para 5 - kuatkuasa 1 Jun 2007)
MEMATUHI WAKTU BEKERJA v Semua pegawai, termasuk Ketua-ketua Jabatan sendiri, hendaklah mematuhi waktu-waktu bekerja dan hadir di pejabat dalam masa yang ditetapkan. v Seseorang pegawai yang hendak meninggalkan pejabatnya di waktu bekerja hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran daripada pegawai yang menjaganya sebelum berbuat demikian. Perintah Am 5 - Bab G I. WAKTU BEKERJA PEJABAT (1 -5)
KERJA SEHARI BIASA v Apabila seseorang pegawai dikehendaki bekerja sehari biasa, maka ini akan meliputi satu masa bekerja atau giliran bekerja sebanyak lapan (8) jam melainkan seperti dinyatakan dalam Perintah Am 7. v Bila sesuatu jenis kerja itu tidak bersambung terus menerus maka waktu bekerja sehari biasa itu boleh jadi lebih daripada lapan (8) jam tetapi tidak boleh melebihi dua belas (12) jam. Perintah Am 6 - Bab G- II. WAKTU BEKERJA BUKAN PEJABAT (6 -10)
KERJA SEHARI BIASA a) 1 hari biasa = 8 jam 7. 30 am - 4. 30 pm = Setiap hari bersamaan dengan 8. 00 am - 5. 00 pm = 9 jam – 1 jam (rehat) 8. 30 am - 5. 30 pm = = 8 jam b) 1 hari biasa = > 8 jam < 12 jam 6 am – 10 am = 4 jam + 1 pm – 4 pm = 3 jam + Jumlah 11 jam 8 pm – 12 am = 4 jam + = > 8 jam < 12 jam Perintah Am 6 - Bab G- II. WAKTU BEKERJA BUKAN PEJABAT (6 -10)
KERJA SEMINGGU v Pekerjaan dalam seminggu hendaklah mengandungi enam (6) masa bekerja atau giliran iaitu terdiri dari lima (5) masa bekerja sebanyak lapan (8) jam sekali dan satu (1) giliran sebanyak enam (6) jam sekali. v Seseorang pegawai hendaklah diberi satu (1) hari dalam seminggu sebagai hari rehat. Perintah Am 7 - Bab G- II. WAKTU BEKERJA BUKAN PEJABAT (6 -10)
KERJA SEMINGGU SECARA GILIRAN Enam (6) masa bekerja 1 (1) hari rehat a) 5 giliran x 8 jam sekali = 40 jam b) 1 giliran x 6 jam sekali = 6 jam 46 jam seminggu c) 1 hari dalam seminggu sebagai hari rehat= 24 jam + (5 x(24 -8))+(1 x(24 -6)) = 24 jam + 80 jam + 18 jam =122 jam rehat +46 jam= 168 jam Contoh Jadual –Jadual Giliran / Syif Sehari Jadual 1 Jadual 2 Jadual 3 7 am-2 pm = 7 jam 2 pm-10 pm = 8 jam 12 am– 12 pm = 12 jam 2 pm– 9 pm = 7 jam 10 pm-6 am = 8 jam 12 pm– 12 am = 12 jam 9 pm– 7 am = 10 jam 6 am-2 pm = 8 jam 24 jam x 7 hari = 168 jam Perintah Am 7 - Bab G- II. WAKTU BEKERJA BUKAN PEJABAT (6 -10)
REHAT MAKAN v Waktu rehat untuk makan diberi sebanyak satu (1) jam semasa dalam waktu bekerja lapan (8) jam. v Waktu ini boleh juga ditambah kalau perlu atau difikirkan lebih munasabah selama lima belas (15) minit lagi dengan syarat masa bekerja juga ditambah sebanyak lima belas (15) lagi. Perintah Am 9 - Bab G II – WAKTU BEKERJA BUKAN PEJABAT (6 -10) v Bagi perkhidmatan kaunter yang perlu dibuka secara berterusan, Ketua Jabatan boleh membuat penyesuaian kepada Waktu Rehat pegawai, dengan syarat Masa Rehat pegawai diganti pada hari yang sama. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2007 – Perlaksanaan WBB kuatkuasa 1 Jun 2007
JENIS KERJA LEBIH MASA JENIS KERJA TAKRIF JENIS KERJA YANG DIBAYAR ELM DIANTARA JAM KERJA SIANG Sebarang giliran bertugas tambahan yang dikerjakan 6 pagi - 10 malam KERJA MALAM Sebarang giliran bertugas tambahan yang dikerjakan 10 malam - 6 pagi KERJA KECEMASAN Sebarang tugas yang diistiharkan oleh Ketua Jabatan Sesuatu kecemasan sebagai tugas kecemasan yang memerlukan tenaga itu hendaklah pekerja lebih daripada biasa. dianggap berakhir Masa sedang bertugas biasa yang diistiharkan sebagai bila perhubungankecemasan akan dianggap sebagai termasuk dalam perhubungan telah tersambung semula kerja kecemasan. atau apabila kedua. Lazimnya bagi: lepas a) Memulihkan semula perhubungan-perhubungan duanya atau perkhidmatan-perkhidmatan yang terputus daripada gangguan atau ancaman. atau terganggu; atau b) Memelihara perhubungan-perhubungan atau perkhidmatan-perkhidmatan tersebut daripada terganggu atau terancam. Perintah Am 12 - Bab G III LEBIHMASA (11 -16)
KADAR GANDAAN BAYARAN LEBIHMASA GANDAAN BAYARAN Berikut adalah kadar gandaan bayaran lebihmasa mengikut jenis kerja lebihmasa Hari Bekerja Biasa (selepas waktu pejabat/ giliran/pusingan kerja) Hari Rehat Mingguan Hari Kelepasan (diisytihar/dijadualkan Am (diisytihar/ rehat) Sabtu/Ahad diwartakan) 1 Kerja Siang 6 pagi - 10 mlm 1 1/8 kali 1 ¼ kali *1 ¼ kali 1 ½ kali *2 kali 1 ½ kali (siang) 1 ¾ kali (malam) 2 kali (malam) *1 ¾ kali (siang) *2 kali (malam) *1 ¾ kali (siang) 2 Kerja Malam 10 mlm – 6 pagi 1 ¾ kali 3 Kerja Kecemasan i) Pegawai sedang bertugas (a) Bagi baki masa dlm giliran - untuk bagi masa pertukaran / giliran kerja (turn or shift of duty) (b) Selepas tamat giliran ii) Pegawai tidak bertugas (offduty)) * 2 2 2 Pegawai boleh mendapat bayaran minima tidak daripada 2 jam bagi ini, walaupun tugas tidak sampai * kurang kali (malam) * tugas kali (malam) * itukali (malam) 2 jam Perintah Am 13 Bab G III LEBIHMASA (11 -16) LAMPIRAN A
KADAR BAYARAN LEBIH MASA BAGI PEGAWAI AWAM Kadar bayaran bagi kerja lebih masa di Perintah Am 12 adalah dikira dengan mendarab bayaran sejam dengan gandaan bayaran seperti dalam LAMPIRAN A. Bayaran sejam bagi seseorang pegawai adalah diperolehi dengan membahagi gaji tahunannya dengan faktor 313 x 8. Gaji Pokok X 12 Bulan = Kadar Bayaran Sejam 313 hari bekerja x 8 jam (365 hari – 52 minggu)= 313 hari Perintah Am 13 - Bab G III LEBIHMASA (11 -16)
PENGIRAAN BAYARAN LEBIH MASA BAGI PEGAWAI YANG SEDANG MENANGGUNG KERJA Pegawai yang layak di bayar ELM dan diarah menanggung kerja tugas lain serta bertugas melebihi dua (2) jam lima belas (15) minit di luar Waktu Pejabat layak menuntut bayaran lebih masa seperti pengiraan berikut : - 1. 2. Waktu Bekerja Pejabat – Hari Bekerja Penuh (Hari Isnin hingga Khamis) Waktu Bekerja Pejabat – Hari Bekerja Penuh (Hari Jumaat) Formula: JUMLAH MASA YANG = a - (b + c) LAYAK DITUNTUT a = Jumlah waktu bekerja penuh (Isnin hingga Khamis)/(Jumaat) b = Jumlah waktu bekerja biasa pejabat (9 jam) /(7 jam 30 minit) c = Jumlah waktu bekerja yang dibayar Elaun Penanggungan Kerja (EPK) dalam sehari 9 jam x ¼ = 2 jam 15 minit Perintah Am 13 - Bab G III LEBIHMASA (11 -16) Pekeliling Perkhidmatan Bil. 17 Tahun 2007 - LAMPIRAN C
PENGIRAAN BAYARAN LEBIH MASA BAGI PEGAWAI YANG SEDANG MENANGGUNG KERJA 1. Waktu Bekerja Pejabat – Hari Bekerja Penuh (Hari Isnin hingga Khamis) Formula: JUMLAH MASA YANG = a - (b + c) LAYAK DITUNTUT JUMLAH MASA YANG LAYAK DITUNTUT BAYARAN LEBIH MASA Contoh 1. Isnin hingga Khamis =14 jam 15 minit – (9 jam+2 jam 15 minit) =14 jam 15 minit – 11 jam 15 minit = 3 jam Perintah Am 13 - Bab G III LEBIHMASA (11 -16) Pekeliling Perkhidmatan Bil. 17 Tahun 2007 - LAMPIRAN C
PENGIRAAN BAYARAN LEBIH MASA BAGI PEGAWAI YANG SEDANG MENANGGUNG KERJA 2. Waktu Bekerja Pejabat – Hari Bekerja Penuh (Hari Jumaat) Formula: JUMLAH MASA YANG = a - (b + c) LAYAK DITUNTUT JUMLAH MASA YANG LAYAK DITUNTUT BAYARAN LEBIH MASA Contoh 2. Jumaat =12 jam –(7 jam 30 minit + 2 jam 15 minit) =12 jam – 9 jam 45 minit = 2 jam 15 minit Perintah Am 13 - Bab G III LEBIHMASA (11 -16) Pekeliling Perkhidmatan Bil. 17 Tahun 2007 - LAMPIRAN C
KETUA JABATAN BOLEH MENGHENDAKI PEGAWAI BERKHIDMAT DI LUAR MASA BIASA Seorang Ketua Jabatan atau Pejabat boleh menghendaki mana-mana pegawainya bertugas di luar masa yang ditetapkan apabila pada pandangannya ini adalah untuk kepentingan awam atau kepentingan perkhidmatan. Ini termasuklah kehadiran di pejabat lebih awal atau tinggal di pejabat lebih lewat daripada masa-masa yang ditetapkan, atau hadir di pejabat pada hari minggu atau kelepasan am. Perintah Am 17 - Bab G IV – PELBAGA I (17 -20)
PERATURAN TUNGGU PANGGILAN DI RUMAH Ketua jabatan boleh dan akan menentukan cara giliran tinggal di atas panggilan di rumah bagi pegawai-pegawai di bawah jagaannya bila tinggal di atas panggilan adalah perlu untuk kepentingan perkhidmatan atau kepentingan awam. Perintah Am 18 - Bab G IV PELBAGAI (17 -20)
PERMULAAN DAN AKHIR TUGAS Di mana tempat bekerja adalah jauh daripada tempat melaporkan diri, pegawai adalah dianggap mulai bekerja di tempat melaporkan diri dan dianggap menamatkan kerja di tempat yang sama. Perintah Am 19 - Bab G IV PELBAGAI (17 -20)
SITUASI 1 RUMAH PEJABAT LOKASI KERJA LEBIH MASA RUMAH LOKASI KERJA LEBIH MASA SITUASI 2 PEJABAT NOTA : Tuntutan ‘masa perjalanan’ hanyalah seperti P. A. 20 iaitu Elaun Harian/Makan, dan lain-lain elaun seperti dibekalkan di dalam Perintah-Perintah Am Bab B sahaja, ELM hanya bermula selepas sejam di lokasi kerja lebih masa dilaksanakan.
PERINTAH AM BAB B ELAUN-ELAUN DALAM PERKHIDMATAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA 1974 Ill. KEMUDAHAN-KEMUDAHAN PERJALANAN - Syarat-syarat Am 19. (a) Tiap-tiap pegawai yang terpaksa berjalan atas urusan resmi, termasuk pertukaran, adalah diberi kemudahan tambang percuma bagi perjalanan mengikut jalan yang sehabis dekat dan murah dan dengan cara pengangkutan yang bersesuaian dengan kecekapan. Seseorang pegawai boleh dikehendaki oleh Ketua Jabatannya menaiki kapal terbang bila ini adalah lebih murah dan cepat dari satu tempat ke satu tempat yang tertentu.
TUNTUTAN LUAR KAWASAN PEJABAT Bagi seseorang pegawai yang bertugas di luar kawasan pejabatnya maka kadar tuntutan BLM hendaklah dikira berdasarkan Waktu Bekerja di mana terletaknya kawasan pejabat seseorang pegawai berkenaan.
TUNTUTAN LUAR KAWASAN PEJABAT SEREMBAN LOKASI KERJA LEBIH MASA contoh DI KOTA BHARU, KELANTAN Contoh jika cuti umum di Seremban, tetapi bertugas di luar Negeri Sembilan, kadar akan dikira berdasarkan kadar cuti umum di NS, walaupun di Kelantan adalah waktu kerja biasa.
TUNTUTAN HARI KELEPASAN AM (WAKTU BEKERJA GILIRAN) v. Jika hari giliran bertugas seseorang pegawai jatuh pada Hari Kelepasan Am maka seseorang pegawai layak menuntut BLM atas kadar Hari Kelepasan Am bagi tempuh Waktu Bekerja pada hari tersebut. JPAM Memo Antara Bahagian JPA 63/31 BHG. 1 Klt. 7(19), para 2(xvi) – RULING BLM -5 Dis 1998
PENUNDAAN HARI KELEPASAN AM (WAKTU BEKERJA GILIRAN) v. Jika Hari Rehat Mingguan yang telah ditetapkan bagi seseorang pegawai bekerja giliran jatuh pada Hari Kelepasan Am, maka Hari Kelepasan Am bagi seseorang pegawai tersebut itu ditunda pada hari bekerja berikutnya. JPAM Memo Antara Bahagian JPA 63/31 BHG. 1 Klt. 7(19), para 2(xvii) – RULING BLM -5 Dis 1998
KURSUS, SEMINAR, BENGKEL DAN SEUMPAMANYA v. Peserta-peserta Kursus, Seminar, Bengkel dan seumpamanya tidak layak menerima BLM atau Cuti Gantian, walaupun melibatkan kerja-kerja lebih masa dalam tempoh kursus, seminar dan bengkel tersebut.
PERHIMPUNAN / PERARAKAN v. Seseorang pegawai yang menjadi peserta perhimpunan / perarakan anjuran kerajaan, kecuali pegawai sebagai urusetia yang mengendalikan perhimpunan / perarakan, tidak layak dibayar BLM.
MASA DALAM PERJALANAN v. Apabila seseorang pegawai diarah membuat perjalanan, maka dia hendaklah dianggap sebagai menjalankan tugas resminya. v. Tetapi tiap-tiap hari yang dihabiskan berjalan itu hendaklah dianggap sebagai satu had bekerja biasa yang tidak melayakan mendapat bayaran lebihmasa, walaupun ini boleh memakan masa lebih daripada 8 jam. v. Walau bagaimanapun pegawai ini akan berkelayakan mendapat elaun makan dan lain-lain elaun seperti dibekalkan di dalam Perintah-Perintah Am Bab B yang berkenaan. Perintah Am 20 - Bab G - IV PELBAGAI (17 -20)
PERATURAN-PERATURAN BAYARAN LEBIH MASA(BLM) i. Kerja-kerja lebih masa, sama ada ia dijalankan di dalam kawasan Ibu Pejabat atau di luar kawasan Ibu Pejabat boleh dibayar BLM kepada seseorang pegawai berkelayakan; ii. Seseorang pegawai yang layak menuntut BLM dan diarah menjalankan kerja-kerja lebih masa di luar kawasan Ibu Pejabat layak menuntut BLM dan juga elaun-elaun bertugas rasmi di luar pejabat seperti Elaun Makan, Elaun Harian, Bayaran Sewa Hotel, Elaun Perjalanan Kenderaan dan sebagainya; JPA(S)63/31(SV 12) kuatkuasa 15 November 2001
KELAYAKAN ELM BAGI PEMANDU i. Seorang pemandu yang diarah bekerja lebih masa di luar ibu pejabat adalah layak menuntut BLM termasuk masa di dalam perjalanan kerana tugas memandu adalah tugas hakiki pemandu berkenaan. ii. Masa menunggu bagi seseorang pemandu kerana menjalankan tugas rasmi yang ada kaitan dengan tugas hakikinya atau Jabatannya atau pegawai yang dibawanya adalah boleh dikira sebagai kerja lebihmasa. Namun jika tugas menunggu itu ada kaitan dengan kerja-kerja peribadi atau personal bagi dirinya atau pegawai yang dibawa, maka ia tidak dikira sebagai kerja lebih masa.
iii. Seseorang pemandu adalah tidak layak menuntut BLM dari rumah ke pejabat dan sebaliknya, sebelum bermula waktu bekerja pejabat (pagi) atau selepas waktu bekerja pejabat (petang) kerana menjalankan kerja-kerja lebih masa. Walaubagaimanapun Pemandu kepada pegawai jawatan utama Gred A dan ke atas (Tingkatan Tertinggi ‘A’ dan ke atas), Hakim-hakim dan Pengerusi Ahli Suruhanjaya adalah boleh menuntut BLM dari rumah pegawai ke pejabat atau sebaliknya kerana membawa pegawai pergi dan balik, dengan syarat pemandu itu telah bertugas melebihi waktu bekerja pejabat biasa yang ditetapkan kepadanya. Pemandu itu adalah tidak layak menuntut BLM dari rumah ke pejabat dan sebaliknya kerana membawa pegawai berkenaan pada masa rehat makan tengah hari. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 1990 kuatkuasa 1 Oktober 1990 JPAM Memo Antara Bahagian JPA 63/31 BHG. 1 Klt. 7(19), para 2(v)-(vii) – RULING BLM -5 Dis 1998
ELM PEMANDU MENTERI/TIMBALAN MENTERI Pemandu-pemandu yang diambil kerja olen Menterimenteri dan Timbalan-timbalan Menteri adalah layak menerima bayaran lebih masa mengikut peraturan yang biasa. Diputuskan bahawa bayaran lebihmasa yang dibayar kepada mereka itu tidaklah terhad kepada 1/3 daripada sebulan gaji seseorang pemandu itu. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 24 Tahun 1977 para 2 kuatkuasa 1 Julai 1977
HAD BAYARAN ELM BAGI PENGAWAL KESELAMATAN v Selaras dengan peruntukan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1977 bayaran lebih masa yang boleh dituntut oleh Pengawal Keselamatan berkenaan hendaklah tidak melebihi 1/3 daripada sebulan gaji. Bayaran lebih masa yang melebihi had bayaran ini hanya boleh diluluskan apabila telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan di bawah Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 21 Tahun 1977. v Bagi menjimatkan perbelanjaan, Ketua-ketua Jabatan adalah bertanggungjawab menentukan bahawa bayaran lebih masa hanya dibayar bagi kerja-kerja lebih masa yang perlu dan mustahak sahaja. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 8 Tahun 1989 , para 3. 1 kuatkuasa 15 November 1989
CUTI GANTIAN v Cuti gantian boleh diberi apabila anggota diarah oleh Ketua Jabatannya untuk bertugas lebih masa dan tidak dibayar BLM atau bayaran khas lain. v Satu hari Cuti Gantian hendaklah bersamaan dengan sembilan (9) jam kerja-kerja lebih masa, sama ada diberi pada hari bekerja penuh atau pada hari bekerja separuh. Surat Edaran JPA 11 Ogos 2010 v Seseorang yang dalam kumpulan yang tidak layak mendapat bayaran ELM, diarah bekerja lebihmasa, Ketua Jabatan boleh mengaturkan masa untuk cuti gantian dalam tempoh enam (6) bulan. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 1980, para 5. 2 - bertarikh 13 Februari 1980 v Pegawai yang diarah menjalankan kerja lebih masa, tetapi telah diberi sesuatu imbuhan khas seperti saguhati adalah tidak layak diberi BLM atau cuti gantian. JPAM Memo Antara Bahagian JPA 63/31 BHG. 1 Klt. 7(19), para 2(xi) – RULING BLM bertarikh 5 Disember 1998 Perintah Am 40 - Bab C – VI. CUTI TIDAK BEREKOD
HAD TUNTUTAN BLM v. Ketua Jabatan/Pejabat hendaklah menetapkan sebarang kerja di luar waktu bekerja biasa yang melayakan ELM yang mana pada pandangannya adalah mustahak untuk kepentingan awam atau kepentingan perkhidmatan. v. Ketua Jabatan/Pejabat hendaklah mentadbir kerja-kerja lebih masa ini dengan sedemikian rupa, supaya jumlah tuntutan ELM dalam sebulan bagi seseorang pegawai/ kakitangan itu tidak melebihi 1/3 daripada gaji pokok bulanannya. Surat Pekeliling Perkhidmatan bil. 1 Tahun 1980, para 6 - AM
BAYARAN LEBIH MASA SEBENAR v Bayaran Lebih Masa dibayar berdasarkan Masa Kerja Lebihmasa yang sebenar telah dilakukan oleh seorang pegawai tidak termasuk masa tidak menjalankan tugas seperti rehat, makan dan masa sembahyang. v Masa Rehat bagi seseorang pegawai yang menjalankan tugas pada Masa Rehatnya hendaklah diganti pada hari yang sama. v Sekiranya Masa Rehat tersebut tidak dapat diganti pada hari yang sama pegawai boleh dibayar ELM. JPAM Memo Antara Bahagian JPA 63/31 BHG. 1 Klt. 7(19), para 2(vii) – RULING BLM bertarikh 5 Disember 1998
HAD TUNTUTAN BAYARAN LEBIH MASA MELEBIHI 1/3 DARIPADA SEBULAN GAJI • Pegawai/kakitangan boleh diberi bayaran ELM yang jumlahnya melebihi 1/3 daripada gaji pokok bulanan dengan syarat-syarat berikut : a) semua pekerja yang terlibat dalam sesuatu urusan di tempat yang sama telah menjalankan kerja lebih masa yang melibatkan pelangkauan had 1/3 daripada gaji pokok bulanan; b) pekerja yang tidak mahu membuat kerja-kerja lebih masa telah membuat pengakuan sebegitu dengan surat; c) sesuatu keadaan yang difikirkan sangat-sangat munasabah tetapi terkeluar daripada panduan di atas; dan d) tuntutan hendaklah dipersijilkan oleh Pegawai Tingkatan tertinggi dalam Kumpulan A. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 21 Tahun 1977 – ELAUN LEBIH MASA
BORANG-BORANG DAN DOKUMEN TUNTUTAN ELAUN LEBIH MASA v Borang Tuntutan Elaun Lebih Masa v Sekiranya surat kerja lebih masa tiada borang permohonan untuk kerja lebih masa hendaklah diisi dan diluluskan oleh Ketua Jabatan/Pegawai yang diberi kuasa. v Surat Arahan kerja lebih masa oleh Pegawai Pengawal/ Ketua Jabatan/ Pegawai yang diberi kuasa. v Salinan Kad Perakam Waktu (Thumb Print)/Punch Card yang telah disahkan ditandatangani oleh Pegawai Pengawal/Ketua Jabatan/ Pegawai yang diberi kuasa. v Tandatangan penyelia di hujung punch card – untuk pengesahan kerja lebih masa yang dicatat secara bertulis.
v Bagi pemandu hanya disertakan buku log / borang arahan OT. v Jadual Bertugas Roster/Giliran/Syif disahkan oleh Ketua Jabatan/ Pegawai yang diberi kuasa. v Semua salinan dokumen sokongan perlu lengkap menyatakan nama pegawai yang diarah bekerja tempoh bertugas, jenis tugas. Surat hendaklah disahkan oleh Ketua Jabatan/ Pegawai yang diberi kuasa serta bertarikh. v Hari Kelepasan Am yang sebenar atau gantian perlu dinyatakan dengan jelas dalam roster/jadual bertugas. v Pengesahan Pegawai Pengawal/ Ketua Jabatan/ Pegawai yang diberi kuasa daripada pegawai Kumpulan A, jika jumlah tuntutan lebih masa melebihi 1/3 gaji.
TEMPOH KEMUKA TUNTUTAN ELM Tuntutan Lebih Masa hendaklah dikemukakan tidak lewat daripada haribulan pada bulan berikutnya. 10 Pekeliling Pejabat Kewangan Negeri Sembilan Bil. 1 Tahun 2017 – IS PANDUAN PERBELANJAAN MENGURUS 2017, para 7 - ELAUN LEBIH MASA
MUKA SURAT 1 Makluma t Peribadi Semak Gaji Ambil 2 Titik Perpuluhan Sebenar Ditolak 1 jam kerana lebih 8 jam Dicatat dengan betul mengikut kiraan sukuan
MUKA SURAT 2
MUKA SURAT 3 Tarikh & T. T hendaklah lengkap bagi: Penuntut Ketua Unit / Ketua Jabatan / Pegawai Pengawal
MUKA SURAT 2 Ambil 2 Titik Perpuluhan Sebenar MUKA SURAT 3 Ambil 2 Titik Perpuluhan Sebenar
SEKIAN, TERIMA KASIH UNIT KHIDMAT PERUNDING SPEKS PERBENDAHARAAN NEGERI SEMBILAN 06 -765 9775/9899
- Slides: 56