PERIBAHASA MENENGAH 4 E5 NA Belayar sampai ke

PERIBAHASA MENENGAH 4 E/5 NA

Belayar sampai ke pulau membuat pekerjaan sehingga sempurna

Contoh Ayat Siti dan Samad memutuskan untuk menyelesaikan projek akhir tahun mereka yang tertunggak selama ini secepat mungkin bak kata pepatah belayar sampai ke pulau.

Tukang tidak membuang kayu Orang yang cerdik, sayang akan sekalian macam orang kerana masing-masing ada gunanya

Contoh Ayat Sebagai seorang pengurus bank, Encik Ali sayang kepada semua pekerjanya kerana baginya setiap orang mempunyai kemahiran dan keistimewaan tersendiri bak kata pepatah tukang tidak membuang kayu.

Tiada rotan akar berguna Kalau tidak ada yang baik sekali, yang kurang baik pun berguna

Contoh Ayat Oleh kerana Ali tidak dapat menggunakan minyak zaitun dalam masakannya, dia telah menggantikannya dengan mentega. Hasil masakannya tetap enak, bak kata pepatah tiada rotan akar pun berguna.

Kuat burung kerana sayap, kuat ketam kerana sepit Kuat atau berkuasa kerana sesuatu kelebihannya

Contoh Ayat Walaupun Shahid dan Shahir adalah sepasang kembar mereka mempunyai kemahiran yang berbeza. Shahid seorang cef yang terkenal di sebuah restoran lima bintang manakala Shahir pula seorang pemain bolasepak profesional. Bak kata pepatah, kuat ketam kerana sepit, kuat burung kerana sayap.

Seperti menghela rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan berselerak a. Bersikap bijaksana dalam menyelesaikan sesuatu masalah b. Menghukum hendaklah dengan seadil-adilnya, sehingga kedau-dua belah pihak berasa puas

Contoh Ayat Walaupun masalah muridnya itu sangat rumit, Cikgu Halim tetap dapatkan menyelesaikannya dengan berhemah tanpa menyinggung mana-mana pihak seperti menghela rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan berselerak.
- Slides: 11