PERIBAHASA BUKU LATIHAN TATABAHASA HALAMAN 48 53 LAMPIRAN

PERIBAHASA BUKU LATIHAN TATABAHASA HALAMAN: 48 -53

LAMPIRAN 3 -PERIBAHASA 1) Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong Maksud: Seseorang yang suka menonjol-nonjolkan diri kepada orang lain sedangkan orang berkenaan langsung tidak memberikan perhatian terhadapnya. CANTIK KE? ? ?

2) Bulan jatuh ke riba Maksud: Mendapat sesuatu keuntungan yang tidak disangka-sangka

“Bulan jatuh ke riba”

3)Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi Maksud: Kelakuan anak akan mengikut kelakuan ibu bapanya. NASI KUAH

“Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi” AYAH DAN ANAK PENTADBIRAN POLITIK

4) Seperti abu di atas tunggul Maksud: Kedudukan atau pekerjaan yang tidak tetap. TUNGGUL ABU TUNGGUL

“Seperti abu di atas tunggul” KE RJA 1 PENYAMBUT TETAMU 3 PENARI TRADISIONAL KE RJ A 4 JA 2 KER n PELAYAN HOTEL Bosan, nak tukar kerjalah! PELAYAN RESTORAN

5)Bagaimana bunyi gendang begitulah tarinya. Maksud: Mengikut perintah atau arahan.

“Bagaimana bunyi gendang begitulah tarinya” SEKOLAH NEGARA

6)Air tuba dibalas dengan susu Maksud: Kejahatan dibalas dengan kebaikan. AIR TUBA (RACUN) AIR SUSU (PENAWAR)

“Air tuba dibalas dengan susu”

7) Ada udang di sebalik batu Maksud: Ada sesuatu maksud dan tujuan yang tersembunyi.

“Ada udang di sebalik batu”

8)Bagai burung dalam sangkar Maksud: Dalam keadaan kehilangan kebebasan.

9)Tiada beban batu digalas Maksud: Sengaja mencari masalah yang menyusahkan atau membebankan diri sendiri.

10)Yang baik buat teladan, yang jahat buat sempadan Maksud: Contohi sesuatu perkara yang baik dan jauhkan diri daripada sesuatu perkara yang buruk

Isikan tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai 1)Aina tidak suka dengan Fadhil tetapi ingin memperisterikan Aina. Keadaan ini dikatakan _______________________. (12) J: hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong 2)Perangai Mansur yang kasar dan panas baran itu memang seperti bapanya. Tepatlah kata pepatah ______________________. (24) J: ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi 3)Hindun sering menghina dan memfitnah Fatimah, namun Fatimah sentiasa memuji dan menyanjung Hindun seorang ibu mertua yang baik, seperti ______________________ (16) J: air tuba dibalas dengan susu 4)Siti memperoleh jualan tertinggi bulan ini menyebabkan majikannya memberikan bonus sepuluh bulan gaji dan sebuah kereta mewah jenis BMW. ____________ (11) J: Bulan jatuh ke riba 5)Kedudukan Hamidi sebagai ketua kampung pada masa ini ____________ kerana ada pihak yang berjaya mempengaruhi penduduk kampung untuk menyingkirkannya. (22) J: seperti abu di atas tunggul

6)Pekerja-pekerja pembinaan mengikut arahan majikan untuk menyiapkan bangunan setinggi 20 tingkat itu ibarat _____________________________. 15 J: bagaimana bunyi gendang begitulah tarinya 7)Sejak berkahwin dengan jutawan, Kavita sering bersedih dan berasa terkong sungguhpun hidupnya dalam serba kemewahan. Hidupnya __________________. 20 J: bagai burung di dalam sangkar 8)Vincent begitu rajin membantu ayahnya di kedai, macam ______________ kerana sebelm ini dia sering mengelak apabila ibu menyuruhnya membantu ayah. 14 J: ada udang di sebalik batu 9)Nenek menasihati cucu-cucunya supaya mengambil contoh orang-orang yang baik sebaliknya perangai orang jahat jangan ditiru. ______________________ 19 J: Yang baik buat teladan, yang jahat buat sempadan 10)Mahadir menyamar menjadi ahli keluarga Safuan, akhirnya dia terpaksa menanggung segala hutang Safuan dengan along. Ini dikatakan __________________. 21 J: Tiada beban batu digalas

SAMBUNGAN PERIBAHASA BUKU LATIHAN TATABAHASA HALAMAN: 48 -53

11)Cubit paha kanan, paha kiri terasa juga Maksud: Jika seseorang itu merosakkan kaum keluarganya sendiri, dia pun akan turut merasainya kesusahan itu juga.

“Cubit paha kanan, paha kiri terasa juga”

12)Sudah terhantuk baru terngadah Maksud: Setelah ditimpa kemalangan baru hendak beringat-ingat. PANDU LAJU

13)Malang tidak berbau Maksud: Kecelakaan yang tidak diketahui atau dapat dikesan.

14)Seperti ikan pulang ke lubuk. Maksud: Telah kembali ke tempat asal.

15)Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Maksud: Jika menghendaki sesuatu, bermacam-macam ikhtiar akan dilakukan , sebaliknya jika tidak mahu pelbagai alasan diberikan. ORANG KURANG UPAYA (OKU)

16)Berani kerana benar, takut kerana salah Maksud: Orang yang bersalah sentiasa akan takut dan pihak yang benar akan menjadi berani. BERANI KERANA BENAR

17)Gunting dalam lipatan Maksud: Mengkhianati sahabat atau bangsa sendiri.

“Gunting dalam lipatan”

18)Mengadu nasib Maksud: Mencari rezeki. NELAYAN MENCARI REZEKI DI LAUT

19)Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri lebih baik negeri sendiri Maksud: Walau bagaimana, mewah dan baik negara orang lain berbanding negara sendiri, lebih baik di negeri sendiri. VS London Malaysia

Maknanya: Betapa senang pun di negeri orang, negeri sendiri juga yang lebih baik. Contoh: Walaupun Amin telah bermastautin di Amerika selama 10 tahun namun dia berpendapat hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri, lebih baik negeri sendiri. USA S’PURA

“Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri lebih baik negeri sendiri” Saya sayang Malaysia

20)Buang yang keruh ambil yang jernih Maksud: Melupakan perkara yang tidak baik dan mengingati perkara yang baik sahaja.

LATIHAN PERIBAHASA HALAMAN: 50 -51

11)Intan sangat marah apabila Qistina memarahi kawan baiknya Azura, dia terasa susah hati seperti dimarahi sama oleh Qistina. _______________________. J: Cubit paha kanan, paha kiri terasa juga 12)Orang tua-tua selalu berpesan supaya berhatu-hati semasa memandu kerana nasib kita tiada siapa yang tahu, kita mungkin menjadi korban pada bila-bila masa. __________. J: Malang tidak berbau 13)Selepas Nabil ditimpa kemalangan jalan raya dan tinggal di hospital selama sebulan, kini barulah dia berhati-hati ketika memandu. _________________. J: Sudah terhantuk baru terngadah 14)Amin akan memberitahu perkara yang sebenar kepada pengarah kerana bukan dia yang bersalah, bak kata pepatah _____________________. J: berani kerana benar, takut kerana salah 15)Badrul seorang anak yang malas menolong ibu bapanya di rumah, setiap kali disuruh membantu pelbagai alasan yang diberi ____________________. J: hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

16)Setelah menamatkan pengajiannya di Australia, Saufi kembali ke tanah air untuk berkhidmat di tempat sendiri. _____________________. J: Seperti ikan pulang ke lubuk 17)Dengan kebolehan yang dimilikinya dalam bidang seni, Razman ___________ di Pasar Budaya, Kuala Lumpur. J: mengadu nasib 18)Azni berasa marah apabila mendapat tahu bahawa kawan baiknya, Jamal telah membuat khianat mencuri barang-barang di stor syarikatnya. _________________. J: Gunting dalam lipatan 19) “Eloklah kita ____________ kerana sebagai jiran tidak baik kita bermasam muka, ” kata Fadhil kepada Ramli, lalu mereka berpelukan. J: buang yang keruh, ambil yang jernih 20)Walau bagaimanapun mewah dan makmurnya kehidupan Encik Ali di negeri orang, namun beliau tetap akan kembali ke tanah air suatu hari nanti. Langkah Encik Ali itu umpama __. contoh 2: Walaupun Amin telah bermastautin di Amerika selama 10 tahun namun dia berpendapat ________________. J: Hujan Emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
- Slides: 37