PERIBAHASA Berhijrah Cuba teka peribahasa apakah yang boleh

PERIBAHASA

Berhijrah…………. .

Cuba teka peribahasa apakah yang boleh dikaitkan dengan gambar tadi? Tema : Kemasyarakatan

Jawapan Anak dagang Maksudnya : Orang yang berhijrah ke tempat lain

Sangat erat………………

Cuba teka peribahasa apakah yang boleh dikaitkan dengan gambar tadi? Tema : Tolong menolong

Jawapan Bagai aur dengan tebing Maksudnya : Hubungan yang rapat antara satu sama lain

Beringat-ingat………. .

Cuba teka peribahasa apakah yang boleh dikaitkan dengan gambar tadi? Tema : Nasihat

Jawapan Sediakan payung sebelum hujan Maksudnya : Beringat-ingat sebelum mendapat kesusahan

Sila Cuba Latihan di bawah Tulis satu ayat berdasarkan setiap peribahasa di bawah ini supaya jelas menunjukkan maksud dan penggunaanya. Anak dagang Bagai aur dengan tebing Sediakan payung sebelum hujan

Contoh Jawapan i) Anak dagang Sebagai anak dagang, Ali terpaksa menjaga nama baiknya di tempat orang.

ii) Bagai aur dengan tebing Para pelajar Kelas S 2 C 1 saling bekerjasama bagai aur dengan tebing dalam menyiapkan sesuatu tugasan.

iii) Sediakan payung sebelum hujan Cikgu Wan selalu berpesan pada saya agar sediakan payung sebelum hujan supaya sentiasa berjaga-jaga dengan perkara di sekeliling saya sebelum saya ditimpa apa-apa kejadian yang tidak diingini

Rajin dan Usaha Tangga Kejayaan
- Slides: 15