PERIBAHASA Ada udang di sebalik batu ada tujuan
PERIBAHASA Ada udang di sebalik batu = ada tujuan tertentu di sebalik sesuatu perbuatan.
Ada perahu hendak berenang = ada kemudahan tetapi tidak digunakan sebaliknya memilih jalan yang sukar.
Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah = dua kuasa besar berperang menyebabkan pihak yang lemah menjadi mangsa.
Pisang tidak berbuah dua kali = sesuatu perkara yang tidak baik akan sentiasa diingati agar tidak berulang lagi.
Enggang lalu ranting patah = seseorang yang pernah melakukan kejahatan, walaupun tidak melakukannya, tetap dituduh.
Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung @ Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak = Kita hendaklah mengikut adat, peraturan atau budaya sesuatu tempat di mana kita berada.
Diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat = Diam orang yang cerdik mendatangkan hasil tetapi diam orang yang bodoh mendatangkan keburukan.
Seperti belut pulang ke lumpur @ Seperti gagak pulang ke benua @ Ke mana terbangnya bangau kalau tidak ke belakang kerbau Orang yang merantau akhirnya akan pulang ke kampung juga
Genggam bara api biar sampai jadi arang @ Alang-alang mandi biar basah @ Alang-alang berdakwat biar hitam @ Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan Melakukan sesuatu kerja mestilah hingga selesai dan sempurna.
Orang lain makan nangka, orang lain yang kena getah = Orang lain yang melakukan kejahatan, orang lain yang dituduh.
Bagai aur ditarik songsang Susah berbincang dengan orang yang berbeza pendapat.
Bagai mencurah air ke daun keladi @ Bagai mencurah garam kelaut @ Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri @ Bagai hujan jatuh ke pasir Nasihat yang tidak memberi kesan
Lembu punya susu, sapi punya nama = Orang lain yang buat kebaikan, orang lain pula yang dipuji
Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercatum juga @ Air dicencang tak akan putus = Perkelahian adik-beradik tidak panjang, akhirnya mereka akan berbaik kembali
Menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri @ Membuka pekung di dada Sekiranya kita menceritakan keburukan keluarga sendiri, akhirnya kita juga yang mendapat malu
Menunggu kucing bertanduk @ Menunggu buah yang tak gugur = mengharapkan sesuatu yang tidak mungkin berlaku
Seperti anjing menyalak bukit Perbuatan menyalahkan pihak berkuasa tidak memberi kesan atau sia-sia
Seperti enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing Orang yang mementingkan diri sendiri
Api di dalam sekam =Perbuatan jahat yang tidak disedari Kerana dilakukan secara senyap
Seperti musang berbulu ayam @ Seperti gunting di dalam lipatan @ Seperti musuh di dalam selimut = Orang jahat atau musuh yang menyamar di dalam suatu kumpulan
Bagai melepaskan batuk di tangga @ Hangat-hangat tahi ayam = Melakukan kerja dengan tidak bersungguh-sungguh
Seperti buku bertemu ruas Berhadapan atau berlawan dengan orang yang sama gagah
Yang dikejar tak dapat, yang dikendung berciciran @ Seperti anjing dengan bayang-bayang = Orang yang tamak selalu rugi
Biar putih tulang, jangan putih mata = Baik berlawan daripada menyerah kalah
Kalau tak dipecahkan ruyung, mana akan dapat sagunya = Kita mestilah berusaha jika mahu berjaya
Seperti cencaru makan petang Orang atau pasukan yang mendapat keuntungan pada saat-saat akhir
Alah membeli menang memakai Barang yang mahal, baik mutunya dan tahan lama
Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi Apabila sudah mendapat sesuatu yang lebih baik, yang kurang baik dilupakan
Tiada rotan akar pun berguna juga Tiada yang lebih baik, yang kurang baik pun memadailah
Berkerat rotan berpatah arang Hubungan yang putus buat selamanya
Sudah jatuh ditimpa tangga = Orang yang mendapat kesusahan bertimpa-timpa
Bagai si buta kehilangan tongkat @ Patah kandar @ Seperti anak ayam kehilangan ibu Susah kerana hilang tempat bergantung dan berharap
Bagai si kudung mendapat cincin = Orang yang tidak dapat menggunakan sesuatu pemberian
Bagai kera mendapat bunga = Orang yang tidak pandai menghargai pemberian orang
Enggang sama enggang, pipit sama pipit Orang yang berkawan mengikut pangkat atau darjat
Bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi Sesuatu pergaduhan itu berlaku kerana kesalahan kedua-dua belah pihak
Bertepuk sebelah tangan @ Seperti pungguk rindukan bulan Cinta yang tidak mendapat balasan
Seperti rusa masuk kampung = Orang yang tercengang-cengang apabila masuk ke bandar atau suatu tempat baru
Bapa borek anak rintik Kelakuan atau bakat anak dengan ibu bapanya yang sama
Bagaimana acuan begitulah kuihnya Perangai anak sama seperti didikan yang diterimanya
Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi Bakat ibu bapa akan diwarisi oleh anak
Bagai pinang dibelah dua @ Bagai cincin dengan permata Pasangan yang sama cantik dan sama padan
Hanya jauhari yang kenal manikam = Orang yang pakar sahaja dalam sesuatu bidang tahu akan nilai sesuatu
Seperti mengajar itik berenang =Mengajar orang yang sudah pandai
Seperti tikus membaiki labu = Orang yang tidak pandai, apabila dia membaiki sesuatu maka menjadi semakin rosak.
Seperti pahat dengan penukul = Orang yang melakukan kerja hanya apabila disuruh
Alah bisa tegal biasa = Orang yang biasa melakukan sesuatu kerja, akan menjadi mudah.
Bagai murai tercabut ekor = Orang yang membuat bising
Bagai telur di hujung tanduk = Keadaan yang genting atau cemas.
Air yang tenang jangan disangka tiada buaya Orang yang pendiam jangan disangka boleh dipermainkan.
Abu di atas tunggul = Kedudukan yang tidak tetap
Seperti lalang ditiup angin = Tidak tetap pendirian
Seperti kerbau dicucuk hidung Orang yang hanya menurut suruhan orang tanpa berfikir baik buruknya.
Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan =Kita hendaklah insaf apabila melakukan kesalahan.
Ukur baju di badan sendiri Berbelanja atau lakukan sesuatu mengikut kemampuan diri sendiri
Besar periuk, besarlah keraknya = Orang yang bergaji besar, besar jugalah perbelanjaannya
Seperti embun di hujung rumput = Kasih sayang tidak tetap.
Lempar batu sembunyikan tangan Orang yang melakukan suatu kejahatan tetapi berpura-pura tidak tahu-menahu.
Di mana ada semut, di situ ada gula =Orang akan bertumpu di tempat yang mana banyak rezeki atau manfaat.
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan = Jika inginkan sesuatu, orang akan berusaha mendapatkannya.
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih = Jika mahu sesuatu, orang akan berusaha tetapi jika tidak mahu, orang akan memberi pelbagai alasan.
Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari Terimalah sesuatu yang baik manakala yang buruk jangan dicari
Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan Sangat suka menerima sesuatu pemberian
Orang mengantuk disorongkan bantal = Mendapat sesuatu yang diingini
Sudah terhantuk baru terngadah Apabila sudah mendapat sesuatu kesusahan, baru hendak menyesal
Nasi sudah menjadi bubur Penyesalan yang tidak berguna lagi
Sehari selembar benang, lama menjadi kain = Melakukan kerja sedikit demi sedikit, akhirnya siap juga
Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit = Menyimpan ssuatu walaupun sedikit demi sedikit, lama-lama akan menjadi banyak juga.
Baik berjagung-jagung sebelum padi masak = Melakukan sesuatu kerja sementara sebelum mendapat pendapatan yang lebih baik
Harapkan pagar, pagar makan padi Orang yang tidak amanah
Seperti kacang lupakan kulit = Orang yang tidak mengenang budi
Lain diacah, lain yang jadi = Perkara yang dijangkakan, lain pula yang berlaku.
Lebih sudu daripada kuah =Orang yang mengada-ada atau berlebihan sikapnya.
Hidung tak mancung, pipi tersorong -sorong = Orang yang tak tahu malu
Anak harimau diajar makan daging = Orang yang jahat/zalim diajar / digalakkan melakukan kekejaman
Bagai isi dengan kuku @ Bagai dakwat dengan kertas = Persahabatan yang sangat rapat
Buang yang keruh, ambil yang jernih = Lupakan perkara buruk agar kasih atau persahabatan baik kembali.
Cacing hendak menjadi naga = Orang yang kecil/hina hendak menjadi orang besar.
Cubit paha kanan, paha kiri pun sakit jua = Jika seseorang ahli keluarga mendapat susah, ahli-ahli lain pun turut sama merasai kesusahan.
Gergaji dua mata = Orang mengambil keuntungan/ kesempatan daripada kedua-dua belah pihak.
Guru kencing berdiri, murid kencing berlari = Murid-murid akan mengikut perbuatan guru mereka walaupun tidak baik.
Habis kapak berganti beliung = Sangat rajin bekerja
Harapkan guruh di langit, air di tempayan dicurahkan = Melakukan sesuatu tanpa berfikir panjang, akibatnya hilang apa yang dimiliki.
Sediakan payung sebelum hujan @ Ingat sebelum kena, berjimat sebelum habis = Beringat dan bersedia sebelum mendapat kesusahan.
Ibarat perahu tidak akan karam sebelah = Kesusahan yang berlaku akan dirasai oleh kedua-dua belah pihak.
Indah khabar daripada rupa = Khabar tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.
Jangan diikut resmi jagung, semakin berisi semakin @ Ikut resmi padi, semakin berisi semakin tunduk = Jangan ikut perangai orang yang semakin sombong apabila semakin kaya atau berilmu. Ikutlah perangai orang yang semakin berilmu atau kaya semakin merendah diri.
Jauh bau bunga, dekat berbau tahi = Apabila jauh selalu dikenang tetapi apabila dekat selalu berkelahi.
Kalah jadi abu, menang jadi arang = Kalah atau menang, kedua-dua pihak mendapat kerugian.
Melentur buluh biarlah daripada rebung = Mendidik anak hendaklah sejak dari kecil lagi.
- Slides: 90