PERIBAHASA 8 PERUMPAMAAN 1 Bagai aur di atas
PERIBAHASA (8) – PERUMPAMAAN 1. Bagai aur di atas bukit – Berserah kepada nasib. 2. Bagai ayam naik ke surau – Bertamu ke rumah orang yang tidak menghidangkan atau memberi jamuan apa-apa. 3. Bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing – Tidak menghiraukan masalah orang lain, hanya mementingkan urusan diri sendiri sahaja.
4. Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong – Mengada atau suka menyibuk dalam urusan orang lain. 5. Takut titik lalu tumpah – Bimbangkan kehilangan sedikit barang yang dimiliki, tetapi akhirnya kehilangan semuanya. 6. Berapa panjang lunjur, begitu panjang selimut – Hidup mestilah mengikut kadar kemampuan atau keupayaan, dan janganlah berlebihan.
7. Yang teguh disokong, yang rebah ditindih – Memberi bantuan kepada yang tidak memerlukan bantuan, sebaliknya menindas yang lemah. 8. Bagai menelan mastika embun – Menerima nasihat yang baik. 9. Kerja bertangguh tak menjadi, kerja beransur tak bertahan –Tiada hasil yang didapati daripada sikap malas dan sambil lewa dalam setiap pekerjaan. 10. Punggur rebah belatuk menumpang mati – Kecelakaan yang menimpa seseorang kerana tempat bergantung mendapat kemalangan.

Isikan tempat kosong dalam setiap ayat dengan perumpamaan yang sesuai. 1. Pada hari ini bukan sahaja harga barang-barang keperluan semakin meningkat, malah akan dikenakan cukai pula. Bagi penduduk golongan sederhana, keadaan ini seperti ________________. 2. “Ingat, ________________. Jika kamu tidak bersungguh-sungguh melaksanakan kerja itu, kamu tidak akan dapat hasil seperti yang diharapkan. ” kata Sammy kepada Jamal. 3. Setelah gagal mencari anaknya yang hilang, wanita itu kini berserah sahaja kepada nasib ____________.
4. Keadaan Tina ibarat _____________ apabila satunya tempat bergantung, iaitu neneknya, meninggal dunia akibat sakit tenat. 5. Amran semakin bersemangat untuk mencapai cita-citanya selepas mendengar kata-kata perangsang dan nasihat dari pakar motivasi itu ___________. 6. Jangan kita bermewah-mewah hanya kerana ingin mengikut cara hidup orang lain. Kita mestilah ____________. 7. Sikap Dinas yang ________________ menyebabkan dirinya tidak disenangi dan dipulaukan rakan-rakannya.
8. Ghazali _____________ apabila berkunjung ke rumah Pak Cik Ismail kerana hubungan mereka yang dingin. 9. Dalam hidup bermasyarakat, kita haruslah saling membantu, janganlah ____________. 10. Aziz membeli kereta keluaran lama kerana terlalu ingin berjimat. Akibatnya, banyak pula wang yang perlu dibelanjakan untuk membaiki kerosakan. Kata orang _______________.
- Slides: 7