PERIBAHASA 7 SIMPULAN BAHASA 1 air muka keadaan
PERIBAHASA (7) SIMPULAN BAHASA
1. air muka - keadaan wajah seseorang 2. angkat kaki - meninggalkan sesuatu tempat dengan segera 3. batu loncatan - orang yang dijadikan alat untuk mencapai hajat yang lain 4. buat helah - berdalih, beri alasan
5. curi tulang - culas bekerja atau berpura-pura bekerja 6. jadi angin - sesuatu yand tidak boleh dipakai lagi 7. kuku besi - pemerintahan yang kejam dan zalim 8. bapa ayam - suami yang berkahwin banyak dan tidak bertanggungjawab
9. mandi kerbau - mandi yang tidak bersih 10. tahi judi - orang yang suka berjudi
Tuliskan Simpulan Bahasa yang tepat dalam setiap ayat di bawah. 1. Rakyat telah bersatu hati untuk menggulingkan pihak kerajaan sekarang yang _________ dalam pilihan raya akan datang. 2. Akibat sikapnya yang _________, dia berhutang sekeliling pinggang dan sekarang diburu oleh peminjam wang haram. 3. Sekumpulan remaja yang ponteng sekolah dan melepak di taman tasik itu bertempiaran _________ kerana tempat itu diserbu oleh pihak polis.
4. Setelah beberapa lama pihak majikannya menyiasat kelakuannya yang gemar _________ semasa bekerja, akhirnya Sabri diberhentikan kerja. 5. Wafi kerap _________ apabila disuruh bertugas membersihkan kelas oleh gurunya. 6. Hamdan yang berbaik-baik dengan Surina hanya menjadikan Surina sebagai _________ baginya untuk mendapatkan jawatan tertinggi dalam syarikat itu. 7. Faizal hanya _________ pada pagi ini kerana lambat bangun untuk ke sekolah.
8. _________nya berubah daripada tenang kepada marah apabila diberitahu tentang kejadian yang serius itu. 9. Segala rancangannya untuk bercuti ke luar negara _________ kerana duit simpanannya itu terpaksa digunakan untuk membayar ganti rugi kemalangan yang disebabkan oleh dirinya sendiri. 10. Harun ibarat _________ kerana mengabaikan anak-anak dan isteri-isterinya dan segala keperluan asas mereka tidak disediakan.
- Slides: 7