Perbanyakkanlah amal soleh dan berusaha memperbaiki diri sebelum
Perbanyakkanlah amal soleh dan berusaha memperbaiki diri sebelum ajal menjemput kita.
Pada 27 Rejab setiap tahun, diadakan majlis memperingati peristiwa Israk dan Mikraj bagi memperingati perjalanan Rasulullah S. A. W dari Masjidil Haram di Mekkah ke Masjid Al. Aqsa di Palestin.
Palestin dibuka oleh Nabi Ibrahim A. S. Tempat kelahiran ramai kalangan para anbiya’. Juga merupakan kiblat pertama bagi umat Islam.
Umat Islam dan penganut agama para rasul paling berhak memerintah dan menjaganya.
Ertinya: Iaitu mereka yang diusir dari kampung halamannya dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, (mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata: "Tuhan Kami ialah Allah" dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani) dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi) dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak pada. Nya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamanya (agama Islam); Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.
Umat Islam merupakan pemegang amanah memerintah Baitulmaqdis bersama-sama Masjid Al-Aqsa.
Baitulmaqdis dan Masjid Al-Aqsa pernah ditakluk oleh tentera salib hampir saratus tahun.
Sultan Salahuddin Al-Ayubi daripada bangsa Kurdish berjaya membinasakannya setelah menyatukan umat Islam dan berjihad atas nama Islam.
Kini Baitulmaqdis dan Masjid Al-Aqsa ditakluk oleh kumpulan zionis Yahudi berjuang menegakkan negara haram Israel dengan penipuan melalui beberapa perjanjian pada tahun 1916 dan 1917.
Tanggungjawab memelihara Islam merupakan kewajipan hamba-hamba Allah dan orang-orang yang beriman.
Ertinya: Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah - membela agamanya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepada. Nya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Orang-orang Arab telah membebaskan Palestin dan Baitulmaqdis daripada tentera Rom Baizentim.
Maksudnya: Kita adalah umat Islam yang diberi kemuliaan oleh Allah dengan Islam. Sekiranya kita mencari kemuliaan selain daripadanya nescaya kita terima penghinaan daripada Allah.
Banyak cara yang boleh digunakan bagi menzahirkan sokongan dan kecintaan terhadap Baitulmaqdis dan Masjid Al-Aqsa antaranya doa perlu dimohon kepada Tuhan.
Persidangan Mujma’ Al-Fiqh Al-Islami pada 2001 juga telah memutuskan bahawa wajib bagi seluruh umat Islam dan pemerintahnya mengembalikan bumi tersebut (Palestin) kepada umat Islam dan memelihara Masjid Al-Aqsa daripada najis Yahudi yang menjajah bumi tersebut.
Umat Islam wajib bersatu mempertahankan kesucian agama Islam dengan meninggalkan perselisihan dan perbalahan yang selama ini menjadi duri dalam daging kepada umat Islam.
Sejarah tamadun dunia telah membenarkan, Islam sahaja yang berjaya mewujudkan keadilan kepada masyarakat majmuk dengan membenarkan penganut Kristian dan Yahudi untuk beribadah dengan bebas dan aman.
Seluruh rakyat Malaysia di segenap lapisan sentiasa memberi sokongan padu terhadap usaha-usaha pelbagai pihak dan apa jua cara memastikan Baitulmaqdis tetap dimiliki umat Islam.
Umat Islam juga perlu bersatu atas nama Islam bagi mempertahankan kesucian agama ini.
Sebagai umat Islam yang beriman, wajib bagi kita menzahirkan sokongan terhadap rakyat Palestin.
Setiap umat Islam wajib menzahirkan sikap kepedulian terhadap apa jua urusan dan keadaan yang berlaku terhadap saudara seagama terutama mereka yang ditindas di Palestin.
Seluruh umat Islam harus bersatu atas nama Islam dan mengenepikan perselisihan dan perbezaan bagi menentang kezaliman dan penindasan yang dilakukan oleh zionis Yahudi.
Doa dari setiap umat Islam diseluruh dunia merupakan senjata terpenting.
Ringankan tangan menghulurkan bantuan samada dalam bentuk kewangan mahupun sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Palestin.
- Slides: 27