PERAYAAN YANG DISAMBUT OLEH MASYARAKAT INDIA NURUL HIDAYAH
PERAYAAN YANG DISAMBUT OLEH MASYARAKAT INDIA NURUL HIDAYAH MOHD JOHAN XIN JIN MOHAMMAD ARIF B 15 CS 0026 A 16 CS 0214 A 16 CS 0095
Deepavali • Hari Deepavali diterjemahkan dengan Pesta Cahaya iaitu pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil • Deepavali disambut untuk meraikan kemenangan terhadap kejahatan dan penanggalan kegelapan rohani • Deepavali merupakan gabungan perkataan “Dipa” iaitu cahaya dan “Gavali” yang beerti barisan
Tradisi Perayaan Deepavali • Upacara mandi minyak dilakukan untuk melambangkan penyucian. • Upacara sembayang dilakukan di Kuil atau rumah. • Pemasangan pelita dinyalakan di rumah penganut Hindu untuk melambangkan kejayaan melawan kejahatan • Pintu masuk rumah akan di hiasi hiasan ‘kolam’ dengan pelbagai bijiran yang pelbagai warna
THAIPUSAM • Perayaan yang disambut oleh mereka yang beragama Hindu bagi menghormati dewa Hindu, Dewa Murugan (Dewa Subramaniam) • Hari Thaipusam merupakan hari menunaikan nazar dan menebus dosa melalui doa dan puasa. • Perayaan ini disambut pada bulan kespuluh dalam kelendar Tamil dekenali sebagai bulan ‘Thai’.
Tradisi Hari Thaipusm • Lelaki Hindu mencukur rambut pada hari tersebut serta menyapukan campuran serbuk cendana dan air di atas kepala. • Membawa susu yang berwarna putih dan diisikan dalam belanga tembikar atau aluminium. Belanga ini akan dijunjung di atas kepala. • Bagi yang memohon ampun, kavadi akan dibawa di atas bahu atau di atas kepala. Berat dan saiz kavadi ini bergantung kepada kemampuan.
PONGGAL • Perayaan menuai yang diraikan mengikut kalender Hindu dan disambut selama 4 hari yang ditujukan oleh Dewa Matahari. • Ponggal disambut pada hari pertama bulan Thai. Ponggal disambut dengan hadiah dan pakaian baru untuk ahli keluarga serta doa kepada dewa untuk kemakmuran pada tahun akan datang. • Rumah dihiasi dengan daun mangga dan lantai dihiasi dengan corak yang dilukis menggunakan tepung beras atau beras berwarna. Ada juga yang mengikat batang tebu di luar rumah mereka.
Tradisi Sambutan Ponggal • Hari pertama ('Bhogi‘). adalah hari untuk Indran (Dewa Awan dan Hujan). Sebelum matahari terbit, unggun api besar dinyalakan dibiarkan sepanjang malam untuk membakar barang-barang lama. • Hari kedua ('Thai Pongal‘) adalah khusus untuk Dewa Matahari. Ungkapan 'Ponggal' bermakna 'meluap -luap', ia menggambarkan hasil tuaian yang banyak. Apabila susu sedang mendidih, ahli keluarga akan berkumpul di sekitar periuk semasa susu mengalir keluar.
• Hari ketiga('Mattu Pongal‘) adalah khusus untuk haiwan lembu. Hari untuk pengembala berterima kasih kepada ternakan mereka. Mereka akan mewarnakan tanduk lembu dan menghiasi dengan pakaian dan topi logam bersinar. Lembu diberi makan 'Ponggal' dan loceng diikat di leher mereka. • Hari terakhir ('Kaanum Pongal‘) merupakan hari yang istimewa untuk wanita. Wanita sulung di rumah akan bangun awal dan menyapukan kunyit pada muka semua wanita muda dan melumurkan minyak kepada rambut mereka.
Tahun baru tamil • Perayaan di raikan setiap tahun pada tarikh 14 April yang merupakan hari pertama dalam kalendar tamil. • Masyarakat India akan memberi salam antara satu sama lain dengan menyebut “Iniya Tamizh Puthaandu. Nalvazhthukkal” • Tamilians percaya bahawa Tuhan Brahma memulakan penciptaan dunia pada Tahun Baru Tamil
Tradisi Tamil New Year • Kediaman mereka yang meraikan perayaan ini akan dibersihkan dan anjung depan rumah akan dihiasi dengan corak “Kolam Rangoli” bersama susunan daun manga yang diikat pada pintu hadapan. • Pada malam sebelum sambutan, kaum wanita akan menyusun buah -buahan, kelapa, daun sirih, kacang, bunga, syiling serta emas di dalam sebuah dulang besar dan lampu minyak akan dinyalakan. • Melihat dulang yang disediakan sebaik bangun pagi dianggap sebagai membawa rezeki dan upacara ini dikenali sebagai 'Kani Kanal'
• Mereka akan pergi ke kuil seawal pukul 6 pagi dan memohon restu dari ahli keluarga. • Adalah dipercayai dengan berbuat demikian, seseorang akan memulakan hidup baru dan satu permulaan baru
chaturthi • Dirayakan sempena dewa berkepala gajah (Ganesha) • Diadakan selama sepuluh hari pada akhir bulan Ogos atau awal bulan September • Disambut oleh keluarga di rumah, di tempat kerja dan di khalayak ramai.
Tradisi Chaturthi • Perayaan bermula dengan mendirikan berhala ganesha daripada tanah liat dan menenggelamkannya ke dalam laut, tasik dan sungai pada hari terakhir perayaan
MAHA SHIVARATHIRI • Perayaan Hindu yang dirayakan pada malam hari keempat belas separuh gelap dalam bulan ‘Magha’, dalam bahasa Tamil iaitu ‘Masi’ • Untuk penghormatan kepada Siva, salah satu daripada Trinity Hindu iaitu mewakili aspek pemusnah di alam semesta
Sekian…
- Slides: 15