PERANAN WANITA DALAM PEMBANGUNAN UMMAH Fiqh Wanita Minggu
PERANAN WANITA DALAM PEMBANGUNAN UMMAH Fiqh Wanita Minggu keenam belas
MAKSUD PEMBANGUNAN UMMAH Proses pembangunan ummah amat luas serta menyeluruh kerana dikaitkan dengan hakikat sebenar pembangunan insan sehingga memungkinkan manusia mencapai kemuncak seindah-indah kejadian. Pembangunan dalam pengertian ini bermaksud usaha-usaha penyusunan semula masyarakat di dalam bidang sosial, politik, ekonomi, hukum akhlak dan sistem nilai lainnya kepada suatu keadaan yang sesuai dengan hakikat dan kemanusiaan.
Pembangunan ummah dalam Islam adalah pembangunan berinspirasikan pembangunan empat belas abad yang silam sebagai titik tolak pembangunan seterusnya. Ummah yang pertama inilah yang menjadi sebaik-baik ummah (model), bagi mana masyarakat yang ingin membangun, yang diakui oleh Allah s. w. t di dalam firman. Nya : - "Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik. (al Imran: 110)
Sejarah pembangunan ummah seperti ini penuh dengan pengorbanan dan ranjau sepanjang perjalanan, yang tidak mungkin tercapai kejayaan tanpa iman yang mendalam dan jihad yang berterusan. Seperti yang pernah dididik di Madrasah Rasulullah s. a. w, ianya memerlukan pengembelingan tenaga dan pengorbanan yang besar, berlandaskan prinsip-prinsip iman kepada Allah s. w. t dan nilai akhlak yang dibawa Rasulullah s. a. w.
Islam melihat peranan wanita amat besar sekali di dalam hal ini, rosak wanita maka rosaklah generasi akan datang dan seterusnya rosaklah ummah. Oleh itu asas untuk menjaga ummah di masa akan datang ialah dengan memperbaiki keluarga dan asas memperbaiki keluarga ialah dengan memperbaiki wanita. Para wanita perlu tahu peranan suci mereka kerana kesannya amat mendalam dan mampu memperbaiki ummah kiranya diarahkan ke sana. Bagaimanapun wanita tidak dibebankan kecuali sekadar sesuai dengan kemampuan mereka. Mereka diberi kerja sepadan dengan ciptaan semulajadi mereka serta qudrat kemampuan mereka.
SUMBANGAN UTAMA PARA WANITA Pertama : Peranan Sebagai Isteri Perkahwinan adalah merupakan sebuah institusi untuk mendirikan keluarga dan keluarga pula adalah sebuah unit sosial yang diberi kepentingan yang cukup besar dalam masyarakat. Kebahagiaan sesebuah keluarga pula akan membawa kebahagiaan kepada masyarakat atau ummah itu sendiri. Keluarga yang diikat dan diasaskan atas asas iman dan taqwa, akan bersinar dengan ruh Ar Rabbaniyyah semerbak harum. Dari kerajaan yang kecil ini akan lahir Rijal(generasi) yang bangun untuk mempertahankan ummah. Sabda Rasulullah s. a. w " Dunia itu adalah barang perhiasan/bahan kesedapan dan sebaik-baik perhiasan di dunia ini ialah wanita yang soleh " (HR Muslim)
Kedua : Peranan Sebagai Ibu Dari ibu yang solehah akan lahirlah anak-anak bakal generasi akan datang dan ditangan mereka diserahkan amanah Allah s. w. t untuk mendidik anak-anak supaya mengenali tanggungjawab terhadap agama Islam, terhadap ayah ibu dan pembangunan ummah Islamiyyah di masa akan datang. Wanita adalah ibu dan guru pertama generasi akan datang, baik didikan maka baiklah generasi Islam dan kerana itulah mereka dianggap sebagai Asatizah Al Alam. Ibu bertanggungjawab di hadapan Allah s. w. t di hari perhitungan nanti. Oleh kerana besarnya peranan ibu (kaum wanita) di dalam mendidik, maka mereka berperanan utama dalam pendukung dan penegak ummah.
Ketiga : Peranan Di Dalam Jihad tidaklah sahaja difahami dengan mengangkat senjata di medan peperangan menentang musuh. Sebenarnya jihad ini mengandungi berbagai-bagai bidang. Berjihad menguruskan rumahtangga dan mendidik anak-anak sebagai Rijal Al Ummah di masa akan datang ( di saat perlu dapat memberi pertolongan di medan jihad mengangkat senjata ), berjihad mencari ilmu pengetahuan dan berjihad untuk beramal. Sesudah itu wanita berjihad pula untuk mengajak wanita lain di sekelilingnya untuk beriman dengan Allah dan hari kiamat, berpegang kuat dengan Islam , berbuat makruf dan mencegah mungkar, memahamkan golongannya dengan deennya, fardhu, hak-hak wanita, asas-asas keadilan dan kemerdekaan, kebebasan siasah di dalam Islam’ memberi kesedaran Islam semula dan lain-lain. Memperlihatkan contoh yang baik sebagai Mukminah Solehah di dalam menunaikan amanah Allah s. w. t bagi membangun dan mempertahankan ummah.
HALANGAN SUMBANGAN MEMBANGUNKAN UMMAH minggu keenam belas
HALANGAN SUMBANGAN MEMBANGUNKAN UMMAH Di antara faktor-faktor yang berkaitan yang membataskan sumbangan kaum wanita dalam pembangunan ummah ialah: Ø terikat dengan tradisi dan budaya masyarakat yang menjadi identiti masyarakat disesebuah negara ini. Contohnya wanita timur terkenal dengan sifat sopan santun dan berbudi pekerti baik dan mulia serta lemah lembut. Jika kaum wanita itu melibatkan dirinya di dalam bidang politik untuk membangunkan negara maka sudah tentu sifat yang menjadi kebanggaan dan kemegahan masyarakat timur sudah tentu akan hakis dan tercemar apabila mereka keluar untuk berkempen dan mempromosikan negara untuk pembangunan maka sudah tentu ianya memerlukan mereka bertindak di luar batas sifat wanita timur.
Ø Perkahwinan merupakan salah satu daripada faktor yang membataskan dan menghalang kaum wanita dari memberi penuh perhatian dan tumpuan dalam usaha untuk membangunkan negara . Ini adalah kerana apabila seseorang wanita itu menjadi pemimpin maka sudah tentu ianya terpaksa membahagikan masanya di antara keluarga dan kerjayanya serta ianya juga perlu mendapat keizinan dari suaminya terlebih dahulu sebelum melangkah keluar rumah.
Ø Kejadian wanita itu sendiri yang berlainan dari kaum lelaki maka sudah tentu mereka sukar untuk memberikan sumbangan dan peranan yang baik dalam membangunkan negara kerana wanita itu sendiri mengalami beberapa gangguan tabii mereka seperti peredaran haid, mengandung dan sifat emosi mereka yang sukar dijangkakan dan mereka bertindak mengikut perasaan dan nafsu tanpa dapat membuat pertimbangan yang baik dan sempurna. Dan sekiranya wanita menjadi pemimpin maka sudah tentulah ianya akan mendatangkan kesan yang kurang baik kepada pengurusan dan pembangunan negara.
MENYEDIAKAN WANITA DALAM PEMBANGUNAN UMMAH 1) Peranan Masyarakat Tanggapan masyarakat hari ini yang meletakkan wanita sebagai pihak kedua dalam pembangunan harus membetulkan. Tuntutan untuk memperkemaskan ummah yang akan datang tidak hanya dibebani pada bahu lelaki, sebaliknya memerlukan sokongan wanita sebagai pelengkapi antara satu sama lain. Walaupun wanita kadangkala tidak dapat melakukan sesuatu kerja sepertimana lelaki namun dalam sesetengah keadaan golongan lelaki juga tidak boleh melakukan sesuatu kerja yang dilakukan oleh wanita. Justeru itu kita harus ingat bahawa tanggapan ini harus dibuat secara positif dan rational kerana wanita berkemampuan dan berkredibiliti.
2) Kesediaan Para Wanita Maka wanita harus mengubah paradigma untuk melihat bahawa mereka juga mampu bersama-sama setaraf dengan lelaki dalam semua keadaan dengan melengkapi diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran. Dalam Islam ketokohan saidatina Khadijah sebagai tokoh korporat dan ahli perniagaan yang berjaya menjadi inspirasi wanita dan lelaki. Tidak kurang juga ketokohan Aisyah sebagai seorang ilmuan dan pakar rujuk kepada sahabat dan keluarga baginda rasul telah membuktikan bahawa Islam meletakkan wanita pada tempat yang tinggi.
3) Sokongan pelbagai pihak. Peranan mendidik generasi adalah kerjasama semua pihak samada dalam keluarga (ibubapa, suami, anak-anak dan saudaramara) tempat kerja (majikan dan rakan sekerja), jiran tetangga dan persekitaran setempat perlu diperhebat untuk menjadikan wanita kepada penyumbang pembangunan negara. Peranan dan sumbangan seperti itu juga perlu ada di masa ini kerana ‘ Ghurbah al Ula’ telah berlaku dan kini “Ghurbah At Thaniyyah” telah muncul. Hadis Rasulullah s. a. w: - "Islam ini bermula di dalam keadaan dagang dan akan kembali kepada dagang, maka bertuah (beruntunglah) orang-orang yang mendukung Islam ketika ia berada di dalam keadaan dagang"
- Slides: 15