PERANAN MALAYSIA DALAM MENYELESAIKAN MASALAH ISU GLOBAL MALAYSIA
PERANAN MALAYSIA DALAM MENYELESAIKAN MASALAH ISU GLOBAL
MALAYSIA DALAM HUBUNGAN SERANTAU
POLITIK Penubuhan ZOPFAN (Zon Aman, Bebas dan Berkecuali) • Dikemukan oleh Malaysia dalam Persidangan Menteri Luar ASEAN di Kuala lumpur pada 27 November 1971 • Matlamat nya adalah untuk mengekalkan kawasan serantau sebagai zon yang aman, bebas dan berkecuali iaitu bebas daripada sebarang pertikaian Kuasa-Kuasa Besar dan tidak menyokong mana-mana pihak dalam pertikaian tersebut Pengistiharan SEANWFZ (Zon Bebas Senjata Nuklear) • Diisytiharkan pada sidang Kemuncak ASEAN pada 16 Disember 1987 • Bertujuan memastikan kawasan ASEAN bebas ancaman senjata nuklear
EKONOMI PENUBUHAN LEMBAGA PEMBANGUNAN PELABURAN MALAYSIA (MIDA) • Menerajui agenda pelaburan negara • penubuhan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia ini telah banyak membantu dalam meningkatkan ekonomi dalam Negaranegara serantau ASEAN. • aliran masuk pelaburan domestik meningkat dengan ketara sebanyak hampir empat kali ganda jumlah pelaburan langsung asing (FDI) pada tahun 2012 • Jumlah aliran masuk FDI dalam rantau yang membangun Asia Timur dan Asia Tenggara bernilai US$336 bilion, yang merupakan 22 peratus daripada jumlah aliran masuk global. • Asia Tenggara sahaja telah mencatatkan aliran masuk sebanyak US$117 bilion, iaitu peningkatan sebanyak 26 peratus daripada tahun sebelumnya • Asia Timur mencatatkan aliran masuk sebanyak US$219 bilion,
AUTOMOTIF (Industri Kelengkapan Pengangkutan) • Ianya merangkumi subsektor automotif, aeroangkasa dan pembinaan kapal dan pembaikan kapal • Dalam menggalakkan usaha ke arah teknologi hijau, Dasar Automotif Nasional (NAP) 2010 telah menghasilkan peningkatan dalam pelaburan bagi pengeluaran kenderaan hibrid/ elektrik kepada RM 792. 4 juta pada tahun 2012 • Meningkatkan pelaburan dalam pengilangan bahagian dan komponen yang kritikal dan bernilai ditambah tinggi kepada RM 262 juta pada tahun 2012. • menggalakkan pelaburan di kalangan pengeluar komponen automotif berteknologi tinggi untuk bersaing dengan industri motor ASEAN dari segi pertumbuhan dan jumlah eksport
SOSIAL Malaysia komited kepada IAI (Inisiatif Integrasi Asean) • Sejak 1981, banyak memberi bantuan kepada negara-negara CLMV termasuk kursus-kursus latihan • Malaysia menyediakan geran tambahan sehingga AS$500, 000 (RM 1. 9 juta) untuk menyokong Projek Sekolah Pintar di negara CLMV • Inisiatif ini menyediakan kemudahan teknologi maklumat dan komunkasi (ICT) dan pakej program pembangunan sumber manusia Malaysia turut berkongsi keperihatinan global terhadap Avian Influenza. • Menubuhkan Pusat Kerjasama WHO Serantau bagi Influenza pada mesyuarat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai Avian Influenza di Geneva • dengan kepakaran Institut Penyelidikan Haiwan dalam membuat diagnostik, Malaysia juga mencadangkan pembentukan Pusat Rujukan dan Penyelidikan Avian Influenza Serantau. • tif ini menyediakan kemudahan teknologi maklumat dan komunkasi (ICT) dan
BANTUAN KEPADA MANGSA BANJIR • Pada 21 Disember 2011, Malaysia telah menghulurkan bantuan berbentuk sumbangan kepada empat Negara Asean (Myanmar, Laos, Kemboja dan Filipina) yang terjejas teruk akibat banjir • kerosakan jalan raya, sekolah, dan jambatan dijangka mencecah berbilion ringgit. • dapat membantu Negara yang terlibat untuk memulihkan infrasruktur dan menghulurkan bantuan makanan serta keperluan kepada mangsa yang terlibat. • masing-masing menerima US$100, 000 (kira-kira RM 316, 000) • Menteri Luar Datuk Seri Animah Aman menyampaikan cek bantuan kepada Duta-Duta Myanmar, Laos, Kemboja dan Filipina • Princess Samdech Reach Botrei Preah Anoch Norodom Arunsamy mewakili Kemboja, U Tin Lat mewakili Myamnar, Laos oleh Khamphan Anlavan dan Filipina pula oleh Jose Eduardo E. Malaya III.
PERISTIWA SERANGAN LAHAD DATU Inisiatif Malaysia dalam menyelesaikan masalah ini • Angkatan Keselamatan Diraja Kesultanan Sulu dan Borneo Utara, telah dihantar oleh Jamalul Kiram III yang merupakan salah seorang dari pihak-pihak yang menuntut takhta Kesultanan Sulu. • Kiram menyatakan bahawa matlamat mereka adalah untuk menuntut kembali wilayah mereka di bahagian timur Sabah • Menjalankan perundingan agar tiada pertumpahan darah • Kerajaan Malaysia dan Filipina bekerja sama untuk menyelesaikan konflik ini • Pada 5 Mac, Malaysia telah menghantar 3 buah pesawat pejuang F/A-18 Hornet dan 5 Hawk bagi melancarkan serangan bom dari udara ke kawasan yang dikatakan merupakan tempat persembunyian pengikut Agbimuddin Kiram • Berikutan insiden pencerobohan di Lahad Datu, polis Malaysia telah menangkap 104 warga Filipina yang disyaki ada kaitan dengan Jamalul Kiram III
ISU-ISU ANTARABANGSA
POLITIK Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) • Malaysia dalam sidang pertemuannya bersama Pemimpin-pemimpin Negara Islam (OIC) telah menyuarakan banyak persoalan. • Malaysia menyeru pemimpin-pemimpin umat Islam mengambil tindakan proaktif menyelesaikan isu-isu penindasan di Palestin, Khasmir, Selatan Thai, Moro, Iraq, Afghanistan, Lubnan, Chechnya, Bosnia, Sudan lain-lain. • Malaysia mempersoalkan Isu Palestin yang bermula pada 1948 apabila tanah mereka dirampas oleh Israel • Malaysia juga menghantar misi bantuan ke Palestin dalam bentuk bantuan makanan dan juga ubatan
Penubuhan PBB • Sebagai sebuah negara PBB, Malaysia sentiasa menyokong dasar dan prinsip PBB bagi mewujudkan keamanan di dunia • Malaysia telah menyuarakan pelbagai isu yang mengancam keamanan dunia dan hak asasi manusia di pentas dunia • Malaysia telah menghantar beberapa battalion angkatan tentera(Malbatt) ke sempadan Iran-Iraq, Cambodia, Somalia dan Bosnia • Malaysia telah diberi keyakinan oleh PBBuntuk berada dalam Majlis Keselamatan PBB bermula pada tahun 1999 • Malaysia diberi penghormatan untuk menghantar pasukan pengaman ke negara Namibia bagi membantu mencapai kemerdekaan • Malaysia juga memperjuangkan hak-hak asasi manusia terutamanya Dasar Apartheid yang diamalkan oleh Regim Afrika Selatan terhadap penduduk kulit hitam
EKONOMI LID (Langkawi International Dialogue) • Dicetuskan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sejak 1995 bagi merapatkan hubungan dengan negara-negara Afrika yang menghadapi masalah yang hampir sama iaitu kemiskinan, dan masalah negara yang pernah dijajah. • Berperanan memajukan ekonomi Negara-negara Selatan dan Negara membangun yang lain. • . Malaysia telah mewujudkan hubungan rapat dan kerjasama dengan banyak negara Selatan dalam bidang pengilangan, perkhidmatan, perbankan dan kewangan, pemasaran komoditi, pertukaran maklumat, kerjasama teknikal dan perdagangan.
• Kerajaan Malaysia menawarkan insentif kepada firma-firma untuk melabur di seberang laut, khususnya di negara Selatan • Kerajaan Malaysia telah mengadakan 56 Perjanjian Jaminan Pelaburan (IGA) dengan banyak negara membangun untuk menggalakkan pelaburan antara Malaysia dan negara-negara berkenaan • Salah satu pencapaian Malaysia adalah melalui teknologi bio yang boleh membantu dalam membasmi kemiskinan • Kemunculan teknologi ini selaras dengan peningkatan cabaran getir yang terpaksa dihadapi beberapa negara membangun, seperti isu berhubung pembekalan makanan yang mencukupi • Aplikasinya akan meningkatkan nilai yang dihasilkan oleh sektor pertanian • Teknologi bio akan membantu menghapuskan kemiskinan dalam tempoh singkat, manakala dalam tempoh jangka panjang pula ia akan membantu mengekalkan pertumbuhan ekonomi dunia
ALAM SEKITAR • Deklarasi Langkawi mengenai alam sekitar dipersetujui bersama ketua kerajaan Komanwel pada 1989 • Persidangan mengenai kepentingan pemuliharaan alam sekitar terus mendapat perhatian pemimpin dunia. • Persidangan Perhutanan Dunia di Paris pada 1991, Persidangan Kedua Menteri-Menteri Negara Membangun pada April 1992 di Kuala Lumpur dan Persidangan Bumi di Rio de Janeiro, Brazil pada Jun 1992 jelas menggambarkan mustahaknya kehijauan alam sekitar dikembalikan. • DATUK Seri Dr Mahathir Mohamad, dalam ucapan ketika merasmikan Kongres Jalan Raya Dunia ke-XXI, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada 3 Oktober lalu berkata, “negara di seluruh dunia perlu menyeimbangkan keperluan antara pembangunan dengan alam sekitar bagi memastikan perkembangan mutu hidup diteruskan tanpa menggugat sumber asli yang semakin terhad”
• Malaysia juga telah menandatangani kebanyakan perjanjian alam sekitar pelbagai hala, yang telah diberi keutamaan oleh masyarakat antarabangsa antaranya, 1. Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim 2. Konvensyen Kepelbagaian Biologi 3. Konvensyen Vienna Mengenai Lapisan Ozon 4. Konvensyen Stockholm Mengenal Persistent Organic Pollutants 5. Konvensyen Mengenai Perdagangan Spesies Flora dan Fauna yang di ancam Kepupusan
IMPAK ISU GLOBAL TERHADAP PELUANG PENDIDIKAN menguasai kemahiran teknologi untuk keperluan pekerjaan dan kehidupan seharian persaingan sihat dalam meningkatkan mutu pendidikan dan inovasi KESAN POSITIF perkongsian sumbangan hasil penyelidikan tentang pengajaran dan pembelajaran peluang pendidikan terbuka luas
KESAN NEGATIF pengaliran keluar sumber manusia yang berkepakaran ke luar negara penyebaran sumber yang tidak bersesuaian dengan intelek dan rohani meminggirkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda berlaku penindasan dalam merampas peluang dan sumber bagi kemajuan sistem pendidikan sesebuah negara
Contoh ; Huraian tentang impak secara khusus…. .
Impak Isu-Isu Global terhadap Peluang Pendidikan i. Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu dan bahasa antarabangsa Huraian Kebanyakkan bahan-bahan penyelidikan dan sumber maklumat lain menggunakan Bahasa Inggeris atau bahasa antarabangsa disebabkan oleh lambakan sumber maklumat dalam bahasa Inggeris yang mudah diperolehi melalui kecanggihan teknologi maklumat.
Impak Isu-Isu Global terhadap Peluang Pendidikan ii. Mendorong berlakunya anjakan paradigma yang amat ketara Huraian Perubahan kokurikulum terutama dari segi strategi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran telah diperkenalkan seperti sekolah bestari, Projek sekolah net dan sebagainya.
Impak Isu-Isu Global terhadap Peluang Pendidikan iii. Program pensiswazahan akan diperluaskan. Huraian Tujuan nya adalah untuk memastikan negara melahirkan para siswazah yang berkemampuan untuk menilai sesuatu isu global yang secara berkesan agar tidak mudah dipengaruhi oleh isu-isu global yang wujud.
Impak Isu-Isu Global terhadap Peluang Pendidikan iv. IPTS semakin banyak ditubuhkan Huraian Hal ini disebabkan akibat isu-isu global yang berlaku di sesetengah negara, memnyebabkan warga asing negara tersebut memilih untuk melanjutkan pelajaran ke negara Malaysia kerana keadaan persekitaran yang lebih aman untuk sesi pembelajaran.
Sekian, Terima Kasih.
- Slides: 23