PENYESUAIAN AKAUN VOT UNIT AKAUN JABATAN AKAUNTAN NEGARA
PENYESUAIAN AKAUN VOT UNIT AKAUN JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA NEGERI SARAWAK
Apakah itu Penyesuaian Akaun Vot? • Satu proses penyemakan dan pemadanan urusniaga di dalam Buku Vot atau Buku Vot Elektronik (BV 381, BV 500, BV 501, BV 502, BV 503) dengan Laporan Terperinci Perbelanjaan Vot Mengurus, Pembangunan, Tanggungan dan Sumbangan (C 231 B, C 232 P, C 230 T, C 233 S) dari Pejabat Perakaunan serta penyediaan penyata-penyata penyesuaian (Format A, A 1, A 2 dan A 3). • Proses ini dapat menerangkan sebab-sebab berlakunya perbezaan di antara urusniaga-urusniaga yang terdapat pada kedua-dua dokumen tersebut.
Mengapa perlu penyesuaian? 1. Bagi mematuhi peraturan dan pekeliling yang tertakluk dalam AP 95, AP 143, PP 8/87 dan SPP 8/93. 2. Bagi mempertingkatkan mutu kerja pegawai / kakitangan kewangan dalam menjalankan tugas-tugas penyelenggaraan buku-buku vot dan penyediaan laporan-laporan kewangan. 3. Bagi memastikan pegawai-pegawai pengawal yang bertanggungjawab ke atas pengurusan wang yang telah diperuntukkan kepada mereka menyelenggara buku-buku vot dan rekod-rekod perakaunan secara cekap dan berkesan seperti yang ditetapkan oleh AP 95.
4. Bagi membolehkan Pegawai-pegawai Pengawal menyedia dan menyampaikan laporan-laporan bulanan mengenai perbelanjaan mengurus dan pembangunan seperti yang dikehendaki oleh PP 2/86. 5. Bagi membuat persediaan bagi pemeriksaan mengejut oleh pihak audit ke atas semua buku vot bagi memastikan buku vot disimpan dengan sempurna dan kemaskini. 6. Bertujuan untuk mengesan prestasi perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan setiap bulan secara keseluruhannya.
7. Maklumat-maklumat yang diperolehi daripada pelaporan dan penyesuaian adalah bertujuan untuk membuat perancangan pengurusan wang tunai yang lebih berkesan. 8. Merupakan salah satu tugas utama Pegawai Pengawal di dalam bidang pengawasan kewangan Kerajaan. 9. Membantu memastikan supaya perbelanjaan berlebihan daripada peruntukan yang diluluskan (over-expenditure) tidak akan berlaku lagi di masa akan datang.
Bila penyesuaian perlu dilakukan? • Mulai tahun 1986, laporan perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan bagi Maksud-maksud Perbelanjaan di bawah kawalan mestilah di hantar pada setiap bulan dengan menggunakan format seperti di SPP 2/86. • Semua laporan terperinci perbelanjaan bulanan yang diterima dari Pejabat Perakaunan hendaklah disahkan atau disesuaikan dengan buku vot dalam tempoh 2 minggu dari tarikh penerimaan laporan-laporan yang berkenaan.
THE END
- Slides: 7