PENYELESAIAN MASALAH Definisi Masalah berlaku apabila terdapat halangan
PENYELESAIAN MASALAH
Definisi • Masalah berlaku apabila terdapat halangan antara keadaan semasa dan matlamat, serta tidak terdapat cara yang jelas untuk menyelesaikan halangan tersebut.
Jenis Masalah • Well-defined problems – Mempunyai jawapan yang tepat, cara penyelesaian yang teratur, berpotensi untuk diselesaikan • Ill-defined problems – Tidak mempunyai cara penyelsaian yang jelas, sukar untuk diselesaikan
PENDEKATAN GESTALT
Pendekatan Gestalt • Gestalt digunakan dalam persepsi, pembelajaran, penyelesaian masalah, sikap dan kepercayaan. • Law of organization • Dalam penyelesaian masalah, pendekatan Gestalt fokus terhadap: – Bagaimana manusia mempamerkan masalah dalam pemikiran mereka – Bagaimana menyelesaikan masalah melibatkan proses mengorganisasi dan menstrukturkan semula pemikiran tersebut.
Cetusan Masalah dalam Minda • Bagaimana masalah dipamerkan dalam minda? • Contoh aktiviti crossword puzzle – cara pemikiran manusia untuk selesaikannya berbeza, sama ada secara melintang, menegak atau melihat keseluruhan, atau mencaru klu terlebih dahulu. • Cara penyelesaian masalah matematik mungkin berbeza-beza, pelbagai formula yang membawa kepada jawapan yang sama. Namun dalam pendekatan Gestalt, tak perlu sangat kiraan matematik untuk selesaikan masalah matematik, tetapi hanya menggunakan persepsi dan memikirkannya dalam pelbagai cara. Contoh Rajah 12. 2, m. s 327.
Menstruktur semula pemikiran dan celik akal • Gestalt memperkenalkan idea bahawa penstrukturan semula pemikiran adalah berkaitan dengan celik akal (insight) iaitu kesedaran tiba-tiba terhadap sesuatu penyelesaian masalah. • Adakala manusia mengalami keadaan celik akal (insight) dalam mendapatkan jalan penyelesaian sesuatu masalah. • Cuba demo – two insight problems, m. s 328
Halangan dalam penyelesaian masalah • Fixation – kecenderungan fokus terhadap ciri tertentu sahaja dalam sesuatu masalah. • Cuba demonstration – The candle problem, m. s 329 • Halangan mungkin berlaku disebabkan oleh mental set – kepercayaan awal bagaimana untuk menyelesaikan masalah, yang biasanya ditentukan oleh pengalaman masa lampau.
PENDEKATAN PEMPROSESAN MAKLUMAT
Pendekatan Newell dan Simon • Melihat masalah dari aspek initial state – suatu keadaan yang berlaku di awal masalah, dan goal state – penyelesaian terhadap masalah. • Idea mengenai operator – iaitu tindakan yang membawa masalah dari satu keadaan ke keadaan yang lain. Dari initial state ke goal state. • Cuba demo Tower of Hanoi Problem, m. s 332. • Bincang Table 12. m. s 333 – key term dalam Newell-Simon Approach
Tower of Hanoi Problem • Penyelesaian masalah mengandungi beberapa cara yang boleh memindahkan disc hingga mencapai matlamat yang diharapkan (goal state). • Ia bermula dari initial state. • Bergerak ke arah beberapa langkah/cara (intermediate state) sehinggalah mencapai goal state. • Initial state • Intermediate state • Goal state Problem Space
Tower of Hanoi Problem • Walaupun banyak cara menyelesaikan masalah, namun yang paling baik adalah mengurangkan jurang antara initial state dan goal state • Guna strategi means-end analysis, dengan cara mewujudkan subgoals (intermediate state yang paling hampir dengan goal state). • Penyelesaian berdasarkan operator – tindakan berasaskan peraturan
Kepentingan Pernyataan Masalah • Cara pernyataan masalah boleh mempengaruhi darjah kesukaran penyelesaian masalah. • Acrobat Problem – contoh m. s 336 – perlukan 5 jalan untuk selesaikan, jika sedikit perubahan dilakukan, akan menimbulkan kesukaran. • Reverse acrobat problem – perubahan pada jalan no 4.
Menggunakan analogi untuk selesaikan masalah • Memindahkan pengalaman dalam penyelesaian masalah masa lalu ke dalam penyelesaian masalah masa sekarang – analogy transfer
Analogi dalam dunia sebenar • In vivo problem solving – bagaimana manusia menyelesaikan masalah dalam situasi yang sebenar. • Sebagai contoh melakukan eksperimen dalam makmal untuk mencari sesuatru penyelesaian.
Perbezaan kepakaran dalam menyelesaikan masalah: • Pakar mempunyai maklumat dan pengetahuan yang lebih tentang bidangnya. • Pengetahuan ahli pakar disusun dengan cara yang berbeza berbanding orang biasa. • Ahli pakar menggunakan masa yang lama untuk menganalisis masalah.
Kreativiti dalam penyelesaian masalah • Disebut sebagai pemikiran divergen – pemikiran open-ended, menghasilkan jumlah potensi penyelesaian yang banyak, serta tidak memiliki satu jawapan yang paling tepat. • Pemikiran konvergen – hanya memikirkan cara penyelesaian yang spesifik sahaja.
PENAAKULAN
• Kehidupan penuh dengan membuat keputusan. • Membuat keputusan memerlukan proses penaakulan. • Penaakulan – proses menghasilkan kesimpulan – Proses kognitif
Penaakulan Deduktif • Penaakulan deduktif ada 1 bentuk (menurut Aristotle) iaitu syllogisms. • Syllogism mengandungi: – 2 kenyataan yang disebut sebagai premises – 1 kenyataan yang disebut sebagai conclusion
Penaakulan Deduktif • Syllogism 1: – Premise 1 : All bird are animals. – Premise 2 : All animals eat food. – Conclusion : Therefore, all birds eat food. • Adakah ini penaakulan yang baik? • Jika ya, mungkin anda betul. Tapi tidak semestinya proses penaakulan itu betul. • Ia perlu mengambil kira aspek kesahan (validity) dan kebenaran (truth).
Kesahan dan Kebenaran dalam Syllogism • Syllogism 2: – All birds are animal. – All animals have four legs. – All birds have four legs. • Adakah penaakulan ini sah dan betul? • Ia sah – kerana kesimpulan dibuat selepas wujudnya 2 premises. • Tetapi ia tidak betul – isi kandungannya salah. Tak semua haiwan ada 4 kaki. • Oleh yang demikian, kaedah logik harus digunakan dalam membuat penaakulan deduktif.
Syllogism bersyarat • Ia sama dengan syllogism sebelum ini, tetapi menggunakan kaedah syarat: Jika. . . , maka. . . • Table 13. 1, m. s 363 • Sejauh mana kita boleh mengenal pasti kebenaran sesuatu syllogism yang bersyarat?
Wason Four-Card Problem • Demo: m. s 364
Penaakulan Induktif • Premises adalah berdasarkan pemerhatian ke atas satu atau lebih kes/isu yang khusus, kemudiannya digeneralisasikan kepada satu kesimpulan yang umum.
Penaakulan Induktif • Pemerhatian: – Setiap bandar di Malaysia dilaporkan dalam keadaan berjerubu. • Conclusion: – Malaysia sedang dilanda jerebu. • Dalam penaakulan induktif tiada isu sah dan betul, tetapi sejauhmana kenyataan yang diberikan adalah kuat untuk menghasilkan conclusion yang betul.
Faktor yang mempengaruhi kekuatan kenyataan: • Sejauhmana pemerhatian terhadap sesuatu isu mewakili isu yang sebenar? • Jumlah pemerhatian (berpa banyak negeri yang terlibat jerubu? ) • Kulaiti bukti
The Availability Heuristic • Membuat penaakulan berdasarkan perkara yang mudah diingat • Adakala penaakulan secara heuristic boleh membuahkan jawapan yang betul dan adakalanya tidak.
The Representativeness Heuristic • Membuat penaakulan berdasarkan sejauh mana sesuatu perkara itu mewakili pekara yang lain. • Contohnya kemungkinan bahawa A adalah ahli kepada B boleh ditentukan dengan sejauhmana ciri-ciri A menunjukkan ciri-ciri yang sama dengan B.
MEMBUAT KEPUTUSAN
Membuat keputusan • Memilih satu daripada alternatif untuk menghasilkan keputusan.
Membuat keputusan • Pendekatan utiliti: – Manusia adalah bersifat rasional, oleh itu jika mempunyai maklumat yang relevan, maka mereka akan membuat keputusan yang menghasilkan tahap utiliti yang maksimum. – Utiliti – tahap kebergunaan sesuatu keputusan.
Emosi dalam membuat keputusan • Expected emotion – emosi yang dijangka akan terhasil akibat keputusan yang dibuat. • Immediate emotion – emosi yang dirasai semasa keputusan dibuat. • Integral immediate emotion – emosi yang dikaitkan dengan tindakan membuat keputusan. • Incidental immediate emotion – emosi yang tiada kaitannya dengan keputusan yang dibuat. Contohnya reaksi terhadap isu lain yang bukan berkaitan dengan keputusan.
- Slides: 38