PENYALAHGUNAAN DADAH TINGKATAN 1 MENU Objektif Pengenalan Kesimpulan
PENYALAHGUNAAN DADAH TINGKATAN 1
MENU Objektif Pengenalan Kesimpulan Isi Kandungan Kuiz *Tekan Butang Merah Untuk Masuk.
OBJEKTIF a) Murid dapat menyatakan jenis-jenis dadah b) Murid dapat menyatakan punca-punca penyalahgunaan dadah c) Murid dapat menyatakan kesan pengambilan dadah terhadap tubuh badan d) Murid dapat menyatakan langkah-langkah menangani penyalahgunaan dadah
DEFINISI Dadah ialah bahan kimia psikoaktif yang mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf seperti menyebabkan keadaan mabuk, khayal, ketagih, gangguan tingkahlaku dan sebagainya. Penggunaannya yang berterusan akan mendatangkan bahaya dan kerosakan kepada diri, keluarga, masyarakat, negara dan agama islam
PENYALAHGUNAAN DADAH KESAN
JENIS-JENIS DADAH
Heroin Berasal daripada perkataan Jerman iaitu Heroish yang bermaksud kuat. Cara Penggunaan: Menyuntik , Menghidu Ciri-ciri penagih Mata dan hidung berair , mengantuk , mudah marah dan resah , pertuturan tidak jelas , cemas , takut , sunggul
Morfin Sejenis alkoloid yang diperolehi dari candu mentah. Cara Penggunaan: Menyuntik , menelan Ciri-ciri penagih Hilang selera makan , tindak balas lambat , kecacatan keseimbangan
Ganja Diperoleh daripada bunga dan daun pokok India Hemp. Cara penggunaan: menghisap Ciri-ciri penagih Sering mengantuk/mata merah , kegembiraan & terlalu cergas/ketawa
Syabu Sejenis dadah yang berada dalam kumpulan stimulan. Syabu yang paling berkualiti berwarna putih kristal Cara penggunaan: Menggunakan peralatan yang hampir sama dengan penghisap candu Ciri-ciri penagih Yakin pada diri sendiri , bertenaga & cergas , boleh berjaga 23 hari tanpa tidur , tingkah laku agresif , tindak balas terlalu cepat , mata dan hidung berair , mual dan muntah-muntah , hilang selera makan
Ecstacy Juga dikenali sebagai MDMA iaitu 3 -4 methylenedioxymethamphetamine. Cara penggunaan : Menelan , campur dan minuman Ciri-ciri penagih Gembira & terlalu cergas , berpeluh berlebihan , kuat becakap , boleh melayan muzik yang kuat & goyang kepala , tindak balas terlalu cepat,
PUNCA-PUNCA PENYALAHGUN AAN DADAH
LANGKAH PENCEGAHAN PENYALAHGUNAAN DADAH Akta Dadah Berbahaya 1952 Jauhi Rakan DIRI SENDIRI Membawa Pengaruh Negatif UNDANG-UNDANG Akta Rawatan & Pemulihan Idea & Usaha Komuniti 1983 KOMUNITI RAWATAN & PEMULIHAN Motivasi KAUNSELING Peranan Ibu Bapa IBU BAPA
KESAN PENGAMBILAN DADAH
KESAN KEPADA INDIVIDU
Kesan Buruk Dadah Antaranya: Merosakkan sistem saraf pusat (otak & saraf tunjang) Dalam keadaan mabuk atau khayal , penagih tidak dapat mengawal pergerakan dan perimbangan badannya Kesan ke atas wanita mengandung iaitu seperti keguguran , kelahiran bayi songsang , lahir belum cukup bulan , kematian bayi semasa lahir /melahirkan bayi yang tidak sempurna/cacat Diri sendiri Akibatnya daripada pengambilan dos yang berlebihan. Ahli keluarga Ibu , kerana tindakan ganas/luar kawalan penagih kerana memerlukan wang untuk membeli dadah. Orang awam Kemalangan akibat memandu di bawah pengaruh dadah.
Kesimpulannya Dadah membawa banyak kesan buruk. Penyalahgunaan dadah juga berpunca daripada banyak faktor. Namun terdapat banyak cara untuk mengatasi penyalahgunaan ini. Kita haruslah terus memerangi dadah agar masyarakat kita menjadi lemah. “Dadah Pemusnah, Musnahkan Dadah”
Dadah jenis heroin tidak berbahaya jika diambil dengan kadar yang berlebihan ?
Antara yang berikut, manakah tidak berkaitan dengan kesan pengambilan dadah terhadap keluarga? Cemarkan nama baik keluarga Rumah tangga menjadi porak peranda Menyebabkan kekecewaan ahli keluarga Hubungan antara ahli keluarga menjadi erat
Antara yang berikut, manakah bukan sebab-sebab pengambilan dadah ? Kesilapan doktor yang memberi ubat semasa rawatan Tertipu dengan menganggap dadah boleh mendapat keseronokan Ketiadaan kekesalan diri (selepas menerima rawatan) Pengaruh rakan sebaya
Seorang lelaki telah didapati bersalah memiliki dan mengedarkan heroin sebanyak 40 gram. Beliau akan didakwa mengikut Akta apa? Akta Dadah Berbahaya 1960 Akta Dadah Berbahaya 1962 Akta Dadah Berbahaya 1952 Akta Dadah Berbahaya 1942
Seorang lelaki telah menyesal dengan perbuatannya menagih dadah, beliau ingin membaiki dirinya. Apakah akta yang dapat membantunya? Akta Rawatan & Pemulihan 1952 Akta Rawatan & Pemulihan 1983 Akta Pemulihan & Dadah 1983 Akta Dadah & Pemulihan 1982
Kawan anda mempelawa anda mencuba sesuatu yang baru iaitu dikenali sebagai metamfetamin. Apakah yang perlu anda lakukan? Menolak dengan baik dan menasihati rakan anda Memarahi kawan anda Menerima pelawaan kawan anda Mengajak kawan anda yang lain turut mencuba
Anda melihat rakan anda menelan pil ecstasy dalam tandas sekolah. Apakah yang perlu anda lakukan? Laporkan kepada guru kaunseling sekolah anda Laporkan kepada rakan anda yang lain Tidak membuat sebarang laporan kerana bukan urusan anda Meminta pil ecstasy dari rakan anda untuk mencuba
Anda melihat abang anda menyuntik sesuatu di lengannya dan berkhayal. Anda menyelidik dan mendapati abang anda sebenarnya seorang penagih dadah. Apakah yang akan anda lakukan? Menceritakan kepada kawan-kawan abang anda Tidak menceritakan kepada sesiapa kerana takut dimarahi abang Memberitahu kepada ibu bapa anda dengan segera Menceritakan kepada kawan anda
Pengedar @ pembekal dadah harus dijatuhi hukuman yang berat seperti gantung sampai mati?
Ganja diperoleh daripada bunga dan daun pokok india Hemp?
Cuba Lagi…
Tahniah!!!
THANK YOU. .
- Slides: 33