PENUBUHAN KUMPULAN KOIR 1 TUJUAN PENUBUHAN Menjalankan tugas
PENUBUHAN KUMPULAN KOIR
1. TUJUAN PENUBUHAN Menjalankan tugas sebagai guru muzik (mengajar pelajar dalam muzik) Memperkembangkan jenis lagu kepada murid Menerapkan nilai murni kepada para pelajar Berkongsi keseronokan dalam koir bersama pelajar Supaya pelajar dapat mengenalpasti suara sendiri Mengisi masa lapang dengan berlatih Membantu guru dalam aspek pengurusan
2. PENGENALAN Koir adalah sebuah ensembel muzik para penyanyi yang menyanyi beramai-ramai. Sekumpulan penyanyi yang membentuk nyanyian berharmoni. Walaupun bukan penyanyi solo yang baik, namun dalam kumpulan koir, ahli-ahli ini mampu untuk menghasilkan gabungan suara yang berharmoni, mantap dan merdu Aktiviti yang popular dijalankan di sekolah-sekolah berbanding dengan lain-lain aktiviti muzik Koir tidak memerlukan perbelanjaan yang besar dari segi peralatan muzik Mudah mendapatkan penyertaan pelajar di samping keperluan masa latihan yang agak singkat.
3. MATLAMAT PENUBUHAN Memperbaiki pengetahuan teknik suara Guru dan pelajar dapat bersama-sama menggubah lagu Sebagai rekreasi atau kesenggangan serta aktiviti kokurikulum. Memberi penekanan ke arah pembentukan kualiti diri dan sahsiah pelajar merangkumi aspek perasaan, kreativiti, nilai sosialisasi, estetika dan etika Bercita-cita untuk membina sebuah studio koir pada suatu hari nanti Mendapatkan sokongan daripada ibu bapa dalam koir Mengadakan lawatan menyaksikan persembahan/ pertandingan koir di tempat lain. Melatih guru untuk perbaiki gaya memimpin koir
4. OBJEKTIF Kesemua ahli koir dapat menggunakan teknik pernafasan dan postur yang betul. Ahli koir dapat menyanyikan 2 suara dengan yakin Melatih ahli koir menyanyi dengan sebutan yang jelas, ketepatan pic, ketepatan tempo, dan seterusnya menghasilkan ton yang baik Guru dapat mengenalpasti setiap suara ahli koir.
5. STRUKTUR PERSEMBAHAN KOIR Diketuai oleh seorang pemimpin koir ( konduktor). Kebanyakan kumpulan koir mengandungi empat bahagian Persembahan koir yang paling biasa adalah tiga, lima, enam dan lapan Boleh menyanyi dengan atau tanpa iringan alat-alat muzik. Nyanyian tanpa iringan instrumen dipanggil nyanyian acapella
CARA-CARA PENUBUHAN KUMPULAN KOIR
LATAR BELAKANG PENUBUHAN KOIR Dilakukan secara bersistematik agar segala yang dirancang dapat dilaksanakan hingga tercapai objektif Bertujuan mengelak daripada timbulnya masalah-masalah yang boleh membantutkan perancangan yang telah dibuat Perkara yang perlu diberi perhatian : Ø Ø Ø Ø Ø Saiz kumpulan Jenis Kumpulan 2, 3, atau 4 suara Jumlah atau bilangan penyanyi Pemuzik Iringan Alat Muzik Iringan Keupayaan Guru Tempat Latihan Jadual Latihan Surat menyurat Skor atau gubahan-gubahan lagu
SEBELUM PENUBUHAN 1. MEMBUAT HEBAHAN : Membuat satu poster hebahan, poster hendaklah menarik dan kreatif Poster itu mengandungi tarikh, lokasi uji bakat dan kriteria yang perlu ada (jika perlu) Ditampal di sekitar sekolah Boleh juga dibuat dalam bentuk pengumuman (dalam perhimpunan)
2. MELAKSANAKAN UJI BAKAT Ø Bertujuan mendapatkan pelajar yang berpotesi dalam nyanyian koir Ø Jumlah penyanyi akan mempengaruhi bunyi yang dihasilkan nanti, jadi guru perlu ingat jumlah penyanyi yang diperlukan dalam setiap kumpulan Ø Uji bakat ini bertujuan mencari penyanyi secara kumpulan bukan secara solo Ø Walaubagaimanapun mereka boleh diasuh untuk bernyanyi secara kumpulan Ø ‘Warm up’ perlu dijalankan sebelum uji bakat dilaksanakan agar pelajar telah betul-betul bersedia Ø Guru perlu menyediakan satu borang penilaian yang merangkumi aspek seperti : a) Tempo - Meminta pelajar menepuk tangan mengikut tempo lagu yang dimainkan atau dinyanyikan , tepuk tangan sama dengan guru dan sebagainya
b) Renj - bertujuan membahagikan pelajar berdasarkan jenis suara (S. A. T. B). Meminta pelajar menyanyi not terendah dan tertinggi yang termampu dengan iringan kibod. Proses ini memudahkan guru menentukan jenis suara serta kumpulan yang sesuai dengan setiap individu. c) Ton - Ton kualiti setiap individu berbeza-beza. Perlu disesuaikan dengan kumpulan-kumpulan tertentu agar kesannya lebih menyerlah. Pastikan penyanyi yang dipilih mempunyai suara yang dapat diadun secara kumpulan. d) Irama - Menyediakan beberapa jenis pola irama yang pelbagai termasuk sinkopasi. Guru menepuk irama-irama tersebut dan meminta pelajar mengikutnya. Pelajar yang berjaya mengikutinya dengan irama serta tempo yang betul dianggap berjaya dan layak menyertai kumpulan tersebut. e) Ketepatan pic - dapat dinilai atau diuji melalui beberapa aktiviti mudah seperti meminta pelajar menyanyikan balik melodi yangdimainkan atau dinyanyikan. Antara aktiviti yang dijalankan ialah menyanyikan arpegio, skel serta melodi-melodi pendek yang dimainkan dalam pelbagai nada yang bersesuaian dengan suara setiap individu.
4. PEMBAHAGIAN KEPADA KUMPULAN S. A. T. B Ø Berdasarkan jumlah atau saiz kumpulan yang telah dirancangkan. § Kumpulan yang dirancangkan berjumlah 40 orang. § Nisbahnya ialah 13 penyanyi bes, 10 penyanyi tenor, 10 penyanyi Alto dan 7 penyanyi soprano. Ø Kumpulan S, A, T, B. dimulakan dengan kumpulan soprano dan diikuti oleh alto, tenor dan bes. Ø Melodi biasanya dinyanyikan oleh soprano atau alto Ø Kadangkala semua menyanyi secara unison jadi adalah lebih baik rujuk pada skor dan pastikan kumpulan yang menyanyikan bahagian melodi didahulukan.
Ø Oleh itu pengajaran dimulakan dengan turutan berikut; Menyanyikan baris demi baris berserta latih tubi sehingga lengkap satu rangkap (tanpa iringan). Melodi dimainkan piano sebagai panduan. Menyanyi keseluruhan rangkap pertama. (dengan iringan) Melatih tubi bahagian-bahagian yang bermasalah dan membina keyakinan diri. Peneguhan dilakukan dengan meminta pelajar menyanyikan keseluruhan rangkap lagu dengan iringan piano. Pembetulan dilakukan secara serta-merta bukan menunggu sehingga keseluruhan rangkap tamat. Proses ini dilakukan sahingga pelajar dapat menyanyikannya dengan baik.
KATEGORI MENGIKUT LINGKUNGAN SUARA SOPRANO "C tengah" (C 4) hinggake "A atas" (A 5) untuk muzik koir TENOR menyanyikan nada B 3 keatas sehingga G 4 ALTO antara G di bawah C tengah hingga ke Esepuluh di bawah C tengah (G 3 -E 5). BES F 2 hingga ke E 4 tetapi boleh menjadi seluas Eb 2 hingga F 4.
KESERAGAMAN KOIR: Permulaan dan tamat (attack and released) Permulaan nyanyian pada setiap not perlu diselaraskan dengan setiap individu dan setiap kumpulan. Begitu juga dengan cara menamatkan setiap not yang dinyanyikan. Kesemuanya perlu diselaraskan agar wujud persembahan sebagai satu kumpulan dan bukan bersifat individualistik. Menentukan aras dinamik Pemimpin koir dapat mendengar keseluruhan ensembel dengan baik kerana kedudukannya di depan dan berhadapan dengan kumpulannya. Penentuan aras dinamik bertujuan memberikan impak serta keseimbangan bunyi keseluruhan koir.
Ø Pakaian kumpulan koir yang seragam akan mempamerkan identiti serta kerjasama yang telah terbina. Namun ia mestilah bersesuaian dengan acara serta tatacara dan etika persembahan. Pastikan pakaian tersebut tidak menyumbang kepada gangguan–gangguan seperti berlaku pakaian terlalu ketat sehingga mengganggu kelancaran pernafasan. Tidak selesa dengan potongan/fesyen yang kurang sesuai/mendedahkan aurat menyebabkan penyanyi kurang konsentrasi dan berkemungkinan hilang keyakinan diri. Ø Gaya Persembahan koir tidak memerlukan gerakan yang banyak dan agresif tetapi memadai dengan menunjukkan mimik muka yang bersesuaian dengan lirik serta interpretasi lagu yang dinyanyikan. Pergerakan yang keterlaluan hanya akan menghilangkan konsentrasi penyanyi dan penonton. Gaya persembahan seharusnya tertumpu kepada elemen muzik saperti harmoni, pic, dinamik, interpretasi , sebutan dan sebagainya.
PENGAJARAN Perancangan yang telah dibuat dengan teratur dan teliti, sebuah kumpulan koir akandapat dihasilkan dengan berkesan dan berkualiti Penjadualan dan sikap yang tegas dalam mengendalikan kumpulan perlu diambil berat Kesungguhan, keyakinan dan semangat kepada ahli kumpulan koir menjalani latihan dengan baik Kemesraan dan cara layanan terhadap ahli koir dapat menarik mereka menjalani latihan dengan bersungguh-sungguh Pujian atau motivasi dapat menambahkan kekuatan semangat mereka menyanyi dengan berkesan
- Slides: 17