PENINGKATAN PRODUKTIVITI KOKO MELALUI TEKNOLOGI PEMULIHAN KOKO Mohd

  • Slides: 1
Download presentation
PENINGKATAN PRODUKTIVITI KOKO MELALUI TEKNOLOGI PEMULIHAN KOKO Mohd Yusoff Abd Samad, Ali Gadong dan

PENINGKATAN PRODUKTIVITI KOKO MELALUI TEKNOLOGI PEMULIHAN KOKO Mohd Yusoff Abd Samad, Ali Gadong dan Ahmad Kamil Mohd Jaafar Di Malaysia beberapa teknik cantuman telah digunapakai dalam pemulihan koko yang tidak produktif. Walaubagaimanapun teknik cantuman baji sisi menggunakan kayu matatunas separa perang dan perang dari bahan tanaman klon yang terbaik biasanya digunakan. Dalam memperbaiki lagi kesan penggunaan teknik tersebut, kajian kami mendapati, manipulasi kanopi pokok lama secara memotong kanopi pada peringkat awal selepas cantuman memberikan pertumbuhan yang cepat dan pembungaan awal iaitu 9 bulan selepas dicantum. Cantuman secara 1, 2, 3 dan 4 cantuman sepokok memberikan hasil awal sebanyak 1, 347 kg/ha/tahun, 1, 797 kg/ha/tahun, 2, 220 kg/ha/tahun dan 2, 061 kg/ha/tahun pada tahun kedua pengeluaran hasil. Kayu matatunas separa perang dan perang dari klon terpilih yang berhasil tinggi digunakan sebagai kayu cantuman atau sebagai pokok pendatang (scion) Memasukkan keratan kayu matatunas (scion) ke dalam tapak cantuman Scion yang telah diikat dengan penutup plastik teluscahaya Potongan kayu matatunas yang siap untuk dimasukkan dalam tapak cantuman Penyediaan tapak cantuman ke atas pokok koko yang tidak produktif Pokok yang dicantum dengan klon PBC 123 mengeluarkan hasil yang banyak