PENGURUSAN PEMBELAJARAN KPS 3014 Sekolah dan Persekitaran Hubungan
PENGURUSAN PEMBELAJARAN (KPS 3014) Sekolah dan Persekitaran
Hubungan Sekolah dan Masyarakat • Hubungan sekolah dan masyarakat merupakan suatu bentuk jaringan yang kompleks. • Interaksi sekolah berlaku secara tiga dimensi interaksi dalam sekolah dan tiga dimensi interaksi luar sekolah.
Bentuk Jalinan Tiga Dimensi Interaksi Sekolah Pentadbir Pelajar Guru Masyarakat
Faktor luaran dalaman sekolah • Di sekolah, tiga pihak yang secara langsung terlibat dalam jalinan interaksi ialah pihak pentadbir, guru, murid. • Tiga dimensi interaksi dengan pihak luar melibatkan sekolah, ibu bapa, dan komuniti dalam masyarakat. • Terdapat hubungan antara faktor-faktor luar sekolah dengan faktor-faktor dalaman sekolah. • Misalnya faktor-faktor seperti kelas sosial, etnik, dan gender, mempengaruhi corak pembelajaran dan sahsiah murid di sekolah.
• Faktor-faktor dalaman sekolah seperti gaya kepimpinan, peranan para guru, dan bentuk interaksi yang berlaku menyumbang kepada pencapaian dan sahsiah murid di sekolah. • Bagi interaksi dalaman sekolah, situasi pengajaran dan pembelajaran ditentukan oleh kepimpinan yang berkesan. Kepimpinan yang berkesan mampu mencapai matlamat masyarakat terutama dari segi pencapaian akademik dan sahsiah. • Pengetua harus mempunyai interaksi yang positif dengan guru-guru dan begitulah sebaliknya.
Hubungan antara pihak sekolah dengan pihak di luar sekolah • Terdapat bentuk-bentuk hubungan interaksi antara pihak sekolah dengan pihak-pihak di luar sekolah terutamanya ibu bapa, penjaga, komuniti-komuniti dalam masyarakat. • Pengetua adalah individu yang secara idealnya perlu merintis pembinaan hubungan yang baik dengan luar sekolah, dan dibantu oleh guru-guru lain di sekolah. • Misalnya, interaksi yang baik dalam PIBG dapat membantu menjayakan program-program sekolah. • Pengetua boleh melibatkan komuniti-komuniti sekitar dalam menjayakan aktiviti-aktivitinya.
Hubungan Sekolah dengan Ibu Bapa dan Masyarakat. Hubungan Tiga Dimensi: Sekolah – Ibu Bapa – Komuniti Dalam Mencapai Matlamat Sekolah SEKOLAH MATLAMAT MASYARAKAT IBU BAPA KPS 3014
• Perkongsian Pintar Hubungan tiga dimensi antara sekolah, ibu bapa dan masyarakat: • mencapai matlamat atau objektif yang sama • perlu ada hubungan yang mantap dan akrab • gabungan strategik yang membawa faedah sinergi kepada semua pihak yang terlibat KPS 3014
Masyarakat juga akan memiliki ‘sense of belonging’ dan collegiality’ dalam mencapai sekolah yang mempunyai ciri ‘effectiveness, continues improvement and sustainable change’. KPS 3014
• Matlamat Perkongsian a. Sekolah sebagai sebuah institusi sosial tidak wujud bersendirian. b. Sekolah sebagai sebuah institusi sosial yang kompleks, (tidak perlu timbul keraguan dan salah faham. ) c. Memerlukan keprihatinan dan permuafakatan antara pihak sekolah dan masyarakat dalam mengatasinya. KPS 3014
Firman Allah dalam surah Al-Ma’idah ayat 2 : “Dan bertolong-tolonglah kamu atas kebijaksanaan dan taqwa. Dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam dosa atau permusuhan”. Firman Allah dalam surah As-Saff ayat 4 : "Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berjuang untuk membela agama. Nya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh". KPS 3014
• Kepentingan Perkongsian • Masyarakat dan Sekolah: Saling memerlukan • Sekolah sebagai agen perubahan masyarakat • Masalah masyarakat merupakan masalah sekolah juga. • Budaya adalah hak masyarakat. KPS 3014
• Sekolah yang selamat memerlukan penglibatan masyarakat. Melalui penubuhan kelab Pencegahan Jenayah pula, hubungan kerjasama antara sekolah, PIBG dan pihak polis dapat dijalin untuk membanteras perbuatan jenayah seperti gengsterisme sama ada di dalam atau di luar sekolah (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1999). KPS 3014
• Hubungan Sekolah & Ibu Bapa (PIBG) • Ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak. • Salah satu peranan yang boleh dimainkan oleh PIBG adalah sebagai orang tengah antara guru dan ibu bapa. • Tindakan PIBG membela nasib guru: (bersemangat dan selesa ketika bertugas) KPS 3014
• Hubungan yang mesra ini mampu melenyapkan prasangka antara ibu bapa dengan guru. • Perbincangan boleh diadakan dari semasa ke semasa dengan pihak sekolah demi mengatasi sebarang kelemahan dan masalah yang dihadapi. KPS 3014
• Kepakaran dan pengalaman anggota masyarakat amatlah dialu-alukan. • Penglibatan aktif PIBG dapat mencabar minda, menarik minat dan memberikan motivasi yang tinggi kepada pelajar. • Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG ) adalah sebuah organisasi yang penting terhadap perkembangan sesebuah sekolah. KPS 3014
• Peranan dan tanggungjawab PIBG di sesebuah sekolah memberi kesan kepada kemajuan dan pencapaian sekolah. • Pengurusan PIBG yang cemerlang akan melahirkan sekolah yang terbilang. KPS 3014
• Pengurusan PIBG harus cekap dan berkesan. • Sebarang perbezaan dari segi pandangan dan pendapat dalam kalangan kita bukanlah penghalang. KPS 3014
• Menambahkan dana persatuan dengan inisiatif dan kerjasama pucuk pimpinan dan semua ahli persatuan. • Satu strategi yang boleh dilaksanakan ialah dengan merapatkan hubungan sekolah dengan ibu bapa melalui PIBG. KPS 3014
Hubungan dan kerjasama ini akan mewujudkan pemuafakatan yang saling memerlukan ibarat aur dengan tebing bagi menjana kecemerlangan sekolah dan melahirkan masyarakat 1 Malaysia. KPS 3014
Sekian, Terima Kasih!
- Slides: 22