PENGURUSAN BILIK DARJAH PENGENALAN Pengurusan bilik darjah proses
PENGURUSAN BILIK DARJAH
PENGENALAN Pengurusan bilik darjah : proses yang melibatkan penyusunan fizikal sesebuah bilik darjah, galakan komunikasi dan interaksi antara murid. Bilik darjah merupakan persekitaran pembelajaran yang merangkumi aspek murid, guru, ruang dan alat pembelajaran.
AKTIVITI PENGAJARAN BERKUMPULAN AKTIVITI PENGAJARAN INDIVIDU PENGURUSAN BILIK DARJAH PUSAT PEMBELAJARAN PENYEDIAAN BAHAN PENGURUSAN SUMBER
AKTIVITI PENGAJARAN BERKUMPULAN Kaedah pengajaran yang memerlukan pelajar menjalankan aktiviti dalam kumpulan. Pengelompokan murid dibuat berdasarkan peringkat kebolehan dan minat. Murid dikelompokkan dalam kumpulan sama ada mengikut kebolehan atau berbeza kebolehan.
Memudahkan guru membimbing murid Menggalakkan penglibatan aktif individu Kerjasama antara murid TUJUAN PENGAJARAN BERKUMPULAN Memupuk rasa tanggungjawab Murid yang cerdas boleh membantu murid yang lemah Guru beri tumpuan kepada pelajar yang sama peringkat kebolehan
Pelajar dilatih mengambil, mengguna dan menyimpan peralatan. Aktiviti dirancang terlebih dahulu PRINSIP PENGAJARAN BERKUMPULAN Penerangan bagi tugasan Perhatian sama rata kepada semua kumpulan Guru bersedia menghadapi pelbagai situasi
Mengikut kebolehan JENIS & BENTUK KUMPULAN ORGANISASI PENGAJARAN BERKUMPULAN Pelbagai kebolehan Mengikut minat PENGURUSAN FIZIKAL KELAS TERTAKLUK
KUMPULAN MENGIKUT KEBOLEHAN • Terdiri daripada pelajar yang sama kebolehan. Guru memerhati dan mencatat pencapaian murid-murid dalam aktiviti P&P dan kemudian secara berhati-hati membahagikan murid-murid pada kumpulan-kumpulan tertentu mengikut kebolehan mereka. • Dilabelkan sebagai kumpulan cerdas, sederhana atau lemah. • Memudahkan penguasaan sesuatu kemahiran asas dalam mata pelajaran.
KUMPULAN PELBAGAI KEBOLEHAN Terdiri daripada pelajar pelbagai kebolehan dalam satu kelompok. Kumpulan terdiri daripada murid yang cerdas, sederhana dan lemah. Setiap kumpulan terdiri daripada murid-murid yang berkebolehan dalam pelbagai aktiviti, ada yang pandai membaca, ada yang pandai melukis, ada penulis dan ada juga yang aktif dalam kerja-kerja praktikal.
…KUMPULAN PELBAGAI KEBOLEHAN Dibentuk berasaskan tugasan yang diberi. Murid yang cerdas dapat membantu murid yang lambat. Meningkatkan kecerdasan emosi dan sosial pelajar. Meningkatkan kebolehan memimpin.
KUMPULAN MENGIKUT MINAT Berdasarkan keseragaman minat atau bakat murid. Misalnya dalam mata pelajaran Pendidikan Seni dan Muzik. Bersifat kekal atau sementara berdasarkan aktiviti pelajaran, kehendak serta keperluan guru dan murid.
PENGURUSAN FIZIKAL KELAS 1. • • Bilik darjah KBSR Menekankan pendekatan pengajaran berpusatkan murid. Membantu murid lemah dan mengembangkan lagi kebolehan murid-murid. Susunan kerusi dan meja adalah mengikut kumpulan Saiz kerusi dan meja perlu sesuai dengan ketinggian murid. 2. Bilik darjah KBSM • Susunan meja dan kerusi berbentuk kumpulan. • Guru mudah membantu murid dalam pelajaran.
KEKANGAN AKTIVITI PENGAJARAN BERKUMPULAN 1. Guru tidak dapat memberi perhatian yang saksama kepada setiap kumpulan. 2. Pembelajaran rakan sebaya kurang berlaku, khasnya pembelajaran mengikut kebolehan.
AKTIVITI PENGAJARAN INDIVIDU Setiap murid memiliki perbezaan dari segi kecerdasan, kebolehan, bakat, cita-cita dan minat. Setiap murid berhak untuk mendapatkan peluang perkembangan kecenderungan mereka secara menyeluruh. Pelbagai cara boleh diambil oleh guru untuk membantu proses pembelajaran ini. Penglibatan semua murid adalah perlu.
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN INDIVIDU • Murid akan menguasai kemahiran mengikut kebolehan mereka. • Guru harus memerhati dan mengetahui perbezaan ini. Ia dapat dikesan melalui kemahiran bertutur, membaca, menulis, mengira, menyelesaikan masalah, melukis dan menggunakan peralatan dan bahan. • Pengawasan yang baik akan meningkatkan potensi pelajar.
…PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN INDIVIDU • Pengajaran individu boleh dilakukan dengan menjalankan aktiviti dalam kumpulan yang kecil. • Guru harus menyediakan situasi pembelajaran yang meransang murid untuk belajar. • Pada amnya, murid mengalami proses pembelajaran secara individu walaupun ketika di dalam kelas sama ada secara formal atau tidak formal.
OBJEKTIF PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN INDIVIDU • Murid dapat menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira mengikut kebolehan masing-masing • Murid mendapat panduan khusus daripada guru atau rakan sebaya • Murid dapat memperkembang kemahiran berfikir dan bertindak dengan sendiri
…OBJEKTIF PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN INDIVIDU • Murid dapat keyakinan diri dan mempunyai motivasi untuk belajar • Murid mempunyai daya usaha untuk belajar dengan sendiri
PERTIMBANGAN DALAM PERANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN INDIVIDU Faktor mempengaruhi pembelajaran 1. Murid 2. Aktiviti 3. Masa 4. Bahan 5. Ruang
PERANAN GURU 1. 2. 3. 4. Mengumpul maklumat murid Merancang pengajaran Membentuk sikap yang positif Meningkatkan kemahiran diri seperti mengurus, berkomunikasi dan membuat kaunseling 5. Menilai
TINDAKAN MURID • Kenal pasti bidang / kemahiran yang perlu dikuasai pada tahap-tahap tertentu • Mengenal pasti tahap pencapaiannya dalam bidang tersebut • Memahami tujuan mempelajari kemahiran yang telah ditetapkan dalam sukatan pelajaran • Mengambil tindakan yang wajar bagi memantapkan penguasaan kemahiran-kemahiran itu.
PENILAIAN Guru dan murid perlu mendapat gambaran tentang perkara berikut : Pencapaian pengetahuan yang dimiliki oleh murid Perkembangan perlakuan murid tentang minat, sikap dan nilai Kebolehan amali dan kemahiran psikomotor yang dikuasai oleh murid
PUSAT PEMBELAJARAN
APAKAH PUSAT PEMBELAJARAN? Ruang dalam bilik darjah yang dilengkapi pelbagai bahan sumber dan dibina mengikut kreativiti guru dan murid. Ia diwujudkan untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara formal atau tidak formal. Sesi pengajaran dapat dilakukan dengan pelbagai teknik, kaedah dan pendekatan.
FUNGSI PUSAT PEMBELAJARAN Menyediakan ruang, peluang dan bahan kepada murid menggunakan lebih drpd satu deria dalam sesi pembelajaran. Tempat guru melaksanakan aktiviti pengajaran dengan penekanan penglibatan maksimum dan pelbagai bahan. Tempat mempamerkan hasil kerja murid bagi membina kreativiti dan keyakinan murid.
BAGAIMANA MENUBUHKAN PUSAT PEMBELAJARAN? (a) Faktor penubuhan - Aspek fizikal - Aspek ekonomi - Daya usaha & kreativiti (b) Jenis pusat pembelajaran - Pusat pembelajaran langsung - Pusat pembelajaran terbuka - Pusat pembelajaran kemahiran
PANDUAN MEMBINA PUSAT PEMBELAJARAN Susun kedudukan kerusi dan meja supaya ada ruang murid untuk bergerak. Ubah susunan tempat duduk dari semasa ke semasa. Kenalpasti bahan-bahan sumber yang diperlukan untuk diletak pada pusat pembelajaran. Lengkapi pusat pembelajaran dengan pelbagai sumber dan bahan. Kenalpasti tempat untuk mempamerkan hasil kerja murid.
PANDUAN MERANCANG Mengenalpasti sukatan pelajaran tertentu yang sesuai dijalankan di pusat pembelajaran. Mengenalpasti aktiviti yang telah dirancang untuk dilakukan. Memilih dan mengumpul alat bahan pengajaran. - Bahan cetak - Bahan tayang - Bahan audio - Bahan tiga dimensi
PENGURUSAN PUSAT PEMBELAJARAN Diurus secara usahasama antara guru dan murid. Peranan guru : Merancang dan menyediakan jadual waktu penggunaan pusat pembelajaran. Menyelia, membimbing dan mengawal keselamatan. Menyenarai bahan dan alat yang ada di pusat pembelajaran untuk pengesanan. Melantik ketua kumpulan supaya semua tugas dapat dijalankan dengan baik. Peranan murid : Mematuhi arahan guru ketika menggunakan pusat pembelajaran.
PENYEDIAAN BAHAN PENGAJARAN
APAKAH BAHAN PENGAJARAN? Apa sahaja yang digunakan dalam pengajaran merangkumi alat dan isi pelajaran Dikenali sebagai media pendidikan : -perkakasan -bahan atau perisian Digunakan sebagai rangsangan untuk mewujudkan situasi pembelajaran yang lebih bermakna
MENGAPAKAH PERLU BAHAN • Membantu guru menjelaskan apa yang hendak diajar • Membantu murid memahami apa yang diajar • Contoh: - rangsangan - penjelasan makna atau konsep - sumber pengalaman - mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran
PROSES PENGGUNAAN BAHAN Perinkat 1: rancangan pengajaran • Matlamat kurikulum • Kandungan kurikulum • Peringkat murid dan pengalaman Peringkat 3: tindakan selepas pengajaran • penilaian murid Peringkat 2: persediaan mengajar • Objektif • Kemahiran • Isi pelajaran • Strategi pengajaran • Pengurusan dan pengelolaan bilik darjah • Cara mendapat bahan
JENIS BAHAN DAN PENGHASILANNYA • Terbahagi kepada dua iaitu: - bahan hidup - bahan bukan hidup • Bahan hidup- manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan • Bahan bukan hidup- elektronik (audio dan visual), bukan elektronik- (bahan cetak, bukan cetak), bahan-bahan 3 dimensi(semulajadi dan buatan manusia)
PERANCANGAN BAHAN Perkara yang diutamakan dalam merancang penggunaan sesuatu bahan: - jenis dan bentuk bahan - cara bahan digunakan - kemudahan penggunaan bahan
PEMILIHAN BAHAN Mula Objektif pengajaran dan pembelajaran yang pelu dicapai Strategi asas penyampaian yang sesuai untuk mencapai objektif pengajaran Pengalaman terus kumpulan keseluruhan individu Pengalaman sesuai secara terus/ lawatan
PENGURUSAN SUMBER
PENGURUSAN SUMBER Satu proses memilih, menyusun, mengguna dan menyimpan bahan serta alat supaya proses pengajaran dan pembelajaran sempurna.
SUMBER PENDIDIKAN Segala bahan dan alat yang dapat membantu guru mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.
OBJEKTIF PENGURUSAN SUMBER Mewujudkan suasana dan persekitaran pendidikan yang hidup dan mencabar; Menimbulkan minat dan semangat untuk murid belajar; Memastikan aktiviti-aktiviti bilik darjah berjalan tanpa gangguan; dan Menjamin perkembangan pembelajaran murid.
CONTOH PENGURUSAN SUMBER 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Buku = rak buku terbuka Kit = kotak – rak –label nombor Globe = kabinet/rak khas dibalut Model= kabinet / rak terbuka Carta= laci-rata /tegak=fail Peta = laci / difailkn (rak khas) Kad imbasan =rak terbuka Gambar = sampul surat/folder menegak Kaset = kotak - menegak
- Slides: 41