PENGURUSAN BILIK DARJAH KPS 3014 Pengurusan Pembelajaran Bilik
PENGURUSAN BILIK DARJAH KPS 3014 Pengurusan Pembelajaran
Bilik darjah Tempat yang kompleks dan sibuk, serta mempunyai ciri-ciri yang khusus, yang boleh mempengaruhi murid dalam bilik darjah tersebut (Doyle, 1986). Aktiviti dalam bilik darjah melibatkan murid, guru, tugasan, ruang, masa, dan bahan pembelajaran.
Pengurusan Bilik Darjah Cara yang digunakan untuk mengurus aktiviti pengajaran, susunan fizikal, dan keadaan psikososial di dalam bilik darjah, bagi memastikan penggunaan masa yang efisien dan juga mewujudkan suasana pembelajaran yang mesra, sekali gus mengurangkan masalah tingkah laku (Alberto & Troutman, 1986).
Pengurusan bilik darjah: proses yang melibatkan penyusunan fizikal sesebuah bilik darjah, galakan komunikasi dan interaksi antara murid. Tujuannya ialah untuk memudah cara atau mengendalikan pembelajaran murid di dalam kelas. Bilik darjah merupakan persekitaran pembelajaran yang merangkumi aspek murid, guru, ruang dan alat pembelajaran.
Tugas mengajar guru mengandungi dua elemen utama iaitu penyampaian ilmu dan pengurusan bilik darjah. Tujuan dimensi penyampaian ilmu = mencapai objektif pengajaran (jangka pendek) dan pencapaian akademik (jangka panjang) (Contoh: teknik penyoalan, penilaian, perancangan, dll). Tujuan pengurusan bilik darjah = membentuk dan memelihara tingkah laku murid yang menyumbang kepada dimensi penyampaian ilmu (Contoh: memberi ganjaran, memupuk hubungan).
BILIK DARJAH Aktiviti pembelajaran Fizikal Psikososial
Pengurusan Bilik Darjah Berkesan: Menggalakkan tingkah laku murid yang sesuai Membentuk suasana pembelajaran yang positif Menjalinkan hubungan interpersonal antara guru dengan murid Menggunakan masa yang diperuntukkan untuk pembelajaran dengan optimum Meningkatkan penglibatan murid dalam aktiviti P&P Mengurangkan masalah disiplin Pengurusan rutin yang berkesan Murid belajar mengawal dan menguruskan diri sendiri
Pengurusan Persekitaran Fizikal Bilik Darjah Selamat - Fizikal dan psikologi Identiti simbolik -hasil kerja, carta organisasi Persekitaran fizikal Perkembangan -peralatan, bahan bacaan, buku kerja Ketenangan - Susunan & hiasan menarik dan selesa
Garis panduan: Membenarkan guru memantau dengan mudah & cepat Kedudukan guru berhampiran murid Pemandangan murid jelas dan tidak terhalang Ruang pergerakan yang selesa Akses mudah kepada sumber pembelajaran Penggunaan ruang pada dinding Wujud ruang untuk aktiviti-aktiviti tertentu Beri perhatian kepada pencahayaan, pengudaraan, dan perabot Kebersihan Susunan kerusi meja murid yang fleksibel Tradisional Kumpulan kecil Seminar
Dirujuk dan Pengurusan Psikososial dalam dibaca bersama nota Bab 2 Bilik Darjah Interaksi dan Pembelajaran Psikososial merujuk kepada hubungan antara keperluan emosi individu dengan persekitaran sosialnya Faktor yang mempengaruhi psikososial bilik darjah: Pendekatan pengajaran Gaya kepimpinan guru Bentuk komunikasi dan interaksi dalam bilik darjah
Pengurusan Persekitaran Psikososial Bilik Darjah Suasana demokratik dalam bilik darjah Guru sebagai pendidik & fasilitator Menimbulkan persekitaran saling mempercayai & menghormati Percaya setiap murid mempunyai kebolehan untuk berjaya Menunjukkan contoh teladan yang baik Menjadikan bilik darjah sebagai tempat yang selamat & seronok Menunjukkan rasa cinta & semangat untuk mendidik Menyemai semangat kekitaan Mengamalkan komunikasi berkesan
Pengurusan Pembelajaran Berpusatkan guru Berpusatkan bahan Berpusatkan pelajar Dirujuk dan dibaca bersama nota Bab 3 Kajian Pengurusan Pembelajaran
BERKUMPULA N KANDUNGAN INDIVIDU PENGAJARAN PENGURUSAN PEMBELAJARAN BAHAN/ALAT INSTRUKSIONAL PENTAKSIRAN Technological Pedagogical Content Knowledge (TPCK) Rancangan Pengajaran Harian
AKTIVITI PENGAJARAN BERKUMPULAN Kaedah pengajaran yang memerlukan pelajar menjalankan aktiviti dalam kumpulan. Pengelompokan murid dibuat berdasarkan peringkat kebolehan atau minat.
TUJUAN PENGAJARAN BERKUMPULAN Memudahkan guru membimbing murid. Menggalakkan penglibatan aktif individu. Memupuk kerjasama antara murid. Memupuk rasa tanggungjawab. Murid yang cerdas boleh membantu murid yang lemah. Guru beri tumpuan kepada pelajar yang sama peringkat kebolehan.
BENTUK PENGAJARAN BERKUMPULAN Mengikut kebolehan Pelbagai kebolehan Mengikut minat
KUMPULAN MENGIKUT KEBOLEHAN • Terdiri daripada pelajar yang sama kebolehan. Cara mengelompokkan pelajar: Guru memerhati dan mencatat pencapaian murid-murid dalam aktiviti P&P dan kemudian secara berhati-hati membahagikan murid pada kumpulan-kumpulan tertentu mengikut kebolehan mereka. • Dilabelkan sebagai kumpulan cerdas, sederhana atau lemah. • Memudahkan penguasaan sesuatu kemahiran asas dalam mata pelajaran.
KUMPULAN PELBAGAI KEBOLEHAN Terdiri daripada pelajar yang memiliki pelbagai kebolehan dalam satu kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada murid yang cerdas, sederhana dan lemah. Murid yang cerdas dapat membantu murid yang lambat. Meningkatkan kecerdasan emosi dan sosial pelajar. Dibentuk berasaskan tugasan yang diberi.
KUMPULAN MENGIKUT MINAT Berdasarkan keseragaman minat atau bakat murid. Misalnya dalam mata pelajaran Muzik. Bersifat kekal atau sementara berdasarkan kepada aktiviti pelajaran, kehendak serta keperluan guru dan murid.
PENGAJARAN INDIVIDU Setiap murid memiliki perbezaan dari segi kecerdasan, kebolehan, bakat, cita-cita dan minat. Setiap murid berhak untuk mendapatkan peluang perkembangan kecenderungan mereka secara menyeluruh.
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN INDIVIDU • Murid akan menguasai kemahiran mengikut kebolehan mereka. • Guru harus memerhati dan mengetahui perbezaan ini. Ia dapat dikesan melalui kemahiran bertutur, membaca, menulis, mengira, menyelesaikan masalah, melukis dan menggunakan peralatan dan bahan. • Pada amnya, murid mengalami proses pembelajaran secara individu walaupun ketika di dalam kelas sama ada secara formal atau tidak formal.
OBJEKTIF PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN INDIVIDU • Murid dapat menguasai kemahiran asas seperti membaca, menulis dan mengira mengikut kebolehan masing-masing • Murid mendapat panduan secara langsung daripada guru atau rakan sebaya • Murid dapat memperkembang kemahiran berfikir dan bertindak dengan sendiri • Meningkatkan keyakinan diri dan mempunyai motivasi untuk belajar
• Guru Kanan Bidang • Guru panitia • Guru mp PANDUAN MERANCANG & MENGURUS PEMBELAJARAN Mengenal pasti sukatan pelajaran tertentu yang sesuai dijalankan. Mengenal pasti aktiviti yang telah dirancang untuk dilakukan. Memilih dan mengumpul alat dan bahan pengajaran. - Bahan cetak - Bahan tayang - Bahan audio Melindungi Masa - Bahan tiga dimensi Instruksional (MMI)
APAKAH BAHAN PENGAJARAN? Apa sahaja yang digunakan dalam pengajaran merangkumi alat dan isi pelajaran Dikenali sebagai media pendidikan : -perkakasan -bahan atau perisian Digunakan sebagai rangsangan untuk mewujudkan situasi pembelajaran yang lebih bermakna
MENGAPAKAH PERLU BAHAN • Membantu guru menjelaskan apa yang hendak diajar • Membantu murid memahami apa yang diajar • Contoh: - penjelasan makna atau konsep - sumber pengalaman - mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran
JENIS BAHAN DAN PENGHASILANNYA • Terbahagi kepada dua iaitu: - bahan hidup - bahan bukan hidup • Bahan hidup- manusia, haiwan, dan tumbuhan • Bahan bukan hidup- elektronik (audio dan visual), bukan elektronik- (bahan cetak, bukan cetak), bahan 3 dimensi (semulajadi dan buatan manusia)
PERANCANGAN BAHAN Perkara yang diutamakan dalam merancang penggunaan sesuatu bahan: - jenis dan bentuk bahan - cara bahan digunakan - kemudahan mendapatkan bahan
PENTAKSIRAN
Pentaksiran Berasaskan Sekolah Pusat (LP) Sekolah/Bilik Darjah (BPK) Jasmani (BKK) Psikometrik (BPSH)
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Pentaksiran berterusan dalam sesi P&P bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan, dan pencapaian murid. PBD berlaku secara formatif dan sumatif PBD tidak membandingkan tahap penguasaan antara seorang murid dengan murid yang lain, TETAPI bertujuan untuk melihat perkembangan kemajuan murid dalam pembelajaran di samping membantu guru menambah baik pengajaran mereka.
Kepentingan PBD Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran Mengetahui keberkesanan pengajaran Merancang dan mengubah suai kaedah pengajaran Mengambil tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta
Rujukan Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (KPM, 2018)
Pengurusan Pembelajaran di Bilik Darjah What to teach? How to teach? What to assess? How to assess? Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Rancangan Pengajaran Tahunan Rancangan Pengajaran Harian • Keupayaan murid • Masa • Bahan • Ruang
KPD 3016 KPD 3026
- Slides: 37