Pengkelasan Bahan Perpustakaan Sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey Oleh
Pengkelasan Bahan Perpustakaan Sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey Oleh: Annie T. John Unit Pengurusan Sumber Pendidikan
Definisi Pengkelasan Proses mengumpulkan bahan-bahan perpustakaan mengikut susunan tertentu secara teratur. Melalui proses ini bahan-bahan yang berkaitan dari segi perkara dapat disimpan.
Tujuan Pengkelasan Untuk menentukan bahan-bahan perpustakaan tersusun dalam satu kelompok yang sama.
Skim Pengkelasan 1. 2. 3. Dewey Decimal Classification (DDC) Library of Congress Classification (LCC) Universal Decimal Classification (UDC)
Kaedah Mengkelas u u Sebelum bahan dikelas, kenalpasti isi kandungannya. Rujuk kepada judul, jadual kandungan, pendahuluan, tajuk-tajuk bab, sinopsis, dsb. Sekiranya bahan mempunyai perkara yang berbeza, pilih perkara yang lebih banyak dibincangkan.
Kaedah Mengkelas u Untuk bahan-bahan yang mengandungi perkara-perkara yang spesifik atau mengandungi lebih dari 3 topik, kelaskan di bawah nombor kelas am yang mengandungi kesemua topik-topik itu.
Kaedah Mengkelas u Bagi arahan-arahan buku, perlulah diletakkan tanda letak bahan di atas nombor panggilan untuk membezakan dengan bahan buku.
D D C - Sistem Pengkelasan Dewey u. Sejarah l Ciptaan Mevil Dewey 1876 l Telah disunting beberapa kali l Edisi 21 ialah pada 2000 u. Kementerian Pendidikan Malaysia telah memilih DDC kerana mudah difahami dan kesesuaiannya dengan koleksi sekolah
SEPULUH BAHAGIAN UTAMA dalam DDC
BAHAGIAN KECIL dari Bahagian Utama
SEPULUH BAHAGIAN UTAMA dengan NOTASI dalam DDC u u u u u 000 100 200 300 400 500 600 700 800 900 Karya Am Falsafah dan Psikologi Agama Sains Kemasyarakatan Bahasa Sains Jati (Tulen) & Matematik Teknologi (Sains Gunaan) Kesenian Kesusasteraan Ilmu Alam (Geografi) & Sejarah
Pembahagian lebih khusus (Ringkasan Ketiga) 510 511 512 513 514 515 519 Matematik (Am) Prinsip Am Aljabar Kira-kira Topologi Geometri Matematik Gunaan 513. 2 Operasi 513. 4 Siri 513. 5 Sistem Nombor 513. 9 Kiraan Cepat
Pembahagian lebih khusus (contoh) - 590 Haiwan – 595 Invertebrata - 597 Ikan / Amfibia - 598 Burung - 599 Mamalia
Pembahagian Mengikut Geografi & Sejarah Geografi 915. 955 Kawasan Asia Tenggara Malaysia Brunei Sejarah 950 959. 55
Pembahagian Bagi Bahasa dan Kesusasteraan Bahasa 420 430 440 450 460 470 480 Kesusasteraan Inggeris German Perancis Itali Sepanyol Latin Greek 820 830 840 850 860 870 880
Peruntukan Nombor DDC Untuk Bentuk Tulisan 01 -02 -03 -04 -05 -06 -07 -08 -09 Falsafah dan teori Pelbagai (ilustrasi, direktori, radas) Kamus, ensiklopedia Tajuk khas Terbitan bersiri’ Organisasi dan pengurusan Pendidikan, penyelidikan Sejarah dan huraian (orang Dari sudut sejarah, geografi, orang Pastikan supaya nombor DDC yang dibentuk dengan menggunakan nombor tambahan ini belum lagi diperuntukkan.
Cara Mengkelas Perkara yang perlu diambil kira: l Karya itu sendiri jadual kandungan l pendahuluan l ciri-ciri istimewa l teks l tajuk l l Dari punca lain buku rujukan l pakar l
Cara Mengkelas Pilih nombor DDC ikut 1. Tentukan bahagian utama bidang berkenaan 2. Dapatkan bahagian kecilnya 3. Pilih nombor yang paling tepat. Letakkan bahan di bawah nombor pengkelasan yang anda fikir paling sesuai dan akan dicari oleh ramai pengguna.
Cara Mengkelas (Sambungan) Jika lebih daripada satu perkara atau aspek dibincangan 1. Pilih satu nombor pengkelasan yang dapat merangkum semua perkara atau aspek tersebut. 2. Pilih perkara yang ditegaskan melalui jumlah muka surat, atau pun perkara yang mencerminkan hasrat penulisnya 3. Jika dua perkara diberi penekanan yang sama, pilih mana yang sebut dulu
Panduan Am Pengkelasan Sesebuah buku atau bahan itu perlulah diberikan nombor pengkelasan yang anda fikir paling sesuai dan yang akan dicari oleh ramai pengguna. Anda hendaklah ada alasan mengapa sesebuah buku atau bahan itu diletakkan pada nombor yang anda pilih itu.
Bahan-Bahan Khas Buku-buku Rujukan biasanya dikelaskan sebagai satu bahan khas, dan ada peraturan khas untuk meminjamnya. Buku ini biasanya dibezakan daripada koleksi lain dengan menambahkan ‘R’ sebelum nombor pengkelasannya. Nombor pengkelasan (DDC) bagi Fiksyen Melayu ialah 899. 23. Biasanya sepertiga daripada koleksi PSS, terutamanya di sekolah rendah, ialah fiksyen. Untuk memudahkan kerja, pustakawan boleh menggantikan nombor ‘ 899. 23’ kepada ‘F’.
Bahan Khas (Bentuk Bahan) Dengan perkembangan teknologi maklumat yang pesat, bentuk media juga turut berubah. Supaya mudah diakses, bahan-bahan seperti kaset video, kaset audio, cakra padat dan lain-lain perlu dikhaskan kelas dan tempatnya. Contohnya CD 599. 67 GAJ Cakra padat mengenai “Gajah” VID 599. 67 GAJ Pita video mengenai “Gajah”
Pengkelasan - Panduan Am Mana-mana sistem pengkelasan boleh digunapakai asalkan: l Munasabah l Membantu pengguna mengesan bahan l ‘User friendly’
Nombor Panggilan u Nombor Panggilan ialah alamat kepada bahan-bahan dalam pusat sumber. u Ia terdiri daripada: Nombor Pengkelasan l 3 Abjad awal ‘entri utama’. l u Biasanya ia ditulis / dipaparkan di bahagian bawah tulang (spine) buku.
Nombor Panggilan u u Setiap bahan diberi nombor panggilan yang mengandungi notasi untuk kelas (nombor kelas) dan nombor buku. Nombor kelas berdasarkan nombor yang terdapat dalam sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey
Nombor Panggilan u Nombor buku adalah dari tiga huruf awal dari entri utama. Tujuan utama nombor buku adalah untuk membezakan karya-karya yang berlainan mengenai perkara yang sama.
Nombor Panggilan u Gabungan nombor pengelasan dan tiga huruf pertama nama pengarang atau tiga huruf pertama judul buku (jika buku tiada pengarang)
Nombor Panggilan Contoh untuk ‘labelling’ F KON Buku Fiksyen Tippy, The Tortoise / by Daisy Kon 153. 8 SHU Buku bukan fiksyen (Pengarang melayu) Teknik-teknik bijak belajar / Dr. Shukri Abdullah
Nombor Panggilan 333. 794 MOR 345. 0268 UND Buku bukan fiksyen oleh pengarang orang Inggeris Alternative energy sources/ by Sally Morgan Buku bukan fiksyen yang tiada pengarang. Ambil judul buku: Undang-Undang Siber Malaysia
Nombor Panggilan 373. 10 KUR R 423 BBC Buku bukan fiksyen yang mempunyai lebih dari 3 pengarang Kurikulum sekolah menengah masa kini/ oleh Kamariah Latif … [et. al. ] Buku bukan fiksyen / kamus (sebagai buku rujukan) BBC English Dictionary
Nombor Panggilan Contoh bahan buku CDRI 420 ENG VID 599. 67 GAJ CDRI Smart school English Language Smart School Version: Year Three Pita Video Gajah
Sekian, Terima Kasih
- Slides: 32