PENGGUNAAN BAHASA KEBANGSAAN DI TEMPAT AWAM Dato Haji
PENGGUNAAN BAHASA KEBANGSAAN DI TEMPAT AWAM Dato’ Haji Termuzi bin Abdul Aziz Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka
Keistimewaan Bahasa Melayu Digunakan sejak kurun ke-13 Bahasa perdagangan (lingua franca) Bahasa utama dunia Dua jenis tulisan (Rumi dan Jawi) Lebih 7000 perkataan tiada dalam bahasa lain Kehalusan dan keindahan bahasa (peribahasa, pantun dll. )
Peranan Bahasa Melayu Lambang jati diri dan imej negara Wahana perhubungan pelbagai etnik Bahasa rasmi Bahasa pengantar pendidikan Bahasa wacana ilmu
Bahasa di Tempat Awam Tanggungjawab DBP - Menggalakkan penggunaan bahasa (arahan, ulasan, nasihat, bantuan, bimbingan, latihan, pengawasan) Tanggungjawab PBT - Memastikan pelaksanaan peruntukan bahasa (Undang -undang Kecil Iklan, Garis Panduan Papan Iklan Premis Perniagaan, Garis Panduan Papan Iklan Luar dll. )
Penggunaan Bahasa di Tempat Awam (Keseluruhan) Tahap penggunaan bahasa kebangsaan: 66% Tahap pematuhan tatabahasa: 80%
Tahap Penggunaan BK (Mengikut Zon) Zon yang mengalami tahap kemajuan dan perbandaran yang rendah (timur, selatan dan utara) mempunyai tahap penggunaan BK yang lebih memuaskan
Tahap Penggunaan BK (Mengikut PBT) Tahap penggunaan BK di bandar kecil (Majlis Daerah) lebih baik dan memuaskan
Tahap Penggunaan BK (Mengikut Domain) Domain yang mempunyai tahap pencapaian sangat memuaskan adalah di bawah kawalan PBT dan melalui tatacara yang ditetapkan (tempat kediaman dan nama jalan)
Tahap Pematuhan Tatabahasa (Mengikut Zon) Tahap pematuhan tatabahasa sangat memauaskan di zon Malaysia Timur (Sarawak)
Tahap Pematuhan Tatabahasa (Mengikut PBT) Kesemua PBT menunjukkan tahap pematuhan tatabahasa yang memuaskan
Tahap Pematuhan Tatabahasa (Mengikut Domain) Tahap pematuhan tatabahasa sangat memuaskan pada nama bangunan, jalan dan tempat kediaman
Jenis Kesalahan Tatabahasa Kesalahan tatabahasa yang paling banyak ialah percampuran bahasa, pemilihan kata dan ejaan
Jawatankuasa Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan Pengerusi: TPM/Menteri Pelajaran Ahli: Timb. Menteri Pelajaran, KSU kementerian, pertubuhan bahasa, dewan perniagaan, pakar dan tokoh bahasa Urus setia: DBP
JKKPBK di Tempat Awam n n Pengerusi: KSU KPKT Ahli: PBT, NGO, DBP Urus setia: JKT Tugas: Melaksanakan, memantau, merancang program, melaporkan pencapaian, dan melaporkan permasalahan bahasa
Program/Projek DBP Perkhidmatan Penataran Penyebaran Pemupukan Pemantauan Bahan dan Prasarana rujukan
Perkhidmatan KNDBP (dalam talian) Khidmat nasihat (telefon, surat, e-mel, faksimile dan kunjungan) Pengesahan bahasa dlm. dokumen Pengesahan bahasa dlm. iklan
Penataran n n Kursus penataran bahasa Kursus penulisan dokumen rasmi Pembinaan Pegawai Bahasa Pembinaan Munsyi Dewan
Penyebaran n Pedoman dan maklumat bahasa: n n n Lembar Bahasa Lembar Istilah Laman web DBP Klik Web TV Web DBP
Pemupukan n n Pertandingan (debat, forum, esei) Wacana Ilmu (seminar, ceramah, syarahan) Kempen (BBK, pameran, festival) Pengiktirafan (Hadiah Ceria Bahasa PBT, Hadiah Papan Iklan Terbaik)
Pemantauan n n Papan iklan luar Papan iklan premis perniagaan Paparan lain (sepanduk, gegantung) Papan tanda
Bahan dan Prasarana Rujukan Bahan n Buku (umum, ilmiah, teks) n Bahan rujukan (istilah, kamus, ensiklopedia) n Bahan multimedia n Majalah dan jurnal Prasarana Rujukan n Pangkalan data (perkamusan, peristilahan, ensiklopedia, bahasa sukuan, teks)
Penutup n Marilah kita, DBP dan PBT bekerjasama, berpadu tenaga untuk membentuk, memupuk dan melestarikan persekitaran bandar dan daerah kita dengan wajah dan citra Malaysia, melalui bahasa kebangsaan
Sekian. Terima kasih.
- Slides: 28