PENGENDALIAN PERKHIDMATAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT NCD UNTUK PARAMEDIK
PENGENDALIAN PERKHIDMATAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT (NCD) UNTUK PARAMEDIK KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA KULIAH 6: PENGUATKUASAAN PERATURAN-PERATURAN KAWALAN HASIL TEMBAKAU (PPKHT) 2004 & PERANAN ANDA DALAM INTERVENSI KETAGIHAN NIKOTIN DAN KAWALAN TEMBAKAU DI FASILITI MASING-MASING ANJURAN : BAHAGIAN PEMBANGUNAN KESIHATAN KELUARGA DAN BAHAGIAN KAWALAN PENYAKIT Modul Latihan Pengendalian Perkhidmatan NCD Untuk Paramedik
KANDUNGAN 1. Peraturan-peraturan Kawalan Tembakau 1. Peranan Peserta Dalam Intervensi Ketagihan Nikotina Dan Kawalan Tembakau Di Fasiliti Masing-masing. Modul Latihan Pengendalian Perkhidmatan NCD Untuk Paramedik
WHO Framework Convention on Tobacco Control (WHO FCTC) q Malaysia tandatangan pada 23 September 2003, dan berkuatkuasa pada 16 September 2005 q KKM adalah sekretariat kerajaan Malaysia untuk perjanjian WHO FCTC Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 adalah berlandaskan WHO FCTC Modul Latihan Pengendalian Perkhidmatan NCD Untuk Paramedik
WHO MPOWER Package § Dua bahagian utama artikel-artikel di dalam WHO FCTC adalah untuk 1. Mengurangkan KEHENDAK (DEMAND) terhadap produk tembakau 2. Mengurangkan BEKALAN (SUPPLY) produk tembakau 38 Artikel FCTC boleh dirumuskan di dalam pakej MPOWER: q Monitor tobacco use and prevention policies q Protect people from tobacco use q Offer help to quit tobacco use q Warn about the dangers of tobacco q Enforce bans on tobacco advertising, promotion and sponsorship q Raise taxes on tobacco. Modul Latihan Pengendalian Perkhidmatan NCD Untuk Paramedik
PPKHT - Pendahuluan • Akta 281 - Akta Makanan 1983 • “Satu Akta bagi melindungi orang ramai terhadap bahayanya disegi kesihatan dan penipuan pada penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan, dan mengenai perkara -perkara yang bersampingan atau berkaitan dengannya” Modul Latihan Pengendalian Perkhidmatan NCD Untuk Paramedik
PENDAHULUAN • Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 1993. • Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 (diwartakan pada 23 September 2004). – Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 digubal dibawah Seksyen 36 Akta Makanan 1983 – Sek. 36(1) - Peruntukan-peruntukan Akta ini terpakai bagi tembakau, cerut, rokok, tembakau sedut dan bahan serupa. Modul Latihan Pengendalian Perkhidmatan NCD Untuk Paramedik
Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 • Sek 36(2) Kuasa Menteri membuat Peraturan. • Sek 36(2)(a) – Pengawalseliaan atau larangan terhadap pengiklanan atau penjualan hasil tembakau. • Sek 36(2)(b) – Cara pelabelan bekas rokok dan perkara-perkara yang hendaklah terkandung atau tidak boleh terkandung dalam label itu. Modul Latihan Pengendalian Perkhidmatan NCD Untuk Paramedik
• Sek 36(2)( c ) – Tatacara bagi pengambilan sampel hasil tembakau untuk analisis. • Sek 36(2)(d) – Larangan terhadap merokok hasil tembakau dalam bangunan-bangunan tertentu dan perisytiharan apa-apa tempat sebagai suatu tempat larangan merokok dan bagi notis yang hendaklah dilekatkan di tempat itu. Modul Latihan Pengendalian Perkhidmatan NCD Untuk Paramedik
• Sek 36(2)(e) – Larangan terhadap penjualan hasil tembakau kepada, atau memiliki, membeli, merokok atau mengunyah hasil tembakau oleh, orang yang di bawah umur lapan belas tahun. Modul Latihan Pengendalian Perkhidmatan NCD Untuk Paramedik
• Sek 36(2)(f) – Apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh Menteri suaimanfaat atau perlu bagi melaksanakan sepenuhnya kawalan dan pengawalseliaan penyediaan, penjualan, pembelian, pemergunaan atau penggunaan hasil tembakau. Modul Latihan Pengendalian Perkhidmatan NCD Untuk Paramedik
Peraturan 4 - Larangan mengenai iklan hasil tembakau • Larangan mempamerkan atau melekatkan apa -apa iklan hasil tembakau. • Larangan menjual, mengedar atau mencetak apa-apa majalah, surat khabar, filem, pita video atau apa-apa benda yang mengandungi iklan hasil tembakau. Modul Latihan Pengendalian Perkhidmatan NCD Untuk Paramedik
Peraturan 5 – Larangan tajaan • Larangan mempromosikan hasil tembakau sebagai pertukaran bagi apa-apa tajaan, pemberian, hadiah, upah, biasiswa atau faedah yang serupa. Modul Latihan Pengendalian Perkhidmatan NCD Untuk Paramedik
Peraturan 6 • Larangan menawar, memberi atau mengedar sampel percuma hasil tembakau. Peraturan 7 • Larangan pemberian atau hadiah dalam penjualan hasil tembakau. Modul Latihan Pengendalian Perkhidmatan NCD Untuk Paramedik
Peraturan 8(1) • Larangan penjualan hasil tembakau kepada orang belum dewasa (OBD) • Kesalahan boleh di kompaun sehingga RM 5, 000. 00 (Amaun ditawarkan RM 500. 00) Modul Latihan Pengendalian Perkhidmatan NCD Untuk Paramedik
Tambahan Peraturan 8 • Peraturan 8 A – Pengisytiharan harga jualan runcit bagi hasil tembakau. • Peraturan 8 B – Larangan menjual hasil tembakau di bawah harga jualan runcit atau dengan memberi promosi harga. • Harga minima rokok Modul Latihan Pengendalian Perkhidmatan NCD Untuk Paramedik
Harga Minimum Rokok Paket Rokok Harga Minimum rokok 20 batang RM 6. 40 21 batang RM 6. 70 22 batang RM 7. 05 23 batang RM 7. 35 24 batang RM 7. 70 25 batang RM 8. 00 Modul Latihan Pengendalian Perkhidmatan NCD Untuk Paramedik
Peraturan 9 • Larangan menjual rokok dalam paket dibuka. • Larangan menjual rokok kurang dari 20 batang dalam satu paket (1 Jun 2010). • Kesalahan boleh dikompaun sehingga RM 5, 000. 00 (Amaun ditawarkan RM 500. 00) Modul Latihan Pengendalian Perkhidmatan NCD Untuk Paramedik
Peraturan 10 • Larangan menempatkan mesin layan diri bagi hasil tembakau di dalam mana-mana premis. • Denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun. Modul Latihan Pengendalian Perkhidmatan NCD Untuk Paramedik
Peraturan 11 KAWASAN LARANGAN MEROKOK Modul Latihan Pengendalian Perkhidmatan NCD Untuk Paramedik
Per. 11(1) Tiada seorang pun boleh merokok: a) Didalam mana-mana pusat hiburan atau teater, kecuali mana-mana pub, disko, kelab malam atau kasino, pada bila-bila masa apabila tempat itu dibuka untuk orang awam; b) Didalam mana-mana hospital atau klinik (dimana bangunan termasuklah kawasan tanah di mana terletaknya hospital atau klinik itu); Modul Latihan Pengendalian Perkhidmatan NCD Untuk Paramedik
c) Di dalam mana-mana lif atau tandas awam; d) Di dalam mana-mana tempat makan atau kedai berhawa dingin; e) Di dalam mana-mana kenderaan awam atau hentian pengangkutan awam; f) Di dalam mana-mana bangunan yang dinyatakan oleh Menteri; g) Di dalam mana-mana lapangan terbang; Modul Latihan Pengendalian Perkhidmatan NCD Untuk Paramedik
h) Di dalam mana-mana premis kerajaan; i) Di mana-mana kawasan yang digunakan bagi apa -apa aktiviti perhimpunan di dalam sesuatu bangunan-bangunan kediaman atau persendirian; j) Di mana-mana kawasan di dalam suatu institusi pendidikan atau institusi pendidikan tinggi; k) Di mana-mana kawasan di dalam suatu taman asuhan kanak-kanak; Modul Latihan Pengendalian Perkhidmatan NCD Untuk Paramedik
l) Di dalam mana-mana bas sekolah; m) Di mana-mana tingkat yang mempunyai kaunter perkhidmatan di dalam bangunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua seperti berikut: i) Mana-mana bank atau institusi kewangan ii) Telekom Malaysia Berhad iii) Tenaga Nasional Berhad iv) Pos Malaysia Berhad Modul Latihan Pengendalian Perkhidmatan NCD Untuk Paramedik
n) Di dalam mana-mana kompleks membeli belah; o) Di mana-mana kawasan di dalam suatu stesyen minyak; p) Di mana-mana kawasan di dalam suatu stadium, kompleks sukan, pusat kecergasan atau gimnasium; q) Di dalam mana-mana bangunan atau tempat awam yang digunakan untuk tujuan keagamaan; Modul Latihan Pengendalian Perkhidmatan NCD Untuk Paramedik
r) Di mana-mana kawasan di dalam suatu perpustakaan; s) Di dalam mana-mana kawasan di dalam suatu kafe internet; t) Di mana-mana kawasan di dalam tempat latihan khidmat negara; u) Di dalam mana-mana kawasan kaki lima kompleks membeli belah v) Di dalam mana-mana pejabat swasta yang mempunyai pendingin hawa berpusat Modul Latihan Pengendalian Perkhidmatan NCD Untuk Paramedik
Kesalahan Peraturan 11 boleh dikompaun sehingga RM 5, 000. 00 (Amaun ditawarkan RM 250. 00) Tetapi Jika sabit kesalahan !! Boleh dikenakan denda sehingga RM 10, 000. 00 atau penjara 2 tahun atau kedua-duanya. Modul Latihan Pengendalian Perkhidmatan NCD Untuk Paramedik
Prosedur Pembayaran dan Penurunan Nilai Kompaun • Pengarah Kesihatan Negeri atau Pegawai Kesihatan Daerah atan KPPKP atau PPKPK di mana-mana Pejabat Kesihatan boleh mempertimbangkan rayuan bertulis daripada orang yang kena kompaun bagi mengurangkan kompaun untuk kesalahan subperaturan 11(1). Modul Latihan Pengendalian Perkhidmatan NCD Untuk Paramedik
• Nilai penurunan kompaun bergantung kepada penilaian pegawai yang mempertimbangkan rayuan berkenaan tetapi tidak kurang daripada RM 100. • Semua pemohon dikehendaki menghadiri sesi khidmat nasihat sebelum rayuan tersebut dipertimbangkan. Modul Latihan Pengendalian Perkhidmatan NCD Untuk Paramedik
• Penurunan kompaun kurang daripada RM 100. 00 hanya untuk PPRT dengan surat pengesahan dari Pejabat Daerah, Orang Kelainan Upaya (OKU) yang menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat. • Kompaun boleh dibayar dimana-mana Pejabat Kesihatan. Modul Latihan Pengendalian Perkhidmatan NCD Untuk Paramedik
Peraturan 12(1)(a) • Kegagalan mempamerkan tanda larangan merokok di premis atau kenderaan. • Kesalahan ini boleh di kompaun sehingga RM 1, 500. 00 (Amaun yang di tawarkan RM 250. 00) Modul Latihan Pengendalian Perkhidmatan NCD Untuk Paramedik
Peraturan 12(1)(b) • Gagal memastikan tiada seorang merokok di dalam premis atau kenderaan. • Kesalahan ini boleh di kompaun sehingga RM 2, 500. 00 (Amaun yang di tawarkan RM 250. 00) Modul Latihan Pengendalian Perkhidmatan NCD Untuk Paramedik
Sabitan kesalahan Peraturan 12 • Per 12(2) – Denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan. • Per 12(2) – Denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun. Modul Latihan Pengendalian Perkhidmatan NCD Untuk Paramedik
Peraturan 12(4) • Tidak menjadi kesalahan sekiranya tuan punya premis atau kenderaan dapat membuktikan bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah untuk memastikan bahawa tiada orang yang merokok di dalam premis atau kenderaan itu. Modul Latihan Pengendalian Perkhidmatan NCD Untuk Paramedik
Peraturan 13(1) • Larangan kepada orang belum dewasa (OBD) merokok, mengunyah, membeli atau memiliki hasil tembakau. • Kesalahan ini boleh di kompaun sehingga RM 500. 00 (Amaun yang ditawarkan RM 50. 00). Denda tidak melebihi RM 1, 000. Modul Latihan Pengendalian Perkhidmatan NCD Untuk Paramedik
Peraturan 13(2) • Tidak menjadi kesalahan OBD mempunyai dalam milikannya apa-apa hasil tembakau jika dia sedang membantu, menjalankan atau melaksanakan suatu jualan di dalam mana kedai, gerai atau tempat makan. Modul Latihan Pengendalian Perkhidmatan NCD Untuk Paramedik
Peraturan 14 • Kegagalan mempamerkan tanda larangan menjual hasil tembakau di kaunter di mana hasil tembakau dipamerkan atau ditawarkan untuk jualan. • Kesalahan ini boleh di kompaun sehingga RM 5, 000. 00 (Amaun yang di tawarkan RM 500. 00) Modul Latihan Pengendalian Perkhidmatan NCD Untuk Paramedik
Peraturan 15 • Amaran kesihatan: “AMARAN OLEH KERAJAAN MALAYSIA – MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN”. • Denda tidak melibihi sepuluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun. Modul Latihan Pengendalian Perkhidmatan NCD Untuk Paramedik
Perenggan 15(1)(a) Modul Latihan Pengendalian Perkhidmatan NCD Untuk Paramedik
Perenggan 15(1)(a) Modul Latihan Pengendalian Perkhidmatan NCD Untuk Paramedik
Peraturan 15(1)(a) Modul Latihan Pengendalian Perkhidmatan NCD Untuk Paramedik
Peraturan 16 • Membungkus rokok di dalam satu paket yang mengandungi tidak kurang daripada 20 batang rokok. • Denda tidak melebihi RM 10, 000. 00 atau penjara tidak melebihi dua tahun. Modul Latihan Pengendalian Perkhidmatan NCD Untuk Paramedik
Menjadi Role Model di klinik anda 1. Berhenti merokok demi kesihatan diri sendiri • Buat keputusan untuk berhenti merokok • Jumpa FMS di Klinik Berhenti Merokok • Ajak staf lain untuk berhenti bersama 2. Tidak merokok di dalam kawasan klinik 3. Tidak berbau rokok sewaktu bekerja Modul Latihan Pengendalian Perkhidmatan NCD Untuk Paramedik
Pematuhan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 Peraturan 11 (1) – Kawasan larangan merokok Di dalam mana-mana hospital atau klinik (di mana bangunan termasuklah kawasan tanah di mana terletaknya hospital atau klinik itu); Peraturan 12 (1) a) Mempamerkan tanda larangan merokok di premis atau kenderaan. b) Memastikan tiada seorang merokok di dalam premis atau kenderaan. Modul Latihan Pengendalian Perkhidmatan NCD Untuk Paramedik
Tanda Larangan Merokok Modul Latihan Pengendalian Perkhidmatan NCD Untuk Paramedik
Modul Latihan Pengendalian Perkhidmatan NCD Untuk Paramedik
Amalkan 3 A kepada setiap klien Ask Saring setiap klien status merokok 1. Adakah anda merokok? 2. Adakah anda ingin merokok? Advise Apa pun status merokok, berikan nasihat yang sesuai Act • Tingkatkan motivasi perokok untuk berhenti • Terangkan tentang adanya pertolongan dalam bentuk perkhidmatan berhenti merokok • Rujuk klien ke Klinik Berhenti Merokok Modul Latihan Pengendalian Perkhidmatan NCD Untuk Paramedik
Status merokok Nasihat ringkas Merokok membahayakan kesihatan diri dan orang lain Bukan Perokok Merokok menyebabkan diabetes / hipertensi menjadi kurang terkawal Jangan mencuba rokok, jangan jadi mangsa kepada ketagihan tembakau / nikotin Perokok Pasif Jauhkan diri dari asap rokok, jangan hidu asap rokok basi Nasihati ahli keluarga yang lain agar tidak / berhenti merokok Tahniah kerana berjaya berhenti merokok Bekas Perokok Kekalkan semangat untuk tidak merokok lagi Ingatkan keburukan merokok (seperti di atas) Modul Latihan Pengendalian Perkhidmatan NCD Untuk Paramedik
Status merokok Perokok Semasa Nasihat ringkas Merokok merupakan ketagihan kepada nikotin, namun ketagihan ini boleh diatasi. Banyak kebaikan untuk berhenti merokok sekarang: i. Penampilan bertambah bersih ii. Kesihatan dan kawalan penyakit kronik bertambah baik iii. Paru-paru semakin cergas dan kuat iv. Dapat jimatkan wang v. Risiko mendapat penyakit berkurangan (kanser paru, penyakit jantung, kanser mulut, dan lain-lain) vi. Dapat menumpukan perhatian kepada penjagaan diri sendiri dan keluarga tersayang Tingkatkan semangat untuk berhenti merokok. Modul Latihan Pengendalian Perkhidmatan NCD Untuk Paramedik
Peranan ANDA dalam intervensi ketagihan nikotin dan kawalan tembakau di fasiliti masing-masing Per 11 Ask Kaw. larangan merokok Per 12 Amalkan Pematuhan PPKHT Advise 3 A 1. Signage 2. Tegur perokok Act Menjadi Role Model 1. Berhenti merokok demi kesihatan diri sendiri 2. Tidak merokok di dalam kawasan klinik 3. Tidak berbau rokok sewaktu bekerja Modul Latihan Pengendalian Perkhidmatan NCD Untuk Paramedik
Key home messages : • Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 1993 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 (diwartakan pada 23 September 2004) • Mengamalkan 3 A (Ask, Advise, Act) kepada klien. Ask : Tanya dan dokumenkan penggunaan tembakau oleh klien Advise : Nasihatkan tentang bahaya merokok dan faedah berhenti merokok Action : Dokumen status merokok di kad pesakit. Membuat rujukan ke khidmat berhenti merokok • Menjadi role model kepada pesakit dan masyarakat Modul Latihan Pengendalian Perkhidmatan NCD Untuk Paramedik
- Slides: 50