PENGENALAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF Objektif Pembelajaran 1 Setiap
PENGENALAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF
Objektif Pembelajaran 1. Setiap orang dapat mengetahui asas dan latar belakang Pendidikan Inklusif di Malaysia. 2. Setiap orang dapat menyenaraikan matlamat dan objektif Pendidikan Inklusif. 3. Setiap orang didedahkan dengan dasar antarabangsa dan kebangsaan Pendidikan Inklusif. 4. Setiap orang dapat membezakan ketiga-tiga program Pendidikan Khas KPM iaitu Sekolah Khas, Program Integrasi dan Program Pendidikan Inklusif
Kriteria Pembelajaran 1. Setiap orang dapat mengamalkan sikap lebih terbuka terhadap Pendidikan Khas di sekolah. 2. Setiap orang dapat membina masyarakat yang inklusif dalam komuniti sekolah untuk mengelakkan diskriminasi terhadap kanak berkeperluan khas.
Asas dan Sejarah Program Pendidikan Inklusif
Haji Sabri Salleh (Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan. 1996) Pendidikan Inklusif adalah pendidikan yang diberikan kepada murid-murid dengan keperluan pendidikan khas yang belajar bersama-sama dengan murid-murid normal, di dalam kelas yang sama dan diajar oleh guru biasa.
Pendidikan Inklusif Separa Inklusif Penuh
Sejarah PI Majlis kebangsaan intervensi awal kanak-kanak telah menghantar satu memorandum kepada menteri pelajaran malaysia sempena semakan semula sistem pendidikan kebangsaan 2012. Memorandum ini mendesak kerajaan menjadikan “pendidikan inklusif sebagai polisi kebangsaan untuk kanak-kanak berkeperluan khas” Makmal Pendidikan Khas diadakan bersama PEMANDU pada 15 -25 Oktober 2012.
Laporan Awal PPPM 2013 -2025 telah mencatatkan bahawa KPM komited untuk menambah bilangan MBK dalam model pendidikan inklusif. Sehubungan itu, satu piagam telah diwujudkan iaitu “Peningkatan Enrolmen MBK dalam Program Pendidikan Inklusif”
Hasil perbincangan bengkel PEMANDU
Objektif dan Matlamat Pendidikan Inklusif
Objektif Pendidikan Inklusif Membolehkan kanak-kanak berkeperluan khas mendapat tempat yang sama dalam pendidikan. Menggalakkan perhubungan sosial yang positif di antara pelajar berkepeluan khas dengan murid di aliran perdana. Melawan sikap diskriminasi pelajar normal terhadap pelajar berkeperluan khas. Menambah keyakinan diri pelajar berkeperluan khas untuk menghadapi masyarakat.
Matlamat Pendidikan Inklusif 1. Memastikan pelajar-pelajar berkeperluan khas dapat menyesuaikan diri dari awal-awal lagi dalam semua aspek kemasyarakatan yang terdapat di sekolah dan di dalam komuniti setempat dengan tujuan menjadikan mereka lebih berupaya mampu berdikari dan menjadi anggota masyarakat yang menyumbang. 2. Melengkapkan murid-murid berkeperluan khas dengan kemahiran tertentu sejajar dengan Kurikulum Bermasalah Pembelajaran iaitu membantu mereka mencapai perkembangan yang menyeluruh.
3. Memberi peluang kepada pelajar-pelajar tersebut menerima pengajaran, pembelajaran dan menyertai semua aktiviti-aktiviti yang terdapat di sekolah bersama pelajar normal. 4. Melahirkan pelajar berkeperluan khas yang cemerlang dan berjaya dalam pelajaran serta kerjaya yang dibina.
a s g n a b a r a t Dasar An & Kebangsaan f i s u l k n I n a k i Pendid
Dasar Antarabangsa
Deklarasi antarabangsa menyatakan bahawa PPI merupakan satu pendekatan pendidikan yang terbaik bagi MBK. Antara deklarasi tersebut adalah seperti berikut: Salamanca Statement and Framework for Action on Special Needs Education (UNESCO 1994) Dakar World Education Forum (2000) Convention on the Rights of Persons with Disabilities (UN, 2006)
Salamanca Statement and Framework for Action on Special Needs Education (UNESCO 1994) “Regular schools with an inclusive orientation are the most effective means of combating discriminatory attitudes, creating welcoming communities, building an inclusive society and achieving education for all…” • Kenyataan Salamanca di atas mendukung prinsip Pendidikan Untuk Semua (EFA). • Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB (UNESCO) menyatakan Pendidikan Inklusif juga merupakan kaedah terbaik untuk menentang sikap diskriminasi terhadap kanak-kanak berkeperluan khas. • UNESCO menggesa semua kerajaan menjalankan dasar Pendidikan Inklusif dengan mendaftarkan murid berkeperluan khas di sekolah-sekolah biasa.
Contoh 1 : America Syarikat Akta Pendidikan Untuk Semua Kanak-kanak Cacat 1975 Akta Individu Kurang Upaya (IDEA) bertukar nama 1990 Tujuan : • Memastikan khidmat pendidikan untuk semua murid tanpa mengira sifat kurang upaya atau tidak. • Memastikan ciri pendidikan yang tekal di seluruh Amerika Syarikat.
Contoh 2 : Great Britain • Di Great Britain, perundangan kurang terperinci berbanding perundangan di Amerika Syarikat, dan ini membolehkan pihak berkuasa pendidikan mentafsir undang-undang ini dalam pelbagai cara (Dyson dan Millward, 2000). Contoh 3 : Australia & New Zealand • Tiada perundangan yang bersifat kebangsaan yang dapat menentukan secara khusus, perkhidmatan pendidikan khas bagi memenuhi keperluan pendidikan murid berkeperluan khas.
Dakar World Education Forum (2000) “Education system must be inclusive, actively seeking out children who are enrolled, and responding flexibly to the circumstances and needs learners”.
Convention on the Rights of Persons with Disabilities (UN, 2006) “Persons with disabilities have the right to undiscriminatory education and equal opportunity to inclusive education at every level of learning and long life learning”.
Jepun 94 % Norway 99 % Kadar Inklusif Di Negara Luar & Malaysia <10 % Finland 92 %
Dasar Kebangsaan
Di Malaysia, dasar yang menyokong pelaksanaan PPI adalah seperti berikut: Akta Orang Kurang Upaya 2008 Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 20132025
Akta Orang Kurang Upaya 2008 • Akses kepada pendidikan yang sama rata bagi kanak-kanak kurang upaya juga termaktub dalam Undang-undang Malaysia, Akta 685 di bawah Seksyen 28(1), yang menyatakan: “Orang kurang upaya tidak boleh dikecualikan daripada sistem pendidikan umum atas asas ketidakupayaan, dan kanak-kanak kurang upaya tidak boleh dikecualikan daripada pendidikan prasekolah, rendah, menengah dan tinggi, atas asas kesetaraan dengan orang atau kanak-kanak upaya, termasuk latihan vokasional dan pembelajaran sepanjang hayat”
Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013 “Pendidikan Khas” ertinya pendidikan bagi murid berkeperluan khas di sekolah khas atau di sekolah yang menjalankan Program Pendidikan Khas Integrasi atau Program Pendidikan Inklusif pada peringkat – (a)pendidikan prasekolah; (b)pendidikan rendah; (c) pendidikan menengah; dan (d)pendidikan lepas menengah
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 -2025 “Kementerian beriltizam menggalakkan lebih ramai MBK ke dalam program pendidikan inklusif dan meningkatkan kualiti penyediaannya secara keseluruhan”
Majlis Kebangsaan Intervensi Awal Kanak-kanak telah menghantar satu memorandum kepada Menteri Pelajaran Malaysia sempena Semakan Semula Sistem Pendidikan Kebangsaan 2012. Memorandum ini mendesak kerajaan menjadikan “Pendidikan Inklusif Sebagai Polisi Kebangsaan Untuk Kanak-kanak Berkeperluan Khas” Makmal Pendidikan Khas diadakan bersama PEMANDU pada 15 -25 Oktober 2012 Laporan Awal PPPM 2013 -2025 telah mencatatkan bahawa KPM komited untuk menambah bilangan MBK dalam model pendidikan inklusif. Sehubungan itu, satu piagam telah diwujudkan iaitu “Peningkatan Enrolmen MBK dalam Program Pendidikan Inklusif”
PERUBAHAN Ruang dan peluang MBK di PPKI perlu dipertingkatkan melalui penekanan kepada pendidikan inklusif.
Kementerian akan melaksanakan beberapa siri inisiatif bagi mencapai objektif ini. Gelombang 1 Memberi tumpuan kepada program sedia ada Gelombang 2 Memberi tumpuan kepada peningkatan inisiatif dan menambah jumlah pakar sedia ada bagi menangani pertambahan MBK dan kepelbagaian keperluan khas yang timbul. Gelombang 3 Menilai inisiatif yang dijalankan dan menggabungkan inisiatif yang berjaya. Dalam melaksanakan inisiatif ini, Kementerian akan menjalin kerjasama dengan organisasi pakar seperti Pusat Serantau Pertubuhan Menteri-menteri Pelajaran Asia Tenggara bagi pendidikan Khas (SEAMEO – SEN)
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS KPM
1. SEKOLAH KHAS 2. PROGRAM INTEGRASI 3. PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF
Sekolah Khas • Menempatkan individu bekeperluan khas: • Kecacatan menta • Masalah pembelajaran • Gangguan emosi/pertuturan • Cacat pendengaran, penglihatan, fizikal • Pintar cerdas Mengikuti aliran akedemik yang diubah suai mengikut tahap murid.
• Prasekolah / Pelajaran Rendah • Umur: 6+ hingga 14+ • Disahkan oleh pengamal perubatan • Boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain Asrama, makan dan minum disediakan. Elaun RM 100
• Pelajaran Menengah • Umur: 13+ hingga 19+ tahun • Disahkan oleh pengamal perubatan • Boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain • Mempunyai aliran akedemik dan vokasional • Contoh: • Sekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan Pulau Pinang • Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam
Program Integrasi • Program pendidikan bagi murid berkeperluan khas yang hanya dihadiri oleh murid berkeperluan pendidikan khas di kelas khas di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan. • Kurang upaya penglihatan • Kurang upaya pendengaran • Masalah pembelajaran: disleksia, pintar cerdas
• Murid ditempatkan di kelas khas di sekolah harian biasa supaya mereka dapat bergaul dengan murid biasa dan tidak rasa terpinggir. • Merkembangkan bakat dan potensi murid melalui pendidikan vokasional bagi menghasilkan insan yang berkemahiran • Semua murid pendidikan khas yang mengikuti kurikulum kebangsaan menduduki peperiksaan awam spt UPSR, PMR, SPM, dan STPM (pasca menengah)
• Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLKV): menduduki penilaian Standard Kemahiran Kebangsaan (SKK) dan boleh ditauliahkan Sijil Kemahiran Malaysia. • Kurikulum yang dibina khusus oleh Bahagian Pendidikan Khas: akan mengikuti penilaian berasaskan sekolah dan dianugerahkan Sijil Perakuan Sekolah dan Sijil Khas Vokasional.
Program Pendidikan Inklusif • Program pendidikan bagi murid berkeperluan pendidikan khas yang dihadiri oleh murid berkeperluan pendidikan khas bersama-sama dengan murid lain dalam kelas yang sama di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan.
MATLAMAT PROGRAM • Memberikan peluang kepada MBK untuk mengikuti program akedemik dan bukan akedmik bersama murid-murid arus perdana • Memberi kesedaran kepada masyarakat supaya tidak menafikan potensi yang dimiliki oleh MBK
- Slides: 41