Pengenalan kepada puisi Definisi Puisi berasal daripada bahasa
Pengenalan kepada puisi
Definisi • Puisi berasal daripada bahasa Latin dari kata poeta, yang artinya membangun, menyebabkan, menimbulkan, menyair • Bentuk karangan yang terikat atau tidak terikat oleh rima, ritma dan jumlah baris • Ditandai oleh bahasa yang padat
“puisi mengajarkan sebanyak mungkin dengan kata-kata sesedikit mungkin. ” - Ralph Waldo Emerson
“The best words in the best order” “Kata-kata terbaik dalam susunan terbaik“ - S. T. Coleridge
“Karangan yang digunakan untuk melafazkan fikiran yang cantik dengan bahasa yang indah, dan melukiskan kemanisan dan kecantikan bahasa. ” Pendita Za’ba:
Puisi Lama Moden syair, pantun, mantra, gurindam, talibun, seloka, karmina sajak, puisi dramatik, puisi lirik, puisi epik
Menghuraikan puisi
Menghuraikan pusi • Dalam menghuraikan sebuah puisi, perkara-perkara yang diteliti ialah: Tema Nada Gaya bahasa Unsur bunyi Pengajaran
Tema • persoalan pokok atau idea utama yang ingin disampaikan oleh penyajak. • pengalaman hidup yang ditempuhi atau dilihat oleh penyajak dalam kehidupan sehariannya. Contoh: • cinta atau kasih sayang • keluarga • agama • masyarakat • alam sekitaran, dan sebagainya
Nada • Nada ialah perasaan yang timbul dalam sajak. • Ia berkait rapat dengan tujuan sajak itu ditulis. Contoh: • Nada protes: marah dan ingin memberontak • Sinis: tidak senang akan sesuatu/ seseorang • Melankolik: sedih • Nostalgis: rindu • Romantis: tenang atau ada rasa cinta
Pengajaran • Nilai positif yang dapat diraih oleh pembaca Contoh: • Hormat-menghormati • Berjimat-cermat • Rajin berusaha • Berterima kasih kepada manusia, bersyukur kepada Tuhan • Insaf dan sebagainya.
Kupasan sajak dari aspek tema, nada dan pengajaran Sajak: ‘Seorang Guru Tua’
Seorang Guru Tua Guruku yang baik Masih lagi mengajar Sedang aku kini sudah besar Dulu wajahnya muda Kini rambut memutih kepala Ada anak-anak muridnya Sudah menjadi menteri Ada anak-anak muridnya Kini memegang jawatan tinggi Tidak kurang pula bergelar usahawan berjaya
Tema • Tema: Kegigihan seorang guru • penyajak menaikkan darjat seorang guru kerana dia telah mendidik anak muridnya sehingga mereka berjaya • guru yang masih gigih mengajar walaupun sudah bertahun-tahun menjalankan tanggungjawab itu • guru banyak berbakti pada masyarakat supaya masa depan anak bangsa terjamin • mengingatkan pembaca kepada peranan penting seorang guru dalam masyarakat
Persoalan • Tanggungjawab seorang guru • mendidik anak bangsa ialah sebuah tanggungjawab yang berat • seorang guru harus tetap menjalankan tugasnya dengan gigih kerana mendidik merupakan satu amanah • Pentingnya ilmu pengetahuan • ilmu pengetahuan penting untuk menjamin masa depan yang cerah • orang yang berpendidikan tinggi boleh mencapai apa sahaja yang dia cita-citakan.
Nada • Nada: Romantis • melahirkan rasa kasih sayang dan hutang budi kepada manusia yang bergelar guru • memperlihatkan keperibadian seorang guru yang seperti lilin memberi cahaya; berkorban demi anak didik yang tercinta • penyajak menyeru kepada semua untuk mengingati jasa guru
Pengajaran • Berterima kasih • kita harus berterima kasih atas segala pengorbanan guru kita • tunjukkan rasa kasih dan hormat pada mereka. • kita harus menyedari dan menginsafi kepayahan guru yang bersusah-payah mendidik kita • Guru sanggup memenuhi segala keperluan anak murid walaupun terpaksa bersusah payah • Guru yang sanggup mengorbankan masa dan tenaga untuk mendidik
BENGKEL PENGENALAN SAJAK Deklamasi sajak Sesi 3
Apakah itu deklamasi? • membaca puisi dengan lagu atau gerak tubuh sebagai alat bantu • gerak yang dimaksudkan ialah gerak alat bantu yang puitis, yang seirama dengan isi bacaan • mendeklamasikan puisi dengan menggunakan ketinggian suara dan irama yang sesuai
Mengenalpasti nada puisi • Nada berkaitan dengan perasaan yang ingin disampaikan oleh penyajak dalam sajaknya. • Deklamator harus menilai apakah nada sajak yang dipilih. • Kalau sajak yang dipilih itu mengandung kepahlawanan, keberanian dan kegagahan, maka kita harus mendeklamasikan puisi tersebut dengan perasaan dan perbuatan, yang menunjukkan seorang pahlawan, seorang yang gagah berani.
Cara-cara lain mendeklamasi sajak Mestamu • Murid melagukan sajak atau puisi tanpa muzik. • Gunakan melodi lagu yang diminati/popular dan gantikan seni kata/lirik lagu itu dengan sajak atau puisi yang dipelajari. • Murid lebih mudah mengingati sajak • Teknik ini sesuai untuk puisi seperti sajak, pantun, syair, gurindam, dan seloka.
Cara-cara lain mendeklamasi sajak Dekon • Seorang murid mendeklamasikan sajak • Seorang atau beberapa orang murid melakonkan aksi yang sesuai dengan maksud sajak • Murid lebih mudah mengingati sajak
Terima kasih
- Slides: 23