PENGENALAN KEPADA PERUNDANGAN MALAYSIA Kursus Asas Perkhidmatan Pegawai

  • Slides: 52
Download presentation
PENGENALAN KEPADA PERUNDANGAN MALAYSIA Kursus Asas Perkhidmatan Pegawai Kawalan C 41 / Pen. Pegawai

PENGENALAN KEPADA PERUNDANGAN MALAYSIA Kursus Asas Perkhidmatan Pegawai Kawalan C 41 / Pen. Pegawai Kawalan Alam Sekitar C 27 – MODUL PENDAKWAAN (04 – 08 Jun 2012) Mohd Sani Mat Daud

APA ITU UNDANG-UNDANG ? 1. DEFINASI Satu set peraturan yang seragam bagi mengawal tingkah

APA ITU UNDANG-UNDANG ? 1. DEFINASI Satu set peraturan yang seragam bagi mengawal tingkah laku manusia. Peraturan ini, samada digubal atau lahir dari adat resam, yang diterima pakai oleh masyarakat sebagai sesuatu yang mengikat mereka. Undang-Undang bukan sesuatu yang mudah untuk ditakrifkan. Terdapat berbagai definisi yang diberikan oleh ahli-ahli falsafah. 2

John Austin (1790 -1859) Undang-Undang adalah satu perintah dari badan berkuasa dalam masyarakat. Perintah

John Austin (1790 -1859) Undang-Undang adalah satu perintah dari badan berkuasa dalam masyarakat. Perintah ini disertai hukuman. Ini bermakna bahawa Undang itu sebagai satu perintah dari pihak pemerintah buat rakyat dan ianya dikuatkuasakan melalui hukuman. 3

John Salmond (1862 – 1924) Undang-Undang dianggap satu badan yang mengandungi prinsip-prinsip yang diperakui

John Salmond (1862 – 1924) Undang-Undang dianggap satu badan yang mengandungi prinsip-prinsip yang diperakui dan diterima pakai oleh sesebuah negara dalam pentadbiran keadilannya. Matlamat Undang-Undang adalah untuk menjamin keadilan. 4 Ini bermakna undang-undang adalah peraturan yang diperaku dan dikuatkuasakan oleh mahkamah. 4

Profesor Dr. Hashim Kamali Dari Pandangan Islam Syariah, merujuk kepada perintah, larangan, pedoman dan

Profesor Dr. Hashim Kamali Dari Pandangan Islam Syariah, merujuk kepada perintah, larangan, pedoman dan prinsip-prinsip hukum yang telah diturunkan Allah untuk manusia mengenai tingkahlaku mereka di dunia dan juga di akhirat. Undang-Undang ini bersifat lengkap dan tidak berubah mengikut masa dan keadaan.

2. KLASIFIKASI UNDANG-UNDANG Undang-Undang Antarabangsa Undang-Undang Nasional Undang-Undang mengenai hubungan diplomatik antara Negara, termasuk

2. KLASIFIKASI UNDANG-UNDANG Undang-Undang Antarabangsa Undang-Undang Nasional Undang-Undang mengenai hubungan diplomatik antara Negara, termasuk peraturan perang. Undang-Undang yang Beroperasi di dalam sesebuah negara yang berdaulat. Ia termasuk Undang-undang di peringkat Persekutuan, Negeri, Daerah (Awam & Persendirian)

 Undang-Undang Awam UNDANG AWAM mengawal perhubungan individu dengan negara Undang-Undang Perlembagaan (Kawal struktur

Undang-Undang Awam UNDANG AWAM mengawal perhubungan individu dengan negara Undang-Undang Perlembagaan (Kawal struktur organ kerajaan & garis hak-hak individu) Undang-Undang Pentadbiran Undang-Undang Jenayah (Pentadbiran & kuasa Eksekutif) (Kesalahan terhadap negara yang dikategori jenayah)

 Undang-Undang Persendirian Undang-Undang mengenai hak dan tanggungjawab seseorang individu terhadap individu lain Undang-Undang

Undang-Undang Persendirian Undang-Undang mengenai hak dan tanggungjawab seseorang individu terhadap individu lain Undang-Undang ini bertujuan memberikan gantirugi kepada pihak-pihak yang tercedera , penguatkuasaan perjanjian, amanah dan perwarisan Contoh Undang-Undang Kontrak, Undang-undang Torts, Undang-undang Amanah dsb

 Jenis Undang-Undang SIVIL Undang-Undang Sivil adalah mengenai hubungan sesama individu yang terjumlah sebagai

Jenis Undang-Undang SIVIL Undang-Undang Sivil adalah mengenai hubungan sesama individu yang terjumlah sebagai undang persendirian. JENAYAH • Undang-Undang Jenayah adalah mengenai hubungan antara individu dengan negara. • Tindakan adalah oleh pihak pendakwaraya dan individu tiada kuasa. • Beban pembuktian berdasarkan tanpa keraguan munasabah. • Kesalahan jenayah membawa hukuman, denda, penjara, mati & sebatan. Tindakan oleh individu sendiri Beban pembuktian adalah berdasarkan pertimbangan kebarangkalian Dari segi tanggungan pihak -pihak perlu bayar gantirugi atau pampasan

3. SUMBER PERUNDANGAN MALAYSIA SUMBER PERUNDANGAN SEJARAH KEPERCAYAAN AGAMA UNDANG-UNDANG PERATURAN TEMPAT STATUT/LAPURAN/ BUKU-BUKU

3. SUMBER PERUNDANGAN MALAYSIA SUMBER PERUNDANGAN SEJARAH KEPERCAYAAN AGAMA UNDANG-UNDANG PERATURAN TEMPAT STATUT/LAPURAN/ BUKU-BUKU

 • a) Perlembagaan (Persekutuan dan Negeri) Undang-Undang • b) Undang-Undang yang digubal (oleh

• a) Perlembagaan (Persekutuan dan Negeri) Undang-Undang • b) Undang-Undang yang digubal (oleh Parliamen atau Dewan Undangan Bertulis Negeri) ---Akta, Enakmen, Ordinan, • c) Undang-Undang Kecil Undang Tidak Bertulis • a)Common Law & Ekuiti Inggeris (Akta Undang-Undang Sivil 1956) • b) Keputusan Kehakiman (“doktrin tauladan mengikat”) • c) Undang-Undang Adat Melayu, Cina, Hindu • d) Undang-Undang Islam

4. FUNGSI UNDANG-UNDANG Garis panduan pada rakyat umum Menjamin ketenteraman awam Agen perubahan Menjamin

4. FUNGSI UNDANG-UNDANG Garis panduan pada rakyat umum Menjamin ketenteraman awam Agen perubahan Menjamin kemaslahatan umum Fungsi Undang Menghukum pesalah Memberikan keadilan Melindungi Hak Individu Mekanisma penyelesaian konflik Melaksanakan kedaulatan Undang

5. PERKEMBANGAN SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA Zaman Kesultanan Melaka (Abad ke 15 -16) Kaya dengan

5. PERKEMBANGAN SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA Zaman Kesultanan Melaka (Abad ke 15 -16) Kaya dengan campuran Undang-Undang Adat Hindu dan Islam serta Undang-Undang Adat Melayu. Ujud : i) Undang-Undang Melaka/ Hukum Kanun Melaka - yang meliputi Undang-Undang Perlembagaan dan Undang-Undang Sivil & Jenayah. ii) Undang-Undang Laut Melaka - yang menggariskan peraturan megenai urusan maritim, admiralti serta jenayah.

 Zaman Portugis dan Belanda (1511) i) Pemerintahan Portugis ii) Ujud sistem pentadbiran gabenor

Zaman Portugis dan Belanda (1511) i) Pemerintahan Portugis ii) Ujud sistem pentadbiran gabenor yang berkuasa dalam urusan sivil. Dalam hal jenayah ujud sistem kehakiman dengan lantikan magistret. Pemerintahan Belanda Tidak pasti undang-undang yang ujud kerana pemerintahan terus dari Belanda dan rakyat tempatan dibiarkan melaksanakan Undang Adat masing-masing

 Pemerintahan British i) Di Melaka Mengambilalih dari Belanda (1795 / 1825) ii) Di

Pemerintahan British i) Di Melaka Mengambilalih dari Belanda (1795 / 1825) ii) Di Pulau Pinang Pendudukan oleh Francis Light (1786) Piagam Keadilan Pertama (1807) melaluinya Mahkamah Keadilan Pulau Pinang ditubuhkan dan Sultan memperkenankan Undang-Undang Inggeris diterima pakai. Seterusnya pemakaian di lanjutkan ke Melaka dan Singapura dsb.

 Kemerdekaan Dengan kemerdekaan dari Inggeris pada 1957 negara menjadi negara yang berdaulat dan

Kemerdekaan Dengan kemerdekaan dari Inggeris pada 1957 negara menjadi negara yang berdaulat dan mempunyai raja dan pemerintahan sendiri. 16 Tidak lagi memberi taatsetia kepada Inggeris. Tetapi, pemakaian Undang-Undang Inggeris terus teguh. (Sehingga ke hari ini dengan pemakaian Akta Undang-Undang Sivil 1956, seksyen 3 dan 5 Akta berkenaan di mana Undang-Undang Inggeris akan terpakai dalam ketiadaan undang tempatan mengenai perkara yang timbul.

SISTEM PEMERINTAHAN KERAJAAN MALAYSIA Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan

SISTEM PEMERINTAHAN KERAJAAN MALAYSIA Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan

Institusi-Institusi Kerajaan BADAN PERUN EKSEKUTIF DANGAN KEHAKIMA N MALAYSIA

Institusi-Institusi Kerajaan BADAN PERUN EKSEKUTIF DANGAN KEHAKIMA N MALAYSIA

Badan Perundangan (Legislative) o membuat undang-undang o Dewan Rakyat dan Dewan Negara Badan Eksekutif

Badan Perundangan (Legislative) o membuat undang-undang o Dewan Rakyat dan Dewan Negara Badan Eksekutif o Pemerintah - Menjalankan kuasa eksekutif (undang-undang) o Kerajaan Badan Kehakiman (Judicial) o Menjalankan penghakiman o Institusi kehakiman

Yang di Pertuan Agong Eksekutif Perdana Menteri Jemaah Menteri Kementerian Perundangan Kehakiman Parlimen Dewan

Yang di Pertuan Agong Eksekutif Perdana Menteri Jemaah Menteri Kementerian Perundangan Kehakiman Parlimen Dewan Negara Dewan Rakyat Ketua Hakim Mahkamah

Undang-Undang Persekutuan • Sesuatu undang-undang yang ada mengenai sesuatu perkara yang Parlimen berkuasa membuat

Undang-Undang Persekutuan • Sesuatu undang-undang yang ada mengenai sesuatu perkara yang Parlimen berkuasa membuat undang-undang mengenainya • Suatu akta Parlimen • Undang-undang sedia ada (Perkara 160 Perlembagaan)

Undang-Undang Negeri Sesuatu undang-undang yang ada berkenaan dengan sesuatu perkara yang mengenainya Badan Perundangan

Undang-Undang Negeri Sesuatu undang-undang yang ada berkenaan dengan sesuatu perkara yang mengenainya Badan Perundangan sesuatu negeri berkuasa membuat undang-undang • Suatu undang-undang yang dibuat oleh badan Perundangan sesuatu negeri (Perkara 160 Perlembagaan)

Kuasa Perundangan Kuasa Kerajaan Persekutuan Parlimen Kuasa Kerajaan Negeri – Badan Perundangan Negeri (DUN)

Kuasa Perundangan Kuasa Kerajaan Persekutuan Parlimen Kuasa Kerajaan Negeri – Badan Perundangan Negeri (DUN) Senarai Undang-Undang : • Persekutuan • Negeri • Bersama (Perkara 73 dan 74 Perlembagaan)

Senarai Persekutuan 1. Hal Ehwal Luar 2. Pertahanan 3. Keselamatan Dalam Negeri 4. Undang-undang

Senarai Persekutuan 1. Hal Ehwal Luar 2. Pertahanan 3. Keselamatan Dalam Negeri 4. Undang-undang Sivil dan Jenayah 5. Kewarganegaraan 6. Kewangan 7. Perkapalan, Pelayaran & Perikanan 8. Perhubungan & Pengangkutan 9. Tred, Perdagangan dan industri

10. Kajian dan Penyelidikan 11. Kerja Raya 12. Pendidikan 13. Kesihatan dan Perubatan 14.

10. Kajian dan Penyelidikan 11. Kerja Raya 12. Pendidikan 13. Kesihatan dan Perubatan 14. Hal Ehwal Buruh 15. Hal Ehwal Orang Asli 16. Pekerjaan Professional 17. Cuti Umum 18. Pertubuhan Bebas (NGO’s)

19. Akhbar, penerbitan dan penyuntingan 20. Koperasi 21. Perkara berkaitan Kerjaan Persekutuan

19. Akhbar, penerbitan dan penyuntingan 20. Koperasi 21. Perkara berkaitan Kerjaan Persekutuan

Senarai Negeri : 1. Tanah 2. Pertanian 3. Perhutanan 4. Kerajaan Tempatan 5. Penyu

Senarai Negeri : 1. Tanah 2. Pertanian 3. Perhutanan 4. Kerajaan Tempatan 5. Penyu dan perikanan air tawar 6. Adat Istiadat 7. Hal Ehwal Agama 8. Kerja awam dan air 9. Jentera Kerjaan Negeri

10. Cuti umum negeri 11. Perpustakaan, muzium, bahan bersejarah negeri 12. Undang-undang dan adat

10. Cuti umum negeri 11. Perpustakaan, muzium, bahan bersejarah negeri 12. Undang-undang dan adat native (SS) 13. Cadastral Land Surveys (Sabah & Sarawak) 14. The Sabah Railways (Sabah) 15. Services of local nature – boarding house, burial ground, markets & fairs, licencing of places of public amusement

Senarai Bersama : 1. Kebajikan Masyarakat 2. Biasiswa 3. Perlindungan hidupan liar, burung &

Senarai Bersama : 1. Kebajikan Masyarakat 2. Biasiswa 3. Perlindungan hidupan liar, burung & taman negara 4. Perancang Bandar dan Desa 5. Penjaja awam 6. Sanitari awam 7. Pengairan dan saliran 8. Pemulihan tanah lombong dan tanah runtuh

9. Sukan dan Kebudayaan 10. Perumahan 11. Undang peseorangan – perkahwinan & perceraian 12.

9. Sukan dan Kebudayaan 10. Perumahan 11. Undang peseorangan – perkahwinan & perceraian 12. Perkapalan bawah 15 tan 13. Pengeluaran, bekalan dan pengagihan elektrik dari janakuasa hidro 14. Kajian pertanian dan perhutanan 15. Peminta sedekah

16. Theatures, places of public amusement 17. Pilihanraya Negeri 18. Perjanjian, konvesyen

16. Theatures, places of public amusement 17. Pilihanraya Negeri 18. Perjanjian, konvesyen

Undang-Undang Yang Berlawanan Maka Undang–undang Persekutuan adalah terpakai dan undang Negeri adalah terbatal (Perkara

Undang-Undang Yang Berlawanan Maka Undang–undang Persekutuan adalah terpakai dan undang Negeri adalah terbatal (Perkara 75 Perlembagaan)

Hairaki Undang-Undang Ø Perlembagaan Ø Akta Ø Peraturan Ø Kanun Ø Ordinan Ø Perintah

Hairaki Undang-Undang Ø Perlembagaan Ø Akta Ø Peraturan Ø Kanun Ø Ordinan Ø Perintah (Order)

Akta Kualiti Alam Sekeliling & Peraturan-Peraturannya Tiada dalam mana - mana senarai Digubal berdasarkan:

Akta Kualiti Alam Sekeliling & Peraturan-Peraturannya Tiada dalam mana - mana senarai Digubal berdasarkan: Senarai Persekutuan Tred, Perdagangan, Industri, Perhubungan dan. Pengangkutan, kuasa dan kerja awam Senarai Bersama ‘Public health sanitation’, janakuasa hidro

AKAS adalah Undang-Undang Persekutuan dan bagi perkara di bawah senarai negeri di letak di

AKAS adalah Undang-Undang Persekutuan dan bagi perkara di bawah senarai negeri di letak di bawah undang-undang negeri Negeri boleh adakan undang -undang alam sekitar sendiri : • Seperti Ordinan Lembaga Sumber Asli dan Persekitaran Negeri Sarawak

YANG DIPERTUAN AGUNG Kedudukan Ketua Negara (Per 32(1) Perl Persekutuan) Lantikan Majlis Raja-Raja Di

YANG DIPERTUAN AGUNG Kedudukan Ketua Negara (Per 32(1) Perl Persekutuan) Lantikan Majlis Raja-Raja Di kalangan Sultan-sultan negeri-negeri kecuali Melaka, P. Pinang, Sabah & Sarawak 5 tahun sekali, mengikut giliran (1957 -1992 pusingan 1) Kecuali kanak-kanak, sultan berkenaan menyatakan ketidaksediaannya atau pun Majlis Raja-Raja dengan undi rahsia memutuskan seseorang itu tidak layak kerana keuzuran fizikal atau mental

Bidangkuasa YDPA Melantik Perdana Menteri dan Jemaah Menteri (Per 43) Raja Berperlembagaan - bertindak

Bidangkuasa YDPA Melantik Perdana Menteri dan Jemaah Menteri (Per 43) Raja Berperlembagaan - bertindak atas nasihat jemaah menteri (Per 40 (1 A)) Kuasa budibicara untuk tidak mempersetujui permintaan pembubaran dewan perundangan (Per 40 ) Kuasa untuk memanggil dewan bersidang & sebaliknya. (Per 55) Perkenankan kelulusan Undang-Undang (Per 66(1)) Punyai kuasa untuk melewatkan kelulusan undang-undang selama 30 hari (Per 66 (4 A)) Istihar Dharurat (Per 50) Melantik senator Melantik Ketua Hakim Negara dan hakim-hakim Melantik Ketua Audit Negara, menerima lapuran Ketua Audit Negara dan membentangkannya dsb Ketua Angkatan Tentera Ketua Agama Islam bagi Wilayah Persekuatauan dan negeri asal Baginda juga bagi negri-negri yang tiada Sultan

BADAN PERUNDANGAN Badan yang membuat dan meminda Undang (Parliamen (DR &DN)& Dewan Undangan Negeri)

BADAN PERUNDANGAN Badan yang membuat dan meminda Undang (Parliamen (DR &DN)& Dewan Undangan Negeri) Dikenali sebagai Badan Legislatif Parliamen terdiri dari YDPA, Dewan Negara & Dewan Rakyat. Proses kelulusan Undang-Undang Rang Undang-Undang – Dewan Rakyat (Bacaan I, II, J/Kuasa & Bacaan III) – Dewan Negara – YDPA – Warta

Dewan Rakyat Keanggotaan (Per 46) - 222 kerusi, lantikan melalui pilihanraya, rakyat malaysia, usia

Dewan Rakyat Keanggotaan (Per 46) - 222 kerusi, lantikan melalui pilihanraya, rakyat malaysia, usia 21 tahun, Hilang kelayakan – menarik diri atau menjadi tidak layak kerana tidak sihat mental, bangkrap, disabitkan kesalahan dgn denda tak melebihi RM 2000 Kekosongan kerusi di isi melalui pilihanraya yang mesti dalam tempuh 60 hari (Per 54) Elaun ahli Parlimen di bayar melaui Simpanan Wang Terkumpul Mendapat keistimewaan Parliamen – tiada seseorang pun boleh dikenakan tindakan undang-undang atas apa yang diperkatakannya di dalam dewan semasa perbahasan kecuali di bawah Akta Hasutan 1948

BADAN EKSEKUTIF Badan Pemerintah yang melaksanakan pentadbiran negara Terdiri dari Ketua Negara – YDPA,

BADAN EKSEKUTIF Badan Pemerintah yang melaksanakan pentadbiran negara Terdiri dari Ketua Negara – YDPA, Jemaah Menteri dan Birokrasi (Perkhidmatan Awam) Ketua Negara perlu bagi setiap negara yang berdaulat. (Raja atau Presiden di sesetengah negara) Di bawah sistem Westminster seperti diamalkan di Malaysia, Ketua Negara tiada punyai kuasa politik dalam erti kata sebenarnya tetapi bertindak atas nasihat jemaah menteri yang di ketuai PM

Dewan Negara Ahli DN adalah dari lantikan penuh di panggil Senator Keanggotaan DN berdasarkan

Dewan Negara Ahli DN adalah dari lantikan penuh di panggil Senator Keanggotaan DN berdasarkan kawasan geografi dan kepentingan tertentu – 2 orang bagi setiap negeri, (2 WP, 1 WPL 1 WPPJ) Parliamen boleh tambah sehingga 3 orang bagi satu negeri. 40 lantikan YDPA, boleh di kurangkan atau tambah. Lantikan 3 tahun – tidak melebihi 2 penggal, lantikan tetap Usia 30 tahun ke atas Elaun dan keistimewaan sama dengan DR Dari segi kuasa DN tidak punyai undi tidak percaya untuk menurunkan kerajaan.

Perdana Menteri (PM) Ketua Pentadbiran Negara Lantikan YDPA (Per 43) dari ahli DR –

Perdana Menteri (PM) Ketua Pentadbiran Negara Lantikan YDPA (Per 43) dari ahli DR – sebagai mengetuai Jemaah Menteri - seseorang yang pada pendapat YDPA akan mendapat kepercayaan sebilangan besar ahli Dewan PM tentukan barisan jemaah menterinya, calon senator dll ( gabenor, datuk bandar, jemaah hakim, pendakwa raya dsb) bagi lantikan YDPA PM menasihati YDPA sebagai ketua jemaah menteri PM boleh meminta mana-mana menteri meletakkan jawatan, jika enggan boleh di pecat oleh YDPA PM boleh tentukan masa bagi pembubarkan parliamen tanpa merujukkan ke kabinet

Jemaah Menteri Terdiri dari ahli DR Jemaah Menteri dan PM bersesama bertangjawab terhadap Parliamen

Jemaah Menteri Terdiri dari ahli DR Jemaah Menteri dan PM bersesama bertangjawab terhadap Parliamen di bawah doktrin “Ministerial Responsibility” Tanggungjawab Kementerian. Bermakna setaip menteri bertanggungjawa untuk menjawab segala persoalan dan mempertahankan polisi kementerian semasa soal jawab di Parliamen. Jika PM mendapat undi tidak percaya dari jemaah menteri beliau mesti meletakkan jawatan. Jemaah menteri pula punyai tanggungjawab bersesama terhadap Parliamen. Mana-mana ahli jemaah menteri yang tidak bersetuju dengan PM dikehendaki meletakkan jawatan

BADAN KEHAKIMAN Badan Kehakiman di Malaysia terdiri dari mahkamah yang menjalankan fungsi penting sebagai

BADAN KEHAKIMAN Badan Kehakiman di Malaysia terdiri dari mahkamah yang menjalankan fungsi penting sebagai pemelihara perlembagaan dan hak individu. Ia juga berperanan menjalankan kawalan ke atas Parliamen dan Eksekutif. Amat penting badan ini bebas dalam menjalankan tugasnya. Ketua Hakim Negara dan Hakim-hakim lantikan YDPA atas nasihat PM, tapi bebas selepas lantikan

Bagi menjamin kebebasan kehakiman; - Dari segi struktur mahkamah tidak terletak di bawah Eksekutif

Bagi menjamin kebebasan kehakiman; - Dari segi struktur mahkamah tidak terletak di bawah Eksekutif atau Legilatif - Dari segi perlantikan hakim perlu merujuk kepada PM. Majlis Raja-Raja, Ketua Hakim Negara, Ketua Menteri dsb. - Dari segi Jaminan jawatan, tidak boleh dilucutkan jawatan oleh Parliamen, tapi oleh satu tribunal, berkhidmat sehingga umur 65 thn (+6 bulan lagi), gaji tinggi dari Simpanan Wang Terkumpul - Parliamen tidak boleh membincangkan tingkahlaku Hakim kecuali dengan notis seperempat ahli dewan

Kuasa kehakiman yang luas - Bidangkuasa jenayah dan sivil termasuk persoalan perlembagaan - Kawalan

Kuasa kehakiman yang luas - Bidangkuasa jenayah dan sivil termasuk persoalan perlembagaan - Kawalan kuasa Eksekutif – doktrin ultra vires - Kawalan kuasa perundangan –doktrin ultra vires - Bidangkuasa Mahkamah-mahkamah; Mahkamah Persekutuan Mahkamah Rayuan Mahkamah Tinggi Mahkamah Sesyen Mahkamah Majistret Mahkamah Penghulu dll

- Bidangkuasa Mahkamah-Mahkamah Khas Raja-Raja Mahkamah Perusahaan Mahkamah Juvana Mahkamah Tentera Mahkamah Syariah Mahkamah

- Bidangkuasa Mahkamah-Mahkamah Khas Raja-Raja Mahkamah Perusahaan Mahkamah Juvana Mahkamah Tentera Mahkamah Syariah Mahkamah Anak Negeri

PERLEMBAGAAN Apakah Perlembagaan? Perlembagaan adalah satu dokumen atau pun sekumpulan dokumen yang dapat dikenalpasti,

PERLEMBAGAAN Apakah Perlembagaan? Perlembagaan adalah satu dokumen atau pun sekumpulan dokumen yang dapat dikenalpasti, yang merangkumi peraturan-peraturan terpenting mengenai kerajaan sesebuah negara. Perlembagaan ini sebagai satu ciri utama bagi peraturan-peraturan yang mengawal sistem kerajaan. Ia menggariskan struktur, prosedur, kuasa serta tanggungjawab sesebuah kerajaan

 Perlembagaan menyediakan kerangka sesebuah kerajaan, menentukan bagaimana ianya harus beroperasi, mengistiharkan tujuan-tujuan negara

Perlembagaan menyediakan kerangka sesebuah kerajaan, menentukan bagaimana ianya harus beroperasi, mengistiharkan tujuan-tujuan negara dan masyarakat serta hak –hak dan tugas-tugas rakyat. Namun, tiada hukuman diperuntukkan terhadap perlanggaran mana-mana peruntukannya. Perlembagaan sesebuah negara boleh dalam bentuk bertulis dan tidak bertulis. 49

Perlembagaan Bertulis biasanya terkandung dalam satu dokumen yang dikanunkan dan menjadi sumber undang-undang utama

Perlembagaan Bertulis biasanya terkandung dalam satu dokumen yang dikanunkan dan menjadi sumber undang-undang utama bagi sesebuah negara. Ada negara yang mempunyai Perlembagaan Bertulis yang tidak dikanunkan dalam satu dokumen, malah terkandung dalam beberapa sumber lain. Kebanyakan negara di dunia mempunyai perlembagaan bertulis. Hanya 3 negara yang tidak mempunyai Perlembagaan Bertulis iaitu, United Kingdom, New Zealand dan Israel. 50

Perlembagaan Tidak Bertulis bermakna tiada sebarang bentuk peraturan bertulis yang menjadi sumbernya. Lazimnya sumber

Perlembagaan Tidak Bertulis bermakna tiada sebarang bentuk peraturan bertulis yang menjadi sumbernya. Lazimnya sumber peraturannya adalah dari adat resam dan amalan-amalan yang diterima pakai oleh masyarakat. Contohnya United Kingdom yang banyak merujuk kepada undang-undang common dan konvensyen. 51

Sekian, Terima Kasih Mohd Sani Mat Daud msmd@doe. gov. my

Sekian, Terima Kasih Mohd Sani Mat Daud msmd@doe. gov. my