Pengenalan Kepada Akta Pengambilan Tanah 1960 Akta 486
Pengenalan Kepada Akta Pengambilan Tanah 1960 (Akta 486) Oleh : En Jalalludin B H. Mahfundy Penyelaras Program(K) BPPT, INSTUN
• Pengenalan kepada APT 1960 • Pengambilan tanah oleh Kerajaan bagi maksud awam Seksyen 3(1)(a) • Pengambilan Seksyen 3(1)(b)/(c)
Sumber Kuasa • Perkara 13 PP • Perkara 83(5)(b) PP • Seksyen 340 KTN – Ketakboleh disangkal Hakmilik dan kepentingan • Akta Pengambilan Tanah 1960. • Pekeliling
Ringkasan Akta/Undang-Undang Sebelum APT 1960: i. Enakmen Pengambilan Tanah Negeri Selat ii. Enakmen Pengambilan Tanah Kelantan 1934 iii. Enakmen Pengambilan Tanah Johor 1936 iv. Enakmen Pengambilan Tanah Negeri Melayu Bersekutu (Cap 40) v. Ordinan Pengambilan Tanah (Pampasan) (Peruntukan Khas) 1948 (Sumber: Buku Pengambilan Tanah. Mazlan Ismail dan Ismail Omar) APT 1960 (Akta 486) sama dengan India Land Acquisition Act 1894 i. Kuatkuasa 13. 10. 1960 di Semenanjung ii. Terdapat 69 seksyen , 3 Jadual; 1 Kaedah Pengambilan dan 2 Jadual iii. Enam Belas kali pindaan iv. Pindaan terakhir APT (Pindaan) 1997 (Akta A 999) kuatkuasa 1/3/1998 v. Dalam proses pindaan besar-besaran ikut keadaan terkini
Pekeliling dan Surat Pekeliling • • • • Pekeliling KPTG Bil 4 Tahun 1986 - Pengambilan Tanah GSA Pekeliling KPTG Bil 4 Tahun 1999 - Maklumat Perancangan Pekeliling KPTG Bil 5 Tahun 1999 - Maklumat kepada JPPH Pekeliling PTP Bil 1 Tahun 2003 - Garis Panduan Untuk Kem. Dan Jab. Pekeliling PTP Bil 1 Tahun 2005 - Garis Panduan Untuk Badan Berkanun Pekeliling KPTG Bil 24 Tahun 2009 - Penahanan 25% Pekeliling KPTG Bil 27 Tahun 2009 - Mengambil Milik Pekeliling KPTG Bil 39 Tahun 2009 - Garis Panduan Bayaran kepada ARB Pekeliling KPTG Bil 41 Tahun 2009 - Pengurusan Cek Pampasan Pekeliling KPTG Bil 43 Tahun 2009 – Syarat Nyata dan Syarat Tersirat Surat Pekeliling KPTG Bil 1 Tahun 2005 – Garis Panduan Penyediaan Borang G dan H Surat Pekeliling KPTG Bil 2 Tahun 2005 - Prosiding Siasatan Pekeliling PTG Selangor Bil 2 Tahun 2010 – Garis Panduan Prosiding Siasatan dan Penentuan Award
Artikel 13 Perlembagaan Persekutuan menyatakan: Hak Terhadap Harta 13. (1) Tiada seorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut Undang-undang. (2) Tiada Undang-undang boleh memperuntukkan pengambilan atau penggunaan harta dengan paksa tanpa pampasan yang memadai
PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG Di bawah Perlembagaan Persekutuan, TANAH ADALAH DI BAWAH BIDANG KUASA NEGERI Jadual 9 Senarai II - Senarai Negeri 76 (4) Parlimen boleh, hanya bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar, membuat undang-undang mengenai pemegangan tanah, perhubungan antara tuan tanah dengan penyewa, pendaftaran hakmilik dan surat ikatan yang berhubungan dengan tanah, pindah hakmilik tanah, gadai janji, pajakan dan gadaian berkenaan dengan tanah, isemen dan hak dan kepentingan lain mengenai tanah, pengambilan tanah dengan paksa, perkadaran dan penilaian tanah, dan kerajaan tempatan: dan Fasal (1)(b) dan (3) tidaklah terpakai bagi mana undang-undang yang berhubungan dengan mana-mana perkara itu.
Pengambilan Tanah di Sabah dan Sarawak 95 D Berhubung dengan Negeri Sabah dan sarawak, Fasal (4) Perkara 76 tidaklah terpakai, dan juga perenggan (b) Fasal (1) Perkara itu tidak membolehkan Parlimen membuat undang-undang mengenai mana-mana perkara yang disebut dalam Fasal (4) Perkara itu. Sabah - Sabah Land Ordinance (Cap. 69) Sarawak - Sarawak Land Code (Cap. 81) Seksyen 46 - 83
Tanah-tanah yang tidak boleh dibuat pengambilan melalui APT 1960 v. Tanah Milik Persekutuan v. Tanah Rizab Persekutuan (yang diwartakan) v. Tanah Kerajaan v. Tanah Rizab v. Tanah Lombong v. Tanah Simpanan Hutan
PEKELILING PESURUHJAYA TANAH PERSEKUTUAN BIL. 1/2003 Garis panduan permohonan pengambilan tanah bagi maksud awam oleh Agensi Pemohon. Terdapat empat perkara utama iaitu: (a) Perancangan awal/ pra-pengambilan (b) Proses pengambilan (c) Pasca pengambilan (d) Lain-lain hal berkaitan
Empat kaedah untuk memperoleh tanah: 1. Permohonan Tanah Kerajaan (Borang Jadual 1) 2. Pembelian terus tanah milik tuan tanah (Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 11/2007) 3. Permohonan untuk tukarguna antara agensi Kerajaan 4. Pengambilan tanah milik melalui Akta Pengambilan Tanah (APT) 1960
Kelemahan Pembelian 1. Lokasi 2. Keadaan Tanah 3. Keengganan Pemilik Tanah Menjual Tanah 4. Kematian Terhadap Tuan Tanah 5. Setinggan, Tanah Dicagar Ke Bank, kaveat 6. Halangan Perundangan – Kategori, Syarat Nyata, Sekatan Kepentingan
Kelebihan Pengambilan Tanah 1. Lokasi 2. Keadaan Tanah 3. Tiada Halangan Perundangan Ø Tanah diambil mengikut APT. 1960 Ø Pampasan ditentukan mengikut Jadual Pertama APT. 1960 Ø Bebas daripada bebanan
1. Lokasi 2. Keadaan Tanah 3. Tiada Halangan Perundangan Ø Tanah diambil mengikut APT. 1960 Ø Pampasan ditentukan mengikut Jadual Pertama APT. 1960 Ø Bebas daripada bebanan
PROSEDUR PENGAMBILAN
TUJUAN PENGAMBILAN TANAH Seksyen 3(1) Akta Pengambilan Tanah : 3(1) Pihak Berkuasa Negeri boleh mengambil mana-mana tanah yang diperlukan – a) b) c) Bagi apa-apa maksud awam ; Oleh mana-mana orang atau perbadanan bagi apa-apa maksud yang pada pendapat Pihak Berkuasa Negeri adalah benefisial untuk kemajuan ekonomi Malaysia atau mana-mana dari itu atau kepada orang ramai secara am atau mana-mana kelas orang ramai; atau Bagi maksud perlombongan atau untuk maksud-maksud kediaman, pertanian, perdagangan, perindustrian atau rekreasi atau mana-mana kombinasi maksud itu.
Notis Awal Seksyen 4 • Warta Sekyen 4 membolehkan Agensi Pemohon untuk memasuki tanah tersebut bagi tujuan mengkaji masa ada tanah tersebut sesuai atau tidak (soil test) • Pampasan berdasarkan kepada harga pasaran pada tarikh warta Seksyen 4 • Luput selepas 12 bulan jika tidak diikuti dengan mewartakan Seksyen 8 • Berkuatkuasa selama 2 tahun • Award Pentadbir Tanah (Borang G) akan dikeluarkan dalam tempoh tersebut. • Luput sekiranya Borang G tidak dikeluarkan dalam tempoh tersebut.
Kuasa Untuk Memasuki dan Mengukur Seksyen 5 - Borang B • Memberi kuasa kepada pegawai-pegawai untuk masuk dan meninjau tanah yang diperolehi • Tidak mempunyai hak untuk masuk ke dalam rumah kediaman kecuali dengan kebenaran daripada penduduk Seksyen 6 • Apa-apa kerosakan yang disebabkan kajian atas tanah mesti dibayar pampasan
Pengisytiharan Pengambilan Tanah Seksyen 7 - Borang C • Pentadbir Tanah menyediakan dan mengemukakan pelan pengambilan tanah yang diperlukan kepada Pihak Berkuasa Negeri bagi tujuan kelulusan Seksyen 8 - Borang D • Setelah diluluskan, pengisytiharan warta hendaklah dibuat dalam Borang D • Luput selepas 24 bulan dari tarikh pengisytiharan di dalam warta Seksyen 9 • Tanah yang dicadangkan untuk pengambil alihan mesti ditandakan • Satu catatan hendaklah dibuat dalam dokumen hakmilik daftar
Permulaan Prosiding Seksyen 10 - Borang E • Pentadbir Tanah hendaklah memberi notis siasatan (Borang E) mengenai siasatan kepada tuan tanah dan mana-mana orang yang berkepentingan dengan menyatakan: – – – • hari siasatan dijalankan; tempat siasatan dijalankan; dan masa siasatan dijalankan Satu salinan Borang D hendaklah dilampirkan dalam setiap Borang E Tujuan siasatan - untuk mendengar segala tuntutan yang dikemukakan oleh tuan tanah dan orang berkepentingan Siasatan hendaklah dilakukan selepas 21 hari dari tarikh notis awam Borang E dikeluarkan
Siasatan Seksyen 12 • Pentadbir Tanah hendaklah menjalankan siasatan penuh bagi menentukan nilai semua tanah yang dijadualkan dan mendengar tuntutan daripada tuan tanah atau orang berkepentingan • Menilai jumlah pampasan yang mencukupi • Penilaian haruslah selaras dengan prinsip-prinsip Jadual Pertama APT. 1960 • Pentadbir Tanah boleh menangguhkan siasatan • Semua tuntutan perlulah direkodkan • Pentadbir Tanah diberi kuasa seperti Mahkamah: – Memanggil saksi untuk menghadiri siasatan – Memaksa mengemukakan dokumen-dokumen berkaitan
Award Dan Pampasan Seksyen 14 (1) – Borang G • Pentadbir Tanah hendaklah membuat award secara bertulis dalam Borang G • Difailkan di pejabat Pentadbir Tanah - hendaklah menjadi keterangan muktamad dan konklusif mengenai: a. Keluasan tanah b. Nilaian tanah c. pembahagian Seksyen 16 (1) - Borang H (Notis Award dan Tawaran Pampasan) • Award bertulis dalam Borang G mesti diikuti oleh Borang H • Dikeluarkan kepada orang-orang yang layak untuk menerima award tersebut. (Borang H merupakan ekstrak daripada Borang G) • Beri pilihan kepada orang yang berkenaan kepada: – menerima tawaran pampasan dengan bantahan – tidak menerima tawaran pampasan • • Pampasan perlu dibayar dalam tiga (3) bulan dari tarikh Borang H diserahkan Jika tidak, 8% per caj bayaran lewat setahun kena dibayar.
Award Dan Pampasan • Pentadbir Tanah akan mendepositkan wang itu ke mahkamah jika: – tiada pihak yang kompeten untuk menerima bayaran – orang yang berkepentingan tidak bersetuju untuk menerima wang pampasan – terdapat pertikaian antara pihak yang terlibat • Ex parte kepada Pendaftar Mahkamah Tinggi
Mengambil Milik Tanah Secara Rasmi • Pentadbir Tanah boleh mengambilmilik tanah: § Pada masa penyerahan Borang H kepada penduduk atau pada bila-bila masa; § Melalui Surat Perakuan Segera (Borang I) sama ada pampasan telah dibuat atau belum. • Dengan syarat Pentadbir Tanah tidak boleh mengambilmilik mana-mana bahagian atau tanah melalui Surat Perakuan Segera yang digunakan sebagai tapak bangunan, melainkan mengikut peruntukan di bawah Seksyen 20
Penarikan Balik Pengambilan Tanah • • Penarikan balik boleh dilakukan sebelum tanah diambil milik (Borang K belum dikeluarkan) Pentadbir Tanah dikehendaki: – menentukan pampasan sewajarnya kepada pemilik bagi kerosakan yang disebabkan (jika ada) ke atas tanah – membayar kepada orang yang berkepentingan semua kos akibat prosiding bagi pengambilalihan.
Rujukan ke Mahkamah Hanya empat perkara yang boleh dibantah oleh orang-orang berkepentingan iaitu: – pengukuran tanah; – jumlah pampasan; – orang yang kepadanya ia akan dibayar; dan – pembahagian pampasan Nota: Bantahan hendaklah dibuat dalam Borang N dan dikemukakan kepada Pentadbir Tanah Seksyen 38 (1) Borang N Dikemukakan oleh Pentadbir Tanah kepada Pendaftar Mahkamah (Mahkamah Tinggi) Permohonan hendaklah menyatakan sepenuhnya: - jenis kepentingan orang itu di tanah - jenis bantahan - alasan bantahan
Bila boleh buat bantahan Jika ada pemohon atau diwakili dalam siasatan Jika tidak hadir atau tidak diwakili dalam siasatan Enam (6) minggu dari tarikh award Enam (6) minggu dari tarikh penerimaan Borang H atau dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh award (yang mana luput terlebih dahulu)
TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL OLEH KEMENTERIAN/JABATAN PENGGUNA (KJP)
TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL OLEH KJP Cadangan Pengambilan Tanah Di Bawah Seksyen 4 APT 1960 1 KJP berbincang dengan JKPTG Negeri/ Pentadbir Tanah Daerah berhubung dengan cadangan untuk mendapatkan tanah yang mungkin diambil untuk diwartakan di bawah Seksyen 4 APT 1960 bagi membolehkan KJP memasuki tapak untuk mengkaji kesesuaian tanah (soil test) serta lain-lain maklumat dan keperluan sebelum mengemukakakan permohonan. 2 Semasa menentukan kesesuaian tapak, KJP perlu mengambil perhatian kepada perkara-perkara berikut: i. Projek yang dicadangkan bersesuaian dengan perancangan pembangunan ii. Mengelakkan tapak yang mempunyai bebanan sosial yang rumit (masjid, bangunan keagamaan, setinggan dll) iii. Menyediakan peruntukan mencukupi untuk membayar kerosakan. 3 KJP mengemukakan permohonan secara online melalui laman sesawang www. etapp. gov. my dan mengemukakan hardcopy kepada JKPTG Negeri dan disalinkan kepada JKPTG Ibu Pejabat berikut dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan online beserta perkara –perkara berikut:
Cadangan Pengambilan Tanah Di Bawah Seksyen 4 APT 1960 (samb. ) i. ii. • • iii. iv. Surat permohonan pengambilan tanah dan salinan pengesahan permohonan pengambilan tanah yang dicetak daripada sistem e-Ta. PP. Pelan pengambilan yang mengandungi: butir-butir tanah terkini seperti senarai no. lot/PT yang terlibat, mukim dan daerah di mana tanah tersebut berada; dan Bilangan pelan yang mencukupi Pengesahan peruntukan kewangan yang mencukupi untuk membiayai kos pampasan kerosakan. Pelan Seksyen 8 boleh digunakan sekiranya telah siap terlebih dahulu 4 KJP boleh memasuki tanah dan membuat kerja-kerja ukur dan mengkaji kesesuaian tanah hanya setelah PTG mengeluarkan Borang B (Kuasa Masuk dan Mengukur) 5 Dalam tempoh 12 bulan, jika KJP mendapati tanah tersebut sesuai dibuat pengambilan, maka KJP hendaklah membuat permohonan Seksyen 8 6 Sekiranya KJP merasakan kajian tidak dapat diselesaikan dalam tempoh 12 bulan, maka KJP perlu memaklumkan kepada JKPTG Negeri untuk lanjutan warta (Seksyen 4 APT 1960)
Permohonan Pengambilan Tanah Di Bawah Seksyen 8 APT 1960 1 KJP mengemukakan permohonan secara online melalui laman sesawang www. etapp. gov. my kepada JKPTG Negeri dan disalinkan kepada JKPTG Ibu Pejabat beserta perkara-perkara berikut: i. Surat permohonan pengambilan tanah dan salinan pengesahan permohonan pengambilan tanah yang dicetak daripada sistem e-Ta. PP ii. Salinan pelan pengambilan yang lengkap (mengikut skala) yang mengandungi: • Butir-butir tanah terkini seperti tercatat dalam syit litho di Pejabat Tanah dan Pelan Akui di pejabat JUPEM berkenaan; • Skala sama seperti dalam syit litho Pejabat Tanah; • Menggunakan warna berlainan untuk menandakan kawasan dan status tanah yang terlibat dengan pengambilan seperti berikut: • Merah – tanah berimilik • Kuning – tanah Kerajaan • Hijau – rizab hutan • Oren – tanah milik Persekutuan • Coklat – tanah rizab Negeri • Biru muda – tanah rizab Persekutuan iii. Jadual yang mempunyai maklumat tanah yang tepat, lengkap dan terkini mengenai mukim, daerah, no. syit litho, no. lot dan no. hakmilik. 31
Permohonan Pengambilan Tanah Di Bawah Seksyen 8 APT 1960 (samb) iv. Pelan pengambilan yang mempunyai jadual berasingan mengenai sebarang tanah milik/rizab Persekutuan, tanah rizab Negeri dan tanah kosong/Kerajaan, serta keluasan yang diperlukan untuk kegunaan projek; v. Bilangan salinan pelan yang mencukupi; vi. Sijil Carian Rasmi yang terkini bagi lot-lot yang terlibat (dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh dikeluarkan); vii. Ulasan Jabatan Teknikal dan Laporan Kajian Kesan Alam Sekitar (EIA) jika perlu; viii. Persetujuan Jawatankuasa Pembangunan Daerah/ Jawatankuasa seumpamanya (mengikut kehendak PBN) ix. Pengesahan peruntukan yang mencukupi termasuk kos penandaan, pengukuran, bayaran kenaikan award Pentadbir Tanah, pelarasan permohonan ukur, pecah pisah, kesan mudarat dan lain-lain kos; dan x. Surat Perakuan Segera (Borang I), jika tanah tersebut diperlukan segera. (Caj bayaran lewat lapan (8) peratus setahun dikenakan mulai dari tarikh pengeluaran Borang K hingga tarikh bayaran pampasan
Penandaan Kawasan Pengambilan Tanah (Seksyen 9 A APT 1960) 1 KJP akan membuat penandaan kawasan pengambilan di atas tapak terbabit setelah menerima arahan daripada JKPTG Negeri dan setelah Borang D dikeluarkan Kehadiran KJP di dalam Siasatan Pengambilan Tanah (Seksyen 12 APT 1960) 1 Setelah menerima Notis Perbicaraan (Borang E) daripada Pentadbir Tanah, KJP hendaklah menghantar wakil yang boleh membuat keputusan mengenai projek tersebut.
Pembayaran Pampasan (14 APT 1960) 1 KJP hendaklah membayar pampasan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh penerimaan Borang H 2 Setelah KJP menerima senarai bayaran pampasan dalam Borang H daripada Pentadbir Tanah, maka KJP hendaklah mengambil tindakan seperti berikut: i. Menguruskan penyediaan cek-cek bayaran pampasan atau melalui Electronic Fund Transfer (EFT) terus ke akaun orang berkepentingan dan perlulah dimaklumkan kepada Pentadbir Tanah mengikut butiran yang dinyatakan di dalam Borang H. Jika bayaran menggunakan cek, cek tersebut hendaklah dihantar kepada JKPTG Negeri untuk diserahkan kepada orang berkepentingan. ii. Sekiranya pembayaran pampasan tidak dibuat dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh penyerahan Borang H, maka caj bayaran lewat 8 peratus setahun akan dikenakan iii. Jika KJP hendak membuat bantahan terhadap pampasan tersebut, maka KJP hendaklah membuat pembayaran 75% sahaja daripada amaun pampasan dan menahan baki 25% pampasan sehinggalah perintah Mahkamah dikeluarkan.
Bantahan (Seksyen 37(3) dan Seksyen 49 APT 1960) 1 KJP boleh membuat bantahan (Borang N) ke Mahkamah Tinggi jika difikirkan award Pentadbir Tanah (Borang H) adalah terlalu tinggi dan bantahan perlu dikemukakan dalam tempoh seperti berikut: i. Bagi KJP yang hadir siasatan, tempoh untuk membuat bantahan adalah enam (6) minggu dari tarikh perintah award Pentadbir Tanah; dan ii. Bagi KJP yang tidak hadir siasatan, tempoh untuk membuat bantahan adalah enam (6) minggu dari tarikh penerimaan Borang H ataupun enam (6) bulan dari tarikh perintah award Pentadbir Tanah atau mengikut mana yang lebih dulu tamat tempohnya. 2 KJP hendaklah mengemukakan Borang N beserta bayaran deposit RM 3, 000. 00 atas nama Pentadbir Tanah Keputusan Mahkamah Mengenai Bantahan Amaun Pampasan 1 KJP akan membayar apa-apa amaun setelah menerima perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi
Pengambilan Tanah Secara Rasmi Di Bawah Seksyen 22 APT 1960 1 Apabila KJP menerima Notis Pengambilan Milik Tanah Secara Rasmi (Borang K) daripada Pentadbir Tanah, maka KJP bolehlah memasuki dan menggunakan tanah untuk memulakan projek. Permohonan Pemberimilikan/Perizapan 1 KJP perlulah mengemukakan permohonan kepada PTP sama ada tanah tersebut dipohon pemberimilikan (Jadual 1) ataupun perizapan. Pengawalan Tanah 1 KJP juga perlu mengambil langkah-langkah penjagaan dan kawalan ke atas tanah yang telah dibuat pengambilan tersebut. (Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2/1987 – Langkah-langkah Penjagaan dan Kawalan dan Arahan Jemaah Menteri bertarikh 8 November 2000)
PERMOHONAN SEKSYEN 3 (1)(b)/(c)
Permohonan Seksyen 3(1)(b)/(c) Melalui Borang 1 sertakan: ü Kertas cadangan projek ü Pelan tata atur dan pelan pengambilan ü Laporan permulaan penilaian kerajaan ü Fee ü Deposit Seksyen 3(3) Jadual ke-2 Kaedah 5
Fee [Jadual Kedua – Pin. PU(A) 413/2000] • Selain daripada kemudahan awam: – Tidak lebih 10 orang berkepentingan : RM 10, 000. 00 – Tambahan hingga 15 orang berkepentingan : RM 1, 000. 00 @ orang – Tambahan hingga 20 orang berkepentingan : RM 2, 000. 00 @ orang – Tambahan seterusnya RM 3, 000. 00 @ orang • Kemudahan awam: – Tidak lebih 10 orang bekepentingan : RM 1, 000. 00 – Tambahan seterusnya : RM 100. 00 @ orang
Tindakan PT/PTG/JKPTG 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Buka fail Charting dan lapuran Semakan hakmilik Penyediaan Borang C & D Lapuran Tanah Tindakan UPEN seksyen Tindakan JKKPT 3(1)(b)(c) 8. Penyediaan Kertas EXCO/CM/MB 9. Kelulusan 10. Rujuk Penasihat Undang 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. Pewartaan Penandaan dan endorsan Notis awam dan notis persendirian Semakan semula hakmilik Siasatan Perintah Bayar Ambil milik dan endorsan Tindakan selepas pengambilan
Warta/Gezet/Pengisytiharan √ Seksyen 4 – apabila Pihak Berkuasa Negeri berpuas hati bahawa mana tanah dimana-mana kawasan dalam negeri itu mugkin diperlukan bagi apa-apa maksud yang disebut dalam Seksyen 3 maka suatu pemberitahuan dalam Borang A hendaklah disiarkan dalam warta √ Tujuan: Kajian kesesuaian atau jajaran baru √ Warta dalam Borang A dilaksanakan menurut Seksyen 52 & Sekseyn 4(2) √ Kuatkuasa 12 bulan dari tarikh warta Seksyen 4(3) jika luput hendaklah warta yang baharu √ Untuk memasuki tanah dan membuat kerja mesti diberi kuasa melalui Borang B Seksyen 5(1) √ Tidak boleh memasuki bangunan atau halaman atau taman tertutup tanpa kebenaran Seksyen 5(3)(a) √ Untuk memasuki beri 3 hari notis bertulis kepada penduduk mengenai cadangan itu Seksyen 5(3)(b) √ Jika berlaku kerosakan – bayaran gantirugi Seksyen 6(1)
Warta/Gezet/Pengisytiharan • Seksyen 8 – Apabila Pihak Berkuasa Negeri memutuskan bahawa mana-mana tanah yang disebut dalam Seksyen 7 diperlukan bagi apaapa maksud yang disebut dalam Seksyen 3, maka pengistiharan dalam Borang D hendaklah disiarkan dalam warta – Warta dalam Borang D beserta senarai tanah dalam Jadual Borang C Sekseyen 8(1)(2) – Warta luput dan terhenti kuatkuasa jika award/perintah tidak dibuat dalam tempoh 2 tahun dari tarikh warta (19. 1. 1984) – Seksyen 35(2)(3) dan (4) hendaklah terpakai dengan ubahsuai yang perlu Sekseyen 8(5) – Tak jadi ambil mesti buat penarikan kes Straits Credit Sdn Bhd v PTD Kuala Lumpur [1994] 2 CLJ 855
Selepas warta Seksyen 8 √ Tindakan Seksyen 9 A √ Dapatkan lapuran penilaian
Carta Aliran Proses mendapatkan Kelulusan Pihak Berkuasa Negeri (PBN) Pengambilan Tanah di bawah Seksyen 3(1)(b)/(c) APT 1960 Pemohon Pentadbir Tanah Semak UPEN Ada kelulusan pembangunan Bukan kemudahan awam Tolak
Tiada Pengambilan Berjaya Runding Tidak Perlu JKPT PBN Perlu Pemohon Keputusan Gagal/Tiada Keputusan UPEN
Keputusan Lulus Pentadbir Tanah Pemohon Terma Syarat & 75% Deposit Tolak Pentadbir Tanah Pemohon
Keputusan Tidak Setuju Tiada Jawapan Pentadbir Tanah Setuju Pentadbir Tanah Siasat Lucut Hak Deposit Pemohon Proses Pengambilan Tanah sama seperti Seksyen 3(1)(a) APT 1960 Keputusan Tidak Setuju Pentadbir Tanah Setuju/Tiada Jawapan Pentadbir Tanah Kembalikan deposit PBN
Sekian Terima Kasih
- Slides: 50