Pengenalan BAB 2 TAMADUN ISLAM Pandangan Semesta Tamadun
• Pengenalan BAB 2 TAMADUN ISLAM • Pandangan Semesta Tamadun Islam • Konsep Tamadun Islam • Sumber Tamadun Islam • Asas Tamadun Islam • Kelahiran, Perkembangan dan Kemerosotan • Prinsip Tamadun Islam • Ciri-ciri Keistimewaan Tamadun Islam • Sumbangan Tamadun Islam • Jihad dalam Islam
Pengenalan • Islam - agama diturunkan drpd Allah swt sejak nabi Adam a. s • Islam • Bahasa: tunduk, patuh, menyerah, sejahtera • Istilah : taat kpd Allah swt sepenuh hati tanpa ragu dan patuh kepada segala perintah. Nya • Manifestasi drpd pengertian: • Islam membawa manusia ke arah kesatuan akidah • Islam merupakan peraturan hidup yg lengkap dan sempurna • Islam adalah pelengkap syariat yg diturunkan kepada nabi dan rasul terdahulu • Nabi Muhammad saw diutus ketika manusia berada pd zaman jahiliyah dan berdakwah selama 23 thn.
Pandangan Semesta Tamadun Islam (PSTI) • Iaitu konsep mengenai alam semesta secara keseluruhan dilihat melalui satu sudut pandangan yang dipengaruhi nilai tertentu. • PSTI terkandung dalam ajaran al-Quran & al-sunnah bukan bersandar falsafah seperti tamadun lain. • PSTI merangkumi semua aspek kehidupan manusia dan alam. Konsep Keimanan Konsep Kekuasaan • PSTI Konsep Kemanusiaan
Konsep Keimanan • Beriman kepada Allah swt – asas pembinaan TI • Aspek kepercayaan dlm Islam tidak sama dgn aspek kepercayaan lain. • Kepercayaan dan kepatuhan kpd Allah swt – dlm skop melaksanakan segala perintah. Nya dan menjauhi larangan. Nya. ﮚﮛﮜﮝﮞﮟﮠﮡﮢﮣﮤﮥﮦﮧ ﮨ ﮘﮙ “Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Agama yang benar “(al-Bayyinah: 5)
Konsep Kekuasaan • Allah swt – pencipta, penguasa, pemilik mutlak seluruh alam dan segala isinya. ﯗﯘﯙﯚﯛﯜﯝﯞﯟﯠﯡﯢﯣﯤﯥﯦ “Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya. Ia menciptakan apa jua yang dikehendaki -Nya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu” (al. Maidah: 17) • Manusia sebagai khalifah yg tiada kuasa mutlak • Manusia mesti mematuhi segala ketetapan hukum Allah swt & prinsip-prinsipnya ﯦﯧﯩﯩﯪﯫﯬﯭﯮﯯ “dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang yang zalim” (al-Maidah: 45)
Konsep Kemanusiaan • Manusia – makhluk mukallaf dan sebaik 2 kejadian • Tanggungjawab manusia merangkumi hubungan: • Allah swt • Sesama manusia • Alam semesta • Ukuran kemuliaan manusia – taqwa ﮀﮁﮂﮃﮄﮅﮆ ﭵﭶﭷﭸﭹﭺﭻﭼﭽﭾﭿ ﮇﮈﮉﮊ “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan suku puak, supaya kamu saling berkenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling takwa di antaramu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya. ” (al-Hujurat: 13) • Taqwa merupakan asas pembinaan tamadun Islam.
Konsep Tamadun Islam (TI) • TI dibina atas kerangka agama Islam sebagai al-din berasaskan akidah, syariah dan akhlak • Setengah tamadun mengukur ketamadunan berasaskan pencapaian manusia dr aspek kebendaan. • J. K Fiebleman – tamadun : kepandaian masyarakat mengeksploitasi material • Oswald Spengler : tamadun Barat lebih mementingkan kebendaan kerana membawa kemajuan. • Terdapat beberapa istilah diguna oleh sarjana Arab utk menerangkan konsep tamadun Islam, tetapi tidak semua istilah menepati maksud tersebut. Cth: thaqafah – kebudayaan. • Ibn Khaldun (dlm kitabnya al-Muqaddimah) menggunakan istilah umran (perbandaran / tamadun) & hadharah (kebudayaan bandar & berlawanan dgn badawi) • Syeikh Muhammad Abduh & Muhammad Farid Wajdi – perkenalkan istilah madaniyyah (kehidupan bandar) • Jurji Zaydan (kitabnya Tarikh al-Tamaddun al-Islami) perkenalkan istilah tamadun berasal drpd perkataan maddana. Antara perkara yg perlu ada dalam tamadun Islam menurutnya: • Negara dan pemerintahan Islam • Bandar Islam • Stratifikasi sosial • Sains • Pengajaran bahasa Arab • Bangunan Islam • Kesenian dan seni bina • Abu Hassan Ali al Nadawi (kitabnya Western Civilisation, Islam and Muslim) – istilah hadharah dan madaniyyah menepati konsep tamadun Islam dan berpusat kpd wahyu
Sambungan… • Pandangan sarjana tentang konsep tamadun Islam: • Sayyid Qutb • Kemajuan yg dihasilkan oleh sekumpulan masyarat spt sistem sosial, pemerintahan dll berteraskan syariat dan akhlak Islam. • Said Hawa • Kemajuan yang ditegak atas kebudayaan Islam dan hasilnya relevan dgn kebudayaan tersebut • Abu Bakar Hamzah • Sesuatu yg lahir dan berkembang bersama dgn kehidupan manusia sama ada bersifat bukan kebendaan @ sebaliknya. • Syed Naquib al-Attas • Keadaan kehidupan insan bermasyarakat yg telah mencapai kehalusan tatasusila dan kebudayaan yg luhur • Kesimpulan • Sesuatu dianggap sbg tamadun apabila peringkat penyempurnaan (tahsiniyyah) dicapai setelah perkara asas (daruriyyah) dan keperluan (hajiyyah) dilengkapkan.
SUMBER TAMADUN ISLAM al -Quran Al-Sunnah Ijtihad Tamadun dan Budaya Lain
Al-Quran • Iaitu wahyu yg diturunkan oleh Allah swt kpd Rasulullah saw melalui malaikat Jibrail. • Mukjizat yg mengandungi prinsip 2 asas Islam dan ilmu pengetahuan merangkumi ilmu kerohanian dan kebendaan yg menjadi teras membangunkan tamadun • Pendorong manusia utk menggunakan akal utk capai kesejahteraan dan kejayaan dlm kehidupan bersumberkan al-Quran ﮡﮢﮣﮤﮥﮦﮧﮨﮩﮬﮫﮬﮭﮮﮯ Dan tidaklah kehidupan dunia ini melainkan permainan dan hiburan yang melalaikan; dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir? (al-An’am: 32) • Segala kegiatan dan kejayaan manusia mesti berpandukan syariat yg ditetapkan.
Al-Sunnah • Iaitu segala yg disandarkan kepada Rasulullah saw pada perbuatan, percakapan dan pengakuan. • Sumber kedua selepas al-Quran - penghurai dan pelengkap al-Quran. • Pengabaian terhadap dua sumber ini akan menjadikan tamadun tidak seimbang Ijtihad • Tamadun manusia yg sentiasa berkembang sering berlaku pembaharuan yg mana terdapat masalah yg memerlukan penjelasan hukum yg tidak terdapat pada al. Quran & al-Sunnah. • Ulama memainkan peranan berijtihad. • Ijtihad merupakan gabungan tenaga wahyu dan akal bg membangunkan tamadun Islam
Tamadun dan Budaya Lain • Islam adalah bersifat terbuka dlm menerima nilai dan idea daripada tamadun lain selagi tidak bercanggah dgn ajaran Islam. • Hal ini memperkayakan tamadun Islam • Pada dasarnya tamadun Islam banyak dipengaruhi tamadun Arab
ASAS TAMADUN ISLAM AKIDAH SYARIAH AKHLAK
Akidah • Iaitu kepercayaan / keimanan kpd hakikat dan nilai-nilai mutlak, kukuh dalam jiwa setiap muslim. Merupakan perjanjian antara makhluk dgn Allah swt • Pegangan akidah yg mantap akan membebaskan diri daripada sesuatu yg bersifat makhluk. • Hassan al-Banna: Akidah ialah hal 2 yg berhubung dengan kepercayaan dan keyakinan dalam hati hingga menjadi tenteram, tidak ragu 2 dan bimbang, serta bersih daripada segala syak wasangka • Berbeza dgn ideologi (isme) ciptaan manusia yg bersandarkan falsafah material semata 2 dan menafikan kewujudan Tuhan gagal membawa ketenteraman dan menyelesaikan masalah spt sekularisme, materialisme, kapitalisme, liberalisme dsb • Akidah melahirakan tamadun yang mantap dan bebas daripada penyelewengan
Aspek Akidah Aspek Kepercayaan Beriman kpd. Allah swt, Malaikat, Rasul, Kitab, Hari Akhirat, Qada’ & Qadar Aspek Kaedah Kesatuan, Rasional, Bersifat Terbuka, Toleransi
Syariah • Iaitu himpunan hukum / peraturan / ketetapan Allah swt bagi mengatur hubungan manusia dgn Allah swt, hubungan sesama dan hubungan dgn alam bagi mencapai kesejahteraan dan keamanan dunia dan kebahagian di akhirat. ﮗﮘﮙﮚﮛﮜﮝﮞﮟﮠﮡﮢﮣﮤ Kemudian Kami jadikan kamu menjalankan Syariat dari hukum agama; maka turutlah ia, dan janganlah diturut hawa nafsu orang yang tidak mengetahui. (al-Jathiyah: 18) Keistimewaan Syariah • • • Bersifat sempurna – memenuhi keperluan manusia dlm semua bidang Lengkap dalam mengatur semua urusan manusia Bersifat sepadu Bersifat universal Matlamat yg jelas – mencari redha Allah swt Bersifat tetap
Manifestasi Syariah Dlm Tamadun Islam • Memelihara lima perkara – agama, nyawa, akal, kehormatan, harta benda 1. Memelihara Agama • Agama Islam = teras tamadun Islam yg wajib dipertahankan kerana ianya merupakan nikmat paling besar. ﮀﮁﮂﮃﮄﮅ ﭺﭻﭼﭽﭾﭿ Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagimu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepadamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agamamu. (al-Maidah: 3) ﭯﭰﭱﭲﭳﭴﭵﭶﭷﭸﭹﭺﭻ Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari Akhirat kelak dari orang yang rugi. (ali-Imran: 85) ﮍﮎﮏﮐﮑﮒﮓﮔ ﮌ Janganlah engkau adakan tuhan yang lain bersama Allah, kerana akibatnya engkau akan tinggal dalam keadaan tercela dan hina. (al. Israa: 22)
2. Memelihara Nyawa ● Islam melarang manusia membunuh tanpa hak. ● ﮰﮱﯓﯔﯕﯖﯗﯘﯙﯚﯛﯜﯝﯞﯟﯠﯡ ﯢﯣﯤﯥﯦﯧﯩﯩﯪﯫﯬﯭﯮﯯﯰﯱﯲ � � � ﯳ ﯴ ﯵ ﯶ ﯷ ﯸ ﯹ ﯺ ﯻ ﯼ ﯽ ﯾ ﯿ Katakanlah: Marilah aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhanmu kepadamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatu apapun; dan hendaklah membuat baik kepada ibu bapa; dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu dan kepada mereka; dan janganlah kamu hampiri kejahatan-kejahatan yang terang daripadanya dan yang tersembunyi; dan janganlah kamu membunuh jiwa yang telah diharamkan Allah melainkan dengan jalan yang hak. Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu memahaminya. (al-An’am: 151)
3. Memelihara Akal • Membezakan manusia dgn haiwan, melayakkan manusia menerima tggjwb, membezakan baik & buruk. • Manusia dilarang melakukan perkara yg boleh merosakkan akal ﭑﭒﭓﭔﭕﭖﭗﭘﭙﭚﭛﭜﭝﭞﭟ Wahai orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah perbuatan keji dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. (al-Maidah: 90) 4. Memelihara kehormatan • Kehormatan diri seperti maruah dan keturunan di kawal menerusi perkahwinan yg sah. Justeru, jauhi larangan yg merosakan kehormatan ﮊﮋﮌﮍﮎﮏﮐﮑﮒ Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat. (al-Israa: 32) ﯩﯩﯪﯫﯬﯭﯮﯯﯰﯱﯲﯳﯴﯵﯶﯷﯸﯹﯺﯻ � � � � � ﯼ ﯽ ﯾ ﯿ Wahai orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak merendah-rendahkan puak yang lain, mungkin puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula kaum wanita ke atas kaum wanita yang lain, mungkin puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri; dan jangan kamu panggil-memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk. Amatlah buruknya sebutan nama fasik sesudah ia beriman. Dan sesiapa yang tidak bertaubat maka merekalah orang yang zalim. (al-Hujurat: 11)
5. Memelihara Harta Benda • Harta merupakan keperluan manusia. Manusia dilarang mengumpulkan harta dengan cara yang salah. • Manusia juga disarankan agar menafkahkan harta pada jalam Allah melalui sedekah atau zakat. ﮛﮜﮝﮞﮟﮠﮡﮢﮣﮤﮥﮦﮧﮨﮩﮬﮫ Dan janganlah kamu makan harta orang lain di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya). (al-Baqarah: 188) ﮠﮡﮢﮣﮤﮥﮦﮧﮨﮩﮬﮫﮬﮭﮮﮯ Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan dan berbuat baiklah kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berusaha memperbaiki amalannya. (al. Baqarah: 195)
Akhlak • Iaitu sikap rohaniah yang memuliakan tingkah laku manusia terhadap Allah swt terhadap diri sendiri dan mahkluk lain, sesuai dengan suruhan dan larangan serta petunjuk al-Quran dan al-Sunnah • Prinsip akhlak – bersifat universal, lengkap dan tidak boleh diubahsuai mengikut selera manusia • Dlm bahasa Arab – khuluq = budi pekerti, tingkah laku, tabiat • Imam al-Ghazali – sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang dan darinya terbentuk perbuatan dengan mudah tanpa perlu pertimbangan akal. • Antara tujuan Nabi Muhammad saw diutus adalah utk menyempurnakan akhlak • Akhlak membezakan manusia dgn haiwan. • Akhlak yang baik mencerminkan keimanannya.
Prinsip Tamadun Islam • • • Pengabdian kepada Allah swt dlm semua kegiatan hidup Berasaskan akidah Islam Keluhuran nilai kemanusiaan Nilai kesucian dan keharmonian hidup Manusia sebagai khalifah • Tamadun Islam menekan aspek hubungan manusia: Allah swt Manusia Alam
Ciri-ciri Keistimewaan Tamadun Islam 1. Berifat Rabbani • Allah swt adalah punca segala kekuasaan, manusia sebagai pemegang amanah • Allah swt berikan manusia potensi utk capai ketamadunan • Atas sifat Rabbani, TI mempunyai nilai kebaikan, ketenangan, redha Allah swt 2. Sesuai dengan fitrah dan akal manusia • TI bersandarkan wahyu dan akal. Tanpanya manusia gagal laksanakan tugas sebagai khalifah. 3. Tidak Membebankan • Perintah yang disyariatkan Allah swt sesuai dengan kemampuan manusia 4. Sempurna dan menyeluruh • Islam adalah agama utk seluruh umat manusia meliputi semua masa, tempat dan segenap bidang kehidupan. 5. Kesimbangan – rohani dan jasmani
6. Sepanjang zaman • Prinsip 2 dlm Islam dalam bentuk yang umum, tujuannya untuk disesuaikan dengan kehidupan manusia mengikut zaman dan tempat. 7. Terbuka dan toleransi • TI tidak menolak unsur-unsur daripada tamadun lain jika tidak bertentangan dengan hukum syariat Islam. 8. Kesatuan dalam kepelbagaian • Kewujudan pelbagai bangsa dan bahasa bukan penghalang kepada pembentukan kesatuan umat dalam TI kerana TI tertegak atas prinsip keadilan dan kesaksamaan.
• Sumbangan Tamadun Islam 1. Akidah • Islam membebaskan manusia dari sebarang bentuk penyembahan selain Allah swt 2. Sosial • TI memperkenalkan prinsip keadilan, persamaan, kehormatan dan kemuliaan insan dlm aspek sosial 3. Ekonomi • Berteraskan keadilan, mengharamkan riba dan segala bentuk penindasan 4. Politik • Perkenalkan prinsip keadilan dan amanah. Kewajipan mentaati pemimpin yang taat ke Allah swt dan rasul. Nya. 5. Ilmu Pengetahuan • Islam menggalakkan manusia menuntut dan menguasai ilmu pengetahuan, bukan sekadar ilmu tradisi tetapi juga ilmu moden bg pembangunan tamadun Islam yg unggul 6. Kesenian • TI telah melahirkan kesenian yang pelbagai termasuk seni bahasa dan tulisan, sastera, seni bina, seni muzik dsb.
Jihad Menurut Islam • Jihad seringkali difahami sebagai tindakan yang dikaitkan dengan perjuangan menggunakan senjata atau secara fizikal yang bersifat kekerasan. • Hakikatnya, jihad dalam Islam memberi pengertian yang cukup meluas meliputi seluruh aspek kehidupan Pengertian Jihad • Perkataan jihad diambil dari perkataan bahasa Arab berasal dari kata ‘jahada’ bermaksud menggunakan segala usaha dengan bersungguh 2 untuk mendapatkan atau menolak sesuatu. • Pengertian jihad menurut syariah – menentang orang kafir di medan pertempuran dan menghapuskan segala rintangan terhadap dakwah bagi menjadikan kalimah Allah (Islam) itu tinggi. • Umumnya, jihad diertikan sebagai berjuang dalam peperangan, berjuang menentang hawa nafsu dan lain-lain perjuangan pada jalan Allah swt untuk menegakkan kalimah Allah (Islam)
Dalil Jihad ﭑﭒﭓﭔﭕﭖﭗﭘﭙﭚﭛﭜﭝﭞﭟﭠﭡ "Berangkatlah engkau semua, dengan rasa ringan atau berat dan berjihadlah dengan harta-harta dan dirimu semua fisabilillah. " (at. Taubah: 41) Sabda Rasulullah saw bermaksud: “Barangsiapa mati, sedang ia tidak pernah berjihad dan tidak mempunyai keinginan untuk jihad, ia mati dalam satu cabang kemunafikan. ” Muttafaq Alaihi. “Berjihadlah melawan kaum musyrikin dengan hartamu, jiwamu dan lidahmu. ” (Riwayat Ahmad dan Nasa’i) •
Bahagian Jihad Nafsu (Jihad agung) Musuh: Iblis & Syaitan Jihad Zahir Musuh: Kafir, Munafik, Fasik Bahagian: 1. Jihad dgn hati 2. Jihad dgn lisan 3. Jihad dgn ilmu 4. Jihad dgn harta 5. Jihad dgn diri @ nyawa
Kelahiran, Perkembangan dan Kemerosotan Tamadun Islam • Kemunculan TI di Mekah berbeza dgn tamadun lain – bukan faktor geografi Zaman Rasulullah SAW (610 – 632 M) Mekah Madinah Zaman Khulafa’ al Rasyidin (632 – 661 M) Saidina Abu Bakr as-Siddiq, Saidina Umar al-Khattab, Saidina Uthman b Affan, Saidina Ali B Abi Talib Kerajaan Bani Umayyah Damsyik (661 – 750 M) Andalusia (756 – 1031 M) Kerajaan Bani Abasiyyah (750 M – 1258 M) Kerajaan Bani Uthmaniyyah (1299 – 1923 M)
Zaman Rasulullah SAW Mekah - Wahyu pertama diturunkan - 13 thn Rasulullah berdakwah - Usaha Rasulullah: memperbetulkan akidah Benteras maksiat dan kejahilan menghapuskan perhambaan Memperbaiki akhlak Membela kaum wanita Madinah - Usaha Rasulullah • Membina masjid • Mempersaudarakan gol. Ansor dan Muhajirin • Mengadakan perjanjian damai penduduk Madinah • Mewujudkan perlembagaan (sahifah) Madinah • Menghapuskan riba dan memperkenalkan cukai, penggunaan matawang (emas dan perak) • Menghantar pendakwah ke seluruh Sem. Tanah Arab • Membentuk kekuatan dan strategi ketenteraan
Zaman Khulafa al. Rasyidin Khalifah Saidina Abu Bakar al-Siddiq (632634 M) 1. Menghapuskan gerakan murtad dan nabi palsu 2. Tubuh 11 pasukan tentera 3. Mengumpulkan ayat al-Quran 4. Membahagikan beberapa wilayah Islam 5. Belanja 6000 dirham setahun utk rakyat dan negara
Khalifah Saidina Umar B al-Khattab (634 – 644 M) Tentera dibayar gaji Menempatkan pasukan tentera di kawasan jajahan Islam Membahagikan pentadbiran negara kepada 8 wilayah dan dilantik setiap wilayah seorang gabenor Menubuhkan jabatan (dewan) Melantik kadi disetiap wilayah Meluaskan wilayah Islam ke Parsi, Syria, Palestin dan Babylon Memperkenalkan cukai jizyah, kharaj, usyur Membuka 2 empangan Mendirikan rumah persinggahan Usaha mengumpul al-Quran Menetapkan takwim hijrah Menubuhkan kuttab Membangunkan institusi pendidikan di Baghdad, Kufah
Khalifah Saidina Uthman B Affan (644656 M) Meneruskan usaha kahlifah sebelumnya Meluaskan wilayah Islam hingga ke Parsi, Tabristan, Azerbaijan, Armania Tubuh armada laut Islam pertama menawan Rom timur Menyusun dan menulis semula al-Quran dlm bentuk mushaf
Khalifah Saidina Ali Abi Talib (656661 M) Menyusun pasukan polis (al-Syurtah) Melengkapkan pasukan bersenjata Bina markah tentera di Parsi dan Syria Memperkenalkan ilmu sains dan matematik
Kerajaan Bani Umayyah di Damsyik (661 -750 M) • • • Membentuk sistem pentadbiran yang lebih sistematik Menjadikan Damsyik menjadi pusat pemerintahan Meluaskan kuasa politik khalifah Sains dan teknologi mula berkembang Aktiviti penterjemahan daripada bahasa Latin ke bahasa Arab Kota Basrah menjadi pusat penyebaran ilmu Pusat pengajian banyak ditubuhkan dan kegiatan ilmu giat dijalankan Membina hospital, masjid, jalanraya Menukar matawang Byzantine dan Parsi kepada matawang Islam Mengemaskini pentadbiran baitulmal dan tubuh baitulmal setiap wilayah Membahagikan pasukan tentera kepada lima pasukan
Kerjaan Bani Umayyah di Andalusia (756 -1031 M) • Pemerintahan di Andalus dan berpusat di Cordova • Penguasaan ke atas Andalusia oleh kerajaan Bani Umayyah mula berlaku pada zaman pemerintahan Abdul Rahman al-Dakhil 1 • Zaman kegemilangan berlaku pada zaman khalifah Abdul Rahman III dan al-Hakam II Bidang Pendidikan • Di zaman al-Hakam II, ramai sarjana Islam dihantar ke beberapa wilayah misalnya, Cairo, Damacus, Baghdad untuk mengumpul buku-buku dalam pelbagai bidang • Di zaman beliau terdapat 17 pusat pengajian dan 70 perpustakaan di Andalusia • Pusat pengajian tinggi di Cordova yang diasaskan oleh Abdul Rahman III menjadi pusat pengajian terkenal di Eropah. • Pusat pengajian terkenal lain terdapat di Seville, Toledo, Malaga dan Granada
Pusat Penterjemahan • • Pusat penterjemahan terkenal terletak di Toledo Kesan kegiatan penterjemahan menjadikan Andalusia pusat kegemilangan tamadun Islam dan menjadi penggerak kepada kebangkitan masyarakat Eropah. Senibina • Antara senibina terkenal – istana al-Hamra’ dan masjid jamek Cordova Ekonomi • Sistem kewangan ditubuhkan bg mengimbang pendapatan dan perbelanjaan. • Sumber pendapatan – zakat, jizyah, kharaj dsb. • Cordova menjadi pusat ekonomi dan perdagangan antarabangsa. • Andalusia juga menjadi pusat membuat tembikar, perhiasan perak dan emas, memproses kulit, mengeluar senjata • Sektor pertanian dimodenkan
Faktor Kejatuhan Kerajaan Bani Umayyah 1. Sistem pergantian khalifah melalui garis keturunan tidak jelas sehingga menimbulkan persaingan dalam kalangan anggota keluarga. 2. Penentangan daripada golongan Syiah dan Khawarij yang tidak bersetuju dengan penubuhan kerajaan Umayyah 3. Berlaku pertentangan etnik antara suku kaum Arab Utara (Bani Qais) dan Arab Selatan (Bani Kalb) sejak sekian lama yang menyukarkan kerajaan Bani Umayyah mewujudkan kesatuan 4. Kelemahan pemerintahan disebabkan sikap hidup sebahagian pemerintah yang hidup bermewah dan kurang memberi perhatian terhadap perkembangan agama. 5. Munculnya gerakan penentangan daripada keturunan al. Abbas b. Abdul Mutalib yang mendapat sokongan Bani Hasyim dan kaum Mawali (non-Arab) yang tidak berpuas hati dengan pemerintah kerajaan Bani Umayyah
Zaman Kerajaan Bani Abbasiyyah (750 M – 1258 M) • Pemerintahan Abbasiyah adalah berketurunan daripada al. Abbas B. Abdul Mutalib, bapa saudara Nabi s. a. w. • Pengasas kerajaan keturunan al-Abbas ialah Abdullah as. Saffah ibn Muhammad ibn Ali ibn Abdullah ibn al-Abbas • Pusat pemerintahan di Baghdad. • Pemerintahan Abbasiyah bermula dari tahun 132 H hingga tahun 656 H. Tempohnya ialah selama 524 tahun. Pada tahun 656 H, kaum Tatar melanggar dunia Islam, membunuh khalifah Abbasiyah serta ramai kaum keluarganya. Maka, berakhirlah zaman pemerintahan Abbasiyah.
Sumbangan Kerajaan Bani Abbasiyyah Pendidikan • • Pemerintah menggalakkan masyarakat menimba ilmu Setiap masjid dilengkapi sekolah dan perpustakaan Golongan penyelidik dan ahli karya dianugerahkan hadiah Khalifah Abu Jaafar al-Mansur pelupor kegiatan intelektual. Pengasas kota Baghdad dan kolej perubatan. Menjemput Jurjis b Jibril, pengarah hospital Jundishapur ke Baghdad sebagai pengarah kolej perubatan. • Baghdad menjadi pusat intelektual terunggul pada masa pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid (786 -809 M) yang juga pengasas ‘Khizanah al-Hikmah’. • Kemuncak kegiatan keilmuan berlaku pada zaman al-Ma’mun Harun al-Rasyid (813833 M). Lahir ramai sarjana dalam pelbagai bidang ilmu. Khizanah al-Hikmah dibesarkan ditukar nama kepada ‘Baytul Hikmah’. Dilantik Hunayn b. Ishaq sebagai pengarahnya. Penterjemahan • Aktiviti penterjemahan karya klasik Yunani, Parsi dan India bermula pada pemerintahaan al-Ma’mun. Usaha ini dilakukan oleh sarjana yang bertugas di ‘Baytul Hikmah’. • Kegiatan penulisan dan penyusunan kitab hadis, fiqh dan tafsir al-Quran giat dijalankan. • Aktiviti penterjemahan ke bahasa Arab membolehkan sarjana Islam mempelajari ilmu sains zaman sebelum Islam. Ekonomi dan kewangan • Perkembangan dapat dilihat melalui peranan baitulmal – menjaga khazanah negara dan mengagihkan mengikut keperluan. • Sumber ekonomi – perdagangan dan pertanian
Faktor Kejatuhan Kerajaan Bani Abbasiyyah 1. Kelemahan pemerintah seperti khalifah al-Wasiq yang tidak melakukan pembaharuan dan banyak bergantung kepada pegawai 2 Turki utk tadbir negara. 2. Banyak jawatan disandang oleh bangsa Turki dan Parsi menyebabkan kuasa khalifah terbatas. 3. Perebutan kuasa khalifah di antara putera 2 al-Mutawakil menyebabkan pentadbiran lemah. 4. Kegawatan ekonomi disebabkan berlakunya rusuhan dan pemberontakan di akhir zaman kegemilangan. 5. Serangan daripada musuh 2 luar seperti tentera Georgia dan Armania, tentera Salib dan tentera Monggol. Terdapat juga wilayah-wilayah jajahan Islam menuntut kemerdekaan. Ini menyebabkan kerajaan pusat di Baghdad tidak dapat mengawal 6. Melakukan tindakan yang keterlaluan ke atas golongan Syiah dan orang-orang Umayyah serta golongan ulama termasuk Imam Abu Hanifah disebabkan tidak sependapat dan enggan menerima jawatan yang ditawarkan oleh khalifah.
Zaman Kerajaan Bani Uthmaniyah (1258 -1924) • Nama Uthmaniyah diambil bersempena nama sultan Uthman – sultan pertama kerajaan Turki Uthmaniyah. • Pengasas kerajaan ini – Uthman bin Sauji Bin Erturgul b. Sulaiman Shah. • Mula bertapak di Asia Kecil dan kemudian di Istanbul. Sumbangan Zaman Kerajaan Bani Uthmaniyah Pentadbiran dan Perundangan • Sultan Sulaiman telah memperkenalkan peraturan bagi kerajaannya – Kanun Sulaiman • Sistem organisasi dan perundangan Islam diwujudkan • Jawatan kadi, mufti dan sheikhul diperkenalkan Ekonomi • Wujud hubungan perdagangan antara Timur dan Barat meliputi laut tengah, laut Merah, lautan Hindi dan Mediterranean. • Istanbul menjadi pusat perdagangan. Sosial
- Slides: 47