PENGATURCARAAN LIMA FASA KITAR HAYAT PEMBANGUNAN ATURCARA HASIL
PENGATURCARAAN LIMA FASA KITAR HAYAT PEMBANGUNAN ATURCARA
HASIL PEMBELAJARAN a) Menyenaraikan lima fasa kitar hayat yang terlibat dalam pembangunan aturcara bertulis b) Menghuraikan lima fasa kitar hayat yang terlibat dalam pembangunan aturcara secara bertulis c) Melukis lima fasa kitar hayat dalam pembangunan aturcara
LIMA FASA KITAR HAYAT PEMBANGUNAN ATURCARA
FASA 1 : Analisis Masalah Di dalam fasa ini, pengaturcara akan: a) Menemubual pelanggan bagi mengetahui apa yang diperlukan oleh pelanggan. b) Menentukan INPUT, PROSES dan OUTPUT bagi program yang akan dibina.
Contoh Masalah: Tulis sebuah aturcara yang membaca dua nombor dan mengira jumlah keduadua nombor tersebut.
Cara menganalisis masalah: - Tentukan : a) Input = nombor 1 , nombor 2 b) Proses = mengira jumlah nombor 1 dan nombor 2 c) Output = hasil tambah nombor 1 dan nombor 2
FASA 2 : Merekabentuk Program Di dalam fasa ini, pengaturcara akan: a) Menulis KOD PSEUDO Ø ditulis dalam bahasa tabii manusia Ø hanya memberi gambaran tentang proses yang akan dilaksanakan
Contoh KOD PSEUDO bagi masalah di atas ialah: Mula baca nombor 1 baca nombor 2 tambah nombor 1 dan nombor 2 simpan dalam hasiltambah papar hasiltambah Tamat
b) Melakar carta alir ØSimbol-simbol piawai yang mempunyai maksud tersendiri ØDigunakan untuk mempamerkan secara bergambar aliran logik aturcara dengan simbol-simbol khas disambung menggunakan garisan arah aliran
i. Mula atau akhir aturcara ii. Input atau Output
iii. Proses iv. Membuat Keputusan
Contoh carta alir bagi masalah di atas ialah: Mula Baca NOMBOR 1, NOMBOR 2 HASIL TAMBAH= NOMBOR 1 + NOMBOR 2 Papar HASIL TAMBAH Tamat
c) Merekabentuk antaramuka pengguna / Graphical User Interface (GUI)
FASA 3 : Pengekodan Di dalam fasa ini, pengaturcara akan: a) Menukarkan kod pseudo kepada kod yang difahami oleh komputer dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan seperti Visual Basic
FASA 4 : Pengujian Di dalam fasa ini, pengaturcara akan: a) Menguji aturcara yang telah ditulis bagi mengesan dan membetulkan sebarang ralat yang terdapat pada aturcara b) Terdapat 3 jenis ralat dalam aturcara iaitu: Ø Ralat sintaks (syntax error) Ø Ralat masa larian (run time error) Ø Ralat logik (logical error)
FASA 5 : Dokumentasi Di dalam fasa ini, pengaturcara akan: a) Dokumentasi dalaman Ø Disediakan untuk kegunaan pengaturcara lain atau pihak syarikat bagi memudahkan penyenggaraan aturcara atau sistem
b) Dokumentasi luaran Ø Disediakan kepada pengguna akhir yang menggunakan aturcara tersebut Ø Menerangkan tentang cara-cara menggunakan aturcara (manual pengguna)
ARAHAN: Bentukkan kumpulan kepada TIGA kumpulan dan hasilkan: a. b. KOD PSUEDO CARTA ALIR AKTIVITI BERKUMPULAN
LATIHAN PENGUKUHAN 1. Terdapat lima fasa penting yang terlibat dalam pembangunan aturcara. Lukiskan kitaran fasa tersebut di ruangan yang disediakan 2. Di fasa manakah berlakunya proses dimana penguji menguji aturcara yang telah ditulis bagi mengesan dan membetulkan sebarang ralat yang terdapat pada aturcara? Nyatakan TIGA (3) ralat yang terlibat semasa fasa ini. 3. Lukiskan bentuk-bentuk simbol perwakilan yang terdapat dalam carta alir yang digunakan semasa fasa rekabentuk program.
- Slides: 20