Pengajaran Sirah Nabi Puak Quraisy begitu melampau menentang
Pengajaran & Sirah Nabi
Puak Quraisy begitu melampau menentang Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam dan sahabat-sahabat baginda. ‘Abdullah bin ‘Amru bin Al-’As menceritakan: “Ketika Nabi Sallahu‘alaihiwasallam bersolat di Ka’bah, ‘Aqabah bin Abi Muit datang mencekik baginda dengan bajunya. Kemudian Abu Bakar datang memegang kepala bahu ‘Aqabah sambil menolaknya daripada Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam, lalu berkata: “Kenapa engkau hendak membunuh manusia yang mengaku dan mengucap “Rabbku ialah Allah? ” ‘Abdullah bin ‘Umar pula menceritakan: “Ketika Nabi sedang sujud bersolat di tengah-tengah puak Quraisy, datanglah ‘Aqabah bin Abi Muit membawa najis sembelihan, lalu melemparkannya ke atas belakang Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam, menyebabkan baginda tidak mengangkat kepalanya semasa sujud sehingga datanglah puterinya Fatimah Radiallahu‘anha membuang najis-najis tadi, sambil bertanya kepada Ali siapa yang melakukan demikian.
Di ketika yang lain pula baginda terpaksa menanggung berbagai kejian dan maki hamun ketika berjalan di tengah-tengah puak Quraisy dan juga ketika lalu di hadapan kelab-kelab mereka. Manakala sahabat-sahabat baginda ridhuanullahi‘alaihim ajma’in telah mengalami seribu satu penyiksaan, sehinggalah terdapat di antara mereka mati kerana penyiksaan yang melampaui batas. Ada setengah mengalami buta mata, cacat anggota dan sebagainya. Namun penyiksaan yang sedemikian rupa tidak sedikit pun melemahkan keimanan mereka terhadap Allah Subhanahuwata’ala.
Antara kisah ialah apa yang telah diceritakan oleh Imam Bukhari, daripada Khabbab bin Al-’Arat: “Aku datang menemui Rasulullah SAW. Baginda sedang meletakkan kepalanya berbaring dengan berbantalkan pakaiannya di bawah lindungan Ka’bah. Di kala itu kami sedang mengalami penyiksaan yang amat sangat. Lantas aku berkata kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah SAW kenapa tidak tuan hamba memohon daripada Rabb untuk kami? ” Baginda terus bangun dan duduk dengan muka yang merah dan berkata: “Sesungguhnya mereka yang terdahulu daripada kamu pernah diganyang dengan penyakar-penyakar besi hingga ke tulang dan urat, tapi sebiji padi pun mereka tidak berganjak. Ada pula di antara mereka dibelah kepala dengan gergaji namun demikian mereka tetap juga tidak mengubah pendirian mereka. Biarlah Allah sempurnakan perkara ini (din Islam) sehingga manusia yang berjalan dari San’a’ ke Hadhralmaut tidak akan gentar dan takutkan sesuatu melainkan Allah. ”
Pengajaran
No. 1 Mungkin ada yang bertanya: “Kenapakah Nabi Sallallahu’alaihiwasallam dan sahabat baginda rela menanggung segala azab sengsara dan penyiksaan sedang mereka berada atas kebenaran? Kenapa Allah Subhanahuwata’ala tidak melindungi mereka? Tidakkah mereka ini askar-Nya dan Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam pula penda’wah serta pejuang di jalan-Nya? ”. Ikuti jawapannya dalam perenggan di bawah
No. 2 Manusia di dunia adalah hamba Allah SWT. Sebagai hamba mestilah membawa sifat kehambaan. Tidak bererti kehambaan tanpa menerima tangungjawab, suruhan dan tegahan. • Sebagai hamba yang “mukallaf” (hamba yang menerima tanggungjawab) mestilah melaksanakan segala perintah Allah Subhanahuwata’ala sama ada senang mahupun susah. Berda’wah dan berjihad untuk meninggikan kalimat Allah SWT adalah sebahagian daripada kerja mukallaf. • Kewajipan setiap hamba Allah SWT ialah melaksanakan dua perkara penting: • Berpegang teguh dengan ajaran Islam dan mendirikan masyarakat Islam atau ummah Islamiah. • Bersedia berkorban dan mengharungi segala kepayahan untuk mencapai tujuan di atas.
No. 3 Kalaulah Allah Subhanahuwata’ala mahu nescaya mudah sahaja bagi-Nya untuk menegakkan sebuah masyarakat Islam tanpa perlu manusia melalui jalan susah payah. Tetapi Allah Subhanahuwata’ala mahu manusia membuktikan kehambaan mereka di hadapan-Nya. Sehingga, sanggup berkorban dan menempuh kesusahan, dan terbukti mana hamba-Nya yang benar beriman dan mana hamba-Nya yang dusta
No. 4 Segala kesusahan yang dihadapi oleh para pejuang dan penda’wah yang menegakkan kalimah Allah Subhanahuwata’ala dan masyarakat Islam adalah sunnah dan suratan Ilahi, yang berlaku sejak permulaan sejarah da’wah. Antara rahsia dan hikmahnya ialah: • Sifat kehambaan dan keabdian manusia terhadap Allah Subhanahuwata’ala, sepertimana ditegaskan oleh Allah Subhanahuwata’ala: ﺍ ٱﻞﻧ ٱﻞ ﻕ ﺍ ﻉﻭ Dan tidak Aku menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku. (Az-Zariyat : 56
• Sifat kehambaan dan keabdian manusia ini menghendaki manusia bersedia dan bersungguh menanggung segala kesusahan sebagai hamba atau abdi di hadapan Tuan sebenar manusia iaitu Allah Subhanahuwata’ala. • Tabiat jalan bagi penerima tanggungjawab, sama ada lelaki mahupun perempuan, untuk menegakkan syariat Islam dalam diri dan masyarakat, sememangnya akan mengharungi lautan penderitaan.
• Kesusahan akan menampakkan kebenaran orang yang benar dan kedustaan orang yang dusta. Kalau dibiarkan manusia mengaku Islam dan cintakan Allah Subhanahuwata’ala sekadar di lidahnya sahaja, maka tidak wujudlah perbezaan antara orang yang benar dengan orang yang dusta. Firman Allah Subhanahuwata’ala: ﻥ ﺕ ٢ ﻑﻭ ﺏﻡ ﻭ ٣ ٱﻞﻳ ﺍ ٱﻳ ﻥ ﻡ ﺍ ٱﻠ ﺍ ﺍ ﻭ ﺍ ٱﻠ ١ ﺍ ﺩ ﻉ ﻉ Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi. Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang yang dusta. (Al-’Ankabut : 1 -3
Firman-Nya lagi: ٱﻞ ﺩﻭ ٱﻳ ٱﻠ ﻥ ﺏﻡ ﻉ ﻉ ﻡ ﺍ ﻧﻡ ﻭ Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang yang berjihad di antaramu dan belum nyata orang yang sabar. (Ali-’Imran : 142)
No. 5 Inilah sistem dan sunnah Allah Subhanahuwata’ala ke atas hamba. Nya. Semua rasul, Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam sendiri, para sahabat baginda dan para penda’wah di sepanjang zaman menempuh kesusahan. Oleh itu tidak seharusnya penda’wah Islam merasa putus asa dan lemah sekiranya bertemu halangan dugaan di jalan da’wah dan jihad. Bahkan sebaliknya dia harus menyemak semula akan jalan perjuangannya, sekiranya tidak menempuh sebarang cabaran dan halangan.
No. 6 Setiap muslim yang mengaku beriman dengan Allah Subhanahuwata’ala dan Rasul-Nya wajib membuktikan keimanannya dengan segala usaha dan tenaganya. Dia rela menerirna tawaran-Nya untuk menukarkan syurga dengan jiwa raga dan harta bendanya. Firman Allah Subhanahuwata’ala: ٱﻞﺅﻳ ٱﺶﻯ ٱﻠ ﻡﻡ ﻧﻡ ٱﻠ ﻳ ﻱ ﻭ ٱﻞ ﻕﻭﻥ Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh. (At-Taubah : 111
Daripada Ibn Hisyam dan daripada Ibn Ishaq bahawa pada satu masa ‘Utbah bin Rabi’ah, salah seorang pembesar Quraisy yang bijak dan jauh pandangan, telah menawar kepada Quráisy: “Wahai sekalian umat Quraisy, mahukah kamu sekiranya aku pergi bertemu Muhammad untuk menawarkan beberapa tawaran. Semoga beliau menerimanya. Dengan demikian kita tidak lagi terancam dengan seruan agama baru itu. ” Mereka sebulat suara bersetuju dengan pendapat ‘Utbah. Kata mereka: “Memang tepat dan benar sekali pendapat saudara itu dan jalankan segera”. Dengan tidak membuang masa ‘Utbah pergi di rumah Nabi Muhammad Sallallahu‘alaihiwasallam. Beliau disambut baik oleh baginda.
‘Utbah pun membuka hasratnya dan kaumnya: “Wahai anak saudaraku, sebagaimana kita ketahui bersama bahawa engkau adalah sedarah sedaging dengan kami, berasal daripada keturunan dan baka yang mulia. Seperti diketahui ramai, bahawa engkau telah membawa suatu ajaran baru, memecahkan kaum puak kita di samping engkau mengolok-olokkan dan memperbodohkan penyembahan berhala. Mahukah sekiranya aku tawarkan beberapa perkara, semoga engkau dapat menerima sebahagian darinya. ”
Rasulullah SAW bersabda kepadanya: “Katakan ya Abal-Walid, saya cuba mendengarnya. ” Maka berkatalah ‘Utbah: “Sekiranya tujuanmu membawa agama baru ini untuk mendapatkan harta kekayaan maka kami akan kumpulkan harta-harta kami untuk kamu sehingga kamu menjadi seorang yang paling kaya daripada kalangan kami. Sekiranya engkau bermaksud untuk mendapatkan kemuliaan maka kami sekalian bersedia pada bila-bila masa melantik engkau sebagai ketua kami. Sekiranya engkau ingin menjadi raja, yang demikian pun kami bersedia untuk mempertabalkan engkau sebagai raja kami. Sekiranya segala tawaran ini engkau tolak semuanya, maka yang terakhir, kami bersedia membelanjakan harta kekayaan kami untuk mencari tabib bagi merawat engkau sehingga sembuh. ”
dicurahkan itu? ” Jawab ‘Utbah: “Ya. ” Maka sambung Rasulullah: “Sekiranya sedemikian maka dengarkanlah daripadaku pula (Rasulullah membaca beberapa ayat-ayat al-Qur’an daripada surah Fusilat): ﺡ ٱﻠ ﺍۥ ٣ ﻉﻭ ﻙﻡ ﺍﻭ ﺍ ﺍﺍﺍ ﺍ ﺕ ﺍ ﻉ ٤ ﺱﻭ ﻳﺍ ﺍ ٥ ﻭ ﺙﻡ ﻡ ﻱ ﻡ ﻭﺍ ﻱ ﻱﺍ ﻱ ﻭ ﺭﺍﺍ ﻳﺍ ﻝ ١ ﺣ ٢ ﻳ ٱﻠ ﻭ ٱﺲﻍﻭ ﻧﻳ ﺩﻭ ﻥ ﺍ ٱﺲﻳ ﻕ ٱﻊﻝ ﺍ
● ● ● ● ) ﺣ Haa Miim) Diturunkan daripada Rabb Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Kitab yang dijelaskan ayat-ayatnya, yakni bacaan dalam bahasa Arab, untuk kaum yang mengetahui. Yang membawa berita gembira dan yang membawa peringatan, tetapi kebanyakan mereka berpaling, tidak mahu mendengar. Mereka berkata: “Hati kami berada dalam tutupan (yang menutupi) apa yang kamu seru kami kepadanya dan telinga kami ada sumbatan, dan antara kami dan kamu ada dinding, maka bekerjalah kamu, sesungguhnya kami bekerja (pula). ” Katakanlah: “Bahawasanya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahwasanya Ilah kamu adalah Ilah yang Maha Esa, maka tetaplah pada jalan yang lurus menuju kepada-Nya dan mohonlah ampun kepada-Nya. Dan kecelakaan besarlah bagi orang yang mempersekutukan-Nya (Fushilat : 1 -6)
Utbah pun mengikuti (mendengar) bacaan Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam itu sehingga sampai pada ayat: ﻧﺭﻡ ﻭ ١٣ ﻝ ﺍ ﻉﻭ ﻥ ﺙ “Jika mereka berpaling maka katakanlah, Aku telah memperingatkan kamu dengan petir seperti yang menimpa kaum ‘Ad dan Tsamud. ” (Fusilat : 13)
‘Utbah lalu menutup mulut Nabi Muhammad Sallallahu‘alaihiwasallam dengan tangannya dan memohon supaya baginda berhenti bercakap kerana terpaku dengan ayat yang penuh ugutan itu. ‘Utbah kemudiannya kembali kepada sahabat-sahabatnya, lalu ia ditanya: “Apakah pengkhabarannya? ”Jawab ‘Utbah: “Demi sesungguhnya belum pernah aku mendengar barang sesuatu sepertimana aku dengar pada hari ini. Ianya bukan sya’ir, bukan jampi, seloka, sihir dan bukan gurindam biarawan. Wahai kaum Quraisy sekalian, dengarlah cakapku ini, berilah peluang kepada Muhammad, biarkanlah ia dengan usahanya itu. Demi Tuhan sesungguhnya apa yang aku dengar tadi adalah suatu berita yang teristimewa. Andaikata apa yang digambarkan oleh Muhammad terhempap ke atas kamu maka tidak ada orang lain hanya Muhammad saja yang boleh melepaskan kamu. Dan andaikata Muhammad boleh menonjol diri di kalangan bangsa Arab maka percayalah bahawa kekuasaan kamu dan kemegahannya adalah kemegahan kamu jua. ” Jawab mereka: “Demi sesungguhnya engkau juga telah diperdaya oleh Muhammad dengan kelancaran lidahnya. ” Jawab ‘Utbah: “Apa yang aku katakan tadi adalah pendapatku tentang Muhammad dan pendapat kamu terserahlah kepada kamu sekalian. ”
Al-Tabari, lbn Katsir dan periwayat lain menceritakan: Beberapa orang musyrikin termasuk antaranya Al-Walid Bin Al-Mughirah dan Al-’As bin Wail telah datang menemui Muhammad SAW di rumahnya. Mereka menawar kepada baginda wang kekayaan sehingga menjadikan baginda manusia paling kaya di kalangan mereka. Dan menawarkan juga untuk mengahwinkan baginda dengan gadis jelitawan Arab. Mereka meminta agar kedua tawaran itu ditukarkan dengan syarat iaitu memberhentikan sikap penentangan baginda terhadap orang Arab dan penyembahan berhala, serta memberhentikan kecaman baginda terhadap adat tradisi yang mereka warisi daripada datuk nenek terdahulu. Tawaran ini ditolak mentah-mentah oleh Nabi Muhammad SAW.
Usaha diplomatik mereka seterusnya ialah menawarkan supaya Nabi Muhammad SAW bertolak ansur, sehari menyembah berhala dan di hari yang lain mereka beramai-ramai menyembah Tuhan Nabi Muhammad Sallallahu‘alaihiwasallam. Tawaran ini langsung ditolak oleh Nabi Muhammad Sallallahu‘alaihiwasallam. Allah SAW menegaskan: ﻉ ١ ٱﻞﻭ ﺍ ﻝ ﻭ ﻧﻡ ٢ ﻉﻭ ﺍ ﺍ ٣ ﻉ ﻭ ﻧﻡ ٤ ﻡ ﺩ ٦ ﻳ ﻳﻡ ﻡ ٥ ﻉ “Katakanlah “Wahai orang kafir, aku tidak menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu bukan penyembah apa yang aku sembah. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu (pula) tidak pernah menjadi penyembah apa yang aku sembah. Untukmu dinmu dan untukku dinku. ”(Al-Kafirun : 1 -6
Pembesar-pembesar Quraisy tidak berputus asa dengan usaha mereka. Sekali lagi mereka datang beramai-ramai menemui Nabi Muhammad Sallallahu‘alaihiwasallam mengemukakan kepada baginda apa yang pernah ditawarkan oleh ‘Utbah bin Rabi’ah sebelumnya. Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam tetap menjawab dengan tegas: “Sebenarnya aku ini tidak ada kena mengena dengan apa yang kamu suarakan tadi. Segala apa yang aku bawa ini bukan dengan bertujuan mencari harta kekayaan, pangkat dan kekuasaan. Tetapi Rabbku telah mengutuskan aku untuk kamu sekalian di samping itu diturunkan Kitab Suci kepada aku dan Rabbku telah menyuruh aku menyampaikan berita yang menakutkan dan berita mengembirakan. Kewajipanku semata-mata menyampaikan apa yang telah dipertanggungjawabkan ke atasku. Sekiranya kamu menerimanya, maka itu adalah habuan kamu untuk dunia dan akhirat. Jika kamu menolak, tidak ada yang lain, melainkan bersabarlah sahaja sehingga Rabbku menjatuhkan hukuman-Nya di antara aku dan kamu sekalian. ”
Pengajaran
No. 1 Da’wah Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bukanlah batu loncatan untuk mendapatkan kekuasaan, kekayaan dan kemahsyuran. Andaikata Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam ingin menjadikan da’wahnya sebagai batu loncatan ke arah kekuasaan, kekayaan dan kemahsyuran maka sudah tentu baginda akan menerima tawaran-tawaran yang dikemukakan oleh puak Quraisy seperti dalam kisah di atas. Kisah ini adalah pengajaran dan bekalan bagi penda’wah supaya berda’wah dengan ikhlas dan tidak mengharapkan habuan duniawi. Ia adalah pelindung bagi penda’wah daripada pelbagai tawaran dan tipu helah musuh.
No. 2 Pihak Quraisy datang berjumpa dengan Nabi Muhammad Sallallahu‘alaihiwasallam dan menawar kepada baginda pelbagai keistimewaan. Tawaran ini sedikit pun tidak menggerak hati kecil baginda agar menggadai da’wah baginda, malah sanggup pula menahan siksaan kaum Quraisy. Baginda menyatakan dengan tegas: “Sebenarnya aku ini tidak ada kena mengena dengan apa yang kamu suarakan tadi. Segala apa yang aku bawa ini bukan dengan bertujuan mencari harta kekayaan, pangkat dan kekuasaan. Tetapi Rabbku telah mengutuskan aku untuk kamu sekalian di samping itu diturunkan Kitab Suci kepada aku dan Rabbku telah menyuruh aku menyampaikan berita yang menakutkan dan berita mengembirakan. Kewajipanku semata-mata menyampaikan apa yang telah dipertanggungjawabkan ke atasku. Sekiranya kamu menerimanya, maka itu adalah habuan kamu untuk dunia dan akhirat. Jika kamu menolak, tidak ada yang lain, melainkan bersabarlah sahaja sehingga Rabbku menjatuhkan hukuman-Nya di antara aku dan kamu sekalian. ”
No. 3 Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam menolak pelbagai tawaran keistimewaan dan sanggup memilih jalan da’wah yang susah demi memelihara keaslian da’wah baginda. ‘Aisyah Radhiallahu‘anha pernah meriwayatkan dalam riwayat Al-Bukhari, katanya: “Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam telah wafat dan tidak ada suatu pun yang boleh dimakan oleh mereka yang hidup, melainkan hanya sebahagian roti. Aku makan separuh daripadanya sehingga tertinggal begitu lama.
Dalam hadits yang lain, Anas Radiallahu‘anh menceritakan seperti diriwayatkan oleh Al-Bukhari: “Belum pernah Rasulullah memakan di dalam hidangan talam hinggalah baginda wafat, dan tidak pernah memakan roti yang baik hinggalah baginda wafat. ” Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam memilih cara hidup yang mudah dan sederhana, samada dalam aspek pakaian, makanan ataupun alat kelengkapan rumah. Baginda hanya tidur di atas tikar anyaman sahaja dan tidak pernah meletak tubuhnya ke atas hamparan yang lembut
No. 4 Syariat Islam telah menyediakan jalan yang bersih dan matlamat yang bersih. Sering berlaku dalam sejarah manusia, manusia yang inginkan kekuasaan menempuh jalan yang penuh dengan kezaliman, penipuan dan penindasan untuk menuju kepada suatu matlamat. Apabila ia berkuasa, maka berlakulah kezaliman yang berikutnya. Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam tidak rela melalui jalan seumpama itu. Jalan -jalan yang tidak bersih adalah bertentangan dengan konsep da’wah Islamiah yang sebenar. Penda’wah di setiap zaman berkewajipan memelihara matlamat yang benar dan mulia. Penda’wah juga berkewajipan memelihara jalan, saranan dan wasilah agar berteraskan kebenaran dan kemuliaan
No. 5 Jalan da’wah memerlukan pengorbanan dan jihad. Justeru itu penda’wah perlu memiliki persediaan untuk mengorbankan masa, tenaga, harta dan jiwa raga untuk mencapai tujuan da’wah. Semangat untuk berkorban perlulah tinggi sepertimana yang dipersaksikan oleh Rasulullah SAW
No. 6 Allah SWT menghendaki bahawa seluruh ibadah dan penyembahan ditumpukan kepada-Nya. Tidak dibenarkan manusia menyembah Allah Subhanahuwata’ala pada satu ketika, dan pada ketika yang lain menyembah sembahan-sembahan yang lain. Atau di satu ketika mengamalkan ajaran Islam, dan pada ketika yang lain mengamalkan ajaran agama lain.
Kaum kafir Quraisy telah membuat keputusan sebulat suara untuk membunuh Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam. Keputusan ini disampaikan kepada Bani Hasyim dan Bani Abdul Mutalib. Tetapi Bani Hasyim dan Bani Abdul Mutalib enggan menyerahkan Rasulullah SAW kepada kaum kafir Quraisy. Setelah rancangan membunuh Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam tidak berjaya, maka kaum Quraisy merancang pemulauan. Mereka bermuafakat untuk memulau baginda, orang Islam yang bersama baginda serta kalangan Bani Hasyim dan Bani Abdul Mutalib yang mempertahankan baginda. Untuk mencapai tujuan ini, mereka telah menandatangani satu perjanjian bertulis yang menyatakan mereka tidak akan mengahwini, tidak berjual-beli, menyekat sumber rezeki, tidak menerima sebarang perdamaian dan tidak akan berbelas kasihan kepada Bani Hasyim dan Bani Abdul Mutalib, melainkan jika Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam diserahkan kepada mereka untuk dibunuh.
Naskhah perjanjian ini digantung di Ka’bah. Maka kaum kafir Quraisy berpegang kepada perjanjian itu selama tiga tahun. Bermula dari bulan Muharram tahun ketujuh hingga tahun kesepuluh selepas kebangkitan baginda sebagai Rasul Allah. Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersama-sama orang Islam bertungkus-lumus berjuang bersungguh-sungguh selama tiga tahun. Ujian atas mereka terlalu berat. Diceritakan bahawa mereka terpaksa memakan daun-daun dan pucuk kayu
Al-Suhaili menceritakan jika terdapat unta-unta perniagaan tiba di Mekah, kemudian salah seorang sahabat Rasulullah SAW datang untuk membelikan bahan makanan untuk keluarganya, maka Abu Lahab pun melaungkan katanya: “Wahai peniaga naikkan harga barang kamu ke atas sahabat-sahabat Muhammad supaya mereka tidak mampu membeli sesuatu pun daripada kamu. ”Lantas peniaga -peniaga itu pun melipat gandakan harga jualan mereka sehingga sahabat Rasulullah SAW terpaksa pulang dengan tangan kosong menemui anak-anak di rumah yang menjerit kelaparan
Sebaik sahaja memasuki tiga tahun tempoh pengepungan, satu puak daripada Bani Qusai memarahi kalangan sendiri. Kelompok mereka bersepakat untuk melanggar perjanjian itu. Di masa yang sama Allah Subhanahuwata’ala mengutuskan anai-anai menggigit dan mengerit naskhah perjanjian yang tergantung di Ka’bah. Tidak ada suatu pun yang tertinggal kecuali perkataan Allah ‘Azzawajalla sahaja. Kejadian ini telah diceritakan oleh Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam kepada bapa saudaranya Abu Talib. Setelah ditanya oleh Abu Talib: “Apakah Tuhan engkau telah memberitahu kepada engkau. ” Jawab Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam: “Ya”. Kemudian Abu Talib pun bersama beberapa orang kaumnya pergi menemui kaum Quraisy dan meminta mereka membawa datang naskhah perjanjian mereka dulu. Mereka pun membawa keluar naskhah itu dalam keadaan masih berlipat.
Lantas berkatalah Abu Talib: “Anak saudaraku telah memberitahu aku dan hingga kini beliau belum pernah berbohong, di mana Allah Ta’ala telah menghantar anai-anai untuk menggigit naskhah perjanjian kamu ini dan memakan setiap nas perjanjian yang zalim dan yang memutuskan hubungan silaturrahim. Sekiranya kata-katanya itu benar, sedarlah kamu dan kembalilah semula daripada jalan jahat kamu itu kepada Allah. Kami tidak akan menyerahnya kepada kamu. Biar kami mati kesemuanya tetapi kalau apa yang diceritakannya itu dusta maka kami akan serahkannya kepada kamu dan lakukanlah apa yang kamu suka ke atasnya. ” Lalu mereka menjawab: “Ya kami setuju dengan segala apa yang kamu ucapkan itu. ” Mereka pun membuka naskhah perjanjian itu dan didapatinya tepat seperti mana diceritakan oleh Al-Sadiq al-Masduq (yang benar lagi membenarkan) Sallallahu‘alaihiwasallam. Tapi mereka menjawab: “Ini adalah sihir anak saudara kamu itu. ” Maka mereka makin bertambah sesat dan semakin kuat menunjukkan sikap permusuhan
Selepas peristiwa itu lima orang pemuda Quraisy keluar melanggar perjanjian dan menamatkan pengepungan pihak Quraisy. Mereka ialah: Hisham Bin ‘Amru Bin Al-Harith, Zuhair bin Umayyah, Al Mut’am Bin ‘Adi, Abu Al-Bakhtari bin Hisham dan Zam’ah bin Al -Aswad. Orang yang mula-mula bergerak melanggar perjanjian ialah Zuhair Bin Ummayah. Beliau membelah masuk di tengah orang ramai di Mekah sambil melaung: “Wahai penduduk Mekah. Apakah layak kita memakanan dan memakai pakaian sedangkan Bani Hasyim dan Bani ‘Abdul Mutalib dimamah kebinasaan dan tidak siapa berjual-beli dengan mereka. Demi Allah aku tidak duduk saja sehinggalah aku menentang perjanjian pemulauan yang kejam ini. ”
Kemudian empat orang lain pula bangun dan menyuara nada yang sama. Al-Mut’am Bin ‘Adi bangun dan meluru ke arah naskhah perjanjian lalu mengoyakkannya. Lepas itu kelima-lima mereka bersama-sama bergerak menuju ke tempat Bani Hasyim, Bani ‘Abdul Mutalib dan orang Islam. Mereka menyeru agar orang yang dipulau itu keluar dari rumah mereka, supaya mereka bebas daripada pemulauan kaum Quraisy.
Pengajaran
No. 1 Pemulauan yang dilakukan oleh musyikin Quraisy adalah satu amalan yang kejam. Bani Hasyim dan Bani ‘Abdul Mutalib telah menanggung kesengsaraan dan penderitaan. Kelompok yang dipulau ini terdiri daripada dua golongan:
• Keturunan Bani Hasyim dan Bani Abdul Mutalib yang musyrikin dan bersama Muhammad Sallallahu’alaihiwasallam atas dasar kekeluargaan serta enggan menerima kehinaan sekiranya mereka melepaskan Muhammad Sallallahu‘alaihiwasallam ke tangan musyrikin Quraisy. Amalan mereka tidak diterima oleh Allah Subhanahuwata’ala kerana kemusyrikan mereka, meskipun mereka menempuh kesusahan. Pada nilai Allah Subhanahuwata’ala, mensyirikkan-Nya dikira sebagai kezaliman yang paling besar
Firman-Nya: ﻳ ﻝ ﺭ ٱﻠ Sesungguhnya mensyirikkan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar” (Luqman : 13) • Orang Islam yang diketuai oleh Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam. Mereka bersabar hanyalah kerana mematuhi suruhan Allah Subhanahuwata’ala dan mengutamakan akhirat daripada dunia.
No. 2 Mengapakah Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam dan para sahabat baginda sanggup berhadapan dengan pelbagai tekanan dan siksaan? Apakah matlamat yang mereka harapkan di sebalik penderitaan yang mereka alami? Jawapannya ialah kerana mereka telah beriman kepada Allah Subhanahuwata’ala dan Rasul-Nya dengan iman yang benar. Dan mereka memburu keredhaan Allah Subhanahuwata’ala yang tidak boleh diganti dengan sesuatu yang lain. Bagi mereka keredhaan Allah Subhanahuwata’ala adalah suatu yang sangat agung. Mereka tidak merasa rugi meskipun dunia terlepas daripada tangan mereka atau kekuasaan beredar daripada mereka
No. 3 Generasi pertama Islam ini telah dididik dari awal-awal lagi supaya tidak mencintai dunia. Cinta mereka ialah kepada kebahagiaan di akhirat meskipun terpaksa menempuh kesusahan di dunia. Ini terbukti ketika mana mereka berjaya menawan Rom dan Parsi, maka kekayaan dan kekuasaan yang terbentang di hadapan mereka tidak menawan atau merosakkan hati mereka
Dalam peperangan Al-Qadasiyah, Rub’i bin ‘Amir Radiallahu‘anhu ketika masuk ke dalam singgahsana Rustam yang terhias dengan permaidani, lalu menikam-nikam permaidani itu dengan tombaknya sehingga carik-carik, maka beliau berkata kepada Rustam: “Sekiranya kamu memeluk din Islam, kami akan tinggalkan kamu, bumi kamu dan harta kamu…. . ” Ungkapan ini membuktikan bahawa misi dan jihad mereka bukanlah semata-mata inginkan dunia dan kekuasaan, tetapi misi mereka yang hakiki ialah untuk menyebarkan din Islam dan mencapai keredhaan Allah Subhanahuwata’ala
SELESAI
- Slides: 47