PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH TAHUN 4 Tajuk
PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH TAHUN 4 Tajuk: Buah-buahan Tempatan INDUKSI SET Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat: LANGKAH 1 1. Menyatakan secara lisan, lima jenis buah-buahan tempatan yang terdapat di dalam gambar. LANGKAH 2 LANGKAH 3 PENUTUP 2. Membaca kuat teks buahan tempatan pada kadar sekurang-kurangnya 85 peratus sebutan betul. 3. Mengenal pasti dan membetulkan kesilapan ejaan, perkataan, dan tanda baca yang terdapat dalam teks. 1
Set Induksi Namakan buah-buahan yang berikut : 2
L 1 -A 1 Bersama-sama ahli kumpulan anda, sila klik pautan di bawah : http: //harnanijaafar 87. tripod. com/Minggu_10/buah_buahan_tempatan. htm 3
Sila klik pautan di bawah mengikut kumpulan masing-masing. BUAH-BUAHAN TEMPATAN KUMPULAN 1 KUMPULAN 2 KUMPULAN 3 KUMPULAN 4 DURIAN BETIK RAMBUTAN BELIMBING • Baca teks tersebut sama ada secara individu, berpasangan atau berkumpulan. • Rakamkan pembacaan anda dengan menggunakan movie maker. • Bacaan anda hendaklah pada kadar sekurang-kurangnya 85 peratus sebutan betul. 4
Durian banyak terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani dan pasar sayur. Durian adalah buah tropikal yang berasal dari Asia Tenggara. Warna buah durian berbeza iaitu dari warna hijau ke perang, dan mempunyai bentuk bujur sehingga bundar. Ciri-ciri durian ialah mempunyai kulit bersabut yang diselitupi dengan duri yang tajam, mencucuk, dan bau yang kuat dan unik yang terhasil dari isi di dalam. Bahagian buah isi yang sudah boleh dimakan adalah isi yang kekuningan dan yang menyelitupi biji benih. Sesetengah orang menganggap durian berbau busuk. Namun, ramai orang menganggap durian sebagai buah yang sedap, dan ia dipanggil "raja buah" oleh penduduk tempatan. 5
Pokok Betik merupakan tumbuhan yang banyak terdapat di Asean. Pokok ini berasal dari Mexico Selatan, namun kini ia ditanam di hampir semua negara beriklim tropika. Nama saintifiknya Carica papaya. Pokok ini menghasilkan buah yang boleh dimakan. Betik banyak dijual di pasar -pasar, termasuk pasar tani, dan pasar sayur. Pucuk betik sering dicelur untuk dijadikan ulam dan dimakan bersama sambal belacan. Buah betik yang ranum kaya dengan vitamin C, mempunyai kandungan serat yang tinggi. Betik juga boleh dimakan bagi melawaskan perut bagi sesiapa yang mempunyai masalah sembelit. 6
Pokok Rambutan adalah sejenis pokok buah saka yang banyak tumbuh di kawasan tropika termasuk kawasan Asean. Buah rambutan sangat manis apabila masak ranum. Ciri-ciri utama buah rambutan ialah berbulu lebat dan kebanyakannya berwarna merah dan hijau. Namun terdapat juga buah rambutan yang berwarna kuning. Pokok rambutan boleh ditanam melalui biji benih ataupun melalui cantuman. Pokok rambutan boleh mengeluarkan hasil selewat-lewatnya tiga tahun selepas ditanam ke ladang. Buah rambutan mengambil masa 90 -120 hari untuk matang. Perubahan warna daripada hijau kepada kuning atau merah merupakan petunjuk bahawa buah boleh dituai. 7
Pokok Belimbing Besi merupakan tumbuhan yang menghasilkan buah yang boleh dimakan. Buah ini banyak terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani, dan pasar sayur. Nama sainsnya Belimbing besi adalah Averrhoa carambola, Averrhoaceae atau Oxalidaceae. Dalam bahasa Inggeris, belimbing besi dikenali sebagai starfruit. Belimbing besi merupakan tumbuhan asli Sri Lanka dan popular seluruh Asia Tenggara. Warna buah adalah hijau sehingga kuning keemasan dan apabila dipotong secara melintang menonjolkan bentuk bintang. 8
Kenal pasti tanda baca (. ) (, ) dan huruf besar yang perlu ada di dalam teks ini. pak abu mempunyai sebuah dusun buah-buahan dia menanam berbagai-bagai jenis buah-buahan tempatan seperti durian rambutan duku langsat dan ciku di dusunnya dusun pak abu adalah seluas dua hektar pak abu dibantu oleh dua orang anak lelakinya untuk menjaga kebun tersebut tiap-tiap pagi pak abu akan pergi ke dusunnya untuk menyiram pokok-pokok buahnya dia membubuh baja pada pokok-pokok itu sebulan sekali pak abu juga akan membungkus buah-buahan yang sedang masak dengan beg-beg plastik supaya tidak dimakan oleh burung dan tupai penduduk kampung suka membeli buah-buahan pak abu kerana ia murah dan lazat kadang-kadang orang-orang dari bandar juga berkunjung ke dusun pak abu untuk menikmati kelazatan buahan 9
Penutup Adakah kamu berasa seronok dengan aktiviti pada hari ini? Apakah yang telah kamu pelajari pada hari ini? Sekian, terima kasih. 10
- Slides: 10