PENDIDIKAN KESIHATAN Pendidikan kesihatan adalah proses perubahan tingkah
PENDIDIKAN KESIHATAN Pendidikan kesihatan adalah proses perubahan tingkah laku yang berlaku dalam lingkungan individu dan komuniti.
PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA Pendidikan kesihatan keluarga bertujuan untuk meningkatkan status kesihatan ke peringkat yang optimum melalui usaha dan kemampuan setiap ahlinya.
PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA Dalam konteks pendidikan kesihatan keluarga, kesihatan dilihat bukan sebagai suatu matlamat yang ingin dikejar tetapi ia dijadikan sebagai suatu amalan kehidupan seharian. Pendek kata, ia melibatkan usaha setiap ahli dalam keluarga itu untuk mencapai tahap kesihatan yang baik demi untuk kesejahteraan mereka.
ELEMEN KESIHATAN KELUARGA
PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA Dalam pendidikan kesihatan keluarga, cara hidup sihat adalah satu aset untuk kehidupan seharian. Kita perlu mencapai dan mengekalkan kesihatan yang baik supaya kita dapat menjalani kehidupan seharian dengan mudah dan yang terbaik mengikut kemampuan kita. Oleh itu, pendidikan kesihatan keluarga bukan setakat melihat kepada aspek kesihatan sahaja tetapi perlu melihat kepadaaspek ekonomi dan sosial.
PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA Matlamat Untuk meningkatkan pengetahuan, sikap serta kemahiran dalam mengamalkan tingkah laku yang sihat supaya dapat menuju atau mencapai taraf kesihatan keluarga yang optimum. Keluarga sihat ditakrifkan sebagai keluarga yang memenuhi keperluan fizikal, psikologikal, sosial dan kerohanian ahlinya. Denganmemenuhi keperluan asas ini, keluarga boleh mencapai kesejahteraan optimumdaripada segi fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial (Kementerian Kesihatan. Malaysia, 2001). Ini mampu melahirkan generasi rakyat Malaysia yang sihat dancergas pada masa akan datang.
PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA Objektif Mengubah tingkah laku kesihatan daripada aspek pengetahuan, sikap dan amalan ke arah mengurangkan risiko mendapat penyakit yang berkaitan dengan amalan cara hidup yang tidak sihat. Melihat peranan keluarga dalam konteks yang lebih makro iaitu pembangunan sesebuah negara. Jika institusi keluarga sihat, masyarakat sihat dan negara pun sihat. Keluarga sebagai salah satu segmen utama sesebuah masyarakat dalam menyalurkan input berkaitan mesej-mesej kesihatan sama ada daripada pihak kerajaan, swasta ataupun pihak badan bukan kerajaan (NGOs). Meningkatkan tahap literasi kesihatan (health literacy) dalam kalangan Rakyat Malaysia iaitu keupayaan setiap ahli keluarga seperti ibu bapa dan anak untuk mencapai, menilai dan memahami maklumat asas kesihatan yang disampaikan serta bagaimana mereka menggunakan maklumat tersebut ke arah mencapai tingkah laku kesihatan yang dikehendaki
PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA PENDEKATAN Pendekatan pendidikan kesihatan keluarga merujuk kepada bagaimana usaha-usaha untuk mengubah tingkah laku atau penyampaian sesuatu maklumat, sikap atau kemahiran itu dilakukan.
PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA PENDEKATAN 1 Merentas Kurikulum Amalan cara hidup sihat bukan setakat diamalkan dalam bilik darjah semasa subjek Pendidikan Kesihatan atau Pendidikan Jasmani tetapi diamalkan dengan warga sekolah dan dengan ahli keluarga di rumah. Pendekatan merentas kurikulum
PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA PENDEKATAN 2 Tumpuan kepada Teknik Pemilihan teknik dalam pendidikan kesihatan keluarga bergantung kepada banyak faktor. Ini termasuk faktor-faktor kemampuan pelajar untuk memahami apa yang diajar, kemudahan alat bantu mengajar yang sedia ada serta latar belakang keluarga. Kepelbagaian teknik dapat meningkatkan daya penerimaan seseorang pelajar. Berikut adalah beberapa teknik yang boleh digunakan dalam pendidikankesihatan keluarga.
PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA PENDEKATAN 2 Tumpuan kepada Teknik Berikut adalah beberapa teknik yang boleh digunakan dalam pendidikankesihatan keluarga.
PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA PENDEKATAN 3 Kefahaman Diri dan Orang Lain Pendidikan kesihatan bukan setakat berfokus kepada diri sendiri tetapi perlu melihat kepada orang lain. Dalam pendidikan kesihatan keluarga, seseorang itu perlu melihat diri beliau dikelilingi oleh individu atau kumpulan lain. Pendidikan kesihatan keluarga menjurus kepada pemahaman kita terhadap budaya orang lain. Justeru, ia juga dapat memperkayakan lagi pengetahuan kita tentang diri kita sebagai rakyat Malaysia.
KANDUNGAN PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA
KANDUNGAN PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA 1 Tubuh Badan Manusia Tubuh badan manusia terbahagi kepada beberapa sistem. Dalam setiap sistem terdapat beberapa organ dan jaringan yang mempunyai peranan tersendiri. Sebagai sebuah sistem, setiap organ dan jaringan saling bergantungan di antara satu sama lain tetapi mempunyai matlamat yang sama iaitu mengekalkan keseimbangan.
KANDUNGAN PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA 1 Tubuh Badan Manusia
SISTEM ENDOKRINA v v v (a) Definisi sistem endokrina Sistem endokrina menghasilkan bahan-bahan kimia yang dinamakan hormon. Kelenjar-kelejar yang terlibat dalam sistem endokrina adalah seperti pituitari, tiroid, pankreas, gonad dan adrenal. Tisu dan organ yang terlibat adalah seperti trak gastrousus, ginjal, jantung, kelenjar pineal dan timus. (b) Tindak balas hormon terhadap senaman: • Kortisol dan aldosteron -Peningkatan glukosa dalam darah -Pemecahan glikogen -Meningkatkan penahanan kalium dan natrium
SISTEM ENDOKRINA
Organisasi sistem saraf Sistem saraf pusat 1. Otak 2. Saraf tunjang Sistem saraf periferal 1. Saraf berhubung secara langsung 2. Saraf berhubung secara tidak langsung
KANDUNGAN PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA 2 Kesihatan Diri dan Keluarga Tunjang utama kepada kesihatan diri dan keluarga ialah amalan cara hidup sihat. Perubahan penyakit pada masa dahulu dengan masa kini ialah daripada penyakit berjangkit seperti malaria, kolera dan taun kepada penyakit yang berkaitan dengan cara hidup yang tidak sihat seperti penyakit jantung, kencing manis, darah tinggi, kanser dan buah pinggang. Amalan cara hidup sihat dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit seperti ini. Amalan kesihatan diri dalam konteks sesebuah keluarga perlu melihatperanan setiap ahli dalam sesebuah keluarga. Keluarga yang sihat melahirkan anak yang sihat.
KANDUNGAN PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA 2 Kesihatan Diri dan Keluarga Kesihatan diri dan keluarga berfokus kepada: (a) Kebersihan Tubuh Badan Kebersihan tubuh badan meliputi penjagaan kebersihan rambut, kesihatan gigi, tangan, muka, kaki dan kulit. Penjagaan kebersihan tubuh badan ialah melalui mandi, memotong kuku, memberus gigi serta membasuh tangan. (b) Amalan Pemakanan Sihat Amalan pemakanan sihat dalam sesebuah keluarga memerlukan perancangan, penyediaan dan penyajian makanan yang seimbang untuk keluarga. Makanan yang sihat tidak semestinya makanan yang mahal.
KANDUNGAN PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA 2 Kesihatan Diri dan Keluarga c) Melakukan Aktiviti Senaman dan Kecergasan Fizikal Aktiviti fizikal ialah sebarang aktiviti yang melibatkan pergerakan anggota badan serta menggunakan tenaga. Ia amat penting untuk meningkatkan tahap kecergasan dan mengurangkan risiko pelbagai penyakit yang disebabkan oleh gaya hidup sedentari seperti penyakit jantung, angin ahmar, darah tinggi, kencing manis dan obesiti.
KANDUNGAN PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA (d) Amalan Kesihatan Mental yang Baik Pengurusan stres atau tekanan merupakan salah satu komponen kesihatan yang amat penting. Stres perlu diurus dengan bijak. Kita tidak dapat mengelakkan stres sama ada di tempat kerja atau di rumah Amalkan pemikiran dan sikap sebagai langkah ke arah kesihatan mental yang baik. Berikut adalah beberapa kaedah pengurusan stres yang dapat menjamin kesihatan mental kita sentiasa berada dalam keadaan yang baik.
KANDUNGAN PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA
KANDUNGAN PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA
KANDUNGAN PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA (e) Tidak Merokok merupakan salah satu amalan yang meningkatkan risiko seseorang itu mendapat penyakit seperti kanser, penyakit jantung dan kencing manis. Di samping itu, amalan merokok yang tidak sihat ini juga membazirkan! Merokok bukan setakat membahayakan siperokok tetapi orang lain di sekeliling mereka. Ini dinamakan sebagai perokok pasif.
KANDUNGAN PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA (f) Penjagaan Kesihatan Ibu dan Anak Komponen-komponen dalam penjagaan kesihatan ibu dan anak ialah: (i) Perancangan Keluarga (ii) Kesihatan Ibu Hamil dan Selepas Bersalin (iii) Kesihatan bayi
KANDUNGAN PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA (g) Peranan Keluarga Andaian kita terhadap sesebuah keluarga ialah bapa sebagai ketua keluarga manakala ibu sebagai penjaga. Anak perempuan atau anak lelaki mempunyai peranan untuk mengikut apa yang disuruh oleh ibu bapa. Namun peranan ini semakin berubah dengan bertambahnya keskesperceraian. Ini mewujudkan istilah ibu tunggal atau bapa tunggal. Di samping itu, isu-isu seperti remaja lari dari rumah kerana pelbagai faktor seperti penderaan, perpecahan rumah tangga, inginkan kebebasan atau terjebak dengan gejala yang tidak sihat. Isu anak-anak menghantar ibu bapa yang sudah tua atau meninggalkan mereka di rumah orang tua atas alasan tidak ada masa untuk menjaga mereka sering berlaku.
KANDUNGAN PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA (h) Institusi Perkahwinan menjadi isu apabila ia tidak dilakukan mengikut nilai dan norma sesebuah masyarakat. Antara isu-isu tersebut adalah seperti berkahwin atas dasar paksaan, kahwin lari kerana tidak dipersetujui oleh ibu bapa serta perceraian. Persoalan juga timbul seperti ingin berkahwintetapi tidak bersedia dari segi kewangan dan emosi. Individu sama ada lelaki atau wanita yang semakin lewat berkahwin atau langsung tidak berkahwin juga merupakan salah satu isu yang kerap dibincangkan.
KANDUNGAN PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA 3 Nilai Moral Dan Agama (a) Seksualiti Isu-isu berkaitan dengan masalah kesihatan seksualiti seperti kehamilan remaja, kes membuang anak, kes rogol, pencabulan, homoseksual dan sumbang mahram sering menjadi topik hangat perbincangan. (b) Gender Isu-isu yang berkaitan dengan peranan gender pula adalah seperti bertingkah laku melampaui batas dari nilai dan norma yang ditetapkan oleh masyarakat sebagai sesuai untuk lelaki dan perempuan.
PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA Topik ini telah memberi penjelasan kepada anda tentang perkara seperti berikut: �� Pendidikan kesihatan secara umumnya bertujuan untuk memberi maklumat dan memupuk sikap positif terhadap sesuatu perkara. �� Melalui pengetahuan dan sikap positif, seseorang itu akan cenderung untuk berubah kepada suatu bentuk tingkah laku yang positif atau tingkah laku yang dikehendaki. �� Pendidikan kesihatan keluarga merupakan satu bidang yang berteraskan peranan dan tanggungjawab setiap ahli dalam institusi keluarga.
- Slides: 37