PENCARIAN SUKARELAWAN PERASMIAN PENUTUP SUKAN SEA 2017 Khas

  • Slides: 1
Download presentation
PENCARIAN SUKARELAWAN PERASMIAN & PENUTUP SUKAN SEA 2017 (Khas Buat Warga UKM Sahaja) Sukacita

PENCARIAN SUKARELAWAN PERASMIAN & PENUTUP SUKAN SEA 2017 (Khas Buat Warga UKM Sahaja) Sukacita dimaklumkan bahawa Malaysia akan menjadi tuan rumah bagi Sukan SEA ke-29 pada 19 - 31 Ogos 2017 dan Sukan Para ASEAN pada 17 - 23 September 2017. Sehingga kini seramai 13, 000 sukarelawan diperlukan untuk menjayakan temasya ini dan UKM telah dilantik sebagai penyedia program latihan kepada Sukarelawan Kuala Lumpur 2017. Sehubungan itu pihak Kementerian Belia dan Sukan mengalu-alukan penyertaan dari kalangan kakitangan dan pelajar UKM Sahaja sebagai Sukarelawan Kuala Lumpur 2017 untuk Majlis Perasmian dan Penutup pada 19 dan 31 Ogos 2017. Para pelajar dan kakitangan UKM yang berminat untuk menjadi sukarelawan tersebut bolehlah mendaftar melalui borang yang dilampirkan diserahkan sebelum 07. 06. 2017 (jam 12 t/hari) ke meja Sekretariat Sukan Sea di FSSK. Sukarelawan yang telah mendaftar akan dipanggil untuk menjalani sesi latihan umum dan latihan khusus pada tarikh (24/25/26/07/2017), (13 -19 Ogos 2017), (26 -31/08/2017). Semasa bertugas, sukarelawan akan disediakan dengan pakej pakaian rasmi (3 tshirt, 1 seluar/1 topi) , makan minum, perlindungan insurans , sijil penghargaan bertaraf antarabangsa, pengangkutan awam percuma sepanjang Temasya (LRT, MRT). Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Cik Nur Fadzreen Tarmizi (019 -2655092/0389213447/nurfadzrintarmizi@gmail. com) @ Pn. Umi Kalsom Hot (03 -89214192/kalsom@ukm. edu. my) @ Cik Aida Lamat (017 -6287176/aida@kualalumpur 2017. com. my) Laman Web Rasmi Kuala Lumpur 2017: www. kualalumpur 2017. com. my #waufactor #bangkitbersama #kualalumpur 2017