PEMIKIRAN EKONOMI ISLAM Ekonomi menurut Islam Iaitu segala

  • Slides: 7
Download presentation
PEMIKIRAN EKONOMI ISLAM

PEMIKIRAN EKONOMI ISLAM

Ekonomi menurut Islam � Iaitu segala kegiatan yang berkaitan dengan usaha yang bertujuan untuk

Ekonomi menurut Islam � Iaitu segala kegiatan yang berkaitan dengan usaha yang bertujuan untuk memenuhi keperluan hidup manusia. � Dalam pengertian Islam, ekonomi – satu sains sosial yang mengkaji masalah-masalah ekonomi manusia yang didasarkan kepada asas dan nilai Islam. � Ekonomi dalam Islam adalah sebahagian drpd asas kepada masyarakat dan negara Islam. � Sistem ekonomi Islam adalah bersumberkan wahyu bukan berteraskan akal semata-mata

Institusi Kewangan Islam � Institusi kewangan @ perbankan = institusi yang diberi hak untuk

Institusi Kewangan Islam � Institusi kewangan @ perbankan = institusi yang diberi hak untuk menjalankan aktiviti mengumpul dana @ sumber kewangan daripada orang ramai atau institusi lain, dan menggunakan sumber tersebut bagi tujuan pinjaman atau pelaburan. � Ianya juga diertikan sebagai institusi yang mencipta dan memperniagakan instrumen kewangan di samping memudahkan aliran kewangan dan aliran sumber-sumber antara peserta 2 pasaran kewangan. � Antara institusi kewangan Islam; ◦ ◦ Baitulmal Bank Sistem barter Gadaian

Baitulmal Institusi baitulmal di zaman Rasulullah dan khulafa’ alrasyidin berperanan mengurus hasil pendapatan negara

Baitulmal Institusi baitulmal di zaman Rasulullah dan khulafa’ alrasyidin berperanan mengurus hasil pendapatan negara dan membiayai perbelanjaan negara. � Sumber pendapatan baitulmal pada waktu permulaan Islam: � ◦ Harta khas – zakat fitrah dan zakat harta ◦ Harta am – fai’ (harta rampasan bukan melalui peperangan), ghanimah dan rikaz (harta karun) ◦ Cukai – kharaj (cukai tanah), jizyah (cukai ke atas orang bukan Islam), usyur (cukai perniagaan) ◦ Harta kebajikan – wakaf, pusaka, wasiat, sedekah dsb � Baitulmal masa kini (di Malaysia) adalah di bawah bidangkuasa Majlis Agama Islam Negeri 2 dan peranannya adalah terhad, iaitu; ◦ Mengurus harta wakaf, zakat dan harta sumber am (pusaka, wasiat, sedekah, hibah, hasil sewaan, nazar)

Bank � � � Iaitu institusi yang menawarkan perkhidamatan kewangan seperti simpanan wang, pinjaman

Bank � � � Iaitu institusi yang menawarkan perkhidamatan kewangan seperti simpanan wang, pinjaman dsb. Perbankan Islam ialah perbankan yang selaras dengan sistem nilai atau syariat Islam. Perbankan Islam di Malaysia bermula apabila Lembaga Tabung Haji pada tahu 1969 memperkenalkan transaksi Islam untuk memboleh orang Islam menyimpan wang secara ansur-ansur bagi memenuhi perbelanjaan menunaikan haji dan melibatkan diri dalam penanaman modal dalam bidang perusahaan, perlandangan dan hartanah berdasarkan syariat Islam. Pada tahun 1983, Bank Islam Malaysia sebagai bank Islam pertama telah ditubuhkan di bawah akta Bank Islam 1983. Objektifnya – menjalankan operasi sebagai bank perdagangan berlandaskan syarak dan menyediakan kemudahan perbankan kepada orang awam khususnya orang Islam. Pada 1993, Skim Perbankan Tanpa Faedah diperkenalkan di mana institusi perbankan konvensional dibenar menawarkan produk dan perkhidmatan perbankan Islam

Sistem Barter � Iaitu satu sistem di mana berlaku pertukaran barang atau perkhidamatan dengan

Sistem Barter � Iaitu satu sistem di mana berlaku pertukaran barang atau perkhidamatan dengan barang atau perkhidmatan lain bagi memenuhi kehendak atau keperluan. � Ianya berlaku dalam urusniaga sebelum wujudnya mata wang. � Sistem ini dianggap wujud ketidakadilan dan mempunyai unsur riba. � Rasulullah telah perkenalkan sistem mata wang bagi menggantikan sistem barter. � Di zaman khulafa al-Rasyidin, mata wang mula diperkemaskan dari segi bentuk.

Gadaian � � � Dalam bahasa Arab - Ar-Rahnu. Iaitu meletakkan sesuatu barang yang

Gadaian � � � Dalam bahasa Arab - Ar-Rahnu. Iaitu meletakkan sesuatu barang yang berharga sebagai jaminan kepada sesuatu hutang yang diperolehi seorang pemberi hutang dengan perkiraan bahawa sekiranya orang yang berhutang tidak dapat melunaskan hutangnya, maka si pemberi hutang boleh mendapatkan kembali barang atau wangnya daripada barang gadaian itu. Rukun gadaian: 1) Pemberi gadai (Rahin) dan penerima barang gadaian (Murtahin). 2) Hutang (Marhun Bih) 3) Sighah (Ijab dan Qabul) 4) Penerimaan barang gadaian oleh pemberi hutang secara mutlak. 5) Barang gadaian - barang yang halal dan sah untuk dijual beli menurut pandangan syarak.