Pemakanan Bayi Kanakkanak Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia
Pemakanan Bayi & Kanak-kanak Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia Nov 2009
Objektif • Menjelaskan keperluan pemakanan bayi dan kanak kecil. • Menerangkan kepentingan makanan pelengkap. • Menjelaskan perubahan tekstur dan kekerapan makanan mengikut perkembangan bayi. • Menjelaskan cara-cara pemberian makanan secara responsif.
Ringkasan • Kepentingan pemakanan bagi bayi & kanak-kanak • Pemakanan bayi dari lahir hingga 6 bulan • Pemakanan bayi & kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 3 tahun • Tekstur, sukatan, kekerapan makanan • Cara pemberian makanan yang betul
Pada umur 1 – 6 tahun……. • Tumbesaran fizikal – Tinggi – Gigi – Tulang • Perkembangan – – Motor Fisiologikal Bahasa Sosial • Sistem keimunan
KEPENTINGAN PEMAKANAN • Membekalkan tenaga dan nutrien yang diperlukan oleh kanak-kanak. • Membantu proses tumbesaran & perkembangan yang sihat dan normal. • Mencegah penyakit dengan meningkatkan sistem imun tubuh.
Makanan untuk bayi dari lahir hingga 6 bulan
Pemakanan Bayi <6 bulan Sambung… • Berilah SUSU IBU SAHAJA dan tidak perlu diberi air atau susu tambahan. • Bayi seharus diberi susu ibu mengikut kehendak bayi. • Sebelum hantar ke penjaga, Ibu perlu maklumkan sekiranya bayi telah diberi susu ibu atau susu formula untuk mengelakkan kes kematian akibat pemberian susu berlebihan. • Elakkan mencampur bijirin dalam susu bagi bayi.
Makanan untuk bayi & kanak-kanak berumur 6 bulan hingga bawah 4 tahun
Pemakanan Bayi & Kanak-kanak 6 bulan - < 4 tahun Makanan Pelengkap • Bermula apabila bayi berusia 6 bulan (180 hari). • Selain daripada susu, bayi yang sedang membesar memerlukan makanan pelengkap. • Penyusuan susu ibu hendaklah diteruskan mengikut kehendak bayi sehingga berumur 2 tahun. • Makanan pelengkap adalah makanan tambahan selain daripada susu.
Mengapa langkah pengenalan makanan pelengkap bermula pada umur 6 bulan ke atas? • Jika makanan pelengkap diberikan terlalu awal kepada bayi, ia boleh menyebabkan: – Bayi anda kurang menyusu kerana ia sudah berasa kenyang. – Bayi anda terdedah kepada risiko jangkitan, alahan dan cirit-birit kerana sistem penghadaman dan ginjal bayi masih belum matang dan enzim penghadaman yang terlibat belum bersedia.
Apakah kesan pula jika terlalu lewat ? • Tumbesaran bayi terbantut dan kekurangan nutrien. • Penyusuan sahaja tidak dapat memenuhi keperluan tenaga dan nutrien yang mereka perlukan untuk membesar dan berkembang. • Semakin lambat memperkenalkan makanan pelengkap, bayi tersebut berkemungkinan mengalami masalah tabiat makanan apabila membesar. – Spt. : cerewet makan, tidak makan sayur, hanya makan satu makanan sahaja dan sebagainya.
Mesej Utama • Berikan makanan pelengkap kepada bayi berusia 6 bulan sama ada yang menyusu susu ibu atau rumusan bayi. • Penyusuan susu ibu perlu diteruskan mengikut kehendak bayi sehingga berumur 2 tahun.
Perubahan Tesktur Makanan • Ubah tekstur dan cara penyediaan makanan secara beransur-ansur mengikut pertumbuhan bayi, yang bersesuaian dengan perkembangan dan keupayaan bayi.
Tekstur Makanan Umur Bayi Tekstur Makanan 6 – 8 bulan Puri, dilecek atau makanan separuh pejal 9 – 11 bulan Makanan yang dicincang atau dipotong kecil. Makanan jejari (finger food)seperti biskut lembut dan buah-buahan juga boleh diberikan. >12 bulan Makanan keluarga
• Beri bayi makanan dengan tesktur yang sesuai untuk mengelakkannya daripada tercekik. • Pantau kanak-kanak semasa waktu makan untuk mengelakkan tercekik. • Bayi tidak diberi makanan berkiub atau makanan berketul bersaiz lebih daripada suku inci (≈ 0. 6 cm). • Lengkapkan diri dengan pengetahuan tentang prosedur keselamatan akibat tercekik. • Makanan yang diberikan kepada kanak-kanak perlu bersesuaian dari segi kepekatannya.
Kekerapan Makanan Tingkatkan kekerapan pemberian makanan mengikut umur. Umur Sukatan Makanan Kekerapan Setiap Hidangan Makan Sehari Kekerapan snek Penyusuan susu ibu secara eksklusif mengikut kehendak bayi 6— 8 bulan ½ cawan bubur nasi 2 – 3 kali 1 – 2 kali 9 – 11 bulan ½ cawan bubur nasi pekat 3 – 4 kali 1 – 2 kali 1 – 3 tahun ½ cawan nasi atau 1 keping roti 4 – 5 kali 1 – 2 kali
Sukatan Makanan Bayi & Kanak-kanak Kecil Kumpulan makanan Kumpulan umur 6 -8 bulan Bijirin, Sumber bijirin dan ubian 1½ cawan pekat Sayur-sayuran 9 -11 bulan bubur 1 -3 tahun 2 cawan bubur pekat 2 cawan nasi ¼ cawan sayur masak ½ cawan sayur masak 1 cawan sayur masak Buah-buahan ¼ betik atau ½ pisang bersaiz kecil (1 pisang mas: 33 g) 1 betik atau 2 pisang bersaiz kecil (1 pisang mas: 33 g) Daging, haiwan ternakan, ikan dan kekacang 2 sudu teh sebarang jenis daging atau isi Ikan ( ¼ ikan saiz sederhana) 2 sudu teh sebarang jenis daging atau 2 sudu teh isi ikan atau ½ biji Telur ½ ekor ikan kembung saiz sedang atau 1 biji telur Susu ibu mengikut kehendak bayi / 3 gelas susu Lemak, minyak 1 sudu teh minyak 1 ½ sudu teh minyak 1 sudu teh minyak
Pertukaran sukatan: • Sukatan 1 cawan = 200 ml • Sukatan 1 sudu makan = 2 sudu teh = ½ sudu Cina = 10 ml • Sukatan ½ cawan nasi = 1 senduk sup sederhana = 1 senduk nasi penuh • Sukatan 1 cawan bubur = 2 senduk sup sederhana = 2 senduk bubur nasi
Waktu Makan Contoh Menu 6 -8 bulan Umur 9 -11 bulan 1 - 3 bulan Sarapan ½ cawan bubur nasi 1 sudu makan tomato/ lobak merah 1 sudu makan sawi/ bayam ½ cawan bubur 1½ sudu makan tomato/ lobak merah 1 sudu makan sawi/bayam 1 keping roti baker 1 sudu teh marjerin 1 gelas susu Minum pagi 2 sudu makan pisang ½ potong betik 1 biji pisang bersaiz kecil 1 gelas susu Makan tengahari ½ cawan bubur nasi 1 sudu teh daging (empuk) 1 sudu makan tomato/ lobak merah ¾ cawan bubur nasi likat 1 sudu teh daging (empuk) 1 ½ sudu makan tomato/ lobak merah 1 sudu makan sawi/bayam ½ cawan mi sup 1 sudu teh daging ½ cawan sayuran 1 gelas air kosong ½ potong betik Minum petang 1 sudu makan pisang ½ pisang saiz kecil 2 ketul cekodok pisang 1 gelas jus buah tembikai Makan malam ½ cawan bubur nasi 1 sudu teh daging (empuk) 1 sudu makan tomato/ lobak merah 1 sudu makan pisang 1 sudu teh minyak sayuran/ marjerin ¾ cawan bubur nasi likat 1 sudu teh ikan 1 ½ sudu makan tomato/ lobak merah 1 ½ sudu makan sawi/ bayam 1 ½ sudu teh minyak sayuran/ marjerin ½ cawan nasi putih ½ ekor ikan kembong masak pindang ½ cawan bayam 1 gelas air kosong Minum malam * Susu ibu harus diberikan mengikut kehendak bayi. 1 gelas susu 19
Perhatian: • Makanan yang telah dimasak tidak perlu menambah sebarang gula, garam atau perisa. • Sayur berdaun perlu dicelur dan dikisar terlebih dahulu sebelum ditambah dalam bubur. • Kanak-kanak di bawah 5 tahun, digalakkan mengambil susu. – Lapisan lemak dalam susu tepung penuh krim adalah diperlukan oleh kanak-kanak dalam proses pertumbuhan. – Susu dan produk tenusu jenis rendah lemak atau skim adalah tidak digalakkan (kecuali kanak-kanak yang obes).
Makanan Yang Kanak-Kanak Tidak Berminat Untuk Makan • Makanan yang melekit pada mulut atau tangan seperti kuih lapis, kuih koci dan sebagainya. • Makanan yang sangat kering dan keras. • Makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk. Kanak-kanak lebih suka makanan pada suhu biasa. • Makanan yang berbau kuat seperti bau kayu manis atau rempah ratus. • Bau makanan yang tidak diingini. – – Deria rasa kanak-kanak adalah lebih sensitif daripada dewasa. Apabila bau makanan yang tidak enak dibebaskan, kanak-kanak mudah mengesan dan menolak makanan tersebut.
Amalkan pemberian makanan secara responsif dengan menggunakan prinsip penjagaan psikososial.
1. Suap makanan terus kepada bayi dan bantu kanak kecil apabila mereka makan sendiri. (kebolehan untuk mengendalikan sudu, kebolehan mengunyah, Menggunakan makanan jejari); 2. Penjaga perlu mengambil masa dan sabar apabila memberi bayi dan kanak-kanak makan. Beri galakan dan elakkan dari memaksa. 3. Penjaga perlu peka kepada tanda-tanda yang menunjukkan bayi dan kanak-kanak lapar atau kenyang. 4. Penjaga perlu wujudkan hubungan yang positif dan mesra dengan bayi dan kanak-kanak dalam persekitaran yang kondusif dan selesa. Berinteraksi dengan bayi dan kanak-kanak semasa memberi makan.
Common Error for Feeding Position
- Slides: 28