Pemakaian Kanun Prosedur Jenayah dan Akta Keterangan oleh

  • Slides: 35
Download presentation
Pemakaian Kanun Prosedur Jenayah dan Akta Keterangan oleh PBT Bahagian Undang-Undang Kementerian Kesejahteraan Bandar,

Pemakaian Kanun Prosedur Jenayah dan Akta Keterangan oleh PBT Bahagian Undang-Undang Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Artikel 145 Perlembagaan Persekutuan (1) The Yang di-Pertuan Agong shall, on the advice of

Artikel 145 Perlembagaan Persekutuan (1) The Yang di-Pertuan Agong shall, on the advice of the Prime Minister, appoint a person who is qualified to be a judge of the Federal Court to be the Attorney General for the Federation.

 (2) It shall be the duty of the Attorney General to advise the

(2) It shall be the duty of the Attorney General to advise the Yang di-Pertuan Agong or the Cabinet or any Minister upon such legal matters, and to perform such other duties of a legal character, as may from time to time be referred or assigned to him by the Yang di-Pertuan Agong or the Cabinet, and to discharge the functions conferred on him by or under this Constitution or any other written law.

 (3) The Attorney General shall have power, exercisable at his discretion, to institute,

(3) The Attorney General shall have power, exercisable at his discretion, to institute, conduct or discontinue any proceedings for an offence, other than proceedings before a Syariah court, a native court or a court-martial.

 (3 A) Federal law may confer on the Attorney General power to determine

(3 A) Federal law may confer on the Attorney General power to determine the courts in which or the venue at which any proceedings which he has power under Clause (3) to institute shall be instituted or to which such proceedings shall be transferred. (4) In the performance of his duties the Attorney General shall have the right of audience in, and shall take precedence over any other person appearing before, any court or tribunal in the Federation.

 (5) Subject to Clause (6), the Attorney General shall hold office during the

(5) Subject to Clause (6), the Attorney General shall hold office during the pleasure of the Yang di. Pertuan Agong and may at any time resign his office and, unless he is a member of the Cabinet, shall receive such remuneration as the Yang di. Pertuan Agong may determine.

 (6) The person holding the office of Attorney General immediately prior to the

(6) The person holding the office of Attorney General immediately prior to the coming into operation of this Article shall continue to hold the office on terms and conditions not less favourable than those applicable to him immediately before such coming into operation and shall not be removed from office except on the like grounds and in the like manner as a judge of the Federal Court.

Peguam Negara merupakan penasihat undang-undang utama kepada Kerajaan Malaysia dan juga Pendakwa Raya Malaysia.

Peguam Negara merupakan penasihat undang-undang utama kepada Kerajaan Malaysia dan juga Pendakwa Raya Malaysia. Kedudukan, peranan dan kuasa Peguam Negara telah termaktub dalam Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan. Peguam Negara yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri mestilah terdiri daripada individu yang mempunyai kelayakan untuk menjadi seorang Hakim Mahkamah Persekutuan.

Sebagai pegawai undang-undang tertinggi Negara, Peguam Negara berkewajipan untuk menasihati Yang Di-Pertuan Agong atau

Sebagai pegawai undang-undang tertinggi Negara, Peguam Negara berkewajipan untuk menasihati Yang Di-Pertuan Agong atau Jemaah Menteri mengenai apa-apa perkara yang bersifat undang-undang yang dirujukkan kepadanya dan menunaikan fungsi yang diberikan kepadanya oleh Perlembagaan dan undang-undang bertulis yang lain.

Dua kuasa utama yang diberikan kepada Peguam Negara oleh Perlembagaan Persekutuan adalah kuasa pendakwaan

Dua kuasa utama yang diberikan kepada Peguam Negara oleh Perlembagaan Persekutuan adalah kuasa pendakwaan dan sebagai penjaga kepentingan awam iaitu hak yang diwarisi melalui undang-undang common.

Di bawah Perkara 145(3), Peguam Negara mempunyai kuasa yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya,

Di bawah Perkara 145(3), Peguam Negara mempunyai kuasa yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya, untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi kesalahan, selain prosiding di hadapan Mahkamah Syariah, Mahkamah Anak Negeri atau Mahkamah Tentera.

Kuasa budibicara yang diberikan kepada Peguam Negara di bawah Perkara 145(3) adalah mutlak, tidak

Kuasa budibicara yang diberikan kepada Peguam Negara di bawah Perkara 145(3) adalah mutlak, tidak boleh dicabar atau digantikan oleh mana-mana kuasa termasuk Mahkamah. Dalam erti kata lain, jika mana pihak tidak bersetuju dengan tindakan Peguam Negara dalam mengendalikan sesuatu pendakwaan, maka mereka tidak mempunyai asas untuk mencabarnya di mana -mana korum.

Melalui pembacaan undang-undang yang ketat ke atas Perkara 145(3), akan membawa kepada suatu pemahaman

Melalui pembacaan undang-undang yang ketat ke atas Perkara 145(3), akan membawa kepada suatu pemahaman bahawa Perlembagaan telah menyerahkan ke dalam tangan Peguam Negara kuasa budibicara yang mutlak untuk memulakan, menjalankan dan memberhentikan prosiding kesalahan jenayah.

Bagi memberikan kesan terhadap perjalanan kuasa itu, di bawah Perkara 145 (3 A), Peguam

Bagi memberikan kesan terhadap perjalanan kuasa itu, di bawah Perkara 145 (3 A), Peguam Negara juga dibenarkan untuk menentukan mana-mana mahkamah bagi sesuatu prosiding jenayah dimulakan dipindahkan.

Terdapat banyak keputusan Mahkamah yang mengesahkan kuasa budibicara Peguam Negara dalam mengawal pendakwaan jenayah.

Terdapat banyak keputusan Mahkamah yang mengesahkan kuasa budibicara Peguam Negara dalam mengawal pendakwaan jenayah. Antaranya ialah keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Long bin Samat & Yang Lain v Pendakwa Raya [1974] 2 MLJ 152 yang memutuskan Perlembagaan Persekutuan telah memberikan kuasa budibicara yang luas kepada Peguam Negara dalam mengawal dan mengarah dalam semua pendakwaan jenayah bukan sekadar memulakan dan menjalankan mana-mana prosiding bagi sesuatu kesalahan, tetapi juga untuk memberhentikan prosiding yang telah dimulakannya dan mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk mempersoalkannya apalagi untuk memaksa sesuatu pertuduhan diberatkan jika beliau berhasrat untuk meneruskan dengan pertuduhan yang lebih ringan.

Dalam kes ini, tertuduh telah dituduh kerana menyebabkan kecederaan dengan menggunakan senjata di bawah

Dalam kes ini, tertuduh telah dituduh kerana menyebabkan kecederaan dengan menggunakan senjata di bawah seksyen 324 Kanun Keseksaan walaupun terdapat keterangan bagi menuduh bagi kesalahan menyebabkan kecederaan parah di bawah seksyen 326 Kanun yang sama.

Dalam kes terkenal, Johnson Tan Han Seng v Pendakwa Raya [1977] 2 MLJ 66,

Dalam kes terkenal, Johnson Tan Han Seng v Pendakwa Raya [1977] 2 MLJ 66, mahkamah telah menghuraikan kuasa budicara yang diberikan kepada Peguam Negara dalam memulakan sesuatu prosiding jenayah. Dalam kes tersebut, bagi kesalahan pemilikan senjata api secara haram, Peguam Negara mempunyai pilihan melalui tiga Akta Keseksaan yang boleh digunakan untuk memulakan pendakwaan di mana setiap pilihan akan membawa implikasi yang berbeza kepada tertuduh.

Pertama, jika Peguam Negara mendakwa tertuduh di bawah seksyen 8 Akta Senjata Api 1960,

Pertama, jika Peguam Negara mendakwa tertuduh di bawah seksyen 8 Akta Senjata Api 1960, jika disabitkan tertuduh hendaklah dipenjara tidak melebihi 7 tahun. Kedua, jika tertuduh didakwa di bawah seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, tertuduh boleh dipenjara sehingga 14 tahun dan sebatan dan ketiga, jika pendakwaan tertuduh dibuat di bawah seksyen 57 Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, jika disabitkan, tertuduh hendaklah dihukum mati.

Dalam hal ini, mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk menggangu kuasa budibicara Peguam Negara untuk

Dalam hal ini, mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk menggangu kuasa budibicara Peguam Negara untuk memilih mana-mana undang-undang untuk memulakan pendakwaan terhadap tertuduh. Menariknya, Ketua Hakim Negara (ketika itu), YAA Tun Mohammed Suffian menyatakan Peguam Negara boleh mendiskriminasi dalam membuat pilihan bagi mendakwa seseorang dalam prosiding jenayah tanpa melanggar hak kesamarataan terhadap undang-undang di bawah Perkara 8 Perlembagaan.

Sebarang undang-undang yang bertentangan dengan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan yakni memberikan kuasa mendakwa kepada

Sebarang undang-undang yang bertentangan dengan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan yakni memberikan kuasa mendakwa kepada pihak lain selain Peguam Negara adalah tidak sah dan terbatal. Pada tahun 1997, Mahkamah Rayuan telah memutuskan dalam kes Repco Holdings Bhd [1997] 3 MLJ 681, seksyen 126(2) Akta Industri Sekuriti 1983 tidak sah kerana bertentangan dengan perlembagaan kerana memberikan kuasa mendakwa kepada Pengerusi Suruhanjaya.

Suruhanjaya Syarikat tidak mempunyai kuasa untuk mendakwa atas kapasitinya sendiri kerana ia jelas melanggar

Suruhanjaya Syarikat tidak mempunyai kuasa untuk mendakwa atas kapasitinya sendiri kerana ia jelas melanggar Perlembagaan Persekutuan yang telah memberikan kuasa mendakwa secara eksklusif kepada Peguam Negara sebagai Pendakwa Raya. Lanjutan dari kes ini, pindaan seksyen 377 Kanun Acara Jenayah telah dibuat dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya telah mengambil langkah pembaikan di mana semua saman yang dikeluarkan selepas kes itu dibuat atas nama Pendakwa Raya.

Berkaitan isu yang sama, pada 11 September 2009, Mahkamah Tinggi Temerloh telah memutuskan bahawa

Berkaitan isu yang sama, pada 11 September 2009, Mahkamah Tinggi Temerloh telah memutuskan bahawa seksyen 120 Akta Kerajaan Tempatan 1976 adalah tidak sah dan terbatal kerana telah memberikan kuasa kepada pihak kerajaan tempatan untuk memulakan pendakwaan yang jelas bertentangan dengan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan. Dalam kes tersebut, Majlis Perbandaran Temerloh telah memulakan pendakwaan ke atas pemilik kedai Pasar Mini GSM, Encik Subramaniam Gopal, terhadap empat pertuduhan bagi kesalahan menjalankan perniagaan tanpa lesen pada 2006.

Keputusan kes ini memberi implikasi yang besar kerana ianya boleh memberikan kesan kepada tindakan

Keputusan kes ini memberi implikasi yang besar kerana ianya boleh memberikan kesan kepada tindakan pendakwaan yang dijalankan oleh semua pihak kerajaan tempatan di seluruh negara selain menimbulkan kesan kewangan yang boleh mengancam tindakan penguatkuasaan yang dijalankan oleh pihak berkenaan. Dalam menyampaikan penghakimannya, Pesuruhjaya Kehakiman Akhtar Tahir tidak bersetuju dengan pendapat bahawa jika niat parlimen untuk memberikan kuasa budicara mutlak kepada Peguam Negara, maka perkataan seperti ‘mutlak’ atau ‘hanya’ perlu dinyatakan secara jelas dalam Perkara 145(3) Perlembagaan.

Amalan sekarang adalah, penasihat undang-undang di kementerian, jabatan dan sesetengah pihak berkuasa tempatan merupakan

Amalan sekarang adalah, penasihat undang-undang di kementerian, jabatan dan sesetengah pihak berkuasa tempatan merupakan pegawai undang yang dipinjamkan dari Jabatan Peguam Negara di mana mereka ini juga telah diwartakan sebagai Timbalan Pendakwa Raya di bawah seksyen 376(3) Kanun Acara Jenayah bagi menjalankan kuasa-kuasa pendakwaan yang diberikan kepada Pendakwa Raya.

Keputusan dalam mentadbir pendakwaan kes jenayah bukanlah sesuatu yang mudah bagi Peguam Negara. Sudah

Keputusan dalam mentadbir pendakwaan kes jenayah bukanlah sesuatu yang mudah bagi Peguam Negara. Sudah menjadi keperluan, beliau tertakluk kepada kewujudan bukti yang mencukupi, sekurang-kurangnya suatu kes prima facie boleh dibuktikan di mahkamah. Paling tidak dalam beberapa kes, terdapat keadaan yang termasuk dalam ‘kawasan kelabu’ di mana keputusan untuk tidak mendakwa juga dibuat atas kepentingan awam iaitu alasan kenapa Peguam Negara diberikan kuasa untuk membentikan pendakwaan. Kuasa budibicara untuk memberhentikan sesuatu prosiding jenayah boleh dilaksanakan pada bila-bila peringkat perbicaraan sebelum penghakiman disampaikan.

Dalam kes Poh Cho Ching v. Pendakwa Raya [1982] 1 MLJ 86, dua orang

Dalam kes Poh Cho Ching v. Pendakwa Raya [1982] 1 MLJ 86, dua orang tertuduh masing-masing telah dituduh bagi kesalahan memberi dan menerima rasuah. Akan tetapi, selepas itu pertuduhan ke atas pemberi rasuah ditarik balik oleh Pendakwa Raya dan di akhir perbicaraan, penerima rasuah telah disabitkan. Penerima rasuah tidak berpuashati dengan keputusan itu kerana penarikan balik pertuduhan ke atas pemberi rasuah telah mencacatkan sabitan terhadap dirinya. Mahkamah Tinggi memetik seksyen 254 Kanun Acara Jenayah yang membenarkan pertuduhan terhadap mana-mana tertuduh ditarikbalik oleh Pendakwa Raya (nolle prosequi).

Dalam konteks ini, mahkamah memerhatikan kuasa budibicara yang mutlak telah diberikan kepada Peguam Negara

Dalam konteks ini, mahkamah memerhatikan kuasa budibicara yang mutlak telah diberikan kepada Peguam Negara di mana beliau hendaklah melaksanakannya dengan penuh keadilan tetapi persoalan samada beliau melaksanakannya atau tidak bukanlah kuasa mahkamah untuk menghakiminya.

Peguam Negara juga mempunyai fungsi yang tidak kurang penting berhubung dengan prosiding sivil di

Peguam Negara juga mempunyai fungsi yang tidak kurang penting berhubung dengan prosiding sivil di mahkamah di mana kerajaan atau mana-mana agensinya merupakan pihak dalam pertikaian tersebut. Dalam era teknologi maklumat dan perkembangan ekonomi yang begitu pesat, peranan Peguam Negara dalam aspek ini telah begitu jauh berbeza dari masa lepas. Kepentingan awam adalah keutamaan dalam menyelesaikan kes-kes sivil di mana terdapat situasi Peguam Negara perlu masuk campur bagi menghalang dari berlakunya penipuan komersil walaupun sebelum berlakunya penipuan itu iaitu dengan mengambil langkah -langkah pencegahan melalui nasihat kepada kerajaan supaya sesuatu kes tidak perlu dipertikaikan di mahkamah kelak.

Peranan Peguam Negara dalam pentadbir prosiding jenayah dan sivil lebih jelas berbanding kuasanya sebagai

Peranan Peguam Negara dalam pentadbir prosiding jenayah dan sivil lebih jelas berbanding kuasanya sebagai penjaga kepentingan awam. Dalam kes London County Council v. Attorney General [1902] A. C 165, mahkamah memutuskan jika berlaku salahguna kuasa dalam sesuatu jabatan kerajaan di mana ianya melibatkan kepentingan awam, maka Peguam Negara perlu menimbangkan untuk memulakan litigasi di mana Peguam Negara dalam menjalankan tugas rasminya mempunyai hak untuk didengar bagi pihak Kerajaan dan menyerahkan kepada mahkamah untuk memutuskannya. Perkara 145(4) menyatakan dalam menjalankan tugasnya, Peguam Negara berhak untuk didengar di mana-mana mahkamah atau tribunal di Persekutuan dan hendaklah diberi keutamaan daripada mana-mana orang lain yang hadir di hadapan mahkamah atau tribunal.

Walaupun Peguam Negara mempunyai kuasa budibicara untuk menjalankan prosiding jenayah, ianya tidak termasuk tatacara

Walaupun Peguam Negara mempunyai kuasa budibicara untuk menjalankan prosiding jenayah, ianya tidak termasuk tatacara jenayah dan bidangkuasa mahkamah. Sebagai contoh, sesuatu kes yang berlaku di Ipoh tidak boleh dijalankan di Shah Alam kerana bertentangan dengan seksyen 121 Kanun Acara Jenayah dan di bawah seksyen 170 Kanun yang sama, Peguam Negara tidak mempunyai kuasa untuk menentukan samada sesuatu kes itu perlu dibicarakan secara bersekali atau tidak. Dalam kes warga Peru, Jorge Enrique Pellon Tellon v. Pendakwa Raya [1998] 4 CLJ 278, Mahkamah Rayuan memutuskan kuasa Peguam Negara untuk memilih kesalahan mana bagi mendakwa tertuduh terhenti pada masa tertuduh dibicarakan di mahkamah kerana mahkamah hendaklah membicarakan kes berdasarkan undang-undang tatacara dan keterangan yang terpakai.

Sejarah telah membuktikan dalam menjalankan tugas awamnya, Peguam Negara telah menggunakan kuasa budibicara dengan

Sejarah telah membuktikan dalam menjalankan tugas awamnya, Peguam Negara telah menggunakan kuasa budibicara dengan berhati-hati dan bertanggungjawab bagi menegakkan keadilan tanpa mengira kedudukan, pengaruh dan fahaman politik kerana undang-undang hendaklah sentiasa dihormati. Secara kesimpulan, adalah selamat untuk direkodkan bahawa kuasa Peguam Negara dalam Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan adalah suatu yang mutlak dan tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana pihak.

Kanun Prosedur Jenayah Seksyen 3: Perbicaraan kesalahan di bawah Kanun Keseksaan dan undang-undang lain.

Kanun Prosedur Jenayah Seksyen 3: Perbicaraan kesalahan di bawah Kanun Keseksaan dan undang-undang lain.

Semua kesalahan di bawah Kanun Keseksaan itu hendaklah disiasat dan dibicarakan mengikut peruntukan yang

Semua kesalahan di bawah Kanun Keseksaan itu hendaklah disiasat dan dibicarakan mengikut peruntukan yang terkandung kemudian dari ini, dan semua kesalahan di bawah mana-mana undang yang lain, hendaklah dibuat siasatan dibicarakan mengikut peruntukan yang sama juga; …

 … tetapi tertakluk kepada sebarang undang-undang am yang sedang berkuatkuasa yang mengaturkan cara

… tetapi tertakluk kepada sebarang undang-undang am yang sedang berkuatkuasa yang mengaturkan cara dan tempat bagi siasatan atau perbicaraan terhadap kesalahan-kesalahan itu.

Akta Keterangan Seksyen 2: Akta ini hendaklah terpakai bagi segala prosiding kehakiman di dalam

Akta Keterangan Seksyen 2: Akta ini hendaklah terpakai bagi segala prosiding kehakiman di dalam atau di hadapan mana-mana mahkamah, tetapi tidaklah terpakai bagi affidavit yang dikemukakan kepada mana-mana mahkamah atau pegawai dan tidaklah juga terpakai bagi prosiding di hadapan seseorang penimbang tara.