PELUANG DAN CABARAN MASA DEPAN PUSTAKAWAN UNDANGUNDANG BAGAIMANA
PELUANG DAN CABARAN MASA DEPAN PUSTAKAWAN UNDANG-UNDANG BAGAIMANA MENINGKATKAN NILAI TAMBAH ANDA UNTUK TERUS KEKAL RELEVEN Sesi Perkongsian Pengetahuan 23 Februari 2011 (Rabu) jam 9. 30 pagi Bilik Ilmuan, Aras Satu, Perpustakaan Undang-Undang Universiti Malaya Disediakan oleh Shaikh Mohamed Noordin
Siapakah pustakawan undang-undang? Pustakawan undang-undang adalah pustakawan ikhtisas* dimana kebolehan mereka dalam mengurus maklumat perundangan diiktiraf oleh majikan* mereka terutama kemampuan mereka dalam menyelia kemudahan penyelidikan undang-undang. Pustakawan undang-undang berkerja didalam bebagai jenis organisasi seperti institusi pengajian tinggi, jabatan kerajaan, mahkamah dan firma guaman. Pustakawan undang-undang seharusnya mempunyai skil dan kemahiran dalam mencari maklumat perundangan dari berbagai sumber yang terdapat di masa kini dan mampu mengenal pasti kesahihan sumber-sumber yang digunakan itu.
Kategori pustakawan undang-undang Pustakawan Undang-undang Akademik Pustakawan Undang-undang kerajaan Pustakawan Undang-undang Firma swasta Bertugas di perpustakaan undang-undang universiti dan Institut pengajian tinggi Bertugas di perpustakaan mahkamah, Jabatan Peguam Negara dan jabatan-jabatan kerajaan Bertugas di perpustakaan Majlis Peguam, firma guaman dan Secara persendirian
Apakah cabaran masa depan pustakawan undang-undang? Perkembangan teknologi telah mendorong peningkatan jumlah perpustakaan maya. Persoalan kini timbul sama ada perpustakaan undang-undang yang ada hari ini masih lagi diperlukan di masa depan. Setiap kali berlaku krisis kewangan, perpustakaan akan menjadi mangsa pertama akibat dari krisis ini. Kenapa perpustakaan tidak dilihat sebagai unit yang strategik untuk dikekalkan supaya dapat membantu organasi ketika menghadapi krisis kewangan ini? ? Ada komen yang menyatakan bahawa perpustakaan dalam bentuk sekarang tidak lagi ekonomik dan diperlukan di masa depan kerana mereka berpendapat “segala-galanya sudah boleh diperolehi melalui Internet (online). ” Jadi, apakah kedudukan masa depan pustakawan undang-undang?
Bagaimana hendak mengukur prestasi anda berdasarkan penilaian pengguna? Adakah perkhidmatan perpustakaan anda itu selari dan menyokong misi dan visi organisasi anda? Adakah perkhidmatan perpustakaan anda itu penting untuk membantu kerjaya pengguna dan meningkatkan prestasi organisasi anda? Adakah sumber yang anda perolehi dan salurkan itu tepat, sahih dan bernilai kepada pengguna dan tidak mendatangkan beban kewangan kepada organisasi anda?
Bagaimana meyakinkan pihak pengurusan / majikan tentang sumbangan anda dan perpustakaan anda? Perpustakaan jarang sekali dianggap sebagai unit yang mendatangkan keuntungan dari segi kewangan kepada oraganisasi mereka. Namun anda perlu menyakinkan pihak pengurusan / majikan anda bahawa keuntungan yang disumbangkan oleh perpustakaan itu lebih dalam bentuk bukan fiskal. Bukti sumbangan pustakawan dapat dinilai berdasarkan pencapaian dan kecemerlangan keputusan pelajar kerana mendapat sokongan dari bahan maklumat dan pengetahuan yang disediakan oleh perpustakaan. Bukti sumbangan pustakawan dapat dinilai berdasarkan kualiti penghakiman yang dibuat oleh para hakim kerana mendapat maklumat dan rujukan kes-kes terdahulu yang dibekalkan dari sumber perpustakaan. Bukti sumbangan pustakawan dalam membantu peguam dapat dinilai berdasarkan kemenangan-kemenangan kes di mahkamah dan peningkatan keyakinan pelanggan disebabkan bantuan dari sumber maklumat yang disediakan oleh perpustakaan.
Perkhidmatan perpustakaan undang-undang masa kini Apakah perkhidmatan yang disediakan? Untuk siapa perkhidmatan ini disediakan? Rujukan Kursus kemahiran maklumat Kesedaran semasa Latihan penyelidkan undang-undang Pinjaman antara perpustakaan & penghantaran dokumen Khidmat nasihat bibliograpi, panduan penyelidikan dan penerbitan fakulti / organisasi Fakulti Pelajar undang-undang Kakitangan akademik / para serjana alumni Pengamal undang-undang (peguam / hakim) Orang awam (pro se) Siapa yang menyediakan perkhidmatan ini? Pustakawan undang-undang Profesional dalam bidang maklumat / subject specialists Kakitangan perpustakaan
Pengguna utama perpustakaan undang-undang Peguam firma guaman Pelajar undang-undang Para hakim Peguam jabatan kerajaan Pensyarah undang-undang
Bagaimana menjadikan diri anda lebih efektif dan strategik? Anda perlu tahu bagaimana memilih jenis pengetahuan dan skil yang dapat mempertingkatkan daya-maju diri anda sebagai seorang pustakawan undang-undang. Tahu bagaimana anda dinilai oleh pengguna anda sebagai seorang profesional maklumat. Tahu memancing maklum balas dari pengguna supaya anda dapat memperbaiki kelemahan yang ada dan menjadikan pujian mereka itu sebagai testimonial untuk dinilai oleh pihak pengurusan atau majikan anda. Tahu bagaimana memposisi dan mempromosikan perkhidmatan diri anda supaya ia kelihatan lebih berketerampilan. Mempunyai kepelbagaian skil dan peranan mengikut keperluaan dan keadaan supaya kepakaran anda sentiasa diperlukan untuk anda akan terus kekal relevan.
Pengetahuan asas yang diperlukan oleh pustakawan undang-undang 1. Anda perlu tahu tentang sistem dan sumber perundangan negara 2. Tahu tentang asas dan methodologi penyelidikan undang-undang 3. Tahu bagaimana menilai tahap kesahihan sumber perundangan 4. Tahu tentang jenis pengetahuan dan makumat yang diperlukan dalam amalan guaman 5. Tahu bagaimana memilih jenis pengetahuan dan maklumat untuk menyokong keperluan dan misi organisasi / institusi anda 6. Tahu mempromosi dan memposisi peranan anda sebagai pustakawan undang-undang supaya jadi lebih strategik dan relevan
Peranan utama pustakawan undang-undang dalam membantu pengguna Undang-Undang Pustakawan Pengguna Pustakawan undang-undang boleh bantu pengguna: Ø Menjimatkan masa Ø Mengelakkan kesilapan Ø Mendapatkan kepastian dan kesahihan sumber Ø Menambah nilai kepada maklumat yang diperolehi
“Pernyataan nilai tambah oleh pustakawan undang— undang” (Statement of value added by law librarians) AALL, March 2003 Pernyataan AALL ini menggariskan fungsi pustakawan undang terbahagi kepada empat peranan utama iaitu sebagai: 1. Penilai maklumat (information evaluator) 2. Pengurus maklumat (information manager) 3. Guru dan pelatih (teacher and trainer) 4. Pakar penyelidik (expert researcher)
Peranan pustakawan sebagai “Penilai Maklumat” Dengan adanya kemudahan Internet, maklumat perundangan kini jadi semankin bertambah. Oleh sebab itu pustakawan undang-undang perlu bertanggungjawab menjadi penyaring dan penilai kepada semua sumber perundangan ini sebelum sumber ini dianggap sesuai untuk dilanggani atau digunakan oleh pengguna di perpustakaan mereka. Pustakawan undang-undang bertanggungjwab untuk memilih sumber yang paling berauthoriti yang mampu dilanggan berdasarkan kepada kemampuan dan kedudukan kewangan institusi dengan mengambil kira kos langganan, kaedah pengaksesan, reliabiliti sumber, status terkini, kesahihan dan keaslian sumber perundangan tersebut.
Peranan pustakawan sebagai “Pengurus Maklumat” Pustakawan undang-undang sering juga dikenali sebagai seorang ‘Pengurus Maklumat’ (information manager). Mereka diambil kerja kerana kepakaran mereka dalam mengurus maklumat perundangan supaya maklumat ini senang dicari dan diakses oleh pengguna mereka. Sekarang ini pustakawan undang-undang harus tahu bagaimana cara mengurus pengetahuan (Knowledge Management) termasuk cara memasarkan perkhidmatan dan urus-niaga guaman serta mempromosi kepakaran para peguam yang berkerja di firma mereka.
Peranan pustakawan sebagai “Guru dan Pelatih” Pustakawan undang-undang juga berperanan sebagai guru dan pelatih kerana mereka menjadi orang perantaraan utama yang memperkenalkan sumber perundangan yang baru diperolehi kepada pengguna mereka. Oleh sebab itu mereka perlu tahu dan dilatih terlebih dahulu tentang bagaimana cara mengguna dan mengakses sumber ini subelum mereka dapat mengajar dan melatih pengguna mereka untuk mendapatkan maklumat daripada sumber-sumber tersebut dengan lebih mudah.
Peranan pustakawan sebagai “Pakar Penyelidik” Pustakawan undang-undang perlu mengubah peranan mereka daripada seorang “pemegang amamah” untuk maklumat dan pengetahuan yang berada di perpustakan mereka kepada seorang “pakar penyelidik” yang mampu menyelidik dan mengetahui seluruh maklumat dan pengetahuan yang berada didalam organisasi mereka. Jika pustakawan undang-undang ingin dianggap sebagai rakan sepasukan yang mampu menjayakan misi organisasi mereka, mereka bukan saja perlu mengetahui jenis maklumat yang dapat membantu program pendidikan atau amalan guaman organisasi mereka tetapi juga mengetahui jenis maklumat yang dapat memasarkan kegiatan organisasi mereka itu.
Bagaimana program latihan dapat meningkatkan nilai tambah anda ? Masukkan program latihan anda sebagai sebahagian daripada kurikulum atau program latihan guaman kepada pelajar atau pelatih guaman. Pastikan progran latihan anda dapat membantu pengguna jadi lebih cekap dan kos-efektif. Pengguna dapat melakukan lebih banyak assigments dengan hasil kerja yang lebih tepat dan pantas. Ini dapat meningkatkan produktiviti mereka. Latihan anda dapat menghadkan penggunaan sumber dari pengkalan data yang berbayar dan ini dapat mengurangkan kos dan seterusnya dapat membantu anda didalam rundingan kontrak akan datang. Latihan anda dapat mengurangkan kos bagi pihak pelanggan yang terpaksa menanggung kos penyelidikan melalui masa yang dicaj oleh peguam. Sediakan peluang latihan dalam pelbagai topik berkaitan sumber perundangan untuk sepanjang tahun. Maklumkan kepada pihak atasan anda tentang faedah dari hasil latihan anda yang mereka perolehi melalui prestasi yang ditunjukkan oleh pengguna anda. Adakah ia memberi kesan? Jika tidak, cari punca kenapa ia kurang berkesan dan cuba perbaiki program latihan anda itu. Buat kaji-selidik tentang apa yang pengguna anda ingin tahu daripada seri latihan anda ini. Dapatkan maklum balas mereka dan bawa maklum balas mereka ke pengetahuan pihak atasan anda. Anda harus menyediakan laporan tahunan untuk menilai segala aktiviti yang anda lakukan untuk tujuan mempromisikan perkhidmatan perpustakaan anda jika ini masih belum dilakukan.
Peranan pustakawan undang-undang Peranan utama Pustakawan undang 2 Akademik Pustakawan undang 2 Kerajaan Sebagai Tenaga pengajar / pelatih Pustakawan undang 2 swasta Sebagai Pengurus maklumat Sebagai Pakar penyelidik Sebagai pelatih Sebagai Pakar penyelidik Sebagai pengurus pengetahuan
Tugas asas pustakawan undang-undang Tugas asas Perkhidmatan Teknikal Perkhidmatan Pentadbiran Pengurusan kewangan Perkhidmatan pengguna Mengemas-kini Undang-undang Mencari Undang-undang Memperolehi Undang-undang Dalam perpustakaan Mengurus penglokasian Undang-undang Luar perpustakaan Memastikan undang. Undang terkini Dari bahan bercetak dan Dalam talian
Perubahan tugasan pustakawanan undang-undang dulu dan sekarang Dulu Sekarang Jenis bahan yang diurus Hanya mengurus bahan bercetak saja Termasuk mengurus sumber elektronik Jenis maklumat yang diperolehi Hanya sumber dari luar organisasi Termasuk sumber dari dalam organisasi Kaedah mengkategori bahan Menggunakan sistem klasifikasi perpustakaan saja Menggunakan teksonomi untuk maklumat seluruh organisasi Jenis perkhidmatan yang disediakan Untuk tujuan pendidikan & amalan perundangan saja Termasuk untuk tujuan permasaran dan urus niaga guaman Jawatan yang dikenali Pengurus maklumat (Information Manager) Pengurus Pengetahuan (Knowlwdge Manager)
Bidang tugas pustakawan undang-undang akademik Menyediakan latihan kepada pelajar tentang penggunaan sumber perundangan termasuk maklumat mengenai sumber perpustakaan melalui laman web universiti mereka. Membantu pelajar mengikuti perkembangan perundangan seperti menyediakan table of contents untuk bahan-bahan yang baru diperolehi, Legal Alert, dsb. Mengajar pengguna mengakses sumber perpustakaan dan panduan mengemaskini hasil penyelidikan mereka. Memberi bantuan dalam pencarian maklumat perundangan kepada fakulti dan lain-lain kakitangan akademik di dalam universiti mereka.
Bidang tugas pustakawan undang-undang jabatan kerajaan Memaklumkan kepada pegawai perundangan di jabatan kerajaan mengenai sumber perundangan dan kaedah penyelidikan yang baru diperkenalkan. Membantu mahkamah dalam pengaksesan maklumat perundangan melalui sumber elektronik (dalam talian) untuk kegunaan jabatan dan mahkamah. Membantu para hakim menyalurkan penghakiman terbaru mereka untuk diterbitkan dalam laporan undang -undang. Menjadikan perpustakaan undang-undang sebagai pusat depositori untuk menyimpan dokumen perundangan kerajaan termasuk penghakiman dari mahkamah sebagai rekod awam.
Bidang tugas pustakawan undang-undang firma guaman? Penyelidikan di firma guaman meliputi pencarian fakta-fakta yang diperlukan oleh peguam dalam lain-lain bidang seperti bidang perniagaan, sains, kejuteraan dan perubatan selain daripada bidang perundangan. Perlu sentiasa mengikuti perkembangan legislatif dan regulatori Perlu sentiasa mengkaji sumber-sumber perundangan yang diperolehi berasaskan kos, kandungan dan kesahihan nilai maklumat dari sumber-sumber tersebut Membantu peguam dalam penggunaan sumber-sumber perundangan yang baru
Bagaimana meningkatkan kemahiran anda? Kemahiran asas Pengetahuan (Knowledge) Skil (Skills) Sikap (Attitudes) Pengetahuan tentang kepustakawanan Skil komunikasi Minat yang mendalam Pengetahuan tentang sistem & sumber perundangan Skil teknologi maklumat Sikap ingin belajar Pengetahuan tentang Profesion perundangan Skil pengurusan Tahu meletak keutamaan Pengetahuan tentang Istilah perundangan
Kemahiran asas pustakawan undang-undang Kemahiran am Memahami latar belakang sejarah perundangan Malaysia Memahami sistem perundangan Malaysia Memahami jenis sumber perundangan dan bagaimana ia dikategorikan Memahami tugas hakiki profesion perundangan Kemahiran khusus Memahami bagaimana undang-undang dibuat, diterbit dan digunakan Mengetahui dimana sumber perundangan ditempatkan dan bagaimana mencari sumber tersebut Mengetahui bagaimana mengurus, mengendali dan mengemaskini bahan perundangan bagi memastikan kesahihan bahan-bahan tersebut Competencies of Law Librarianship, AALL, March 2001 (revised 2010)
Kemahiran khusus yang diperlukan oleh pustakawaan undang-undang Pengurusan Maklumat Perundangan Bagaimana mengurus maklumat perundangan ○ Mengetahui jenis sumber perundangan seperti Sumber Utama dan Sumber Skunder ○ Mengetahui kegunaan sumber-sumber ini; bagaimana dan bila ia digunakan. Skil Penyelidikan Undang-Undang Bagaimana mencari & mengenal pasti undang-undang ○ Mengetahui sistem perundangan negara dan badan-badan pembuat undang-undang ○ Mengetahui siapa yang buat undang-undang dan bagaimana undang-undang itu dibuat, diterbit dan disimpan ○ Mengetahui sama ada undang-undang yang dicari itu masih lagi sahih untuk dirujuk di makahmah Competencies of Law Librarianship, AALL, March 2001 (revised 2010)
Bagaimana meningkatkan kecemerlangan Perwatakan peribadi Perkhidmatan Pentadbiran Perkhidmatan Teknikal Perkhidmatan Pengguna Bertanggungjawaban Cermat Suka berkhidmat Mudah-suai terperinci Pintar berkomunikasi Fleksiibil Service-oriented Memberi perhatian Kreatif Berbudi bahasa Penyimpan rekod Tahan tekanan
Pengurusan pengetahuan (Knowledge Management) dalam firma guaman Bagaimana program KM bantu firma guaman? Memperbaiki kualiti perkhidmatan guaman untuk memberi kelebihan dalam persaingan dalam industri perundangan Meningkatkan kepantasan dalam memberi perkhidmtan untuk kepuasan hati pelanggan Memastikan khidmat-nasihat perundangan yang konsisten bagi mengukuhkan keyakinan pelanggan Memperbaiki pengurusan dan penggunaan pengetahuan peguam untuk meningkatkan kemahiran dan kepakaran mereka Memperbaiki pengaksesan sumber perundangan Mempertingkatkan kemampuan untuk menyunkil maklumat dengan cepat Dapat menarik dan mengekalkan peguam-peguam yang terbaik Dapat menarik dan mengekalkan pelangan-pelanggan yang terbaik
Objektif pengurusan pengetahuan (KM) dalam firma guaman Objektif Pengurusan Pengetahuan (KM) Penyelidikan Undang-undang Pembangunan Ikhtisas Para peguam Pembangunan Urusniaga guaman Bantuan dalam Pentadbiran Firma guaman
Bagimana proses transaksi pengetahuan (knowledge transactions) berlaku? Pembeli (Pelanggan) Pembekal (Peguam) Broker (Pustakawan undang-undang) (Pengurus Pengetahuan) Pengetahuan Ekplisit (Explicit Knowledge) Pengertahuan Tasit (Tacit Knowledge) (Pakar dalam pengetahuan ekternal (Pakar dalam pengetahuan Internal yang diperolehi dari luar organisasi yang dibuat dari dalam organisasi untuk amalan perundangan) memasarkan perkhidmatan guaman)
Bagimana proses transaksi pengetahuan (knowledge transactions) berlaku? Proses transaksi pengetahuan melibatkan: v Pembeli (Pelanggan): memerlukan pengetahuan guaman untuk v Pembekal (Peguam): “menjual” pengetahuan dan kepakaran v Broker (Pustakawan Undang-Undang dan Pengurus Pengetahuan): adalah mereka yang mempunyai kepakaran dalam menyelesaikan masaalah perundangan mereka. Mereka “membeli” pengetahuan dalam bentuk “nasihat guaman” bagi tujuan tersebut mereka dalam bentuk “pendapat dan nasihat perundangan” untuk menyelesaikan masaalah yang dihadapi oleh pelanggan (pembeli) mereka. mencari maklumat yang dapat membantu peguam (pembekal) merumuskan nasihat perundangan yang tepat dan pantas untuk menyelesaikan masaalah yang dihadapi oleh pelanggan (pembeli) mereka.
Pemetaan pengetahuan Kategori pengetahuan mengikut kegunaan Pengetahuan guaman Untuk amalan guaman (Practice of Law) Pengetahuan yang diperlukan dalam amalan perundangan Untuk urusniaga guaman (Business of Law) Pengetahuan yang diperlukan dalam menyokong aktiviti pemasaran perkhidmatan perundangan
Pemetaan pengetahuan Pengetahuan dalam amalan guaman Pengetahuan dalam Amalan guaman Penyelidikan perundangan Pembelajaran / Pembangunan ikhtisas Duluan terbitan firma (firm’s Precedents) Kertas seminar Amalan terbaik firma (best Practices) Bahan ceramah guaman Bahan perundangan (legislation material) Laporan undang-undang Case Law (Law Reports)
Pemetaan pengetahuan Pengetahuan dalam urusniaga guaman Pengetahuan dalam Urusniaga guaman Pengurusan pelanggan Aktiviti pemasaran Pengurusan Kewangan Data kontek pelanggan Profil tentang firma Maklumat Billing Laporan tentang Perniagaan pelanggan Profil tentang peguam Maklumat tentang Perkara file Artikel dari peguam
Penilaian Pengetahuan (Knowledge evalution) Piramid Pengetahuan (Knowledge) Maklumat (Information) Data (Data)
Penilaian Pengetahuan (Knowledge evalution) Piramid Pengetahuan Inovatif (Innovative Knowledge) (Mempunyai pengetahuan yang sangat bernilai – Cukup untuk berada ditempat paling atas dan memimpin industri) Pengetahuan Lanjutan (Advanced Knowledge) (Mempunyai pengetahuan dan maklumat yang sangat relevan – Cukup untuk bersiang dalam industri / perkhidmatan perundangan) Pengetahuan Asas (Core Knowledge) (Pengetahuan dan maklumat asas Cukup untuk melakukan amalan asas perundangan)
Penilaian Pengetahuan Tahap Nilai Pengetahuan (adapted from Rusanow, 20012: 9) Pengetahuan yang paling bernilai Hanya dikendalikan oleh KM Pencarian melalui kategori Boleh diperolehi secara full-text Pengetahuan yang sangat releven Sering dikendalikan oleh KM Searchable by categories Boleh diperolehi secara fill-text Pengetahuan asas Boleh diperolehi secara full-text Pengetahuan Inovatif (Innovative Knowledge) Contoh: Law firm precedent documents Maklumat pelanggan Industry and project information Law firm staff skills and expertise Pengetahuan dan Maklumat Lanjutan Contoh: (Advance Knowledge and Best practice documents, e. g. Information) transactional documents, Pengetahuan Asas, Maklumat Am dan Data Core Knowledge, General Information and Data methodologies and research Regularly used information indexed by subject matter Contoh: Publicly available; legal, industry and client information
Pembangunan kerjaya untuk pustakawan undang-undang Bina reputasi mesra-pengguna dikalangan kakitangan organisai anda supaya dapat menarik minat mereka mengenali anda dan tugasan anda. Sertai persatuan pustakawan seperti Kumpulan Pustakawan Undang-Undang terutama untuk tujuan menjalinkan rangkaian persahabatan (networking). Menyertai aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh persatuan pustakawan dan kumpulan-kumpulan yang berkaitan. Libatkan diri dengan program yang diselenggarakan oleh institusi pengajian kepustakawanan seperti mengajar dalam topik kepustakawanan undang-undang serta memberi ceramah tentang kerjaya dalam bidang kepustakawanan undang. Menawarkan latihan amali kepada pelajar dalam bidang kepustakawanan. Jadikan perpustakaan anda sebagai tempat mereka menjalani latihan amali supaya dapat memupuk minat mereka untuk memilih kerjaya sebagai pustakawan undang. Menghadiri kursus terutama mengenai bidang kepustakawanan undang-undang Baca banyak artikel dan buku-buku berkaitan kepustakawanan undang-undang Menulis artikel dan berkongsi pengetahuan dengan rakan sejawatan yang lain
Apakah yang menghalang pustakawan undang daripada memperbaiki prestasi diri? Ramai pustakawan merasakan diri mereka kurang dihargai kerana beban kerja yang tidak berpadanan dengan gaji berbanding dengan rakan mereka yang berkerja sebagai pensyarah atau peguam. Ini boleh menjatuhkan semangat dan kommitmen mereka untuk berusaha dengan lebih gigih lagi. Mempunyai rasa kurang keyakinan diri kerana tidak pernah mendapat bimbingan, tunjuk ajar dan berkongsi pengetahuan dari mereka yang berpengalaman dalam bidang kepustakawanan undang-undang. Kurang mendapat sokongan, insentif dan galakan dari pihak pengurusan atau majikan Tidak mempunyai kakitangan sokongan yang mencukupi Tidak mendapat sokongan kewangan untuk menyokong perubahan Sikap pengurusan / majikan yang kurang faham (atau terlepas pandang) tentang kemampuan dan sumbangan sebenar seorang pustakawan undang -undang hingga berlaku pembaziran sumber insan dalam membangunkan organisasi mereka.
Siapakah menjadi pesaing kepada pustakawan undang-undang Peguam Sokongan Profesional – Professional Support Lawyers (PSL) Profesional Teknologi Maklumat – IT Professional Profesional Bukan Profesion – Non Professional Kakitangan Bukan Profesional – Non-professional (Support) Staff
Kesimpulan Perkembangan teknologi maklumat telah mengubah sumber perundangan dalam berbagai bentuk format. Bahan-bahan bercetak tidak lagi menjadi sumber rujukan utama yang menyalurkan maklumat perundangan. Perkembangan teknologi maklumat ini juga memaksa pustakawan undang-undang mengubah cara mereka berkerja. Skil dan pengetahuan yang diperolehi dulu perlu sentiasa diperbahrui supaya dapat menepati keperluan semasa pengguna. Perpustakaaan undang-undang tradisi kini menjadi pilihan kedua berbanding perpustakaan undang-undang maya. Oleh itu kemahiran untuk mengendalikan kedua-dua sumber perundangan ini sangat diperlukan sekarang. Peranan dan kemahiran pustakawan undang-undang juga terpaksa diubah supaya ia kekal relevan, daripada pengurus maklumat kini telah menjadi pengurus pengetahuan.
Penutup kata Jangan terlalu selesa dengan kedudukan profesion anda sekarang terutama jika anda enggan berubah dan mengubah peranan anda, meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan skil anda untuk disesuaikan dengan keperluan semasa dan bersiap sedia untuk menghadapi keperluan masa depan. Jangan biarkan pengguna anda merasakan lebih baik mereka bergantung kepada penggunaan sumber dari Internet daripada berurusan dengan anda yang kurang mahir dan berpengetahuan atau tidak tahu bagaimana memenuhi keperluan mereka. Jangan biarkan profesion anda diambil-alih oleh pihak lain yang nampaknya lebih bersedia menawarkan perkhidmatan mereka kepada pengguna anda dengan lebih berkesan. Jadikanlah diri dan profesion anda sebagai pilihan utama atas reputasi dan kridibiliti anda yang mampu menyumbang kearah membangunkan sistem pendidikan perundangan dan industri guaman di negara ini.
- Slides: 42