PELAKSANAAN PENAMBAHBAIKAN DAN PENJENAMAAN SEMULA PROGRAM NADI ILMU
PELAKSANAAN PENAMBAHBAIKAN DAN PENJENAMAAN SEMULA PROGRAM NADI ILMU AMALAN MEMBACA (NILAM)
LATARBELAKANG • Program NILAM yang bermula pada tahun 1999 telah dilaksanakan selama 17 tahun. • Program NILAM merupakan gabungan atau adunan kesemua aktiviti galakan membaca yang dijalankan di sekolah. • Program ini merangkumi rancangan membina tabiat membaca secara terancang dan berterusan. • Murid yang terlibat dalam program ini juga diberi pengiktirafan mengikut tahap pembacaan mereka.
OBJEKTIF NILAM SEDIA ADA • Objektif Program ini ialah : – menjadikan murid banyak membaca. Pembacaan melibatkan pelbagai jenis buku, bahan yang berkualiti dan tidak terkong kepada pembacaan yang berorientasikan peperiksaan sahaja; – menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca; – melahirkan tokoh murid yang berketrampilan dalam pembacaan, mempunyai sifat kepimpinan, berani berhadapan dengan khalayak, berkeyakinan tinggi dan berpengetahuan luas; – melahirkan lebih ramai golongan murid yang cintakan bahan bacaan, menjadikannya sebagai satu budaya dan menjadi ‘role model’ kepada rakan-rakan sebaya yang lain; dan – menjadi pemangkin terhadap budaya membaca dalam masyarakat.
DAPATAN KAJIAN Pada Tahun 2015, Bahagian Teknologi pendidikan telah melaksanakan kajian pelaksanaan Program NILAM: • 83. 2 peratus guru menyatakan bahawa Program NILAM membantu mengurangkan jumlah murid dalam Program LINUS di sekolah; • 91. 0 peratus guru menyatakan bahawa Program NILAM membantu meningkatkan prestasi pencapaian Bahasa Melayu (BM); • 87. 6 peratus guru menyatakan bahawa Program NILAM membantu meningkatkan prestasi pencapaian Bahasa Inggeris (BI); dan • 88. 7 peratus guru menyatakan bahawa Program NILAM membantu meningkatkan prestasi murid dalam peperiksaan. • 84. 4 peratus murid menyatakan bahawa Program NILAM membantu mereka meningkatkan prestasi akademik. Sebanyak 6, 900 guru (Guru Besar, Pengetua, Guru Perpustakaan dan Media, Guru Mata pelajaran) dan 11, 545 murid (sekolah rendah dan menengah) telah menyertai kajian yang dilaksanakan secara dalam talian
MENGAPA? Program NILAM telah dilaksanakan sejak • 1999 • perlu sejajar dengan perkembangan terkini • memberi nilai tambah • ketekalan sokongan membantu pencapaian murid dalam proses pembelajaran •
MENGAPA? Laporan JNJK • Program NILAM tidak dilaksanakan secara berkesan dalam memupuk minat membaca murid • Konsep dan panduan pelaksanaan program NILAM tidak diberi perhatian •
MENGAPA? Arahan YAB Menteri Pendidikan • Pelaksanaan Program NILAM dikaji semula • untuk memperlihatkan impak yang lebih berkesan, bertepatan dengan peruntukan yang dibelanjakan • Pendekatan baharu yang lebih efektif bagi menggalakkan budaya membaca selaras dengan PPPM 2013 -2025
MENGAPA? Laporan PISA dan Kemahiran abad ke 21 • Kemampuan murid menjawab soalan KBAT • Kurang membaca atau pembacaan terhad • Kemahiran komunikasi, pemikiran kritis, kolaboratif, kreativiti, literasi maklumat dan digital, penghasilan kerja bermutu •
LAPORAN OECD Syor oleh Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD) untuk meningkatkan minat terhadap bacaan (Laporan PISA 2009, Jil. III): • Membaca secara meluas dan mendalam khususnya membaca bahan fiksyen adalah dua faktor yang mempunyai kaitan paling rapat dengan pencapaian tinggi dalam pembacaan. • Walau bagaimanapun, bahan bacaan yang mudah tidak boleh menjadikan seseorang murid sebagai pembaca yang fasih tetapi masih boleh digunakan oleh ibu bapa dan guru untuk meningkatkan minat dan tabiat membaca sebagai sesuatu yang menyeronokkan. • Membina pendekatan yang berstruktur dapat menambat pembaca yang kurang berminat bermula dengan teks yang mudah dan menarik seperti yang terdapat dalam majalah, dan seterusnya dikembangkan secara berperingkat kepada bahan bacaan yang lebih kompleks. Cara ini dapat menambah keinginan membaca dalam kalangan murid yang kurang membaca.
DAPATAN PISA • Kajian PISA 2012 melaporkan bahawa antara faktor pencapaian yang rendah yang dikenal pasti ialah murid Malaysia tidak dapat menjawab soalan yang menguji pemikiran aras tinggi (KBAT), yang menguji keupayaan menaakul, membuat refleksi, dan menilai. • Kelemahan murid yang ketara dalam PISA ialah kemahiran pemahaman bacaan yang rendah. Kurang membaca atau pembacaan yang terhad kepada genre tertentu mengakibatkan murid kurang pengetahuan sedia ada (skemata) untuk dihubungkaitkan dengan tugasan menganalisis, mentafsir, menilai dan membuat refleksi.
NILAM YANG DITAMBAH BAIK • Bermula penghujung 2014 • 4 bengkel melibatkan Guru Perpustakaan dan Media, Pegawai Bahagian, PNM, Persatuan Penerbit • Pembentangan dalam Mesyuarat JK Induk Gerakan Tabiaat Membaca • Diluluskan pelaksanaannya dalam Mesyuarat Profesional KPM pada 3 Mac 2016
OBJEKTIF • melestarikan budaya pembacaan berkualiti, membantu proses pencarian ilmu pengetahuan, membina kemahiran, penguasaan literasi maklumat dan digital sepanjang hayat; • menyediakan murid Malaysia untuk menjawab soalan yang menguji pemikiran aras tinggi (KBAT) yang menguji keupayaan menaakul, membuat refleksi, dan menilai melalui aktiviti pengayaan; • menggalakkan pelibatan semua warga sekolah dalam pelaksanaan program dan aktiviti membaca merentasi kurikulum. • menggalakkan pelibatan masyarakat/komuniti setempat/ pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan
PERBANDINGAN FOKUS DAN PENDEKATAN NILAM Kuantiti buku dibaca dan rumusan sedia ada NILAM Jauhari, Rakan Pembaca
PERBANDINGAN FOKUS DAN PENDEKATAN Kuantiti dan kualiti bahan bacaan NILAM ditambah baik Aktiviti bacaan diikuti pelbagai aktiviti pengayaan Semua murid terlibat dalam aktiviti Menggalakkan pelibatan murid lelaki
JENIS AKTIVITI PENGAYAAN • RUMUSAN- Ayat atau peta minda • Bercerita • Membaca bersama • Mengulas buku • Bicara Buku / diskusi buku • Syarahan • Forum • Lakonan / sketsa • Resensi Buku • Deklamasi sajak • Berpantun • Mencipta lirik lagu • Radio Sekolah • Tunjuk cara • Lukisan/poster • Menulis/menghasilkan buku dan lain-lain
PERBANDINGAN PELIBATAN MURID, GURU, IBUBAPA DAN KOMUNITI Semua murid Tahun 1 -6, Peralihan – Tingkatan 5 NILAM sedia ada Guru bahasa Galakan Ibu bapa
PERBANDINGAN PELIBATAN MURID, GURU, IBUBAPA DAN KOMUNITI Murid pra sekolah – Tingkatan 5 Pendidikan Khas, Kolej Vokasional NILAM ditambah baik Semua guru terlibat Pemantauan berkala oleh Guru kelas/Guru NILAM/Guru GPM Ibu bapa, komuniti setempat, pertubuhan kerajaan, dan bukan kerajaan
PERBANDINGAN KUALITI BUKU, JENIS BAHAN BACAAN DAN PEMBUKTIAN Semua jenis buku Buku NILAM sedia ada Menulis rumusan Disahkan oleh guru
PERBANDINGAN OBJEKTIF Melestari budaya pembacaan berkualiti NILAM ditambah baik Tumpuan kepada literasi dan Ilmu Mengalakkan kemahiran abad ke 21 Pelibatan semua guru, ibubapa dan komuniti
KAEDAH PELAKSANAAN 1. CARA PENGIRAAN INDEKS KUALITI NILAM (IQ NILAM) IQ NILAM = PURATA AKTIVITI / PURATA BAHAN DIBACA
KAEDAH PELAKSANAAN 2. CONTOH PENGIRAAN Sekolah Purata Bahan dibaca Purata Aktiviti Pengayaan Indeks Kualiti NILAM (IQ NILAM) Sekolah A 24 48 2 Sekolah B 24 24 1 Sekolah C 24 6 0. 25
KAEDAH PELAKSANAAN 3. SKALA PENARAFAN IQ NILAM < 1 = TIDAK MENCAPAI TAHAP NILAM 1 = BAIK DAN MENCAPAI TAHAP NILAM > 1 = BAIK DAN MELEPASI TAHAP NILAM
KAEDAH PELAKSANAAN 4. PROJEK RINTIS Sept – Okt 2016 • Rintis NILAM April – September 2016 • Pemurnian • Video klip • Modul PELAKSANAAN • Sesi Taklimat • SPI dan Garis Panduan Nov-Dis 2016 Jan 2017 • Pelaksanaan sepenuhnya
- Slides: 24