PELAKSANAAN OSC ONLINE BEST PENGALAMAN MAJLIS PERBANDARAN KUANTAN
PELAKSANAAN OSC ONLINE 'BEST PENGALAMAN MAJLIS PERBANDARAN KUANTAN PRACTICES‘
1. 0 TUJUAN 1. 1 Tujuan kertas ini dibentangkan adalah untuk berkongsi pengalaman mengenai kejayaan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dalam melaksanakan sistem OSC Online.
2. 0 LATAR BELAKANG 2. 1 Matlamat OSC Online adalah untuk mempercepatkan proses permohonan cadangan pembangunan tanah. Permohonan boleh dibuat dengan mudah, cepat dan boleh dibuat pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja dengan harapan dapat menjimatkan tenaga, masa dan kos permohonan.
2. 0 LATAR BELAKANG 2. 2 Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) telah ditawarkan untuk menjadi perintis kepada OSC Online oleh Jabatan Kerajaan Tempatan pada 31 Oktober 2008. Ianya telah mendapat Sijil Perakuan Sistem dan telah dilancarkan pada 4 Januari 2011.
2. 0 LATAR BELAKANG 2. 3 Dalam melaksanakan OSC Online, pihak Majlis percaya bahawa untuk berjaya hendaklah dibuat secara sepenuh hati dan dilaksanakan secara komprehensif kepada semua pengguna yang terlibat. Dengan lain perkataan, ianya tidak boleh dibuat separuh online dan separuh manual. Ianya perlu dipasarkan secara holistik dan bersungguh-sungguh kepada semua pengguna yang terlibat.
Carta alir Pemprosesan Permohonan di OSC
3. 0 Persediaan Sebelum Pelancaran OSC Online 3. 1 Bagi memantapkan lagi pengetahuan dan pemprosesan melalui OSC Online, pihak MPK dan JKT telah mengadakan beberapa siri bengkel dan 'trial run' yang melibatkan semua pihak yang akan mengguna pakai sistem ini bermula dari Disember 2008 seperti jadual berikut : -
3. 0 Persediaan Sebelum Pelancaran OSC Online TARIKH AKTIVITI 30 Disember 2008 Bengkel Pelaksanaan PENGLIBATAN Agensi Teknikal Dalaman 16 Februari 2009 Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan OSC Online Bil. 1 Agensi Teknikal Dalaman 22 Julai 2009 Sesi Instalasi Dan Percubaan Penggunaan Sistem OSC Online Bahagian OSC dan Agensi Teknikal Dalaman 3 Mac 2010 'Trial Run' 1 OSC Online Majlis Perbandaran Kuantan Agensi Teknikal Dalaman, Luaran, OSC dan PSP 24 Mei 2010 'Trial Run' 2 OSC Online Majlis Perbandaran Kuantan Agensi Teknikal Dalaman, Luaran, OSC dan PSP 21 Julai 2010 Bengkel 'Hands On Training' oleh Jabatan Kerajaan Tempatan, KPKT di Putrajaya Agensi Teknikal Dalaman, Luaran dan PSP
3. 0 Persediaan Sebelum Pelancaran OSC Online TARIKH AKTIVITI PENGLIBATAN 21 Julai 2010 Penerimaan Sijil Perakuan Sistem daripada Jabatan Kerajaan Tempatan, KPKT Bahagian OSC 2 Ogos 2010 Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan OSC Online Bil. 1 MPK yang dipengerusikan oleh Yang Dipertua Agensi Teknikal Dalaman (4) dan Luaran (13) 6 Ogos 2010 Latihan dalaman OSC Online (Pelan Bangunan) Bahagian OSC (Unit Pelan Bangunan) 11 Ogos 2010 Latihan dalaman OSC Online (Pelan Infrastruktur) Bahagian OSC Infrastruktur) 12 Ogos 2010 Latihan dalaman OSC Online (Pelan Kebenaran Merancang) Bahagian OSC (Unit Kebenaran Merancang) 13 Ogos 2010 Latihan dalaman OSC Online (ulang kaji) Bahagian OSC (Unit
3. 0 Persediaan Sebelum Pelancaran OSC Online TARIKH 13 Ogos 2010 16 Ogos 2010 20 Ogos 2010 25 Ogos 2010 AKTIVITI Perbincangan dengan Ketua Bahagian Teknologi Maklumat (ICT) bagi memastikan setiap komputer yang terlibat dengan OSC Online dipantau bagi melancarkan proses OSC Online Perbincangan dengan Ketua Bahagian Teknologi Maklumat (ICT) mengenai keperluan komputer bagi OSC Online di Bahagian OSC. Di dapati Jabatan Landskap memerlukan komputer tambahan. Latihan Intensif 1 OSC Online diberi oleh Syarikat Yes Enviro Sdn. Bhd. (inisiatif Bahagian OSC) Latihan Intensif 2 OSC Online diberi oleh Syarikat Yes Enviro Sdn. Bhd. PENGLIBATAN Bahagian OSC dan Bahagian Teknologi Maklumat Semua Agensi Teknikal Dalaman dan Luaran, OSC dan PSP
3. 0 Persediaan Sebelum Pelancaran OSC Online TARIKH 18 Oktober 2010 1 November 2010 AKTIVITI Kursus Pemahaman OSC Online Anjuran Jabatan Kerajaan Tempatan, KPKT Arkitek mengemukakan permohonan Pelan Bangunan secara online dan tiada masalah yang timbul PENGLIBATAN Semua Agensi Teknikal Dalaman, Luaran dan OSC Bahagian OSC 8 November 2010 Jurutera Perunding mengemukakan Pelan Kerja Tanah secara online Bahagian OSC 9 November 2010 Juru Rancang mengemukakan Pelan Kebenaran Merancang tetapi tidak berjaya kerana tidak dapat memuat naik data Bahagian OSC
3. 0 Persediaan Sebelum Pelancaran OSC Online TARIKH AKTIVITI 15 November 2010 Bahagian OSC menghubungi Syarikat Yes Enviro Sdn. Bhd. mengenai masalah tidak dapat memuat naik data. Pihak syarikat memaklumkan perkara tersebut tidak berkaitan dengan server MPK dan pemohon diminta menyemak talian internet sendiri. 16 Disember 2010 Kursus Pemantapan OSC Online oleh Jabatan Kerajaan Tempatan, KPKT 4 Januari 2011 Pelancaran OSC Online secara serentak dengan 9 PBT yang lain. 25 Januari 2011 Notis pemakluman mengguna pakai OSC Online secara menyeluruh diedarkan kepada semua PSP yang terlibat bermula pada 1 Februari 2011. PENGLIBATAN Bahagian OSC Semua Agensi Teknikal Dalaman dan Luaran, OSC dan PSP Bahagian OSC dan semua PSP yang terlibat
MAJLIS PELANCARAN OSC ONLINE Majlis Pelancaran OSC Online pada 4 Januari 2011 di Wisma TM Kuantan secara serentak bersama 10 PBT di Semenanjung Malaysia
3. 0 Persediaan Sebelum Pelancaran OSC Online Dalam tempoh persediaan pelaksanaan sistem OSC Online, kebanyakan masa ditumpukan kepada : a)Kursus dan latihan penggunaan kepada semua pengguna yang terlibat (Bahagian OSC, Agensi Teknikal Dalaman dan Luaran serta PSP). b)'Trial run' sistem oleh PSP kepada Bahagian OSC. c)Kerja-kerja penyelarasan antara Agensi Teknikal Dalaman dan Luaran serta PSP. Dari pemerhatian yang dibuat, di dapati keyakinan dan kemahiran para pengguna yang terlibat terhadap sistem OSC Online telah meningkat.
4. 0 PELAKSANAAN OSC ONLINE 4. 1 Pelan Transformasi dan Tindakan Untuk memudahkan pelaksanaan OSC Online, Bahagian OSC MPK telah mengambil inisiatif untuk mengguna pakai sistem ini secara berperingkat. Penerimaan permohonan melalui OSC Online telah dibahagi kepada 6 peringkat dan status pelaksanaan seperti berikut : -
4. 0 PELAKSANAAN OSC ONLINE PERINGKAT TEMPOH PENYELARASAN STATUS / TINDAKAN 1) Pengemukaan oleh PSP - memuat naik permohonan Sepanjang tahun 2011 Berjalan lancar, 2 buah komputer telah disediakan di kaunter OSC untuk pembelajaran PSP 2) Penyelarasan penerimaan di OSC Januari – Februari 2011 Selesai 3) Penyelarasan penerimaan Agensi Teknikal dan Dalaman Februari – April 2011 Selesai 4) Ulasan dari Agensi Teknikal Luaran April – Ogos 2011 Semua ulasan telah dikemukakan kepada Bahagian OSC secara online 5) Pemprosesan teknikal yang memproses Mei – September 2011 KIV percubaan 6) Pengeluaran pemakluman keputusan secara online Oktober 2011 Belum mula digunakan * Nota : Peringkat 5 dan 6 masih menunggu arahan daripada Jabatan Kerajaan Tempatan, KPKT
4. 2 Program Selepas Pelancaran (2011) Bil Nama Aktiviti Tarikh/Tempoh 1 Majlis Perasmian OSC Online 10 PBT serentak secara video conferencing 4 Januari 2 Training OSC Online Agensi Teknikal Luaran 10 & 31 Januari 3 OSC Online mula digunapakai di MPK 1 Februari 4 Lawatan Pemantauan OSC Online Agensi Teknikal Luaran 5 & 6 April 5 Taklimat OSC Online di Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Kuantan 13 April 6 Lawatan Sambil Belajar Perlaksanaan OSC Online dari Majlis Perbandaran Temerloh dan Majlis Perbandaran Bentong 23 Mei 7 Training on Trainers OSC Online Majlis Perbandaran Temerloh 11 & 12 Ogos
4. 2 Program Selepas Pelancaran (2011) Bil Nama Aktiviti Tarikh/Tempoh 8 Lawatan Kerja Sambil Belajar OSC Online Majlis Daerah Marang 14 Oktober 9 Lawatan Pemantauan OSC Online Agensi Teknikal Luaran 17, 18 &19 Oktober 10 Bengkel Hands On Training Untuk Pentadbir Sistem OSC Online Bagi 21 November 98 PBT Semenanjung Malaysia 2011 11 Kursus Perlaksanaan OSC Online Oleh PBT Negeri Terangganu berdasarkan Pengalaman MPK 8 & 9 Disember 12 Training OSC Online Perunding Sempena Bulan Inovasi 14 Disember 13 Ceramah Kursus OSC Online Majlis Daerah Marang 28 & 29 Disember * Pembelajaran dan penyelarasan bersama PSP dijalankan sepanjang tahun ( 2 komputer disediakan di kaunter OSC)
4. 2 Program Selepas Pelancaran (2011) Training OSC Online kepada Perunding Sempena Bulan Inovasi pada 14 Disember
4. 2 Program Selepas Pelancaran (2011) Lawatan Pemantauan OSC Online Agensi Teknikal Luaran
4. 2 Program Selepas Pelancaran (2011) Lawatan Kerja Sambil Belajar OSC Online Majlis Daerah Marang pada 14 Oktober 2011
4. 3 Perkara-perkara yang dipantau pada setiap Agensi Teknikal dan PSP adalah: i. Ram komputer – hendaklah 2. 0 GB bagi OSC dan 4. 0 GB bagi Agensi Teknikal Dalaman dan Luaran. ii. Menggunakan Mozilla Firefox version 3. 5 atau 3. 6 sahaja. Sistem ini tidak boleh menggunakan version Mozilla Firefox yang terbaru iaitu 4. 0 dan 5. 0. iii. Kelajuan internet hendaklah 4 MB/s. iv. Mempunyai perisian untuk membaca format PDF. v. Hendaklah menetapkan 3 check point bagi setiap jabatan. Check point pertama untuk pemeriksaan, check point kedua untuk penilaian dan check point ketiga untuk pengesahan (ini terpakai untuk agensi teknikal). vi. Masalah penggunaan sistem OSC Online. vii. Masalah 'humanware' iaitu kebersediaan pengguna.
4. 4 Pemantauan OSC Online a) Bagi memastikan pelaksanaan OSC Online berjalan dengan lancar, satu pasukan pemantau yang terdiri daripada Pegawai OSC dan Pegawai ICT MPK telah ditubuhkan. Tujuan pasukan ini adalah untuk memantau semua Agensi Teknikal Dalaman dan Luaran serta PSP melaksanakan sistem ini dengan baik dan berjalan lancar. Sehingga kini, 3 kali pemantauan telah dibuat iaitu : -
4. 4 Pemantauan OSC Online i) Pemantauan pertama pada 5 & 6 April 2011. Pasukan pemantau telah menemui beberapa masalah pada sistem e-penyerahan, e-pemprosesan dan juga teknikal. Semua telah dapat diselesaikan oleh pasukan pemantau dan Syarikat Yes Enviro Sdn. Bhd. ii) Pemantauan kedua pada 17 – 19 Oktober 2011 telah dibuat secara intensif ke semua pengguna OSC Online bersama-sama dengan Pegawai ICT MPK, seorang pegawai JKT dan 2 orang dari Perunding Yes Enviro Sdn. Bhd. Penemuan masalah ialah sistem masih tidak stabil dan talian sukar dicapai. Walau bagaimanapun, tiada masalah penggunaan sistem oleh Agensi Teknikal Dalaman dan Luaran.
4. 4 Pemantauan OSC Online iii) Pemantauan ketiga ialah pada 8 Februari 2012. Pemantauan telah dibuat ke atas 6 PSP hasil daripada bancian yang dibuat pada 20 November 2011. Daripada 28 PSP yang terlibat, 6 PSP telah membuat aduan bahawa talian OSC Online sukar diaccess dan terlalu perlahan. Setelah pemeriksaan dibuat, di dapati PSP menggunakan talian dengan kelajuan 1 MB sedangkan keperluan ialah 4 MB. Perkara ini telah dapat diselesaikan oleh Bahagian OSC. Selain dari itu, pemantauan secara 'on call' juga diamalkan oleh Bahagian OSC kepada pengguna agar masalah yang dihadapi oleh pengguna dapat diselesaikan dengan segera dan juga dapat mengatasi masalah persepsi negatif pengguna terhadap OSC Online.
4. 5 Penilaian Dan Penyelesaian Dari pemantauan yang dibuat, di dapati sistem OSC Online telah mengalami beberapa masalah selepas dilaksanakan. 4. 5. 1 Berikut disenaraikan permasalahan yang timbul dan penyelesaian yang telah diambil : -
4. 5 Penilaian Dan Penyelesaian PERIMETER 1) Capaian ke OSC Online MASALAH PUNCA Tidak dapat mengguna. Perkara ini kan OSC Online kerana berkait dengan talian sesak terutama talian internet pada waktu tengah hari LOKASI BERLAKU JPBD / PTD / JBPM / JKR Internet terlalu perlahan Talian internet JPBD / PTD Tidak dapat muat turun fail PDF Talian internet TNB PENYELESAIAN Rujuk kepada Pejabat SUK Phg. Rujuk kepada Bahagian IT JBPM Rujuk kepada Pejabat SUK Phg. Rujuk kepada Bahagian IT TNB.
4. 5 Penilaian Dan Penyelesaian PERIMETER 2) Pengguna sistem OSC Online MASALAH PUNCA Logo yang digunakan pada urusan surat ulasan adalah salah Logo yang digunakan adalah logo JPBD Semenanjung Alamat yang digunakan pada surat ulasan adalah salah Alamat salah LOKASI PENYELESAIAN BERLAKU JBPD / IWK / JAS / JBPM / SKMM / TNB / Telah dibetulkan JMG / JPS / TNB JBPD Telah dibetulkan Terdapat 22 kriteria Mengambil masa yang lama dan kesemua check untuk mengisi semua point akan kriteria menggunakan kriteria yang sama JPBD Telah dibetulkan Permohonan yang telah diproses untuk Kebenaran Merancang bertukar kepada Permit Bangunan Sementara JPBD / IWK / PTD / SKMM / Telah dibetulkan TNB / JPS / JKR Masalah setting pada sistem
4. 5 Penilaian Dan Penyelesaian PERIMETER 2) Pengguna sistem OSC Online MASALAH Error HTTP PUNCA Server Ulasan terakhir dibuat pada kesimpulan ulasan yang tidak keluar pada surat ulasan Masalah setting pada sistem PTD adalah sebuah agensi yang memproses permohonan 204 D dan 124 A tetapi PTD hanya bertindak sebagai agensi yang memberi ulasan Setting pada sistem OSC Online membenarkan setiap seksyen untuk 'log masuk' kembali selepas 15 minit Tempoh memberi ulasan pada sistem masih 14 hari dan sepatutnya 7 hari Sistem belum guna template terbaru LOKASI BERLAKU JPBD / IWK / PTD / SKMM / TNB / JPS / JKR JPBD / JKR PTD / JBPM / SKMM PENYELESAIAN Telah dibetulkan Server telah di set untuk restart pada jadual berkala iaitu pada jam 7. 00 pagi dan 1. 00 tengah hari pada setiap hari Telah dibetulkan Perkara ini dirujuk kepada JKT dan Syarikat Yes Enviro Sdn. Bhd. Perkara ini dirujuk kepada JKT dan Syarikat Yes Enviro
4. 5 Penilaian Dan Penyelesaian PERIMETER 3) 'Human ware’ MASALAH Tiada masalah PUNCA Tiada masalah LOKASI BERLAKU PENYELESAIAN JPBD / IWK / PTD / SKMM / JAS Tidak mengeluarkan ulasan Pegawai bertukar Ulasan yang dikeluarkan dari 'check point’ 1 tidak diterima sebagai ulasan dari JPS Pegawai 'check point' 3 iaitu JD sahaja perlu keluarkan Di dapati 'check point ' 1 sahaja mengeluarkan ulasan Pengguna lain tidak menggunakan ID sendiri kerana masih belum berdaftar Di dapat 'check point' 3 tidak menggunakan OSC Online untuk mengeluarkan ulasan Error HTTP (salah guna versi Mozilla JKR Firefox) TNB Telah mula guna OSC Online JPS Perkara ini telah dimaklumkan kepada JD, JPS Borang untuk pendaftaran sebagai pengguna telah diedarkan kepada JPS Telah dimaklumkan kepada pengguna (JKR)
4. 5 Penilaian Dan Penyelesaian 4. 5. 2 Cadangan Penyelesaian Untuk penyelesaian dan penambahbaikan, disarankan seperti berikut: - a)Majlis Perbandaran Kuantan Sebagai PBT yang bertanggungjawab dalam melancarkan OSC Online, beberapa perkara yang boleh diambil tindakan ialah : i. Penyelarasan antara Bahagian ICT dengan pihak TM bagi menyelaraskan talian internet Teknikal Luaran yang menggunakan talian TM. ii. Mengadakan latihan berkala kepada semua pengguna OSC Online. iii. Mengeluarkan surat amaran atau peringatan terhadap agensi yang tidak memberi kerjasama dalam menjayakan urusan OSC Online.
4. 5 Penilaian Dan Penyelesaian b) JKT Di dapati masih terdapat agensi teknikal yang tidak menggunakan OSC Online sepenuhnya. Pihak kami mencadangkan agar pihak JKT : i. Mengeluarkan surat pekeliling atau hebahan kepada setiap agensi teknikal yang terlibat untuk menggunakan OSC Online. ii. Meminta Yes Enviro menyediakan 'troubleshooting manual' supaya apabila terdapat masalah-masalah kecil yang timbul, pihak OSC atau Bahagian ICT PBT dapat menyelesaikan dengan segera tanpa merujuk kepada pihak Yes Enviro.
c) 4. 5 Penilaian Dan Penyelesaian SUK Cadangan yang disyorkan kepada pihak SUK adalah : i. Di dapati bahawa 3 daripada agensi teknikal yang menggunakan OSC Online mengalami masalah dengan talian internet iaitu JPBD, PTD dan JMG. Pihak SUK diminta untuk memantau kembali talian internet di ketiga-tiga jabatan ini (kelajun internet hendaklah 4 MB/s). ii. Menaik taraf rem komputer – minimum 2. 0 GB (4. 0 GB adalah yang terbaik) kepada semua agensi teknikal yang bernaung di bawah SUK. iii. Menjadi penyelaras kepada penggunaan OSC Online di seluruh Pahang kerana penggunaan sistem ini akan turut digunakan oleh semua PBT di Pahang berkuat kuasa tahun hadapan.
4. 5 Penilaian Dan Penyelesaian d) Teknikal Luaran Setiap agensi teknikal hendaklah memastikan : i) Capaian ke OSC Online a)Rem komputer hendaklah minimum 2. 0 GB (4. 0 GB adalah yang terbaik). b)Menggunakan Mozilla Firefox version 3. 6 atau 3. 5 sahaja. c)Kelajuan internet hendaklah 4 MB/s. d)Mempunyai perisian untuk membaca dalam format PDF
4. 5 Penilaian Dan Penyelesaian ii) Penggunaan sistem OSC Online a)Hendaklah menetapkan 3 'check point' bagi setiap jabatan. 'Check point' pertama adalah untuk pemeriksaan, 'check point' kedua adalah untuk penilaian dan 'check point' ketiga adalah untuk pengesahan. Namun begitu, bagi agensi yang tidak mempunyai 3 peringkat, agensi tersebut boleh menetapkan hanya untuk 1 'check point' sahaja. b)Sekiranya terdapat pertukaran pegawai atau pertukaran 'check point', pihak agensi hendaklah memaklumkan kepada OSC untuk tindakan selanjutnya. c)Sekiranya pada masa pengguna menggunakan OSC Online dan terdapat masalah, pengguna hendaklah menghubungi OSC dengan kadar segera agar masalah dapat dikenal pasti.
4. 5 Penilaian Dan Penyelesaian iii) 'Human ware' a)Ulasan hendaklah dikeluarkan oleh pegawai ('check point' 3) dalam tempoh 7 hari selepas diterima di dalam sistem. Ulasan yang dibuat pada minggu permohonan itu akan dibentangkan tidak dapat diproses kerana kertas kerja telah disiapkan terlebih dahulu. Oleh yang demikian, pihak agensi hendaklah memastikan ulasan dikeluarkan dalam tempoh yang ditetapkan. b)Pegawai hendaklah memastikan tiada ulasan tertangguh di dalam sistem kerana perkara ini akan memberi kesan kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa OSC.
4. 5 Penilaian Dan Penyelesaian e) Syarikat Yes Enviro Di dapati bahawa terlalu banyak permasalahan yang timbul berkaitan dengan perjalanan sistem ini. Pihak Yes Enviro diminta untuk menyegerakan perkara-perkara berikut : i. 'Troubleshooting Manual' – supaya apabila terdapat masalah kecil yang timbul, pihak OSC atau Bahagian ICT PBT dapat menyelesaikan dengan segera tanpa merujuk kepada pihak Yes Enviro. ii. Panduan pengguna sedia ada tidak menunjukkan cara penggunaan baru dan terdapat kekeliruan. iii. Apabila terdapat masalah yang dirujuk, jangka masa untuk pembetulan hendaklah tidak melebihi 5 hari bekerja kerana bagi Majlis Perbandaran Kuantan, OSC Online telah digunakan secara 'realtime' bagi semua permohonan.
5. 0 KESIMPULAN 5. 1 Kejayaan pelaksanaan sepenuhnya OSC Online di MPK tidaklah mudah diperolehi tetapi telah dipengaruhi oleh faktor-faktor berikut : - a) Kesediaan dan komitmen oleh semua pengguna yang terlibat. b) Penyertaan dan kerjasama yang diberikan oleh pengguna. c) Sentiasa membuat pemantauan dan segera menyelesaikan masalah-masalah yang timbul oleh pasukan pemantau MPK.
5. 0 KESIMPULAN d) Kesediaan pihak PSP untuk mempelajari dan berkeyakinan mengguna pakai OSC Online. e) Ketabahan dan kesabaran Pegawai-pegawai OSC dan Pegawai ICT menghadapi karenah-karenah pengguna dan sentiasa menunjuk ajar kepada semua pengguna. f) Sentiasa mempertahankan pelaksanaan sistem OSC Online dan tidak putus-putus menjelaskan kebaikan sistem serta sedia membantu jika pengguna-pengguna menghadapi masalah.
5. 0 KESIMPULAN g) Komitmen sepenuhnya daripada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan Status semasa pelaksanaan adalah berjaya. PSP telah dapat membuat permohonan secara online daripada Kuching, Pulau Pinang dan lain-lain tempat. Masalah-masalah teknikal dapat diselesaikan kecuali penambahbaikan sistem yang masih dalam tindakan Syarikat Yes Enviro Sdn. Bhd.
SEKIAN TERIMA KASIH KERANA ANDA SABAR MENDENGAR
- Slides: 41