PELAJARAN HADITH MAKSUD HADIS MAKSUD HADITH Daripada Abu
PELAJARAN HADITH
MAKSUD HADIS
MAKSUD HADITH Daripada Abu Hurairah R. A. meriwayatkan katanya Rasulullah bersabda : Sesungguhnya Allah itu baik Dia tidak menerima melainkan yang baik. Sesungguhnya Allah memerintahkan orang mukmin dengan apa yang diperintahkan-Nya kepada semua rasul dengan firman-Nya : Wahai sekalian rasul ! Makanlan makanan yang baik dan beramallah dengan amalan yang soleh. Firman-Nya lagi : Wahai sekalian orang yang beriman makanlah makanan yang baik yang telah kami beri rezeki kepada kamu. Kemudian baginda menyebutkan seorang lelaki yang jauh perjalanannya, kusut masai rambutnya dan berdebu mukanya menghulurkan kedua tangannya ke langit ( berdoa ) Wahai tuhanku ! Padahal makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram dan mulutnya disuapkan dengan yang haram. Makan bagaimanakah akan aku perkenankan doanya. ~ Hadith Riwayat Muslim
TUNTUTAN PRIHATIN KEPADA MEMILIH MAKANAN , MINUMAN DAN PAKAIAN • Makanan, minuman dan pakaian merupakan sebahagian daripada keperluan hidup manusia untuk meneruskan kehidupan dan beribadah kepada Allah. • Kita perlu mengambil makanan yang mengandungi pelbagai zat iaitu karbohidrat, protein dan vitamin.
• Pegambilan makanan yang seimbang membantu pertumbuhan badan melindungi diri dari serangan penyakit. • Makanan mestilah halal dan diperolehi melalui sumber yang halal. • Islam mewajibkan umatnya mencari rezeki yang halal melalui pekerjaan yang halal dan dibenarkan oleh Islam.
HIKMAH MEMILIH MAKANAN DAN MINUMAN YANG HALAL DAN BAIK • Makanan dan minuman memberi kesan kepada pembinaan fizikal dan mental seseorang. Oleh itu kita perlu memilih makanan dan minuman yang berkhasiat. • Hikmah menjauhkan makanan dan minuman yang haram ialah :
CIRI-CIRI MAKANAN YANG BAIK • HALAL • BERKHASIAT • SUCI DAN BERSIH • TIDAK MEMUDARATKAN
Menjaga Kesihatan Tubuh Badan Memelihara Kewarasan Akal Fikiran Menjaga Maruah Diri HIKMAH MEMILIH MAKANAN DAN MINUMAN YANG HALAL DAN BAIK Dimakbulkan Doa Mendapat Pahala Menjauhkan Diri Daripada Azab Allah
HUBUNGAN MAKANAN , MINUMAN , PAKAIAN DENGAN DOA DAN IBADAT • Makanan, minuman dan pakaian mempunyai kaitan yang rapat dengan doa dan ibadat kita • Doa dan ibadat kita tidak akan dimakbulkan Allah jika makanan, minuman dan pakaian kita adalah haram dan dari sumber yang haram
• Setiap makanan dan minuman yang haram akan menjadi darah daging. Ia memberi kesan kepada jiwa dan akhlak kita. • Apabila makanan kita halal , maka jiwa kita akan menjadi baik dan sebaliknya jika makanan kita haram , maka hidup kita tidak akan diberkati Allah.
GUNAKANLAH PRODUK YANG HALAL
Makanan yang haram adalah makanan yang telah diharamkan dalam Islam seperti khinzir , binatang halal yang tidak disembelih, arak dan sebagainya. Sumber yang haram pula ialah cara kita mendapatkan makanan tersebut seperti melalui pekerjaan yang haram, mencuri, rasuah dan sebagainya.
HARAM !!
CIRI PAKAIAN WANITA ISLAM • Pakaian yang menutup seluruh • • tubuh kecuali muka dan tangan Tidak ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh badan Tidak nipis / jarang hingga menampakkan warna kulit tubuh Tidak memakai pakaian yang menyerupai lelaki Tidak berhias secara keterlaluan sehingga menarik perhatian lelaki
RUKHSAH MAKAN DAN MINUM YANG HARAM Umat Islam diharamkan makanan dan minuman yang haram namun dalam keadaan darurat umat Islam diharuskan makan dan minum yang haram.
Syarat diharuskan makanan Atau minuman yang haram Hanya terdapat makanan atau minuman Yang haram sahaja Makan atau minum sekadar untuk Menyelamatkan nyawa sahaja Makan atau minum bukan untuk Atau sehingga kenyang
HIKMAH RUKHSAH MAKAN DAN MINUM YANG HARAM DALAM KEADAAN DARURAT • Islam mewajibkan umatnya • • menjaga nyawa sebagai sesuatu yang berharga Memberi kelonggaran ketika darurat kepada umat Islam untuk menyelamatkan nyawa. Menunjukkan bahawa Islam tidak membebankan bahkan memudahkan umatnya.
PENGAJARAN HADITH • Umat Islam mestilah prihatin terhadap makanan • • • dan minuman yang halal dan berkhasiat. Kita wajib menghindarkan diri daripada makanan dan minuman yang haram dan yang meragukan. Allah tidak menerima doa hamba-Nya yang mengambil makanan dan minuman yang haram. Kita wajib memakai pakaian yang menutup aurat , bersih dan kemas.
- Slides: 24