PEJABAT MAJLIS ISLAM SARAWAK JABATAN AGAMA ISLAM SARAWAK

PEJABAT MAJLIS ISLAM SARAWAK & JABATAN AGAMA ISLAM SARAWAK BANGUNAN MAHKAMAH SYARIAH, JALAN SATOK, 93400 KUCHING, TEL: 082 -429811 FAX: 082 -258145 www. jais. sarawak. gov. my mis 50@sarawaknet. gov. my kgjaishq@sarawaknet. gov. my

KANDUNGAN SEJARAH AWAL PERKEMBANGAN ISLAM DI SARAWAK MAJLIS ISLAM SARAWAK (MIS) JABATAN AGAMA ISLAM SARAWAK (JAIS) PERANCANGAN MIS

SEJARAH AWAL PERKEMBANGAN ISLAM DI SARAWAK Pada lewat kurun ke-16, Islam mula bertapak di Sarawak melalui Kesultanan Melayu Brunei Darussalam. Pertabalan Sultan Tengah sebagai Sultan Sarawak Darul Hana pada tahun 1599 Masehi dianggap sebagai detik rasmi bertapaknya Islam di Sarawak.

SEJARAH AWAL PERKEMBANGAN ISLAM DI SARAWAK Para Sharif berketurunan Arab telah diwakilkan bagi pihak Sultan Brunei ketiga untuk menjalankan pemerintahan di beberapa buah wilayah naungan Kesultanan Melayu Brunei di Sarawak. Hal ini memperkukuhkan lagi anggapan mengenai pengaruh Kesultanan Melayu Brunei dalam perkembangan Islam di Sarawak.

SEJARAH AWAL PERKEMBANGAN ISLAM DI SARAWAK Bermula pada 24 September 1841, Sarawak (Kuching) telah diserahkan sepenuhnya kepada James Brooke ekoran daripada pertelingkahan kuasa dalam Kesultanan Melayu Brunei. Islam kurang mendapat perhatian dan perkembangannya agak perlahan pemerintahan Brooke. pada zaman Bagi memenangi hati umat Islam, para pembesar Melayu yang memainkan peranan penting dalam pentadbiran Sarawak sejak zaman Brunei yang diketepikan sebelum ini, telah diangkat kembali.

SEJARAH AWAL PERKEMBANGAN ISLAM DI SARAWAK Jawatan dan gelaran seperti Datu Patinggi, Datu Bandar, Datu Temenggong, Datu Hakim dan Datu Imam diwujudkan semula. Mulai dari saat itu, semua urusan umat Islam telah dikendalikan oleh Datu Imam (1852) dan Datu Hakim (1886). Pada tahun 1870, Brooke telah menubuhkan Native Mohammaden Probate and Divorce Court bagi menyelesaikan masalah perkahwinan, perceraian dan kematian dalam kalangan umat Islam.

SEJARAH AWAL PERKEMBANGAN ISLAM DI SARAWAK Mulai tahun 1915, suatu undang-undang bertulis untuk mentadbir orang Islam di Sarawak mula dikuatkuasakan yang dinamakan sebagai Undang-Undang Mahkamah Melayu Sarawak (UMMS) yang lebih memfokuskan tentang pertunangan, perkahwinan, perceraian dan salah laku seksual dalam kalangan orang Melayu. Unsur Islam dalam UMMS ini amatlah sedikit, namun setelah dipinda pada 1932 dan 1956, UMMS telah bergerak ke arah penerimaan Islam secara lebih meluas.

SEJARAH AWAL PERKEMBANGAN ISLAM DI SARAWAK Pada tahun 1941 jawatan Mufti telah diwujudkan. Pada zaman Koloni British, Majlis Islam dan Adat Istiadat Melayu Sarawak telah ditubuhkan pada 1955 di bawah Majlis Islam In-Corporation Ordinance, 1954.

KANDUNGAN MAJLIS ISLAM SARAWAK SEJARAH PENUBUHAN PERKEMBANGAN PENGENALAN BIDANG KUASA PERANAN GAMBAR PENCAPAIAN FUNGSI PERLANTIKAN UNDANG-UNDANG PERANCANGAN AGENSI

SEJARAH PENUBUHAN MAJLIS ISLAM SARAWAK (MIS) Terdapat satu manuskrip yang menyatakan mengenai kewujudan Majlis Islam Sarawak sekitar tahun 1930 an yang dipelopori oleh empat (4) orang tokoh, iaitu Mufti Abang Haji Nawawi, Imam Abang Haji Bahauddin, Abang Haji Julaihi dan Haji Mohammad Salleh Arif. Majlis ini diwujudkan atas hasrat ingin melihat satu badan yang lebih utama kedudukannya dari Mahkamah Datu-Datu (Datu’s Court) ditubuhkan, dengan peranan yang lebih meluas. Majlis Islam Sarawak yang wujud secara tidak rasmi ini berperanan dalam usaha dakwah dan kebajikan umat Islam serta bergerak secara complimentary kepada Mahkamah Datu-Datu tersebut. Keterangan yang menyatakan perkembangan seterusnya mengenai Majlis Islam Sarawak ini tidak dijumpai dan mungkin tidak berkesinambungan akibat daripada penubuhannya yang tidak diasaskan atas dasar perundangan.

SEJARAH PENUBUHAN MAJLIS ISLAM SARAWAK (MIS) Setelah Koloni British mengambilalih pemerintahan Negeri Sarawak daripada Vyner Brooke pada 8 Februari 1946, timbul penentangan orang Islam terhadap Kerajaan British sehingga membawa kepada pembunuhan Governor Duncan Stewart. Bagi mengurangkan keresahan dalam kalangan orang Islam ekoran daripada penyerahan tersebut, Kerajaan British telah menggubal Ordinan Majlis Islam (Pemerbadanan), Bab 105 pada 17 Disember 1954 dengan hasrat untuk menubuhkan satu badan yang dipanggil “Majlis Islam Dan Adat Istiadat Melayu Sarawak” bagi menjaga hal ehwal agama Islam dalam negeri dan sekaligus bertujuan untuk mengurangkan kuasa Datu’s Court.

SEJARAH PENUBUHAN MAJLIS ISLAM SARAWAK (MIS) Akhirnya, pada tarikh 1 Mei 1955, Majlis Islam Dan Adat Istiadat Melayu Sarawak yang pertama telah ditubuhkan secara rasminya dengan pelantikan Datu Abang Haji Openg bin Abang Sapi’ee (Tun Abang Haji Openg) sebagai Yang Dipertua dan anggota-anggotanya terdiri daripada Abang Haji Bahauddin bin Haji Taha, Haji Busrah bin Osman, Mohamed Yakub, Haji Bolhassan bin Haji Daud, Che Jol bin Abdul Karim, Haji Seruji bin Ali, Abang Morni bin Abang Haji Latif serta Abang Daim bin Haji Abdul Rahim sebagai setiausaha. Manakala Datu Hakim Abang Haji Mohideen dilantik sebagai ahli Ex. Officio.

SEJARAH PENUBUHAN MAJLIS ISLAM SARAWAK (MIS) Bagi memenuhi tujuan utama penubuhan Majlis Islam ini, satu persidangan Ketua-Ketua Kaum Melayu dari seluruh Sarawak telah diadakan pada 30 -31 Julai 1956 bagi mengemaskini Undang-Undang Mahkamah Melayu Sarawak 1915 yang masih digunapakai ketika itu. Persidangan tersebut telah membuat beberapa pindaan terhadap Undang-Undang Mahkamah Melayu Sarawak tersebut dengan fasal tambahan mengenai peraturan Zakat dan Fitrah, perwarisan dan ta’lik. Undang-Undang Mahkamah Melayu Sarawak ini telah diterimapakai sehinggalah Mahkamah Syariah ditubuhkan pada tahun 1978.

SEJARAH PENUBUHAN MAJLIS ISLAM SARAWAK (MIS) Setelah Sarawak mencapai kemerdekaan pada 16 September 1963, Datu Abang Haji Openg (Tun) telah dilantik sebagai Gabenor Sarawak yang pertama dan jawatan beliau sebagai Yang Dipertua, Majlis Islam dan Adat Istiadat Melayu Sarawak telah diambilalih oleh Ustaz Haji Mohamad Mortadza bin Haji Daud (Datuk).

PERKEMBANGAN MAJLIS ISLAM SARAWAK (MIS) Pindaan pertama ke atas Ordinan Majlis Islam (Pemerbadanan) 1954, telah dibuat pada 27 Jun 1966 dengan memasukkan Undang-Undang Zakat dan Fitrah (diwartakan pada 22 Julai 1966) yang membawa kepada penubuhan Tabung Zakat dan Fitrah bagi memastikan pemungutan, pengagihan dan penggunaan sumber Zakat dan Fitrah diurus secara lebih baik dan sistematik. Pindaan-pindaan seterusnya terhadap Ordinan ini adalah seperti berikut:

PERKEMBANGAN MAJLIS ISLAM SARAWAK (MIS) 1. Pindaan 1978 – Penubuhan Mahkamah Syariah; 2. Pindaan 1984 – Penubuhan ‘Baitulmal’ (Tabung Baitulmal Sarawak) bagi memperkukuhkan lagi peranan Tabung Zakat dan Fitrah; 3. Pindaan 1985 (Januari) – Penubuhan Sekolah Rendah Agama Majlis Islam Sarawak (Madrasah Datuk Haji Abdul Kadir Hassan) {Seksyen 33(33)(a)(i)}; 4. Pindaan 1985 (Mac) – Menguatkuasakan Undang-Undang Mahkamah Syariah Order 1985;

PERKEMBANGAN MAJLIS ISLAM SARAWAK (MIS) 5. Pindaan 1989 – Penubuhan Jabatan Agama Islam Sarawak pada 17 Ogos 1990 selaku sekretariat kepada Majlis Islam Sarawak dan penubuhan Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak pada 02 Oktober 1990; 6. Pindaan 1991 – Penguatkuasaan enam (6) Ordinan iaitu Ordinan Mahkamah Syariah, Ordinan Undang-Undang Keluarga Islam, Ordinan Kesalahan Jenayah Syariah, Ordinan Acara Mal Syariah dan Ordinan Keterangan Syariah (diwartakan pada 01 September 1992) yang menjadikan Sarawak negeri pertama di Malaysia yang mempunyai Undang-Undang Syariah yang lengkap;

PERKEMBANGAN MAJLIS ISLAM SARAWAK (MIS) 7. Pindaan 1994 – Memberi kuasa kepada Majlis Islam Sarawak sebagai pemegang amanah mutlak bagi semua masjid dan surau, institusi keagamaan dan sekolah-sekolah Agama Islam, bertanggungjawab ke atas kawalan dan pemantauan hal ehwal dan kegiatan semua pertubuhan Islam dan menyelaras dakwah Islamiah di negeri Sarawak; 8. Pindaan 1997 – Penubuhan Lembaga Fatwa, Lembaga Baitulmal dan Wakaf, Lembaga Masjid-Masjid dan Lembaga Hal Ehwal Islam dan Adat Melayu serta menentukan pelantikan anggota-anggota Majlis Islam Sarawak dan Mufti dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas perakuan Yang di-Pertua Negeri; dan

PERKEMBANGAN MAJLIS ISLAM SARAWAK (MIS) 9. Pindaan 2001 – Cara pengeluaran fatwa, pengurusan badan-badan institusi Islam, kuasa untuk membeli, memiliki dan memegang harta bagi tujuan ibadah dan dakwah dan pengemaskinian semua enam (6) Ordinan Syariah.

PERKEMBANGAN MAJLIS ISLAM SARAWAK (MIS) Perkembangan terakhir Majlis Islam Sarawak dari segi peranan dan struktur organisasinya ialah melalui penubuhan Pejabat Mufti Negeri Sarawak pada tahun 1998. Secara ringkasnya, perundangan dan pentadbiran mengenai hal ehwal Islam di Negeri Sarawak selepas tahun 1998 adalah seperti berikut: 1. Majlis Islam Sarawak – Menggubal dasar dan polisi; 2. Pejabat Majlis Islam Sarawak – Mengurus Mesyuarat Majlis Islam Sarawak, perayaan-perayaan Islam Negeri Sarawak dan hal ehwal keimaman;

PERKEMBANGAN MAJLIS ISLAM SARAWAK (MIS) 3. Pejabat Mufti Negeri Sarawak – Mengurus fatwa, penjelasan hukum dan hal ehwal falak syarie; 4. Jabatan Agama Islam Sarawak – Pentadbiran dan pengurusan hal ehwal Islam (Sekretariat kepada Majlis Islam Sarawak); 5. Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak – Pentadbiran keadilan; dan 6. ‘Baitulmal’ (Tabung Baitulmal Sarawak) – Pentadbiran dan Pengurusan Zakat, Fitrah, Wakaf dan lain-lain sumbangan (Perbendaharaan kepada Majlis Islam Sarawak).

PENGENALAN MAJLIS ISLAM SARAWAK (MIS) Majlis Islam ditubuhkan melalui Majlis Islam (Incorporatian) Ordinance (Sarawak Cap. 105 1 May 1955) Berfungsi untuk menasihat SPB Yang Di. Pertuan Agong mengenai Hal Ehwal Islam di Negeri Sarawak

PENGENALAN MAJLIS ISLAM SARAWAK (MIS) 1. Struktur Pentadbiran Hal Ehwal Islam Di Negeri Sarawak Di Bawah Ordinan Majlis Islam Sarawak 2001 (Bab 41) SPB Yang Di-Pertuan Agong TYT Yang Di-Pertua Negeri Majlis Islam Sarawak Lembaga Majlis Islam Jawatankuasa Majlis Islam

PENGENALAN MAJLIS ISLAM SARAWAK (MIS) 2. Struktur Pentadbiran Hal Ehwal Islam Di Negeri Sarawak Di Bawah Ordinan Majlis Islam Sarawak 2001 (Bab 41) Baitulmal dan Wakaf Fatwa LEMBAGA MAJLIS ISLAM Hal Ehwal Islam dan Adat Melayu Masjid-Masjid

PENGENALAN MAJLIS ISLAM SARAWAK (MIS) 3. Struktur Pentadbiran Hal Ehwal Islam Di Negeri Sarawak Di Bawah Ordinan Majlis Islam Sarawak 2001 (Bab 41) Audit Penilai Guru Agama Warga Asing Pembangunan Masjid dan Surau JAWATANKUASA MAJLIS ISLAM Takmir Negeri Sarawak Kajian Semula Amanah Penyu Dakwah Negeri Sarawak Teknikal Pensijilan Halal

BIDANG KUASA MAJLIS ISLAM SARAWAK (MIS) Menasihat SPB Yang Di Pertuan Agong Malaysia berkenaan Islam di Sarawak Mempastikan perlantikan Presiden, Timbalan Presiden dan ahli Majlis dan Mufti dibuat oleh SPB Yang Di Pertuan Agong Kuasa mutlak dalam hal Undang-Undang Adat Melayu Sebagai wasi, pentadbir estet atau pemegang amanah ke atas masjid/surau, institusi dan sekolah Mengawal selia aktiviti semua badan agama, khairat dan institusi dan sekolah agama

PERANAN MAJLIS ISLAM SARAWAK (MIS) Secara keseluruhannya peranan MIS masa kini terbahagi kepada tiga (3) bidang: 1. Penyelarasan segala pelaksanaan undang-undang yang diperuntukan di bawah “Rang Undang-undang Majlis Islam Saawak, 2001”, termasuk penentuan dasar dan (dimana perlu) kaedah pelaksanaannya, bagi setiap agensi di bawah rang undang-undang berkenaan, khususnya: � Jabatan Agama Islam Sarawak, (JAIS) � Pejabat Mufti Sarawak (PMS) dengan Lembaga Fatwa Negeri (LFN) � Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) dengan Lembaga Baitulmal dan Wakaf; � Lembaga Hal-Ehwal Islam Dan Adat Melayu (belum ditubuh) � Lembaga Masjid-Masjid (termasuk pendaftaran) dan pemantauan pengurusan setiap masjid dan surau) � Urusan pungutan dan pelupusan zakat dan fitrah; � Urusan dan pendaftaran ‘Pemeluk Agama Islam’;

PERANAN MAJLIS ISLAM SARAWAK (MIS) 2. Perancangan dan Pengelolaan berbagai Perayaan Agama Islam di Sarawak, melalui Jawatan Tetap Perayaan Islam Negeri Sarawak khususnya: Sambutan Maal Hijrah; Perayaan Maulidur Rasul; Nuzul Al-Quran Upacara Tilawah Al-Quran, Nasyid; Sambutan Aidilfitri (serta berbagai kegiatan agama di bulan Ramadan); Sambutan Aidiladha (serta urusan ibadah korban)

GAMBAR MAJLIS ISLAM SARAWAK (MIS) Maal Hijrah 1430 H di Sri Aman

GAMBAR MAJLIS ISLAM SARAWAK (MIS) Maulidur Rasul 1430 H di Bintulu

GAMBAR MAJLIS ISLAM SARAWAK (MIS) Nuzul Al-Quran 1429 H

GAMBAR MAJLIS ISLAM SARAWAK (MIS) Nuzul Al-Quran 1429 H

GAMBAR MAJLIS ISLAM SARAWAK (MIS) Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Sarawak 1430 H / 2009 M, Miri

GAMBAR MAJLIS ISLAM SARAWAK (MIS) Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Sarawak 1430 H / 2009 M, Miri

GAMBAR MAJLIS ISLAM SARAWAK (MIS) Pertandingan Nasyid Peringkat Negeri Sarawak 1429 H

GAMBAR MAJLIS ISLAM SARAWAK (MIS) Pertandingan Nasyid Peringkat Negeri Sarawak 1429 M

GAMBAR MAJLIS ISLAM SARAWAK (MIS) Majlis Ramah Tamah Agensi 1429 H / 2008 M

GAMBAR MAJLIS ISLAM SARAWAK (MIS) Ramah Tamah MIS & JAIS 1429 H / 2008 M

PENCAPAIAN TILAWAH AL-QURAN Johan Qariah Antarabangsa 2007 Naib Johan Qari Antarabangsa 1983 Johan Peringkat Kebangsaan Tiga Kali (1983, 2000, 2007)

PENCAPAIAN FESTIVAL NASYID Johan Festival Nasyid Peringkat Kebangsaan 2008 bagi Kategori Moden Johan Festival Nasyid Peringkat Kebangsaan 2006 bagi Kategori Tradisi
- Slides: 40