Pejabat Daerah Dan Tanah Daerah Barat Daya Pulau

Pejabat Daerah Dan Tanah Daerah Barat Daya Pulau Pinang D D B T PD D T PD EDISI 1/2014 Daerah Barat Daya

EDISI 1/2014 KELUARAN TERHAD Intelek Integriti Informasi Intipati Ilmiah Kualiti Kursus [email protected] IT SUKAN PETANDA 2014 Program MTC @ Kerajaan Negeri Daerah Barat Daya SUKAN PETANDA 2014 Perhimpunan Bulanan Staff SUKAN PETANDA 2014 Tahniah!!! Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2009 Majlis Perpisahan Pegawai PDTDBD Ruangan Aktiviti Jabatan Diabetes Mellitus Dikalangan Kanak-kanak Ruangan Manja Sayangku. . (20) Ruangan Resepi (21) Ruangan Celik IT (23) Ruangan Info Sihat (24) EDISI 1/2014 PEJABAT DAERAH DAN TANAH, DAERAH BARAT DAYA PULAU PINANG JANUARI- MEI

Sempoi D B D D B T PPDDTD Dari Meja PDTDBD Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tahniah kepada urusetia yang diketuai oleh unit Pengurusan PDTDBD kerana berjaya menerbitkan BULETIN SEMPOI PDTDBD Edisi 1/2014 kepada semua yang terlibat secara lansung atau tidak langsung. Untuk menerbitkan Buletin Sempoi Edisi 1/2014 ini sememangnya memerlukan komitmen, kerjasama, kesepakatan serta sokongan daripada semua pihak. Semoga warga PDTDBD akan menjadikan majalah sempoi edisi 1/2014, sebagai medan untuk mengasah bakat, menzahirkan apa yang tersirat, merehatkan minda dan sebagainya di samping melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan dalam kerjaya. Buletin Sempoi adalah medan menzahirkan kreativiti yang terpendam samaada dalam bentuk pendidikan, pengajaran, nasihat ataupun pandangan dari semua peringkat umur warga PDTDBD. Jadikan BULETIN SEMPOI sebagai bahan koleksi kenangan indah sepanjang kita di PDTDBD. Harapan saya semoga BULETIN SEMPOI akan terus bertambah buletin di keluaran akan datang, BULETIN SEMPOI adalah wajah warga PDTDBD. Ikhlas dari, Ketua Penasihat Sidang Pengarang Penasihat : Mohamad Daud Bin Abdull Hamid Ketua Pengarang : En. Zaki Bin Abd Rahman Ketua Editor : En. Wahi Annuar b. Othman Pen. Ketua Editor : Pn. Noor Husna bt Sharuddin Pereka Grafik : En. Rossidi bin Osman, Puan Nadiah Bt jamaluddin Kata-Kata Aluan Ketua Pengarang Salam Perkenalan……. Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi, akhirnya buah tangan edisi 1/2014 ini berjaya dihasilkan setelah pelbagai rintangan dalam menjayakan keluaran edisi 1/2014. Ia bukan sesuatu yang mudah, memerlukan iltizam serta menuntut komitmen yang tinggi untuk menghasilkannya. Seringkali terganggu dek tuntutan tugas hakiki yang tak pernah putus-putus menjengah dan menuntut disegerakan, namun, demi merealisasikannya digagahkan juga keringat ini untuk menjayakannya. Hasilnya, lihatlah… Berbekalkan sepenuhnya kemahiran kakitangan PDTDBD sendiri, tidak kalah jika dibandingkan dengan majalah komersial di luar sana. Mungkin tidak segah nama-nama besar seperti Nona, Mingguan Wanita, Mastika dan lain-lain, tetapi apa yang di banggakan ialah kita sebenarnya mempunyai rakan-rakan yang mempunyai kepakaran setanding. Buletin Sempoi ini juga adalah sebagai medan untuk kita melahirkan kreativiti yang terpendam selama ini. Diibaratkan sebagai satu ‘album mini’ untuk kita mengimbas kembali apa yang telah berlaku sebelum ini, untuk mengingatkan kembali apa yang telah kita tinggalkan pada hari-hari yang berlalu, untuk kita serlahkan bakat atau nukilan kreatif yang mungkin selama ini hanya tersimpan di dalam diari atau komputer peribadi sendiri atau mungkin telah banyak kali dihantar ke majalah-majalah atau akhbar namun tidak pernah atau jarang sekali terpilih, maka lahirlah buletin ini sebagai medium pengantara. Ia dikira sebagai wadah pemangkin nukilan, rasa berkonsepkan imej sempoi…maka sesuailah ia diberi nama, ‘Buletin [email protected]’. Berjumpa lagi dikeluaran akan datang dengan paparan yang lebih menarik dan semoga lebih ramai yang akan tampil untuk menyumbangkan karya. Wassalam. Jurufoto : En. Rossidi Bin Osman Pengarang : En. Rossidi b. Osman, En. Mohd Fauzi b. [email protected] Ghani, En. Azreil b. Johar, Pn. Suhaila bt. Ismail, Pn. Salina bt. Suntong, Pn. Ketua Pengarang Zahirah bt. Zakaria, Cik Norizuawani Dzulkefli, Penjilidan/ Pengedaran : Cik Mawarni bt. Othman, Cik Marthitah bt. Mat 2

NUKilan RASA Lawak Lucu - Doktor Muda SAJAK – RAMADHAN Di dalamnya ada sinar, Di dalamnya penuhkan dengan sabar, Di dalamnya penuhkan tasbih dan zikir, Di dalamnya juga ada Lailatul qadar, Penantian penuh debar, Apakah kita tidak sedar, Banyak tazkirah sudah diwar-war, Banyak pahala perlu dikejar, Jangan takut dan usah gusar, Syaitan ketakutan mengeletar, Syaitan diikat dibawa ke dasar, Marilah kita cegah yang mungkar, Masyarakat penyayang akan lahir, Jadilah kita orang yang jujur, Agar hidup tidak sukar, Rezeki datang dengan malar, Wajib kita untuk bersyukur, Bila Ramadhan semakin berakhir, Syawal pula semakin hampir, Di aidil fitri kita bertakbir Hasil Nukilan : Wan Raizihan bin Wan Bukhari Damm! Pintu pejabat sebuah hospital dihempas. Seorang doktor muda kelam-kabut masuk, menggelabah puyuh jumpa doktor senior. Doktor senior: Kenapa ni? Doktor muda: (termengah-mengah memberitahu) Saya dah buat silap masa isi borang kematian pesakit. Alamak. . . matilah saya macam ni, matiiiii! Doktor senior: Silap macam mana pulak? Doktor muda: Saya tersain nama saya kat ruangan Punca Kematian! Hasil Nukilan : Mohd Arif Aizat bin Abdul Razak Lawak Lucu - Pandai Anak Aku. Anak : Ibu tadi ada seorang pelajar jatuh dari kerusi. Ibu: Jadi? Anak: Semua orang gelak, kecuali saya. Ibu: Man anak yg baik. [Ibu mencium dahi anak nya] Anak: Ibu nak tahu siapa yg jatuh tu? Ibu: Siapa? Anak: Sayalah. Ibu: Cis Hasil Nukilan : Abdul Halim bin Mohd Nor MUTIARA KATA “Rezeki… Ada dimana 2, datang tanpa diduga, tepat pada masa, yang penting, usaha tawakkal. ” Hasil Nukilan : Nadiah binti Jamaludin “Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang. ” Hasil Nukilan : Shaida binti Abdul Rahman “Tidak penting bagimu mengetahui harganya, Tetapi penting mengetahui nilainya. ” Hasil Nukilan : Mawarni binti Othman “Orang yang paling tidak bahagia ialah mereka yang paling tajut pada perubahan. ” Hasil Nukilan : Sarina binti Omar 27

Farouk & Jamaliah 20 Novemver 2009 Rameni & Murali Raj 27 November 2009 Suhaila & Roffizi 31 Januari 2009 Salina & Hafiz 31 Oktober 2009 -mudahan perkongsian hidup yang dibina berkekalan hingga ke akhi n taufik dan hidayat. Mu, beruntunglah keduanya dalam kehidupan di & lebih-lebih lagi di akhirat 26

Pejabat Daerah Dan Tanah Daerah Barat Daya Pulau Pinang Objektif Pejabat Daerah & Tanah Daerah Barat Daya • Mewujudkan Kepimpinan Peringkat Daerah Yang Berkesan Bagi Menjamin Keadaan Pentadbiran, Pembangunan, Keselamatan, Kestabilan Serta Kemakmuran Daerah. • Menyelaras, Menentukan, Serta Melaksanakan Dasar, Program Dan Aktiviti Kerajaan Negeri Serta Kerajaan Persekutuan Di Peringkat Daerah Dengan Kerjasama Jabatan atau Agensi Kerajaan Serta Orang Ramai. • Melaksanakan Kerja-kerja Perancangan Pembangunan Daerah Serta Melaksanakan Kerja Projek Kecil Luar Bandar Demi Mempertingkatkan Taraf Serta Kualiti Hidup Penduduk Amnya. • Mewujudkan Pengurusan Pentadbiran Tanah Daerah Secara Cekap Dan Berkesan Ke Arah Kemajuan, Kemakmuran dan Keharmonian Rakyat Selaras Dengan Matlamat Dasar Pembangunan Kerajaan. Ke Arah Pentadbiran Yang Unggul Dan Penggerak Utama Pembangunan Daerah Bagi Mencapai Visi Pejabat Daerah Dan Tanah, Daerah Barat Daya, Seluruh Warga PDTDBD Akan Sentiasa Mengamalkan Nilai-nilai Teras Yang Diasaskan Kepada Singkatan Berikut : Pelanggan Adalah Tetamu Dinamik Untuk Sentiasa Di Hadapan Telus Bagi Semua Urusan Betul Dalam Peraturan Dan Tindakan Disiplin Tunggak Amalan 3

Sistem e. Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang TAHUKAH ANDA APA ITU e-PEROLEHAN? • • • e-Perolehan ialah proses perolehan melalui sebut harga dan tender dilaksanakan secara elektronik. Pelaksanaan Sistem e-Perolehan di Negeri Pulau Pinang melibatkan perolehan bekalan, perkhidmatan dan kerja yang dibiayai daripada peruntukan jabatan dan agensi Kerajaan Negeri. Secara rasminya pelaksanaan sistem e-Perolehan di negeri ini telah pun dilancarkan oleh Y. A. B. Ketua Menteri pada 17 Julai 2008. PENDAFTARAN e-PEROLEHAN BOLEH DILAKUKAN DI : - OBJEKTIF e-PEROLEHAN • • Kaunter e-Perolehan, Tingkat 3, KOMTAR, 10990 Pulau Pinang. • • Waktu urusan : 8. 00 pagi – 5. 00 petang ( Isnin – Jumaat ) • Bayaran pendaftaran dikenakan sebanyak RM 100 untuk tempoh setahun. Bayaran pembaharuan • sebanyak RM 100 pada tahun kedua dan berikutnya. • Bayaran oleh kontraktor atau pembekal hendaklah dibuat secara online dengan menggunakan kad • kredit atau CIMB Clicks (saving account). Kemudahan bayaran akan dipanjangkan kepada bank-bank utama yang lain pada masa akan datang. Merealisasikan amalan Kompetensi, Akauntabiliti dan ketelusan di Kerajaan Negeri. Membangunkan sistem perolehan bersepadu bagi memudahkan urusan hebahan, penjualan dan pembelian dokumen tender/sebutharga secara online. Meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan di kalangan jabatan dan agensi kerajaan di Negeri Pulau Pinang dalam berinteraksi dengan orang awam khususnya kontraktor dan pembekal. Memudah dan melicinkan perjalanan proses kerja di jabatan dan agensi Kerajaan Negeri dalam berurusan dengan pelanggan serta mengurangkan karenah birokrasi. Memastikan Kerajaan Negeri memperolehi nilai terbaik bagi perolehan yang dibiayai daripada peruntukan negeri. Menjamin akauntabiliti dan ketelusan dalam semua proses perolehan Kerajaan Negeri serta meningkatkan kerjasama di antara sektor awam dan swasta. MAKLUMAT e-PEROLEHAN Maklumat terperinci mengenai kaedah penggunaan sistem e-Perolehan boleh diperolehi melalui manual pengguna yang boleh dimuat turun daripada laman web e-Perolehan iaitu http: //ep. penang. gov. my atau melalui portal Kerajaan Negeri yang telah pun mempunyai pautan secara langsung dengan sistem e-Perolehan. Sebarang kemusykilan yang dihadapi oleh kontraktor dalam melaksanakan sistem e-Perolehan bolehlah dirujuk kepada Jabatan Kewangan Negeri dengan menghubungi pegawai-pegawai berikut mengenai skop kerja yang berkaitan : Bayaran – Bendahari Negeri, Tel : 04 -6505185 atau Emel : [email protected] gov. my Operasi dan prosedur – Ketua Penolong Pegawai Kewangan Negeri (Perolehan dan Aset) Tel : 04 -6505187 atau Emel : [email protected] gov. my Teknikal dan latihan – Pegawai Teknologi Maklumat dan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, Tel : 04 -2623505 ext. 217/218 : 04 -2623512 ext. 217/218 Emel : [email protected] gov. my : [email protected] gov. my 4

Info Sihat Apakah Diabetes Mellitus? Penyakit Diabetes Mellitus adalah satu keadaan di mana paras glukos (gula) tinggi di dalam darah disebabkan oleh kekurangan atau kurang keberkesanan insulin. Keadaan ini disebabkan oleh kurang hormon insulin yang dihasilkan oleh organ Pankreas. Insulin mengawal keseimbangan glukos dalam badan dengan membantu pergerakan glukos dari darah ke dalam sel. Sekiranya anda mengalami Diabetes Mellitus, glukos tidak boleh masuk ke dalam sel, sebaliknya kekal di dalam darah dan menyebabkan paras glukos tinggi dalam darah. Apakah jenis-jenis Diabetes Mellitus? Terdapat dua jenis Diabetes Mellitus jenis 1 Diabetes Mellitus jenis 2 Diabetes Mellitus jenis 1 selalu terjadi di kalangan kanak-kanak dan remaja, ia meliputi > 90 % kes kencing manis. Adakah penyakit ini sering berlaku? • Kejadian Diabetes Mellitus berbeza antara negara dan komuniti. Di Malaysia dianggarkan kurang dari 1 %. • Orang dewasa selalunya menderita Diabetes Mellitus jenis 2 tetapi dengan masalah kegemukan di seluruh dunia, kanak juga boleh mendapat Diabetes Mellitus jenis ini. Kanak-kanak obesiti Apakah yang menyebabkan Diabetes Mellitus? Sebab Diabetes Mellitus di kalangan kanak-kanak tidak diketahui kemungkinan ia melibatkan gabungan antara keturunan dan faktor persekitaran. Diabetes Mellitus jenis 1 : Kanak-kanak dan remaja selalunya mendapat Jenis 1. Ia adalah satu keadaan "antoimmune" di mana system imun badan pesakit menyerang tisu-tisu dan organ badannya sendiri. Diabetes Mellitus jenis 2 : Dilaporkan kerap terjadi di kalangan kanak di negara-negara yang mengalami peningkatan kadar kegemukan. Sebab-sebab yang lain termasuk kecacatan genetik fungsi Pankreas di mana Diabetes Mellitus berlaku ketika seseorang itu masih muda (maturity onset of diabetes in the young: MODY) Apakah gejala-gejala penyakit Diabetes Mellitus? Gejala-gejala yang ditunjukkan oleh pesakit Diabetes Mellitus jenis 1 bermula 1 minggu atau lebih sebelum kanak-kanak tersebut betul-betul sakit. Anak anda mungkin mengadu: kerapkali kencing dan air kencing banyak (siang dan malam) rasa haus yang amat sangat berat badan menurun rasa letih lesu dan kurang tenaga. Perhatian: (Kencing malam ) pada kanak yang telah terlatih mengawal pundi kencingnya di kenali sebagai "secondary enuresis". Sekiranya anak anda mengalami masalah ini, Diabetes Mellitus haruslah disyaki. Gejala tambahan yang sering berlaku pada kanak-kanak: sakit perut dengan atau tiada muntah sakit kepala masalah tingkahlaku mudah mendapat jangkitan terutama di kulit Sekiranya gejala -gejala ini tidak dikenalpasti awal, kemungkinan anak anda akan mengalami "diabetic ketoacidosis" (DKA). Bagaimana merawat Diabetes Mellitus di kalangan kanak-kanak? Pada bila-bila masa, anak anda akan dilihat oleh ahli pasukan Diabetes Mellitus hospital (hospital diabetes team) seperti para doktor, Pegawai Diatetik, ahli fisioterapi, ahli terapi carakerja, Pakar Ortopedik, Pakar Psikologi, Pegawai Pendidikan Diabetes dan Pegawai Kebajikan Masyarakat untuk nasihat dan rawatan tertentu. Sekiranya anak anda mempunyai Diabetes Mellitus Jenis 1, dia memerlukan rawatan insulin sepanjang hayat. Dalam Diabetes Mellitus jenis 2, ubatan secara oral (makan) dan insulin diberi untuk menurunkan tahap glukos dalam darah. Untuk kedua-dua jenis Diabetes Mellitus, anak anda mesti mengambil makanan yang disarankan mengikut sukatan dan melakukan senaman. Untuk mengetahui tahap kawalan glukos anak anda, ujian darah yang dipantau di rumah (home blood glucose monitoring: HBGM) perlu dilakukan. Alat yang digunakan ialah glukometer. Rekodkan keputusan ujian glukos darah, beserta haribulan dan masa ujian di dalam buku harian (diary). Dos insulin boleh disesuaikan mengikut bacaan glukos jika perlu. Pegawai Pendidikan Diabetes akan mengajar anda dan anak anda mengenai Diabetes Mellitus. Pegawai Dietetik akan kerapkali berjumpa anda dan anak anda untuk memberi nasihat mengenai pemakanan yang sesuai supaya dapat mengawal aras glukos dalam darah. Anak anda dinasihati untuk melakukan senaman secara tetap, kerana ini boleh membantu mengurangkan aras glukos dalam darah. Insulin bertindak dengan lebih efisyen dan membantu mengawal berat badan. Bergantung kepada masalah anak anda, dia perlu berjumpa dengan ahli pasukan diabetes dari masa ke semasa. Kanak-kanak yang mengalami Diabetes Mellitus perlu datang untuk lawatan susulan secara tetap dan dipantau oleh doktor. 25

CELIK IT… Prinsip Dasar Keselamatan ICT Negeri 10 Perkara Saya Perlu Patuhi Prinsip-prinsip yang menjadi asas kepada Dasar Keselamatan ICT dan perlu dipatuhi Bagi adalah seperti berikut : Sambungan… Menjamin Keselamatan ICT e. Pemulihan 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Pemulihan sistem ICT amat diperlukan untuk memastikan kebolehsediaan, Membaca, memahami kebolehcapaian dan kerahsiaan. Objektif utama adalah untuk meminimumkan sebarang dan mematuhi Dasar gangguan atau kerugian akibat daripada ketidaksediaan. Pemulihan hendaklah dilakukan melalui tindakan berikut: Keselamatan ICT; Melaksanakan prinsip- i. Pelan Pemulihan Bencana Sistem ICT hendaklah diuji sekurang-kurangnya sekali setahun. Ketua Jabatan atau setaraf dikehendaki menentukan perkara ini dilaksanakan. prinsip Dasar ii. Pentadbir sistem dikehendaki melaksanakan sokongan (backup) setiap hari bagi Keselamatan ICT, dan Your business tag line here. sistem ICT. menjaga iii. Semua pengguna dikehendaki mencegah kemasukan virus, mengamalkan langkahkerahsiaan maklumat langkah pencegahan kebakaran dan amalan clear desk mengikut arahan semasa jabatan dari pihak yang masing-masing. tidak dibenarkan; Menjaga kerahsiaan katalaluan; Mematuhi etika penggunaan email dan internet; Mematuhi standard, prosedur, langkah dan garis panduan keselamatan yang f. Pematuhan ditetapkan; Pematuhan Dasar Keselamatan ICT adalah berdasarkan tindakan berikut: Memberi perhatian 1. Mewujudkan proses yang sistematik khususnya untuk menjamin keselamatan ICT bagi kepada maklumat memantau dan menilai tahap pematuhan langkah-langkah keselamatan yang telah terperingkat terutama dikuatkuasakan. semasa pewujudan, 2. Merumus pelan pematuhan untuk menangani sebarang kelemahan atau kekurangan pemprosesan, langkah-langkah keselamatan ICT yang dikenalpasti. penyimpanan, 3. Pelaksanaan program pengawasan dan pemantauan keselamatan maklumat secara penghantaran, berterusan hendaklah dilaksanakan oleh setiap perkhidmatan di kawasan tanggungjawab penyampaian, masing-masing. PTMKN/ Unit ICT Agensi Negeri berperanan melaksanakan pengawasan dan pemantauan menyeluruh terhadap keselamatan maklumat pada aset-aset ICT di pertukaran dan Jabatan Negeri/ Agensi berkaitan. pemusnahan. 4. Menguatkuasakan amalan melapor sebarang insiden yang mengancam keselamatan Menjaga kerahsiaan ICT dan seterusnya mengambil tindakan pembetulan/ pemulihan. langkah-langkah keselamatan ICT dari g. Pengasingan diketahui umum. Pengasingan fungsi perlu diadakan di antara pentadbir dan pengguna. Pengasingan fungsi juga hendaklah dilakukan di antara pentadbir sistem dan pentadbir rangkaian. Melaporkan sebarang aktiviti yang mengancam h. Integriti keselamatan ICT kepada Data dan maklumat hendaklah tepat, lengkap dan sentiasa terkini. Sebarang perubahan ICTSO dengan segera; terhadap data hendaklah dilaksanakan oleh staf yang diberi kebenaran sahaja. Menghadiri program. Bersambung… 15 program kesedaran 24

SUKAN PETANDA 2010 FUTSAL 31 JULAI 2010 TAHNIAH!!! Kepada Pasukan Futsal dari Pejabat Daerah dan Tanah, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang kerana berjaya mencatat kejayaan cemerlang dengan menjuarai Pertandingan Futsal, Sukan PETANDA Tahun 2010 yang diadakan di Bola-Bola Mak Mandin, Seberang Perai, Pulau Pinang pada 31 Julai 2010 yang lalu. Sebanyak 10 pasukan yang menyertai pertandingan ini yang dibahagi kepada tiga (3) kumpulan. Pertandingan bermula pada jam 9. 00 pagi hingga 1. 00 petang. Pejabat Daerah dan Tanah, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang telah menghantar 2 pasukan iaitu DBD’A’ dan DBD’B’ dalam pertandingan tersebut dan berjaya muncul sebagai Johan (DBD’A’) Dan Naib Johan (DBD’B’) Laporan oleh : Wan Raizihan bin Wan Bukhari 5

KARNIVAL SUKAN RAKYAT PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG Karnival Sukan Rakyat dan Kenduri Rakyat Peringkat Pulau telah berlangsung pada 25 September 2010 (Sabtu) bermula pada jam 9. 00 pagi sehingga jam 4. 00 petang. Bertempat di Kompleks Sukan Balik Pulau, Jalan Sungai Nipah, Balik Pulau, Pulau Pinang. Ia merupakan cetusan idea Dato Timbalan Ketua Menteri sendiri bagi tujuan untuk merapatkan dan mengukuhkan perpaduan dikalangan pelbagai kaum dengan bertemakan “muafakat membawa berkat”. acara ini terbahagi kepada beberapa aktiviti iaitu sukan tradisional yang terdiri daripada permainan galah panjang, seremban, congkak, dam aji gergasi, kelereng basikal dan tating lawi. Aktiviti kumpulan wanita iaitu gubahan sireh junjung, lipatan kain, menghias pulut kuning dan menganyam ketupat. Aktiviti seterusnya lelaki dewasa iaitu tarik tali, bola sepak 5 sebelah secara beragam dan acara kanak-kanak mewarna, balingan dart, lari dalam guni, dan cari coklat dalam tepung. Di hari tersebut dimeriahkan lagi dengan kenduri rakyat yang diusahakan secara bergotong-royong oleh penduduk tempatan. Hidangan lauk-pauk kampung. Ia amatlah meriah dan santai apabila pemimpin turut sama makan beramai-ramai dengan rakyat jelata dalam suasana yang cukup meriah dan bersahaja. Disamping itu Unit Tabung Darah Hospital Besar Pulau Pinang telah juga turut hadir di karnival ini bagi menjalankan aktiviti kempen menderma darah. Sambutannya amat menggalakkan. Agensi jabatan kerajaan juga mempamerkan aktiviti mereka seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, AADK, Perpustakaan Negeri Cawangan Balik Pulau, JKM, dan Pejabat Kesihatan Daerah untuk masyarakat setempat mengetahui peranan jabatan berkaitan dengan lebih dekat dan mesra rakyat. Gerai jualan anjuran JKKK juga tidak kurang hebatnya dengan pelbagai jualan disediakan dan juga telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Acara kemuncak adalah merupakan cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah yang menarik disediakan oleh pihak penganjur di mana hadiah utamanya adalah merupakan TV Plasma 32 inci jenama philip, Pelajar sekolah menengah Seri Balik Pulau yang menetap di Sungai Burung Balik Pulau merupakan peserta bertuah membawa pulang hadiah utama tersebut. Laporan oleh : Omar bin Hassan 6

PETUA Bayi Selsema Beberapa tangkai daun sirih tekan dengan jari hingga mengeluarkan lendirnya, kemudian sapukan pada batang hidung bayi. Cara ini akan melegakan selsema dan pernafasan menjadi mudah. Hidung Berdarah Daun sirih digulung sebesar jari kelingking serta diramas sedikit dibahagian hujungnya untuk mengeluarkan bau dan dimasukkan kehidung yang berdarah. Baringkan pesakit dengan keadaan kepala meninggi. Asma Tujuh helai daun sirih ditumbuk lumat bersama satu sudu teh lada putih dan campurkan minyak kayu putih secukupnya agar menjadi pepesan. Sapukan pada dada pesakit serta leher, amalan ini akan menghilangkan penyakit asma. Bau Badan Sapukan adunan tiga helai daun sirih dan sedikit tawas yang telah diramas sama, ke atas badan ketiak semasa mandi. Biarkan beberapa ketika dan bilas dengan air bersih. Sakit Gigi Kunyah sirih hingga lumat pada gigi yang sakit. Untuk beberapa ketika sakit gigi akan berkurangan. Demam Panas Tiga helai daun sirih diramas ke dalam semangkuh air bersih bersama buah pinang muda yang telah dipecah-pecahkan dan jaramkan pada kepala, lakukan beberapa kali sehingga panas badan berkurangan Batuk Lelah Daun sirih dilayur dan dituam ke dada pesakit. Air daun sirih diguna untuk minuman kepada pesakit. Sakit Mata Ramaskan beberapa helai daun sirih muda dan masukkan kedalam air serta didihkan seketika, tapiskan dengan kain bersih ke dalam mangkuk dan biarkan hingga pesam-pesam kuku. Rendamkan mata yang sakit serta kelip-kelipkannya. Buat berulang kali sehingga sembuh. 23

OBLONG BURGER KERABU PERUT BAHA N-BAHAN: Roti-Seremban Bakery Burger Daging Oblong Bawang Holland-di hiris memanjang BAHAN-BAHAN: 50 gram perut lembu - direbus 1/2 biji bawang besar - dihiris halus 1 batang serai - dihiris halus 5 helai daun limau purut - disiat 1 biji limau nipis - diperah Daun salad Cili benggala merah atau hijau Garam dan serbuk perasa secukup rasa BAHAN SOS LADA HITAM 2 cawan stok ayam (air+kiub ayam) 1/2 cawan susu segar 1 -2 sudu besar lada hitam-di tumbuk kasar. 2 biji bawang besar - cincang 2 sudu besar kicap manis - bergantung kehitaman yg dkehendaki 1 sudu sos tiram 1 sudu mentega/ marjerin 2 sudu besar tepung jagung-bancuh dengan sedikit air garam dan gula - jika perlu CARA MENYEDIAKAN: 1. Tumiskan bawang besar hingga naik bau. Masukkan pula stok ayam. Didihkan. 2. Masukkan lada hitam, kicap manis, mentega/marjerin, sos tiram dan gula jika perlu. 3. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit untuk mendapatkan kepekatan yang dkehendaki. 4. Goreng daging oblong (tak yah letak minyak) dan lepas tu celupkan ke dalam sos lada hitam. 5. Belah 2 roti dan letak marjerin dan bakar sekejap. 6. Letakkan daging oblong yang telah di celup sos lada hitam pada roti dan taburkan bawang besar yang di hiris. RENDANG PEDAS BAHAN-BAHAN: 1 kg daging 2 batang serai - dikisar 200 gm cili kering - dikisar 400 gram bawang merah - dikisar 1 kg santan kelapa Garam secukup rasa CARA MENYEDIAKAN: Gaulkan bawang besar bersama serai, kemudian masukkan perut, daun limau dan air parahan limau. Masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya. Hiaskan dengan daun salad dan cili benggala merah atau hijau sebelum dihidangkan. AIS KISAR MOCHA & HAZELNUT BAHAN-BAHAN: Satu gelas ais kiub separa hancur 2 paket serbuk kopi mocha (boleh didapati di pasar raya terkemuka) Perisa sirap hazelnut Krim putar (whipped cream sebagai hiasan) Sedikit coklat rice untuk hiasan CARA MENYEDIAKAN: Hancurkan ais kiub dengan pengisar dan masukkan sekali 2 paket serbuk kopi mocha & kisar hingga hancur serta sebati. Kemudian tuangkan ke dalam gelas tinggi, letakkan sirap perisa hazelnut sedikit hiaskan dengan whipped cream & coklat rice. CARA MENYEDIAKAN: Daging dipotong kecil. Kemudian, campurkan daging dengan semua bahan sekali dan kacau hingga rata. Masukkan santan dan masak sehingga kering. Lebih sedap dimakan bersama nasi putih. 22

MAJLIS PERPISAHAN PERSARAAN 4 JUN 2010 JASAMU DIKENANG… Encik Abd Rahim bin Omar Puan Aishah binti Hashim Bersara sebagai Penghantar Notis Bersara sebagai Pembantu 9 Mei 2010 Tadbir Kanan 2 Julai 2010 Majlis Perpisahan ini diadakan sempena persaraan wajib Puan Aishah binti Hashim dan Encik Abdul Rahim bin Omar. Puan Aishah binti Hashim Pembantu Tadbir Kanan Gred N 22 berkhidmat dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang selama lebih kurang 37 tahun dan Encik Abdul Rahim bin Omar Penghantar Notis Gred N 3 telah berkhidmat selama 31 tahun. Sebagai menghargai jasa kedua penjawat awam ini warga DBD telah menyumbangkan cenderahati sebagai tanda kenangan kepada mereka yang telah banyak memberikan perkhidmatan kepada pejabat ini khususnya Kerajaan Negeri Pulau Pinang. semoga mereka berdua dapat memberikan sumbangan pula pada masyarakat setempat sebagai seorang pesara kerajaan. Laporan oleh : Nacimah binti Abdul Karim 7

PENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG TAHUN 2009 PADA 20 SEPTEMBER 2010 Noor Husna binti Sharuddin Idris bin Omar Mohd Mursyid bin Abdul Rah Penghulu n. Peg. Teknologi Maklumat Pen. Peg. Tadbir Khatijah binti Khalid Aishah binti Hashim Samad bin Mohamed Pembantu Tadbir Kanan Pembantu Tadbir i Sahara binti Norhikdmi Syawal Mazlan bin Harun Pembantu Tadbir Pembantu Am Pejabat Fairus bin Osman Pekerja Awam 8

… u k g n a y a S … a j n a M SEWAKTU mendidik anak, ada ibu bapa yang Amalkan bercerita petua mudah mendidik anak meng gunakan kekerasan sehingga anak menjadi takut kepada orang tua mereka. Tidak kurang yang tidak tegas mendidik dan membiarkan anak tanpa peraturan sehingga anak men jadi liar. · Mendidik anak dengan pesanan dan arahan Ada cara dengan mendidik anak akan setiap yang hari, berkata, bersesuaian tindak-tanduk memberi kesan besar dalam hidup apabila mereka serta amalan yang ibu bapa inginkan. Jangan dewasa juga pesanan yang mengatakan ibu sesekali kelak. bosan Ada memberi kepada anak. bapa perlu mendidik anak bukan mengikut cara Menurut satu kajian, piawaian memberi pesanan mereka dididik dulu anak tetapi mengikut peredaran dan arahan kepada setiap hari adalah 200 zaman kini. kali bagi membentuk rutin kehidupannya. Berikut petua yang mungkin boleh digunakan ibu · Banyakkan bercerita dengan anak mengenai bapa untuk mendidik anak: perkara yang baik. Cerita boleh diambil daripada al-Quran, kisah rasul dan sahabat. Malah, ibu bapa boleh mereka cerita sendiri kerana yang penting, ia mestilah boleh dijadikan teladan. · Selalu bersoal jawab dengan anak-anak secara istiqamah (berterusan). Bertanya anak hal yang dilaluinya sepanjang hari dan sentiasa berusaha menjawab soalan mereka secara hikmah. · Mengasuh anak melalui nasihat dan teguran. Nasihat dan teguran berlainan sedikit dengan pesanan dan arahan yang perlu dilakukan setiap hari. Nasihat dan teguran dibuat sesekali saja supaya anak tidak cepat bosan. Nasihat dan teguran adalah lebih menjurus kepada pem bentukan akidah, ibadah, amalan harian, akhlak, tanggung jawab dan seumpamanya. · Banyakkan bermain dan bergurau dengan anak serta sentiasa selitkan unsur nasihat yang bermanfaat. · Banyakkan memberikan latihan dan tugasan kepada anak termasuk kerja di rumah. Tugasan diberikan mengikut usia, tahap kemampuan dan kesesuaiannya dengan jantina anak. Pantau kerja dilakukan dan jangan kutuk anak jika mereka buat salah sebaliknya jika memuji, biarlah berpada. · Amalan dan tindak tanduk ibu bapa menjadi contoh kepada anak. Ibu bapa sederhana memberitahu anak apa yang mereka perlu lakukan. Ibu bapa yang baik memberikan penjelasan mengenai apa yang diminta anak itu lakukan. Ibu bapa yang cemerlang memberikan contoh sesuatu perkara yang diberitahu dan dijelaskan kepada anaknya manakala ibu bapa mithali sentiasa menggerakkan anaknya untuk menjadi manusia cemerlang. · Menurut kajian pakar psikologi, galakan untuk anak harus diberikan 80 peratus manakala 20 peratus lagi untuk amaran. Galakan menjadikan anak lebih ceria di samping menjurus ke arah individu cemerlang. · Ambil berat kebajikan anak. Ibu bapa perlu Sejuknyer saya ni mama…peluk Adam mama!!! Muhammad Adam Na’il bin Muhammad Idris Mamaku : Rahizan binti Ridwan Kakak Delisha peluk adik Dayana kuat-kuat ye kakak Delisha sayang… Delisha Shaza Irdina binti Azhar Dayana Batrisya Ardini binti Azhar Mamaku : Aida Mawar binti Ahmad Arghhh. . syoknyer mengeliat… Shahmi Aiman bin Shuhami Mamaku : Anisa Shuhair binti Munawar Ali 21 12

Pengurusan stress Pengenalan STRESS Apa jua keadaan dan situasi yang mengancam atau dianggap mengganggu keadaan diri seseorang dan menyebabkan individu memerlukan keupayaan dan cara untuk menghadapinya. Satu tindakbalas atau reaksi terhadap ancaman, perubahan mahupun persaingan Satu proses pengalaman manusia menyesuaikan diri dengan persekitaran reaksi tubuh badan terhadap apa jua reaksi yang dianggap bahaya Tindakbalas untuk menentang atau melarikan diri bila tergugat atau kebingungan. Sesuatu yang mendorong dan menambah tingkat kewaspadaan manusia kerana kehidupan tanpa dorongan adalah hambar dan bosan PENGURUSAN STRESS Peristiwa yang berlaku 1. Kematian 2. Perkahwinan 3. Pekerjaan 4. Perpindahan 5. Hidup yang berubah (berusia) Hidup Tanpa Peristiwa 1. Kesepian 2. Persaraan 3. Hilang perasaan untuk hidup 4. Umur tua PENDEKATAN DALAM MENGURUS DAN MENGURANGKAN STRESS Sedar Reaksi Sendiri Teguhkan positif self-statement Fokus kepada pencapaian terbaik Elakkan persaingan yang tidak perlu Tingkatkan tingkah laku asertif Kenalpasti dan terima kekurangan diri sendiri Setiap orang unik dan berbeza Sejarah Silam dan Personaliti 1. Keturunan 2. Sikap 3. Ketidakyakinan Bercakap dengan orang yang dipercayai Hobi, relaks dan enjoy Kerap Riadah Faktor-faktor Fizikal 1. Penyakit Kronik 2. Tekanan perasaan 3. Perubahan berat badan 4. Dadah Pemakanan seimbang Tetapkan matlamat realistik Tetapkan keutamaan STRESS MEMPENGARUHI KUALITI KERJA, KESIHATAN HUBUNGAN INTERPERSONAL, PELAJARAN DAN PEKERJAAN ANDA. 20

MAJLIS JAMUAN TEH SEMPENA HARI JADI T. YANG DIPERTUA NEGERI PULAU PINANG PADA 22 JULAI 2010 Majlis Jamuan Teh sempena Hari Jadi T. Yang Di. Pertua Negeri Pulau Pinang telah pun selamat disempurnakan pada 22 Julai 2010 (Rabu). Majlis ini merupakan suatu majlis yang penuh kemesraan ‘Satu Malaysia’di kalangan tetamu yang hadir. Pelbagai jenis menu makan minum disajikan mahupun pertunjukan muzik tradisional tidak lupa dimainkan dengan diiringi lagu dan tarian pelbagai kaum telah menarik perhatian tetamu yang hadir. Sambutan yang diberikan oleh Masyarakat Daerah Barat Daya amatlah membanggakan malahan tidak kurang di peringkat negeri turut hadir tidak kira bangsa dan agama. Semuanya beramah mesra. Tetamu VVIP dan VIP tetap mesra melayan dan beramah mesra dengan hadirin. Laporan oleh : Salmiah binti Mohd Ibrahim 9

MAJLIS PERPISAHAN PEGAWAI PEJABAT DAERAH DAN TANAH, DBD PADA 30 30 JULAI 2010 Tahniah diucapkan kepada En. Jonathan P. Bagang atas kenaikan pangkat sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik M 44 Tahniah diucapkan kepada Pn. Rofaisma binti Rohani bertukar ke Kuala Lumpur sebagai Juruteknik J 17 Warga PDTDBD mengucapkan selamat maju jaya dan kenangan terindah bersama sentiasa tersemat dihati. 10

Senarai Nama Hari Ulang Kelahiran Bulan JULAI Wahi Annuar bin Othman 10 Julai 1957 Zul Azman bin Ismail 12 Julai 1959 Mohd. Farouk bin Varusai Mohd 12 Julai 1979 Rosli bin Harun 16 Julai 1966 Mohd Kadir Jailani bin Ahmad 18 Julai 1982 Ismail bin Shariff 21 Julai 1954 Rossidi bin Osman 23 Julai 1982 Rameni a/p Vadiveloo 24 Julai 1985 Syawal Mazlan bin Harun 31 Julai 1982 Senarai Nama Hari Ulang Kelahiran Bulan OGOS Noor Amran bin Chik 1 Ogos 1963 Ida Akmar binti Anuar 3 Ogos 1985 Norlia binti Hussin 5 Ogos 1959 Luqman bin Mahfodz 7 Ogos 1984 Mohamad Azman bin Kader Burhan 7 Ogos 1963 Noor Husna binti Sharuddin 8 Ogos 1982 Muhamad Zailani bin Othman 8 Ogos 1979 Amiruddin bin Mohd Kasim 9 Ogos 1965 Anisa Shuhair binti Munawar Ali 18 Ogos 1982 Irwan Effendy bin Bahtiar 20 Ogos 1982 Mohd Arif Aizat bin Abdul Razak 24 Ogos 1986 Mohamad Firdaus bin Mohamad Radzi 29 Ogos 1986 Senarai Nama Hari Ulang Kelahiran Bulan SEPTEMBER Khatijah binti Khalid 1 September 1957 Wan Haslinda binti Mydin 3 September 1978 Abdul Hamid bin Jamaludin 11 September 1959 Syed Ahmad Faizal bin Syed Le 13 September 1984 Isham bin Hasan 14 September 1977 Mohd Malindo Putra bin Sulaiman 14 September 1982 Suhaila binti Ismail 15 September 1980 Subhani bin Fazulul Hack 19 September 1980 Mohd Ali bin Abdul Jabbar 25 September 1985 Samad bin Mohamed 27 September 1955 Azura binti Azizan 27 September 1979 Sharipah binti Kassim 29 September 1957 Wazir bin Osman 29 September 1986 19

INFORMASI UMUM Pantun Budi Tegak rumah kerana sendi, Bintang di timur cuaca baik, Runtuh sendi rumah Cahayanya sampai ke hutan binasa, seberang, Sendi bahasa ialah Mulut manis hatinya baik, budi, Itulah budi dikenang orang. Runtuh budi runtuhlah bahasa. Tingkap papan kayu bersegi, Sampan sakat di Pulau Anak ikan dimakan ikan, Angsa, Manakan sama ikan Indah tampan kerana budi, tenggiri, Tinggi bahasa kerana Mutiara kata : Mati ikan kerana "Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu bangsa. umpan, sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan Mati tuan kerana budi. waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa. " "Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga. " TAHUKAH ANDA? Mengapa Anda Bersin? Kelebihan Mandi KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus. Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki Bersin merupakan aliran udara yang hebat melalui mulut dan hidung. Ini terjadi di luar kemahuan. Biasanya bersin terjadi kerana ada partikel mengganggu dalam hidung anda. Ujungujung saraf di dalam hidung merangsang anda bersin untuk menyingkirkan partikel-partikel tersebut. Penyebab lain adalah udara dingin atau sakit flu. Pada saat sakit flu, banyak partikel asing di dalam hidung anda sehingga memaksa hidung merangsang bersin. Yang perlu anda tahu tentang bersin iaitu kecepatan udara saat anda bersin mencapai 166 kilometer per jam. Lalu saat bersih anda akan mengeluarkan sampai 100. 000 butiran kecil lendir dan mikro organisme. Itu sebabnya, saat bersin sebaiknya anda menutupi hidung dan mulut anda kerana dapat membahayakan orang lain. 18

JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI PEJABAT DAERAH & TANAH, DAERAH BARAT DAYA 6 OKTOBER 2010 (RABU) Pada 6 Oktober 2010 satu Jamuan Hari Raya Aidil. Fitri telah diadakan di perkarangan Pejabat Daerah Barat Daya. Ramai tetamu yang hadir yang terdiri daripada penjawat awam dari jabatan-jabatan kerajaan dan orang-orang kampung. Meriah sungguh pada jamuan tersebut dengan kakitangan sibuk tolong-menolong antara satu sama lain. Diibaratkan seperti sebuah keluarga bahagia yang ceria. Ramai kenalan yang hadir dan dapat mengeratkan lagi tali persaudaraan silaturahim diantara semua tetamu yang hadir dan pihak penganjur. Laporan oleh : Abdul Kader bin Shaik Mohd 11

KURSUS OPEN OFFICE. ORG ANJURAN PEJABAT DAERAH DAN TANAH DAERAH BARAT DAYA Kursus Open Office. org Kursus diadakan pada 19, 20, 26 dan 27 Julai 2010 di Bilik Teratai Pejabat Daerah Dan Tanah Daerah Barat Daya, Pulau Pinang. Peserta kursus seramai 40 orang dimana 10 orang untuk setiap sesi kursus. Objektif kursus ini dijalankan bagi memberi pendedahan kepada semua pegawai dan kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah, Daerah Barat Daya membiasakan diri dengan perisian baru yang digunapakai di Negeri Pulau Pinang bagi menggantikan Perisian Microsoft Office 2003. Open Office ini adalah merupakan perisian percuma yang boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja dan cara penggunaannya adalah sama seperti Microsoft Office 2003. Laporan oleh : Rossidi bin Osman 12

Petua M asakan LEMBUTKAN AYAM KAMPUNG. Apabila memasak gulai ayam kampung cara untuk melembutkan ialah dengan memasukan empat bij kurma ke dalam gulai. Bila masak daging ayam akan menjadi lembut. TELUR REBUS SENANG DIKUPAS Telur kalau tidak dikupas dengan betul tentu isi luarnya mudah terkoyak. Terdapat banyak petua mengupas telur antaranya merebus telur dengan cuka. Cara mudah lain ialah telur yang telah direbus di rendam di dalam air. Kemudian barulah dikupas. Tentu anda mudah mengupasnya. Cubalah!! MERASA GARAM DALAM MASAKAN Caranya ialah dengan meletakkan kuah di atas jari anda. Jika kuah itu tidak meleleh, ini menandakan masakan anda itu cukup masinnya. Tetapi jika jari anda terasa perit, ini bermakna masakan anda itu terlebih garamnya. Selamat mencuba. Masakan ikan rebus bergantung kepada cara merebusnya. Cuba cara ini untuk menambah IKAN REBUS LEBIH SEDAP DAN LAZAT kelazatan ikan rebus. Masukan asam keping dan ikan ke dalam periuk dan atur berselang seli. Kemudian masukkan sedikit garam, cuka makan dan tebu yang telah dibuang kulitnya dan dipotong kecil-kecil. Rebus dengan api yang perlahan tanpa memasukkan air. Pasti ikan rebus anda akan lebih lazat. HILANGKAN GATAL SULUR KELADI Setelah dibersihkan, celurkan sulur keladi dengan air asam jawa dan sedikit garam. Kemudian bolehlah dimasak mengikut citarasa anda. ACAR LIMAU TIDAK PAHIT Inginkan acar yang enak tanpa limau yang pahit, cuba petua ini. Semasa merebus limau untuk acar, masukkan beberapa keping syiling 1 sen ke dalam rebusan limau. Insya. Allah limau akan hilang pahitnya dan bertambah lembut. MINYAK LEMBUTKAN KULIT APAM Masukkan 1 sudu minyak masak ke dalam adunan kuih apam yang telah siap dibancuh dan gaulkan sehingga sebati. Kemudian kukus adunan kuih apam tadi. Kuih apam tersebut akan menjadi lembut dan dimasak lebih halus serta tidak lagi melekat pada bekas acuannya. MENYEGARKAN SAYUR Sayuran kalau disimpan didalam peti ais beberapa hari, kesegarannya akan hilang. Untuk mengembalikan kesegarannya, rendam sayur tadi didalam air yang dicampur cuka selama beberapa minit. Selain mengembalikan kesegaran, cuka juga akan menghilangkan kotoran pada sayur. HALAU SEMUT DALAM GULA Letak sebilah pisau di bawah bekas yang berisi gula. Biarkan beberapa ketika. Insya-Allah semut akan berkumpul di satu tempat dan ini memudahkan kerja-kerja membuangnya. Oleh itu anda tidak perlu membuang semua gula yang dikerumuni semut. Selamat mencuba. 17

16

JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG 22 SEPTEMBER 2010 Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Negeri Pulau Pinang telah diadakan pada 22 September 2010 (Rabu) di Kompleks Sukan Balik Pulau, Pulau Pinang bermula jam 3. 00 petang hingga 5. 00 petang. Suasana hari raya masih terasa sewaktu majlis berlangsung dengan disajikan dengan makanan-makanan yang tidak kurang hebatnya diiringi lagu dan tarian pelbagai kaum telah menarik minat tetamu yang hadir. Sambutan yang diberikan oleh Masyarakat Daerah Barat Daya amatlah membanggakan malahan tidak kurang di peringkat negeri turut hadir tidak kira bangsa dan agama. Semuanya beramah mesra. Tetamu VVIP dan VIP tetap mesra melayan dan beramah mesra dengan hadirin. Laporan oleh : Marthitah binti Mat 13

PERARAKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 53 TAHUN PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG Pejabat Daerah dan Tanah, Daerah Barat Daya telah menyertai perarakan Hari Kebangsaan Malaysia ke 53 tahun. Seramai 60 orang peserta dari kontinjen Pejabat Daerah dan Tanah, Daerah Barat Daya yang terpilih untuk melibatkan diri dalam perarakan tersebut. Dengan semangat patriotik dan segak bergaya mengayunkan langkah dan tangan bagi mendapatkan perbarisan yang cantik di antara kontinjen-kontinjen yang lain. Perarakan telah diadakan di Daerah Timur Laut pada 31 Ogos 2010. Tema dilaungkan dengan semangat yang waja “Rakyat Didahulukan Dan Pencapaian Diutamakan”. Laporan oleh : Mawarni binti Othman 14

ANUGERAH KECEMERLANGAN PENGURUSAN KEWANGAN BERDASARKAN INDEKS AKAUNTABILITI TAHUN 2009 Syabas dan Tahniah kepada semua warga kerja di Pejabat Daerah dan Tanah, Daerah Barat Daya di atas kejayaan mendapat Anugerah Khas bagi Kategori Anugerah Kualiti Pentadbiran Daerah dan Tanah. Anugerah ini telah disampaikan kepada Pegawai Daerah, Daerah Barat Daya Tuan Haji Jusni bin Ismail oleh Ketua Menteri Y. A. B. Lim Guan Eng di dalam Majlis Sambutan Hari Inovasi dan Penyampaian Anugerah Kualiti Sektor Awam Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2010 pada 6 Oktober 2010 di Komtar. Seharusnya anugerah ini akan menjadi pendorong untuk semua warga PDTDBD mencapai kecemerlangan di dalam segala aspek perkhidmatan yang diberi. Laporan oleh : Wahi Annuar bin Othman TAHNIAH!!! Pejabat Daerah & Tanah, Daerah Barat Daya Telah Menerima Penganugerahan 4 Bintang Bagi Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti Tahun 2009 Pada 27 September 2010 Dari Jabatan Audit Negara Malaysia. 15
- Slides: 28