PANTUN LAPAN KERAT Bertemakan memperkasa jati diri dalam
PANTUN LAPAN KERAT (Bertemakan memperkasa jati diri dalam menjaga keimanan, tanggungjawab, budaya dan bahasa)
Perbincangan rangkap demi rangkap
Buat bangsal di tengah hutan, Tebaslah hutan buat halaman, Di tepi halaman menanam kubis, Diselang dengan pokok papaya; Biarlah sabar dengan perlahan, Itulah tanda tuan beriman, Tidak patah digoncang iblis, Akhirnya tuan menang berjaya.
Maksud rangkap 1 Sifat sabar dan tidak terburu-buru menandakan keutuhan iman seseorang. Bujukan iblis (syaitan) tidak sama sekali mampu mematahkan keutuhan iman yang dimiliki, mahupun sekadar menggoncang iman itu. Keutuhan iman itulah yang akhirnya membawa kemenangan dan kejayaan kepada seseorang.
Ikan teluk parang-parang, Anak ketam disangka lelabi, Berburu musim tengkujuh, Dapat buruan dibelah-belah; Bukan makhluk sebarang-barang, Cucu Adam sepaian nabi, Turun dari langit ketujuh, Jadi khalifah kepada Allah.
Maksud rangkap 2 Manusia bukanlah makhluk sebarangan yang diciptakan oleh Tuhan. Manusia ialah keturunan Nabi Adam, manusia pertama yang turun dari syurga (langit ketujuh). Manusia menyandang amanah selaku khalifah (wakil) Allah di bumi.
Lengkang-lengkung apa dipaku, Paku jatuh patah dua, Menjadi riuh orang di darat, Anak Cik Itam jatuh jalar; Bumi kandungan nenek moyangku, Kerana lalai rosak binasa, Kebudayaan Timur dinodai Barat, Bahasa ibunda hina terbiar.
Maksud rangkap 3 Sebagai pewaris tanah air pusaka nenek moyang, seseorang tidak seyogia menjadi lalai (alpa, cuai, leka) hingga membawa rosak binasa. Bukti kelalaian di depan mata pada hari ini ialah kebudayaan Timur telah dinodai (di bawah pengaruh negatif, dicemari, dikelirukan) oleh Barat (yang tidak berlandaskan iman). Bahasa ibunda, iaitu bahasa Melayu telah dibiarkan hina, diinjak, diketepikan, dipinggirkan, direndah-rendahkan ditolak ke tepi begitu sahaja tanpa rasa bersalah.
- Slides: 8