Objektif Membolehkan kanakkanak mengenal huruf kecil dapat menulis


Objektif Membolehkan kanak-kanak mengenal huruf kecil, dapat menulis huruf kecil dengan cara yang betul di samping mengenal huruf besar dalam suasana yang menggembirakan tanpa rasa tertekan.

Penerangan bahan Fokus kaedah ini diberikan kepada bagaimana cara untuk mengatasi masalah mengenal huruf iaitu masalah utama ke arah menguasai kemahiran membaca. Kanak-kanak perlu diberikan asas yang kukuh untuk mengenal huruf dan cara menulis huruf yang betul semenjak dari awal lagi. Bahan ini sesuai digunakan untuk murid prasekolah/ tadika, LINUS, pemulihan dan pendidikan khas.

Pendekatan yang menggabungkan nyanyian, pergerakan, permainan dan tulisan yang merangkumi kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dapat mempercepatkan lagi proses kanak belajar. Pendekatan Belajar Melalui Bermain dalam pengajaran dan pembelajaran memainkan peranan penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu pengajaran. Dick dan Reiser (1999) mentakrifkan pembelajaran berkesan sebagai pembelajaran yang menyeronokkan.

Keseronokan belajar adalah sesuatu yang diharapkan oleh golongan guru dan pelajar-pelajarnya. Keseronokan membawa implikasi di mana pelajar lebih tertarik dan berminat untuk belajar, manakala guru pula mempunyai strategi yang boleh mendorong para pelajarnya memberi tumpuan serta mengambil bahagian yang menyeluruh dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

KOMPONEN KAEDAH NIT(zm) KAD HURUF (6 keping) CD LAGU (6 buah lagu) LATIHAN PENGUKUHAN PANDUAN GURU

CARA PENGGUNAAN BAHAN. Sebelum memulakan kaedah ini, sila ambil nilai mula (TOV) murid dengan menggunakan senarai semak 1 (fotostat) yang disediakan. Sila guna senarai semak 2 selepas menggunakan kaedah ini untuk melihat peningkatan murid dalam penguasaan huruf. Guru juga boleh menggunakan senarai semak yang dibina sendiri.


Langkah 1 - Guru perkenalkan huruf yang terdapat pada kad secara berulang kali. menyanyi Kemudian, guru lagu pertama sambil melukis huruf berkenaan pada udara. (guna CD lagu yang disertakan)

Langkah 2 - Murid menyanyi bersama guru sambil melukis bentuk huruf dengan cara yang betul pada udara.

Langkah 3 - Murid menyanyi bersama guru sambil guru melukis bentuk huruf dengan cara yang betul pada kertas majong/papan putih. (tanpa kotak-kotak)

Langkah 4 - Guru lukis kotak-kotak seperti pada kad yang sedang diajar dengan saiz yang besar pada papan putih/ kertas majong dan guru masukkan huruf-huruf tersebut sambil menyanyi bersama-sama murid.

Langkah 5 - Guru lukis beberapa set kotak seperti pada kad yang sedang diajar dengan saiz yang sederhana besar pada papan putih/ kertas majong dan libatkan murid-murid untuk menulis huruf - huruf tersebut sambil menyanyi bersama-sama (tanpa muzik). Bagi murid yang belum menguasai kemahiran menulis, guru perlu fotostat huruf-huruf yang dilampirkan pada muka surat akhir latihan pengukuhan untuk murid berkenaan menjalankan aktiviti.

Langkah 6 - Perkenalkan huruf besar yang berlainan bentuk dengan huruf kecil yang terdapat di dalam kad ini dan maklumkan kepada murid bahawa huruf lain bentuknya sama dengan huruf kecil.

Langkah 7 - Menjalankan aktivti di dalam kertas latihan pengukuhan. *Aktiviti dijalankan dibawah kawalan dan seliaan guru. Langkah pengajaran di atas boleh disambung pada hari berikutnya tetapi pastikan semasa permulaan pengajaran, mulakan dengan lagu dan bentukkan huruf pada udara.

Telinga besar (2 x) Itu c (2 x) c, c, c, c (2 x) Lurus ke kanan Jumpa telinga Itu e (2 x) e, e, e, e (2 x) e, e, e (2 X) Kepala bulat Itu o (2 x) o, o, o, (2 X) Telinga besar Badan kurus Itu a (2 x) a, a, a, a (2 x) a, a, a… (2 x) Telinga besar Badan kurus Kaki bengkok Itu lah huruf g (2 x) g, g, g(2 x) Ular sawa (2 x) Itu s (2 x) s, s, s, s (2 x) Rajin usaha Kita berjaya (2 x) Jangan putus asa Mari kita cuba Membaca (2 x)


Ramai murid yang keliru dengan huruf ini walaupun telah mengenal semua huruf lain. Kegagalan mengenal huruf b, d, p dengan baik menjadikan kanak-kanak tidak dapat membaca dengan betul kerana huruf ini banyak digunakan di dalam perkataan dan ayat. Berikut adalah satu kaedah yang boleh diguna pakai untuk memperkenalkan huruf ini.

Langkah 1 - Guru perkenalkan huruf yang terdapat pada kad. Sebut huruf secara berulang kali. Kemudian, guru menyanyi lagu sambil membuat pergerakan berikut:

Untuk huruf q: kedudukan guru mengadap murid Guru letakkan tapak tangan kanan di atas kepala untuk dijadikan bentuk pipi besar. sambil tangan kiri gerakkan dari atas kepala turun ke bawah ketiak mengikut lengkungan pipi besar tangan kanan tadi. Untuk badan kurus, gerakkan tangan kiri dari tengah dahi ke pusat. Pipi saya besar, Badan saya kurus , Itu huruf q, q, q, q

Untuk huruf d: kedudukan guru mengadap murid Guru guna tangan kanan dan letak di pinggang utk dijadikan bentuk perut buncit sambil tangan kiri digerakkan dari atas bahu turun ke pinggang mengikut lengkungan perut buncit yang dibentuk dengan tangan kanan tadi. Untuk badan kurus, gerakkan tangan kiri dari tengah dahi ke pusat. Perut saya buncit, Badan saya kurus, Itu huruf d. d, d, d

Untuk huruf p: kedudukan guru mengadap murid Untuk badan kurus, gerakkan tangan kanan dari tengah dahi ke pusat. Untuk pipi besar, letak tapak tangan kiri di atas kepala untuk dijadikan bentuk pipi besar sambil tangan kanan digerakkan dari atas kepala turun ke bawah ketiak mengikut lengkungan pipi besar yang dibentuk dengan tangan kiri tadi. Badan saya kurus, Pipi saya besar, Itu huruf p, p, p, p

Untuk huruf b : kedudukan guru mengadap murid Untuk badan kurus, gerakkan tangan kanan dari tengah dahi ke pusat. Untuk perut buncit, letak tangan kiri di pinggang kiri sambil tangan kanan digerakkan dari atas bahu turun ke pinggang mengikut lengkungan perut buncit yang dibentuk dengan tangan kiri tadi. Badan saya kurus, Perut saya buncit, Itu huruf b. b, b, b (2 x) Dengar cakap guru Jangan ragu-ragu Rajin baca buku Dapat tambah ilmu (3 x) Seterusnya ikut langkah 3 hingga 7 seperti kad 1 sebelum ini.


Badan kurus, pakai topi Itu huruf r (ulang 2 x) r, r, r (3 x) r, r, r, r Itu huruf r Kaki lurus, Badan bongkok Itu huruf n (ulang 2 x) n, n, n, (3 x) n, n, Itu huruf n Kaki lurus, lompat ke kanan Ke kanan lagi (ulang 2 x) m, m, m (3 x) m, m, m, m Itu huruf m Dari atas, turun bawah Bengkok ke kanan, Naik atas turun bawah, Bengkok ke kiri y, y, y (3 x) y, y, y, y Itu huruf y Dari atas, turun bawah Bengkok ke kanan, Naik atas turun bawah, Jalan yang sama u, u, u (3 x) u, u, Itu huruf u. Badan kurus tinggi lampai Kaki kanan dibuka (ulang 2 x) h, h, h (3 x) h, h, Itu huruf h


Badan kurus, tinggi lampai Itulah oh huruf l l, l, l, l (Ulang 3 x) l, l, l. . Badan kurus, t inggi lampai Ada palang di tengah t, t, t, t (ulang 3 x) t, t, t. . . Pakai topi, badan kurus Ada palang di tengah, f, f (ulang 3 x) f, f, f… Badan kurus, tinggi lampai Kaki atas dan bawah k, k, k, k (ulang 3 x) k, k, k… Sayang ibu, Sayang bapa, Hormat guru sentiasa, Jadi anak yang berguna, Hidup berbakti berjasa.


Garis lurus ke bawah Satu titik di atas, toing Itulah huruf i, i, i (ulang 2 x) Garis lurus ke bawah Kaki bengkok ke kiri Satu titik di atas, toing j, j, j Rajin-rajin selalu Menulis dan membaca Kita di sayang guru Juga kawan rakan sebaya


Giginya tajam ada satu Turun ke bawah naik atas Itulah ia oh huruf v v, v, v. Oi, oi, v, v, v Giginya tajam ada dua Turun ke bawah naik atas Itu w. Oi, oi. Itu w. . Darilah atas serong kiri, Darilah atas serong kanan, Bersilang di tengah macam pangkah Itu huruf x. Oi, oi, x, x, x Lurus ke kanan dan berhenti Tarik ke bawah serong kiri Lurus ke kanan sekali lagi Itu huruf z. Oi, oi Itu huruf z Tamatlah sudah huruf kecil Dari huruf a hingga ke z Menyanyi, ingat juga tulis Hati gembira oi, oi(2 X)

Permainan 1 Permainan di bawah boleh digunakan untuk meningkatkan atau mempercepatkan proses murid mengingat huruf. Guru bina kuib (10 cm X 10 cm) dengan menggunakan kad sederhana tebal untuk dijadikan dadu huruf. Tampal setiap keping kad 1 -6 (fotosat lampiran dalam buku ini) pada setiap permukaan dadu. Kumpul murid di dalam satu kumpulan berlima di meja atau duduk di atas lantai.

Murid pertama lontar dadu dan sebut huruf yang ketahui olehnya pada permukaan atas dadu tersebut. Setiap huruf yang betul akan di beri satu markah/ stiker untuk ditampal (fotosat lampiran borang markah yang disediakan). Guru meminta murid lain menyebut huruf yang belum diketahui oleh murid tersebut.

Permainan di teruskan kepada murid kedua dan seterusnya. Permainan ini boleh diulang beberapa kali mengikut kesesuaian masa. Markah atau stiker yang dikumpul dikira. Murid yang mengumpulkan markah/ stiker terbanyak dikira sabagai pemenang.

Nama : LAMPIRAN Borang markah permainan 1 Pusingan Markah 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 JUMLAH MARKAH :

Minta murid tulis markah yang diperolehi pada setiap pusingan. Satu markah untuk satu huruf yang betul disebut. Jika murid boleh sebut tiga huruf dengan betul, maka ia dikehendaki menulis angka 3 pada bahagian markah. Jika murid belum menguasai nombor, minta murid membuat /// untuk no 3. Guru juga boleh sediakan stiker bintang untuk murid tampal. Kira jumlah markah yang dikumpul pada bahagian bawah.

Permainan 2 Permainan di bawah boleh digunakan untuk meningkatkan atau mempercepatkan proses murid mengingat huruf. Guru bina kuib yang lebih besar (30 cm X 30 cm) dengan menggunakan kad manila atau kertas yang lebih keras. Tampal huruf seperti permainan 1 pada setiap permukaan. Minta murid berada di dalam satu bulatan besar (samada duduk ataupun berdiri).

ØMinta murid edarkan dadu tersebut dari seorang ke seorang sambil muzik diperdengarkan. Hentikan muzik dan minta murid yang sedang memegang dadu tersebut lontarkannya ke ruang tengah.

ØMinta murid tersebut menyebut huruf yang berada di atas permukaan dadu tersebut dengan kuat. Bagi tepukan sekiranya murid dapat menyebut kesemua huruf. Huruf yang tidak diketahui akan dibantu oleh rakan-rakan lain. Aktiviti diteruskan tersebut mengambil semula dengan murid dadu, muzik diperdengarkan lagi dan dadu tersebut diedarkan dari seorang ke seorang sehingga muzik diberhenti semula seperti di atas. Ulang aktiviti di atas sehingga masa ditetapkan.

Nama: Warnakan Sila latih murid mewarna sambil menyanyi. Lembaran Kerja A: Kad 1


Nama: Warnakan Sila latih murid mewarna sambil menyanyi. Lembaran Kerja A: Kad 2

Nama: Warnakan Sila latih murid mewarna sambil menyanyi. Lembaran Kerja A: Kad 3

Nama: Warnakan Sila latih murid mewarna sambil menyanyi. Lembaran Kerja A: Kad 4

Nama: Warnakan Sila latih murid mewarna sambil menyanyi. Lembaran Kerja A: Kad 5

Nama: Warnakan Sila latih murid mewarna sambil menyanyi. Lembaran Kerja A: Kad 6

Lembaran Kerja B: Kad 1 Nama: Salin atau tampal huruf. Tampal huruf untuk murid yang belum menguasai tulisan

Lembaran Kerja B: Kad 2 Nama: Salin atau tampal huruf.

Lembaran Kerja B: Kad 3 Nama: Salin atau tampal huruf. Tampal huruf untuk murid yang belum menguasai tulisan

Lembaran Kerja B: Kad 4 Nama: Salin atau tampal huruf. Tampal huruf untuk murid yang belum menguasai tulisan

Lembaran Kerja B: Kad 5 Nama: Salin atau tampal huruf. Tampal huruf untuk murid yang belum menguasai tulisan

Lembaran Kerja B : Kad 6 Nama: Salin atau tampal huruf. Tampal huruf untuk murid yang belum menguasai tulisan

Lembaran Kerja C Nama: Tulis huruf yang disebut oleh guru. I 4 2 5 3 6 Tujuan lembaran kerja C ini dibuat adalah untuk memastikan bahawa murid tidak mennghafal dan dapat mengenal serta menulis huruf dengan betul walaupun kedudukan kotak telah diubah. Guru sebut huruf secara rawak tanpa menyanyi dan murid tulis. Ulang aktiviti ini beberapa kali dengan menggunakan lembaran kerja C ini. Dijalankan secara kelas dan individu. *Murid yang belum menguasai tulisan, sila tampal huruf yang disebut oleh guru.

KAD 1 KAD 4 i KAD 5 BAHAN 1 KAD 2 KAD 3 KAD 6 c b r l e d n t a p m f x o q u k z v j w s g h Huruf –huruf di atas diberikan kepada murid-murid yang belum menguasai tulisan. Guru fotostat dan gunting bahagian yang diperlukan dan berikan kepada murid untuk menjalankan aktiviti.

Lembaran Kerja D Nama: Padankan e A r B f I m G n J k L g E j R i T a M b N l F t K q D d Q Tulis huruf besar Y h H Tulis huruf besar e a m q g d * Ulang beberapa kali lembaran kerja ini sehingga murid mahir Tulis huruf besar j i l h n k t b r f

LAMPIRAN Borang markah permainan Nama : Pusingan Markah 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 JUMLAH MARKAH : Minta murid tulis markah yang diperolehi pada setiap pusingan. Satu markah untuk satu huruf yang betul disebut. Jika murid boleh sebut tiga huruf dengan betul, maka ia dikehendaki menulis angka 3 pada bahagian markah. Jika murid belum menguasai nombor, minta murid membuat /// untuk no 3. Guru juga boleh sediakan sticker bintang untuk murid tampal. Kira jumlah markah yang dikumpul pada bahagian bawah.

SENARAI SEMAK 1 ( TOV ) Bil Nama murid Kad 1 c e o a Kad 2 g s q d p Kad 3 b r n m u Kad 4 y h l t f kad 5 k i j 1. 2. 3 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25. Tanda ( √ ) jika murid telah mengenal huruf tersebut. * Senarai semak ini perlu di buat sebelum guru menggunakan kaedah ini Kad 6 v w x Catatan z

SENARAI SEMAK 2 Bil Nama murid Kad 1 c e o a Kad 2 g s q d p Kad 3 b r n m u Kad 4 y h l t f kad 5 k i 1. 2. 3 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25. Tanda ( √ ) jika murid telah mengenal huruf tersebut. Senarai semak ini perlu di buat setelah guru menggunakan kaedah ini j Kad 6 v w x Catatan z

Sekian, terima kasih
- Slides: 59