NAMA AHLI KUMPULAN Faradiela binti Asan Rohaida binti
NAMA AHLI KUMPULAN Faradiela binti Asan Rohaida binti Ramli L 20112008444 L 20112008439 Saidatul Asima binti Kamarulzaman L 20112008461
BAB 3: PERNIAGAAN DALAM NEGERI
OBJEKTIF JENIS SALURAN AGIHAN DEFINISI PERNIAGAAN RUNCIT JENIS PERNIAGAAN DALAM NEGERI JENIS-JENIS PERNIAGAAN RUNCIT SALURAN AGIHAN SOALAN PEMAHAMAN
Objektif Pembelajaran Pada akhir pembelajaran pelajar dapat : 1. Menyatakan definisi perniagaan dalam negeri. 2. menyenaraikan enam jenis saluran agihan. 3. mengenal pasti jenis-jenis perniagaan runcit.
DEFINISI PERNIAGAAN DALAM NEGERI Aktiviti membeli dan menjual barang dan perkhidmatan yang dijalankan antara penduduk di sesebuah negara Contoh: Kedai runcit, kedai kasut, kedai buku dan lain –lain lagi
PERNIAGAAN DALAM NEGERI DIBAHAGIKAN KEPADA PERNIAGAAN BORONG PERNIAGAAN RUNCIT
PERNIAGAAN BORONG • Bentuk perniagaan berskala besar • Membeli secara pukal daripada pengeluar • Menjual dalam kuantiti yang lebih kecil kepada peruncit
PERNIAGAAN RUNCIT • Terdiri daripada peniaga runcit kecilan dan perniagaan runcit besaran • Peniaga runcit kecil-kecilan membeli dalam kuantiti kecil daripada pemborong dan menjual barang dalam kuantiti yang kecil kepada pengguna akhir • Perniagaan runcit besar-besaran akan membeli secara pukal daripada pengeluar
SALURAN AGIHAN EJEN PERUNCIT PEMBORONG PENGGUNA PENGELUAR
PENGGUNA Individu atau sesiapa yang menggunakan barang, perkhidmatan, atau sumber alam semulajadi untuk memenuhi keperluan dan kehendak masing
EJEN Merujuk kepada orang tengah yang biasanya terlibat dalam memasarkan barangan industri tanpa mengambil hak ke atas produk tersebut dan menjual produk bagi pihak pengeluar
PERUNCIT Merujuk kepada semua aktiviti yang melibatkan penjualan atau penyewaan produk secara terus kepada pengguna akhir untuk kegunaan mereka atau organisasi.
PEMBORONG Merujuk kepada aktiviti-aktiviti yang melibatkan pembelian secara pukal produk dari pengilang oleh orang tengah dan menjual kembali produk tersebut kepada pengguna awam tau pengguna industri.
PENGELUAR Orang yang mengeluarkan sesuatu produk atau barangan
JENIS SALURAN AGIHAN Pengeluar Pemboron g Peruncit Pengguna CONTOH: Nelayan jual kepada pemborong ikan Pemborong ikan jual kepada peniaga ikan Peniaga ikan jual kepada pengguna untuk di masak
JENIS SALURAN AGIHAN PENGELUAR EJEN PERUNCIT PENGGUNA CONTOH: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)menerbitkan buku. Ejen pemasaran memasarkan buku terbitan DBP kepada kedai buku. Kedai buku menjual buku keluarab DBP. Pembeli membeli buku DBP daripada kedai buku.
JENIS SALURAN AGIHAN PENGELUAR PEMBORONG PENGGUNA Contoh: Kilang batu bata mengeluarkan batu bata untuk pasaran tempatan. Kedai batu Hock Chuan Seng membeli batu bata daripada kilang untuk dijual kepada kontraktor rumah. Kontraktor Hasan membeli batu bata daripada kedai bagi membuat rumahnya.
JENIS SALURAN AGIHAN PENGELUAR PERUNCIT PENGGUNA Contoh: Pengeluar makanan menjual hasil keluaran kepada pasaraya besar seperti giant. Pasaraya giant menjual produk makanan yang dibeli daripada pengeluar. Pengguna membeli produk makanan di Giant.
JENIS SALURAN AGIHAN PENGELUAR EJEN PENGGUNA Contoh: Penjual insurans melantik beberapa ejen untuk menjual insurans. Ejen insurans akan menjual insurans kepada pembeli berpotensi.
JENIS SALURAN AGIHAN PENGELUAR PENGGUNA Biasanya melibatkan perkhidmatan seperti Doktor, tukang jahit. Peguam dan sebagainya.
Sesebuah perniagaan yang menjual pelbagai barang kepada pengguna akhir dalam kuantiti yang kecil mengikut keperluan pengguna tersebut.
Menjual pelbagai jenis barang Memecahkan Pukal Memberi khidmat nasihat dan menyampaikan maklumat Perkhidmatan selepas jualan Menyedia kemudahan kredit FUNGSI PERUNCIT DALAM SALURAN AGIHAN Mendirikan premis perniagaan berhampiran pelanggan Mengagihkan barang Melakukan kerja-kerja akhir Mengurus stok
JENIS-JENIS PERNIAGAAN RUNCIT PERUNCIT KECILAN PERUNCIT BESARAN
PERUNCIT KECIL-KECILAN PERUNCIT TANPA KEDAI PERUNCIT BERKEDAI PENJAJA KEDAI AM PENGERAI KEDAI KHUSUS CIRI – CIRI
CIRI PERNIAGAAN RUNCIT KECIL-KECILAN Mudah dibentuk Modal kecil Pemilikan Mudah diurus Layanan peribadi
PERUNCIT BESAR-BESARAN Kedai sejajar • Mempunyai sepuluh atau lebih cawangan diseluruh negara • Contoh: Anakku, Bata Pasaraya besar • Sebuah bangunan setingkat yang menjual pelbagai jenis barangan di bawah satu bumbung • Contoh: Pasaraya Cowboy, Tunas Manja Koperasi runcit • Syarikat Berhad Ditubuhkan Mengikut Ordinan Koperasi Malaysia • Contoh: Koperasi guru, Koperasi Polis Pasaraya • Perniagaan runcit yang menjual beraneka jenis barang di bawah satu bumbung • Contohnya Pasaraya Giant Gedung aneka jabatan • Perniagaan runcit berskala besar yang beroperasi dalam sebuah bangunan besar yang bertingkat • Contohnya The Store
SOALA N 1 SOALA N 2 SOALA N 3
Soalan 1 Berapakah jumlah saluran agihan yang terdapat dalam perniagaan dalam negeri ? A. 2 B. 4 C. 5 D. 6
Soalan 2 Membeli secara pukal daripada pengeluar. Bentuk perniagaan berskala besar. Berdasarkan petikan diberi apakah jenis perniagaan tersebut? A. Borong C. Runcit B. Perniagaan Dalam Negeri D. Peruncit Kecil-Kecilan
Soalan 3 Berikut adalah ciri-ciri perniagaan runcit secara kecil-kecilan kecuali A. Modal Kecil C. Layanan Peribadi B. Mudah Diurus D. Berskala Besar
- Slides: 33